Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Kisahnya Lucu, Tapi Akalnya Bijak

Friday, May 11, 2012

Assalamualaikum semua! 

Apa khabar iman dan jasad? Mudah-mudahan kedua-duanya seiringlah naa. Ckin alhmdulillah masih sihat di sini. Lamanya tak update blog. Biasalah. Tugasan seharian kan. ^_^ Tak dapat nak dielakkan. Alasan je tu sebenarnya. Tak la busy sangat, cuma kadang internet tu mencemburui kita di pejabat ni. So, dah ada idea, tapi internet pulak tak ada. Cerita sikit kan. ^_^


Berbalik pada tajuk hari ni. Siapa budak yang bijak tu?...
Kisahnya bermula macam ni. Dua hari lepas, Ckin mengikuti Kursus Pengurusan Stress yang dianjurkan oleh Jabatan Pendaftar. Alhamdulillah dapat berkenal-kenalan dengan beberapa staf yang memang Ckin tak pernah kenal sebelum ni. Ye la. Dah kita tak pernah berurusan dengan mereka-mereka, so bila nak kenal, ye dak? Bagi Ckin salah satu tempat nak kenal-kenal dengan staf-staf ni adalah waktu adanya kursus dan program. Antaranyalah kan... ^_^ 

Jadi, Ckin ada berbual-bual dengan rakan sekerja dari Kulliyyah Syariah ni. Kelmarin dapatlah berbual-bual lama sikit. Akak ni cerita kat Ckin tentang anak lelaki beliau yang berumur 6 tahun. Antara yang Ckin dapat:

Situasi 1
Pada satu hari, masa akak ni bawak anaknya keluar jalan-jalan di pasar raya, kalau tak silap, ada terlalu di salah sebuah kedai yang menjual baju bola sepak. So, umminya pun tanya kat anak kecil ni. 

Ummi : Adik, adik nak tak baju ni?
Adik bijak : Ummi tak payahlah beli baju kat adik. Nanti duit ummi habis pulak. Baju adik dah banyak tak cukup dah almari nak letak... Nanti ummi tak payah dah beli baju kat adik tau. Simpan duit tu...
Ummi  : ^_^

Begitulah antara perbualan si adik bijak ni dengan umminya....
Bijak kan? Baru 6 tahun. Entah dari mana dia belajar?... ^_^ 


Situasi 2
Dalam rumah kalau tak silap. Masa tu ummi ni tengah mengajar anaknya ni tentang pelajaran. 

Adik bijak : Ummi, adik rasa hati adik ni kotorlah...
Ummi : Aii? Kenapa pulak adik?
Adik bijak : Ye la... Adik susah betul nak ingat. Tengok. Hati ummi bersih. Sebab tu ummi ingat semua ni...
Ummi : ^_^

Hatimu terlalu suci adik... ^_^ Diri ini rasa tersangat kerdil...

Selitkanlah doa ini dalam doa kalian... InshaAllah. Mudah-mudahan kita ini menjadi seorang yang tetap pendirian... ^_^


Situasi 3
Suatu ketika di rumah neneknya. Si ummi melihat dari satu sudut rumah. Kelihatan teh ais bungkus di tangan si anak sudah habis diminum. Tetapi, wajahnya kelihatan resah. Pusing ke sana dan ke sini.

Adik bijak : Nek, buat tangan macam ni... (tunjuk jari kelinking)
Nenek : (pelik dah...) kenapa adik ni? Dah.. (sambil tunjuk jari kelinking)
Adik bijak : Nah... (sambil menyangkutkan plastik yang sudah kehabisan teh ais di jari kelinking nenek dan terus lari keluar untuk bermain)
Nenek : Bertuah punya cucu.... (tersenyum)

Rupanya itulah hasrat hati yang resah gelisah tadi... ^_^ Ckin tergelak betul situasi ketiga ni. Kita pun tak pernah terfikir nak buat macam tu... Beruntunglah kedua ibu bapamu wahai adik... 

Bagi Ckin, walaupun dia masih 6 tahun. Tapi dah pandai untuk berfikir. Betullah. Budak-budak zaman sekarang makin cerdik. Ckin akui. Sekiranya baik didikan dari awal, maka akan lahirlah anak yang terdidik. Jadi, peliharalah anak-anak kalian dan Ckin kelak pun akan ada anak sendiri. Kenapa? Sebab mereka yang akan menjadi pengganti kita kelak. Ingat, anak adalah aset ibu bapa sama ada pembawaannya ke Syurga mahupun ke Neraka Allah... 


Ckin ada jugak bertanya. Ada ajar apa-apa ke pada anak tu. Akak ni cakap tak ada la pulak. Ckin agak dia belajar dari apa yang dia lihat. Itu sahaja. Mesti punya. Kalau tak di rumah, di sekolah, di luar, di rumah kawan, televisyen, saudara-mara, kawan-kawan, guru-guru dan lain-lain lagi. Kepimpinan melalui tauladan. Ye dak? Sekian dahulu perkongsian Ckin ni. Jumpa lagi di lain waktu. Wassalam.

p/s : Bersemangat untuk mendapat FULL MARKS di akhirat kelak! Credit to en. shafiQ. ^_^ Untuk makluman. Beliau adalah sahabat di Poli Ckin. Dan ada lagi beberapa sahabat yang aktif berblogging yang pernah Ckin kenal. Tahniah! Teruskan usaha kalian untuk mendapatkan saham di sana kelak.. ^_^ 

13 Comments:

Pha Is May 11, 2012 at 4:40 PM  

sejuk je hati bila baca... alngkah indahnya kalau dapat ank cerdik mcm tu. hehehe

Ckin Kembaq May 11, 2012 at 5:07 PM  

Pha is,

Betul tu...rasa bhgia bila dengar tu...umminya pun snyum mmnjang...bhagia... ^_^

Unknown May 11, 2012 at 5:52 PM  

salam...untgnya mak dia...ska situasi yg ke-2 tu..harap2 ank2 kta akn jd spt bdk 2..insya-Allah

Ckin Kembaq May 11, 2012 at 6:16 PM  

Grape@Khairul,

InshaAllah..kna bmula dr skrang... ^_^

Ckin Kembaq May 11, 2012 at 6:16 PM  

Grape@Khairul,

InshaAllah..kna bmula dr skrang... ^_^

Dafinullah May 11, 2012 at 11:12 PM  

begitu acuan, begitulah hasilnya.. sesungguhnya didikan ibu bapa tu sangat penting dlm mmbentuk figuranya.. nice kid.. comeeii

CIK TOM May 12, 2012 at 12:28 AM  

pandainya budak tue..sejuk ibu mengandung..

Zul Uqul May 12, 2012 at 8:12 PM  

thnx utk doa tu,

selalu je dgr imam bce,
tp x pena nk ngamalkan,
insya Allah akn diamalkan (:

Cik Kay Jue May 12, 2012 at 8:58 PM  

bijak la adik tu... memang bertuah parents dia.

Kita kena tunjukkan contoh yang baik kat anak2 kan? sebab tu la ramai orang cakap nak kahwin ni kena ada ilmu..

suzie rahman May 13, 2012 at 1:30 AM  

salam ckin..nice. pndai nya adik ni. sejuk pwot ibu yg mngandungkn die :)

Ckin Kembaq May 15, 2012 at 12:01 PM  

Ibnu Darwin,

mcm fotostat, ye dak? ^_^


CIK TOM,

a'ah.sejuk perut ibunya..ibunya pun tersenyum bila story.hehe


en. shafiQ,

pasni boleh la amalkan naa.. ^_^


Cik Kay Jue,

alhamdulillah.yup..kena ada ilmu..ilmu tu nak pandu kita kelak.. ^_^


kak suzie,

waalaikumussalam akak..alhamdulillah.. ^_^

Iman Lurv Islam May 16, 2012 at 7:05 AM  

kanak2 ibarat kain putih suci yang perlu dicorak & diwarnai...maka org sekeliling bukan sekadar ibu bapa je, perlu memainkan peranan...jgn kita nak tunggu dorunk dah besar baru bak beri didikan...khuatir jika saat tu segalanya sudah terlambat...

ye, setuju...mereka byk belajar dari pemerhatian...ingat jugak mcm mana kita belajar masa kecik2 dulu...kita yg tak tahu apa2 ni, just ikut je apa yg org dewasa buat & ajar...hehehe...

InsyaALLAH...

Ckin Kembaq May 16, 2012 at 1:05 PM  

Iman Lurv Islam,

betul..sy setuju sangat.. ^_^ pendek kata, kita yg akan menjadi ibu bapa ni yg kena tanamkan dlam hati..inshaAllah...
p/s: kita pun pernah jadi kanak2.. ^_^

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP