Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Siapa Syaitan Bisu Tu?

Thursday, May 17, 2012

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah dipanjangkan usia untuk menulis lagi hari ni. Ckin ada berjanji nak story sikit tentang kandungan daripada ceramah motivasi yang Ckin pi kat KUIN semalam kan? So, hari ni nak kotakan janji tu naa. Sebelum tu nak perkenalkan siapa penceramah motivasi tu. Beliau ialah Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar yang merupakan Qadi bagi Daerah Kubang Pasu. Beliau pun ada facebook. Nak tengok, sila ke sini. 



Tajuk tu agak gempar. Pernah dengar mengenai syaitan bisu? Siapakah mereka yang dikatakan 'syaitan bisu' tu? Sebenarnya Ckin pun baru pertama kali dengar mengenai syaitan bisu. Dan Ckin nak memperbetulkan di sini. Hadis tersebut berbunyi begini:

"Orang yang diam tidak bercakap benar, dia adalah syaitan bisu".

Untuk makluman kalian semua, hadis ini adalah TIDAK SAH. Menurut Dr Asri, hadis ni memang terkenal digunakan, tetapi ianya tidak sah kerana tiada riwayat yang sahih mahupun dhaif dalam kitab hadis Rasulullah s.a.w. Jadi, pesanan Ckin, berhati-hati dalam menyampaikan hadis. Sekiranya ragu-ragu, silalah rujuk pada yang pakar. Cari sanadnya naa. 


Berbalik kepada perkongsian dari ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Faisol ni. Ustaz menyebut mengenai AMANAH. Suatu perkataan yang mudah dilafazkan, tetapi belum tentu kita semua mampu lakukan dengan sebaik-baiknya. 

Firman Allah di dalam Kitab Al-Quran: 

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di kalangan kamu hendaklah menetapkannya dengan adil dan saksama. Sesungguhnya Allah memberikan peringatan yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” 

(Surah an-Nisa’, ayat 58) 

Disebutkan juga dalam hadis lain yang bermaksud:

"Apabila amanah dipersia-siakan, tunggulah saat kehancuran (hari kiamat)!" Badwi itu bertanya lagi: "Bagaimanakah amanah itu dipersia-siakan?" 
Jawab baginda: 
"Apabila diserahkan urusan kepimpinan kepada orang yang bukan ahlinya (tidak layak), maka tunggulah saat kehancuran (hari kiamat)".

(Riwayat al-Bukhari)

Bagaimana yang diperkatakan 'diserahkan urusan kepimpinan kepada orang yang bukan ahlinya'?

Situasi 1
Contoh pertama yang boleh diberikan adalah orang yang tidak boleh menjadi imam, tapi kita still paksa dia untuk menjadi imam. 

Jemaah : Amir, jadilah imam.
Amir : Weh, aku tak retila.
Jemaah : Pi je pun. Bila lagi kan tok syeikh kita ni?....
Amir : Ermm... Ok la. Ok la.

Start dengan baca Al-Fatihah. Kemudian, diikuti dengan surah An-Nas. Sebagaimana yang kita semua tahu, adalah makruh bila kita baca surah dari belakang ke depan. Jadi, si Amir ni mula tak keruan. Masa rakaat kedua, dia pusing belakang dan cakap, "Ha! Suruh aku lagi. Kan aku dah kata aku tak reti..." 

* Semuanya bermula dengan ilmu. Ada ilmu, mudahlah jalan ke hadapan. Tiada ilmu, kita akan kekal di tempat yang lama. 


Situasi 2
Kita bagi orang yang tak pandai nak jaga duit, untuk jaga bahagian kewangan. Nanti separuh duit masuk poket dia, separuh lagi masuk poket bini dia. Last-last tinggal apa? Nothing. 

* Itulah yang dinamakan meletakkan ahli bukan pada tempatnya.

Ckin share sikit-sikit naa. Nanti panjang-panjang tak larat pulak nak baca. ^_^ Lepas ni, akan diikuti dari sehari ke sehari. InshaAllah. ^_^ Ckin tinggalkan kalian dengan maksud dari ayat seribu dinar untuk renungan kita bersama. Cuba hayati dan teliti. Ada sesuatu utk kalian di situ. ^_^


“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” 

Ckin nak share sikit tentang ayat seribu dinar ni. Amalkan setiap kali selepas Solat Subuh dan Maghrib sebanyak tiga kali. InshaAllah rezeki kita terjaga. Cuba amalkan, dan kalian sendiri akan merasainya. Sekian dahulu untuk hari ni naa. Nanti Ckin update lagi. Jaga diri baik-baik naa. Wassalam.

p/s : Buat sikit-sikit, asalkan istiqamah... ^_^ 

15 Comments:

anys nadhilah May 17, 2012 at 4:40 PM  

wahhhh , thanks share .. agree with ^_^


hit me back if you dont mind ;) tq
http://blurrr4evablurr.blogspot.com/2012/05/candy-doll-lipgloss-in-strawberry-milk.html

Cik Kay Jue May 17, 2012 at 9:58 PM  

thnks ats perkongsiannya ckin..

urm yang fasal surah tu.. boleh ulas lagi tak.. ckj sebenarnya kurang faham dan tak tau sangat.. jadi lepas al-Fatihah nak baca surh al-Ikhlas boleh tak?

ProfHariz May 18, 2012 at 10:08 AM  

Lama tidak berkunjung ke sini. Sudah kehausan ilmu dari ckin :)

Ckin Kembaq May 18, 2012 at 5:16 PM  

CiAnyss' :O,

^_^ ur most welcome..


Cik Kay Jue,

sama-sama..
macam ni, kita tak boleh baca surah secara berpatah balik ke belakang..
Contoh, rakaat pertama baca Al-Fatihah, kemudian surah An-Nas. Kemudian, rakaat kedua, kita baca Al-Fatihah diikuti dengan surah Al-Falaq. Ianya makruh. Kita seeloknya bca dari depan ke belakang.. ^_^
Macam tu lah... ^_^


ProfHariz,

InshaAllah pasni datang lagi.. ^_^

CikTeddyCorner May 18, 2012 at 11:40 PM  

x penah sia2 dtg sini..bnyk ilmu dpt..Alhamdulillah ^^

Cik_Shiqah May 19, 2012 at 10:09 PM  

sangat2 berguna perkongsian ni buat saya. thanks cik ckin kerana sdi berkongsi :)

ProfHariz May 19, 2012 at 11:49 PM  

Akan selalu berkunjung. InsyaAllah :)

Ckin Kembaq May 20, 2012 at 10:21 AM  

O CIKTEDDY,

inshaAllah sama2 kita kongsi... ^_^


en. shafiQ,

Allahuakbar.. ^_^


Cik_Shiqah,

sama-sama..ilmu tu hak Allah..kita menyampaikan.. ^_^


Cik Kay Jue,

ur most welcome.. ^_^


ProfHariz,

tafaddhol.. ^_^

Pha Is May 20, 2012 at 1:41 PM  

contohnya, kalau mcm dalam situasi 1 tu, mcm mana kalau niat nk latih org tu jadi imam?

Ckin Kembaq May 21, 2012 at 10:18 AM  

pha is,

boleh kalu kita nak didik dia jadik imam..tapi, kita jugak perlu tahu 'ilmu' yang ada padanya..kalu kita mmg tahu yang dia tu mmg tak tahu, tapi still nak paksa dia, nanti susahkan dia, dan susahkan yang lain2..
sebagai contoh, Amir nak ajar Iman baiki tayar yang pecah. So, dia cakap kat Iman.

Amir : Iman, kau lelaki, takkan tak pandai nak perbaik tayar kot?
Iman : Aku tak retila...Sori la..
Amir : Alaa..buat je dulu..Cepatla..
Iman : Ok la..ok la..
(last-last dia bawak tayar ke kedai untuk dibaiki oleh mekanik)

pendek kata, kalu kita nak org tu boleh pandai dalam sesuatu atau mahir dalam sesuatu perkara, sebaiknya kita ajar dulu mereka. Tunjukkan terlebih dahulu. Baru dia akan tau..Kalu kita sekadar suruh dia, tapi kita tak tunjuk, alamatnya sampai bila-bila pun takkan pandai.. ^_^

boleh faham kot noh?..hehe

LadyBird May 22, 2012 at 12:07 PM  

betul tu sikin.. kdg2 kite ni main sebar je hadis tanpa mengambil tahu status hadis yg kite sebarkan itu

Ckin Kembaq May 23, 2012 at 9:01 AM  

pha is,

alhamdulillah.. ^_^
yang ditanya lebih tahu dari yang ditanya.. ^_^


LadyBird,

tepat sekali...jadi, berhati2 je.. ^_^

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP