Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Uji Sahabat

Thursday, May 31, 2012

Assalamualaikum semua!

Ckin tak dapat nak update macam selalu. Nanti kalu ada masa terluang, esok maybe, Ckin akan update. ^_^ Banyak betul nak kongsi. 

Biarlah gambar yang berbicara. 

Luqmanul Hakim pernah berkata kepada anaknya:

Jika ingin mencari teman, maka ujilah dia. 
Sekiranya dia tidak sabar dengan sikapmu, 
maka tinggalkanlah dia.


Bagi yang nak mencari sahabat, bolehlah menggunakan kaedah ini. 
Nak cari pasangan? Pun boleh juga digunakan. Hak masing-masing. 

p/s: Kita berhak menguji. Ujilah dari segi kejujurannya, perasaannya, ammarahnya dan banyak lagi. Jangan melebih-lebih, kelak memakan diri. Ingat tu. 

Sekadar itu. Wassalam. ^_^

Read more...

Angka 7 Dalam Ciptaan-Ciptaan Allah

Wednesday, May 23, 2012

Assalamualaikum semua! 
Seribu kemaafan dipohon. Tak dapat nak update blog. ^_^ 
Cuma nak berkongsi. Mudah-mudahan ada manfaatnya. Very astounding eh?


Subhanallah.. Ni dapat dari facebook. 

Hari ni just nak berkongsi wallpaper dengan kalian semua. 


Bersedekahlah selagi mampu. ^_^


Pakaian yang Allah sarankan tu dah terbaik. Kenapa masih 'mengurangkan' bidang pakaian itu?


Boleh amalkan naa.. ^_^


Pesanan untuk kita yang memimpin dan dipimpin. 


Andai baik perbuatan itu, maka baiklah adatnya
Andai baik adat itu, maka tersusunlah tingkahlakunya. 

Sekian dahulu. Wassalam.

Feel free to spread the words.

p/s : Bila lagi nak tambah saham ye dak? ^_^ 

Read more...

Siapa Syaitan Bisu Tu?

Thursday, May 17, 2012

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah dipanjangkan usia untuk menulis lagi hari ni. Ckin ada berjanji nak story sikit tentang kandungan daripada ceramah motivasi yang Ckin pi kat KUIN semalam kan? So, hari ni nak kotakan janji tu naa. Sebelum tu nak perkenalkan siapa penceramah motivasi tu. Beliau ialah Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar yang merupakan Qadi bagi Daerah Kubang Pasu. Beliau pun ada facebook. Nak tengok, sila ke sini. 



Tajuk tu agak gempar. Pernah dengar mengenai syaitan bisu? Siapakah mereka yang dikatakan 'syaitan bisu' tu? Sebenarnya Ckin pun baru pertama kali dengar mengenai syaitan bisu. Dan Ckin nak memperbetulkan di sini. Hadis tersebut berbunyi begini:

"Orang yang diam tidak bercakap benar, dia adalah syaitan bisu".

Untuk makluman kalian semua, hadis ini adalah TIDAK SAH. Menurut Dr Asri, hadis ni memang terkenal digunakan, tetapi ianya tidak sah kerana tiada riwayat yang sahih mahupun dhaif dalam kitab hadis Rasulullah s.a.w. Jadi, pesanan Ckin, berhati-hati dalam menyampaikan hadis. Sekiranya ragu-ragu, silalah rujuk pada yang pakar. Cari sanadnya naa. 


Berbalik kepada perkongsian dari ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Faisol ni. Ustaz menyebut mengenai AMANAH. Suatu perkataan yang mudah dilafazkan, tetapi belum tentu kita semua mampu lakukan dengan sebaik-baiknya. 

Firman Allah di dalam Kitab Al-Quran: 

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di kalangan kamu hendaklah menetapkannya dengan adil dan saksama. Sesungguhnya Allah memberikan peringatan yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” 

(Surah an-Nisa’, ayat 58) 

Disebutkan juga dalam hadis lain yang bermaksud:

"Apabila amanah dipersia-siakan, tunggulah saat kehancuran (hari kiamat)!" Badwi itu bertanya lagi: "Bagaimanakah amanah itu dipersia-siakan?" 
Jawab baginda: 
"Apabila diserahkan urusan kepimpinan kepada orang yang bukan ahlinya (tidak layak), maka tunggulah saat kehancuran (hari kiamat)".

(Riwayat al-Bukhari)

Bagaimana yang diperkatakan 'diserahkan urusan kepimpinan kepada orang yang bukan ahlinya'?

Situasi 1
Contoh pertama yang boleh diberikan adalah orang yang tidak boleh menjadi imam, tapi kita still paksa dia untuk menjadi imam. 

Jemaah : Amir, jadilah imam.
Amir : Weh, aku tak retila.
Jemaah : Pi je pun. Bila lagi kan tok syeikh kita ni?....
Amir : Ermm... Ok la. Ok la.

Start dengan baca Al-Fatihah. Kemudian, diikuti dengan surah An-Nas. Sebagaimana yang kita semua tahu, adalah makruh bila kita baca surah dari belakang ke depan. Jadi, si Amir ni mula tak keruan. Masa rakaat kedua, dia pusing belakang dan cakap, "Ha! Suruh aku lagi. Kan aku dah kata aku tak reti..." 

* Semuanya bermula dengan ilmu. Ada ilmu, mudahlah jalan ke hadapan. Tiada ilmu, kita akan kekal di tempat yang lama. 


Situasi 2
Kita bagi orang yang tak pandai nak jaga duit, untuk jaga bahagian kewangan. Nanti separuh duit masuk poket dia, separuh lagi masuk poket bini dia. Last-last tinggal apa? Nothing. 

* Itulah yang dinamakan meletakkan ahli bukan pada tempatnya.

Ckin share sikit-sikit naa. Nanti panjang-panjang tak larat pulak nak baca. ^_^ Lepas ni, akan diikuti dari sehari ke sehari. InshaAllah. ^_^ Ckin tinggalkan kalian dengan maksud dari ayat seribu dinar untuk renungan kita bersama. Cuba hayati dan teliti. Ada sesuatu utk kalian di situ. ^_^


“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” 

Ckin nak share sikit tentang ayat seribu dinar ni. Amalkan setiap kali selepas Solat Subuh dan Maghrib sebanyak tiga kali. InshaAllah rezeki kita terjaga. Cuba amalkan, dan kalian sendiri akan merasainya. Sekian dahulu untuk hari ni naa. Nanti Ckin update lagi. Jaga diri baik-baik naa. Wassalam.

p/s : Buat sikit-sikit, asalkan istiqamah... ^_^ 

Read more...

Sarung Tangan Mesir Ada Lagi!

Wednesday, May 16, 2012

Assalamualaikum semua!

Hari ni tak update apa-apa pun. Act, pagi tadi KUIN buat solat sunat dhuha, hajat dan sedikit ceramah motivasi. Alhamdulillah. Antara tujuannya adalah untuk memohon padaNya supaya membantu dalam masalah yang dihadapi dalam KUIN ni. Kita tak tau. Mungkin Allah nak tunjuk something yang memang disembunyikannya. Ceramah motivasi tadi memang memotivasikan. Disampaikan oleh Ustaz Fisol iaitu Qadi Daerah Kubang Pasu. Memang menarik. InshaAllah esok Ckin akan kongsikan apa yang disampaikan oleh Ustaz Fisol ni naa. Ianya menyentuh mengenai 'Amanah'. Memang terbaik! 

Hari ni nak share apa pulak? Cuma nak promote lagi. Kat Ckin ada lagi sarung tangan warna hitam dan putih. Kalau ada siapa-siapa yang nak pesan, sila tinggalkan mesej di ruangan komen  mahupun di facebook Ckin naa.

 RM 5.00 each
(tidak termasuk kos penghantaran)
 
ST 001 - SOLD
ST 002 - 1 Available
ST 003 - SOLD
ST 004 - 5 Available
ST 005 - SOLD


Petang semalam Ckin pos untuk salah sorang dari kawan FB. Ckin guna Skynet sebab nak tau harga dan perkhidmatan. Sebab kawan Ckin yang cadangkan.

Terbang ke Setapak.

Sebelum terlupa, Ckin pun nak ucapkan  

SELAMAT HARI GURU 

buat semua pendidik yang telah mendidik Ckin dari Ckin kecik-kecik dulu hinggalah besar sekarang. Dengan ilmu itu, maka lahirlah insan ini. 
TERIMA KASIH CIKGU....

Sesungguhnya pahala bagi seorang pendidik adalah sangat besar. Beruntung mereka. Pahalanya ke Akhirat. Tapi kena tengok jugak ilmu apa kan. Kalau ilmu hitam, mudarat balik. Ye dak? Sekian dahulu naa. Jumpa lagi dengan ilmu yang baru esok. Mesti nantikan kemunculannya. ^_^ Wassalam. 

PASTI Pinang Tunggal
Sekolah Kebangsaan Mohd Shah
Madrasah Tarbiyatul Ibtidaiyah
Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Keladi
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
 * Masih dalam ingatan ini...

p/s: Biarpun tak wish pada semua guru Ckin secara individu, tapi mereka sentiasa diingati dalam doa ini... InshaAllah. Selagi hayat dikandung badan... ^_^ Mereka ibarat 'ibu dan bapa' Ckin... ^_^

Read more...

Dosa Zina Kecil Lagi Dari Dosa Tinggal Solat?

Monday, May 14, 2012

Assalamualaikum semua! 
Sihat? Mudah-mudahan sihat-sihat belaka naa. Di kesempatan ini, Ckin nak share sedikit apa yang Ckin dapat. Dulu dah pernah tulis, sekarang kita remind balik apa yang dah kita ketahui. Tahu kan bahawasanya dosa meninggalkan solat adalah lebih teruk dari berzina? Kalau masih tak tahu, silalah teruskan pembacaan kalian di sini. ^_^ InshaAllah ada manfaatnya. 


Ckin amik ni dari FB Iqbal Syarie. So, bahasa tidak diubah langsung. ^_^


Saya menjumpai satu kisah yang cukup mengesankan nurani, dalam kitab Al-Kabaa'ir (Dosa-dosa besar) karya Imam Abu Abdullah Muhammad Bin Ahmad Bin Usman Adz-Zahabi. Beliau lebih dikenali dengan nama Imam Ad-Dzahabi. Kata Imam Adz-Zahabi, ada satu peristiwa telah berlaku di zaman Nabi Musa.

Seorang wanita daripada kaum Bani Israel telah datang kepada Nabi Musa a.s lalu berkata, 
"Wahai Rasul Allah! Sesungguhnya aku telah melakukan dosa besar, tetapi aku telah bertaubat kepada Allah. Maka doakanlah bagiku semoga Allah mengampuniku dan menerima taubatku".

Lantas Nabi Musa a.s pun bertanya kepada wanita itu, 
"Apa dosa yang telah kau lakukan itu?"

Jawab wanita itu, 
"Wahai Rasul Allah! Sesungguhnya aku telah berzina yang telah menyebabkan aku mengandung dan melahirkan seorang anak, lalu anak itu aku bunuh".



Mendengar pengakuan wanita itu, Nabi Musa a.s marah seraya berkata, 
"Pergilah engkau dari sini sekarang juga, wahai wanita yang berdosa dan berzina! Moga-moga Allah tidak menurunkan api dari langit yang akan membakar kami semua, disebabkan oleh kelakuanmu yang keji itu".

Maka keluarlah wanita itu dari penghadapan Nabi Musa a.s dalam keadaan bersedih dan menangis. Ketika itu juga, datanglah malaikat Jibril membawa turun wahyu, sambil berkata kepada Nabi Musa a.s, "Wahai Musa! Allah telah menyuruhku menyampaikan kepadamu, 
"Mengapa engkau menghalau wanita yang bertaubat itu, wahai Musa? Bukankah engkau masih boleh mendapati orang yang lebih jahat lagi daripada wanita itu di muka bumi ini?"

Nabi Musa lantas bertanya, 
"Siapakah yang lebih jahat daripada wanita itu?"

Jibril menjawab, 
"Dia itulah orang yang meninggalkan solat dengan sengaja".



Allahu Rabbi. Ketika ini, kita sedang mengeji perbuatan anak muda kita yang berzina dan membuang bayi hasil penzinaan mereka. Tapi dalam masa yang sama, kita juga sedang dikeji oleh Allah dan para malaikat-Nya kerana kita menyangka ada orang buat jahat, tapi kita lupa bahawa kita sendiri sedang buat satu kejahatan iaitu meninggalkan solat dengan sengaja.

Siapa yang suka meremeh-remehkan solat? Kita menuding jari pada orang lain, empat lagi jari menuding pada diri kita sendiri. So, fikir-fikirkanlah. Ckin ingin mengingatkan. Namun begitu, itu tidak bermakna dosa berzina adalah lebih baik dari dosa meninggalkan solat. Jangan sesekali salah faham. Dan menyalahfahamkan otak kita ni. Manusia kan suka mengelat. Ye dak?

SOLAT BUKANLAH SUATU PERINTAH YANG REMEH.

Pahatlah dalam hati. Perkara pertama yang akan ditanya di dalam kubur kelak adalah solat. Fikir-fikirkan. Jika dah tak tinggal solat, fikir balik. Adakah kalian melewat-lewatkan solat? Adakah kalian masih menunggu rancangan TV habis baru nak solat? Adakah kalian lebih mementingkan lepak di kedai makan berbanding solat? Banyak lagi 'hijrah' yang perlu kita lakukan. Ye dak? 

Sekian dahulu untuk hari ni. Jumpa lagi di masa-masa akan datang. Salam ziarah... ^_^ Wassalam.

p/s: Ckin dah mula jatuh cinta dengan lagu Sahaja Aku MencintaiMu... ^_^ Nak dengar, sila klik Download!
 

Read more...

Kisahnya Lucu, Tapi Akalnya Bijak

Friday, May 11, 2012

Assalamualaikum semua! 

Apa khabar iman dan jasad? Mudah-mudahan kedua-duanya seiringlah naa. Ckin alhmdulillah masih sihat di sini. Lamanya tak update blog. Biasalah. Tugasan seharian kan. ^_^ Tak dapat nak dielakkan. Alasan je tu sebenarnya. Tak la busy sangat, cuma kadang internet tu mencemburui kita di pejabat ni. So, dah ada idea, tapi internet pulak tak ada. Cerita sikit kan. ^_^


Berbalik pada tajuk hari ni. Siapa budak yang bijak tu?...
Kisahnya bermula macam ni. Dua hari lepas, Ckin mengikuti Kursus Pengurusan Stress yang dianjurkan oleh Jabatan Pendaftar. Alhamdulillah dapat berkenal-kenalan dengan beberapa staf yang memang Ckin tak pernah kenal sebelum ni. Ye la. Dah kita tak pernah berurusan dengan mereka-mereka, so bila nak kenal, ye dak? Bagi Ckin salah satu tempat nak kenal-kenal dengan staf-staf ni adalah waktu adanya kursus dan program. Antaranyalah kan... ^_^ 

Jadi, Ckin ada berbual-bual dengan rakan sekerja dari Kulliyyah Syariah ni. Kelmarin dapatlah berbual-bual lama sikit. Akak ni cerita kat Ckin tentang anak lelaki beliau yang berumur 6 tahun. Antara yang Ckin dapat:

Situasi 1
Pada satu hari, masa akak ni bawak anaknya keluar jalan-jalan di pasar raya, kalau tak silap, ada terlalu di salah sebuah kedai yang menjual baju bola sepak. So, umminya pun tanya kat anak kecil ni. 

Ummi : Adik, adik nak tak baju ni?
Adik bijak : Ummi tak payahlah beli baju kat adik. Nanti duit ummi habis pulak. Baju adik dah banyak tak cukup dah almari nak letak... Nanti ummi tak payah dah beli baju kat adik tau. Simpan duit tu...
Ummi  : ^_^

Begitulah antara perbualan si adik bijak ni dengan umminya....
Bijak kan? Baru 6 tahun. Entah dari mana dia belajar?... ^_^ 


Situasi 2
Dalam rumah kalau tak silap. Masa tu ummi ni tengah mengajar anaknya ni tentang pelajaran. 

Adik bijak : Ummi, adik rasa hati adik ni kotorlah...
Ummi : Aii? Kenapa pulak adik?
Adik bijak : Ye la... Adik susah betul nak ingat. Tengok. Hati ummi bersih. Sebab tu ummi ingat semua ni...
Ummi : ^_^

Hatimu terlalu suci adik... ^_^ Diri ini rasa tersangat kerdil...

Selitkanlah doa ini dalam doa kalian... InshaAllah. Mudah-mudahan kita ini menjadi seorang yang tetap pendirian... ^_^


Situasi 3
Suatu ketika di rumah neneknya. Si ummi melihat dari satu sudut rumah. Kelihatan teh ais bungkus di tangan si anak sudah habis diminum. Tetapi, wajahnya kelihatan resah. Pusing ke sana dan ke sini.

Adik bijak : Nek, buat tangan macam ni... (tunjuk jari kelinking)
Nenek : (pelik dah...) kenapa adik ni? Dah.. (sambil tunjuk jari kelinking)
Adik bijak : Nah... (sambil menyangkutkan plastik yang sudah kehabisan teh ais di jari kelinking nenek dan terus lari keluar untuk bermain)
Nenek : Bertuah punya cucu.... (tersenyum)

Rupanya itulah hasrat hati yang resah gelisah tadi... ^_^ Ckin tergelak betul situasi ketiga ni. Kita pun tak pernah terfikir nak buat macam tu... Beruntunglah kedua ibu bapamu wahai adik... 

Bagi Ckin, walaupun dia masih 6 tahun. Tapi dah pandai untuk berfikir. Betullah. Budak-budak zaman sekarang makin cerdik. Ckin akui. Sekiranya baik didikan dari awal, maka akan lahirlah anak yang terdidik. Jadi, peliharalah anak-anak kalian dan Ckin kelak pun akan ada anak sendiri. Kenapa? Sebab mereka yang akan menjadi pengganti kita kelak. Ingat, anak adalah aset ibu bapa sama ada pembawaannya ke Syurga mahupun ke Neraka Allah... 


Ckin ada jugak bertanya. Ada ajar apa-apa ke pada anak tu. Akak ni cakap tak ada la pulak. Ckin agak dia belajar dari apa yang dia lihat. Itu sahaja. Mesti punya. Kalau tak di rumah, di sekolah, di luar, di rumah kawan, televisyen, saudara-mara, kawan-kawan, guru-guru dan lain-lain lagi. Kepimpinan melalui tauladan. Ye dak? Sekian dahulu perkongsian Ckin ni. Jumpa lagi di lain waktu. Wassalam.

p/s : Bersemangat untuk mendapat FULL MARKS di akhirat kelak! Credit to en. shafiQ. ^_^ Untuk makluman. Beliau adalah sahabat di Poli Ckin. Dan ada lagi beberapa sahabat yang aktif berblogging yang pernah Ckin kenal. Tahniah! Teruskan usaha kalian untuk mendapatkan saham di sana kelak.. ^_^ 

Read more...

Handsock Mesir Available Here!

Tuesday, May 8, 2012

Assalamualaikum semua!

Hari ni nak buat jualan sarung tangan. ^_^ Untuk makluman, stok adalah terhad. Sangat terhad. Sebabnya adalah sarung tangan muslimah ni diorder daripada Mesir. Ckin dapat stok ni pun di saat-saat akhir. So, ini sahaja yang tinggal. Stok terbaru yang pelbagai warna akan ada semula pada bulan 8. Nanti Ckin akan umumkan semula if ada stok. Niat di hati cuma nak menolong mereka-mereka yang sedang mencari sarung tangan jenis ni. ^_^

Price: RM5.00 each 
* tidak termasuk kos penghantaran

ST 001 - Sold
ST 002 - 1 Available 
ST 003 - Sold
ST 004 - 5 Available 
ST 005 - Sold


Sarung tangan Mesir ni boleh dipakai dengan tshirt dan baju kurung. Dan ianya tidak longgar. Ckin paling suka sarung tangan jenis ni. First come, first serve.


Nanti Ckin update lagi naa. Kalau nak, sila isi borang. ^_^ Tq.

Read more...

3 Perkara Yang Bukan Calang-Calang

Monday, May 7, 2012

Assalamualaikum semua!

Apa khabar kalian? Masih sihat-sihatkah? Ataupun sekarang ada yang ditimpa penyakit?... Penyakit itu kan ada banyak. Ye dak? Penyakit fizikal, mental, dalaman, luaran dan satu lagi penyakit yang perlu kita berhati-hati dengannya iaitu penyakit hati. 

Gambar ni hanya selingan.. Sebab I Like It... ^_^

"PENYAKIT HATI?"

What's that? Apa puncanya? Kenapa ia menyerang? Apakah langkah mengatasinya? Kesannya bagaimana? Fuh! Terlalu banyak soalan di situ. ^_^ Sesiapa yang sedang mengalami penyakit hati ni, Ckin nasihatkan cepat-cepatlah cari penawar. Penyakit hati antara penyakit sukar untuk disembuhkan melainkan betul-betul ada niat nak sembuhkannya. Allahuakbar! Sesiapa yang pernah merasainya pasti akan tahu. Cukup di situ.

Ckin tak dapat nak menaip panjang-panjang. Cuma nak berkongsi sedikit hari ni. Ckin amik ni daripada sahabat blogger kita. Lama dah dalam draft. Sekarang baru nak publish. ^_^ Jom baca sikit. Mungkin ada sesuatu yang boleh kalian ambil ni buat panduan dan peringatan. Ckin pun takkan terkecuali dari ni... InshaAllah yang baik tu, silalah jadikan panduan hidup. Yang rasa tak baik tu, tinggal-tinggalkan di ruangan ini naa... 

Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya:

1. Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2. Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3. Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia


Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya:

1. Jujur dalam berkata-kata
2. Menjauhi segala yang haram
3. Merendahkan diri


Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya:

1. Takut berlaku dusta dan keji
2. Menjauhi kejahatan
3. Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman


Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya:

1. Merahsiakan ibadahnya
2. Merahsiakan sedekahnya
3. Merahsiakan ujian yang menimpanya


Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya:

1. Mengawasi dirinya
2. Menghisab dirinya
3. Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.


Allahuakbar... Masih banyak lagi yang aku perlu ketahui Ya Allah... Hati kecilku bermonolog sendirian...

p/s : Susah jugak bila terkena 'penyakit' ni... Any 'medicine' for me?...

Read more...

Ooo Orang Puang... Faham Ke Tidak? ^_^

Thursday, May 3, 2012

Assalamualaikum semua!

Macam mana dengan entri semalam? ^_^ Jadi, berusahalah untuk menjadi muslimah yang 'seksi' iaitu dengan menutup keseluruhan anggota badan kalian agar terpelihara. Dan, kepada lelaki-lelaki mukmin di luar sana, kalian juga layak untuk mendapat pasangan-pasangan muslimah yang 'seksi' ini, dengan syarat, kalian mestilah turut menjaga diri kalian.

Tajuk hari ni. Loghat Ganu tu. Kalau tak faham tu, kena bagi faham jugaklah naa. Untungnya orang perempuan... Takmau translate-translate. ^_^ Teruskan membaca di bawah sini. ^_^






ooo orang puang ...
mung bangung pagi , mung gerok suami ,
mung ajok suami berjemooh , mung jd makmung ,
mung masok , mung gosok baju suami ,
mung sedie kasut stokeng untuk suami ,
mung kuca tea , mung ato suami ke pitu pago , mung cium tangang ye ...

mung mitok maah ...
mung dok rehak ...

mung basoh baju pulok , mung pon lipak baju ,
mung kene tunggu van ikang pulok , mung beli laok maok ,
mung masok pulok , mung siang ikang ,
mung potong sayor , mung ggoreng ...

mung letih ...
mung dok rehak ...

tengohari , anok anok balik ,
anok tu lepo beg ngate , mung sabo ,
anok tu wak bising , mung redho ,
anok tu wak hhanya , mung senyum ,
anok tu nangih , mung tetak manih ...

mung taboh ...
mung dok rehak g ...

mung hidang makang tengohari ke anok ,
mung tukang suap , mung tukang basuh ,
mung tukang lap , mung tukang kkemah ...

sapa petang ...
mung dok rehak ...

suami pulok balek , mg belari cium tangang ye ,
mg mitok maah , mg hidang ke dye minung petang ,
mung bagi senyumang ke ye , mung hiborkang ati ye ...
mung letih ...
mung nyando tepi meseng nyo ...

garib tibe , mung ajok suami g ddengo kuliah ,
mung sedie juboh suami , mung sarong ppioh suami ,
mung hiborkang lagi , lagi dan lagi ...
mlm tibe , mung jd permaysuri ,
mung bahagiakan suami , mung jd bidadari ...
dengan jalan ninglah mung akang dapak syurge ...

*hebak mung orang ppuang ... :)

p/s: Lelaki dan wanita. Kita ada kelebihan masing-masing yang Allah berikan... Allah kan Maha Adil. Jangan pertikai dan mengeluh. Terimalah dengan hati yang ikhlas dan bersyukur... ^_^ 

Read more...

Muslimah Itu Seksi?

Wednesday, May 2, 2012

Assalamualaikum semua!
Tajuk hot tak? Semacam je kan?...

Actually, cuma nak kongsikan video dari MrTheAllShared ni. Video dakwah. Kelakar pun ada, pengajaran pun ada. Nak ziarah di Youtube, sila klik: 


Jom tengok video ni. Mungkin ada sesuatu yang boleh kita ambil. InshaAllah. ^_^


Sekian dulu untuk hari ni. Ckin ada isu nak diketengahkan. Tapi nanti dululah. Nanti blog bersawang pulak. ^_^ Yang baik tu ambillah naa. Yang tak baik tu, silalah tinggal-tinggalkanlah di ruangan ini. Wassalam.

p/s : Ckin akan ziarah kalian... InshaAllah... ^_^

Read more...
Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP