Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

"Weh, Untunglah Dapat Salam Dengan Raja!"

Thursday, March 29, 2012

Assalamualaikum semua!
Macam mana dengan kesihatan semua? Baik? Sihat? 


Hari ni baru dapat nak update ni. Baru balik dari konvokesyen la katakan.hoho Act, bercerita tentang konvo ni, boleh kot Ckin nak story sikit? Masa hari raptai, 26.3.2012, Ckin dilanda sakit yang sangat teruk. Cirit-birit! Tengah malam, dah start macam meraung sikit-sikit. Allahuakbar! Jam 4.30 pagi macam tu kot, tiba-tiba rasa memulas tahap diblender perut ni. Sakit jangan katalah. Terlalu sakit. =_= Bukan sekali ke toilet, tapi banyak kali. Memang ujian. Sampai lemah satu badan ni. Pedih, sakit tak usah kata. Alhamdulillah waktu raptai tu adalah masa jam 2.30 petang. Kiranya sempatlah nak amik tenaga. Hilang selera makan semua. Masa dalam perjalanan ke Poli, Kak Ila singgah di satu kedai Cina ni. Beli Pil Chi Kit Tek Aun. Telan sekotak. Tak lega lagi. Perut masuk angin. Rasa nak muntah tu. Allahuakbar! Perit. Kesian kan? Sakit hari raptai. Sehari tu jugaklah tak lalu nak makan. Makan sikit-sikit. Sekadar nak bagi tekak rasa manis. Puncanya silap makan. Makan tuna kot. Entahlah. Habis di situ. 


Ckin cakaplah. Memang seronok bila hari Konvokesyen ni. 

Awesome! ^_^ 

Nantilah Ckin story tentang hal konvokesyen ni. InshaAllah. Cuma ada sikit perkara yang perlu Ckin share di sini. Mesti teruja bila dapat jumpa Raja ataupun Agung secara face to face kan? Rasa nak cium tangan, nak salam, peluk cium pipi dan sebagainya. Bagi Ckin, hatta berjumpa dengan Nabi Muhammad sekalipun, kita yang perempuan diharamkan untuk cium tangan. Betul? Bukankah Nabi Muhammad seorang lelaki? Dan kita ni perempuan? Maka, ada batasan di situ walaupun Nabi adalah utusan Allah. Itulah hukum. Itulah peraturan Allah. Kenapa Ckin mencetuskan perkara ni? Sebabnya waktu konvokesyen merupakan waktu di mana kita boleh berjumpa dengan orang 'besar' ni. Waktu lain susah rasanya. Dan menyebabkan sebilangan orang rasa teruja dan rasa teringinnya nak cium tangan raja hatta seorang pemimpin yang sememangnya  mengetahui akan hukum-hakam Islam. 

Gambar sekadar hiasan
Sebagai contoh, kalian lihat ayah kalian tiba-tiba bersalaman cium tangan dengan Raja Perempuan. Apa pandangan kalian?  

"Huih! Hebatlah ayah! Dapat salam dengan raja perempuan! Terbaiklah ayah.."
"Tabik spring kat ayah!hoho Lembut tak tangan raja perempuan tu???"
"Fuhyooohhh..! Mak, ayah salam dengan anak raja tadi... Seronoklah ayah......hahahah"
"Tak acilah ayah! Nak jugak cium tangan raja perempuan.....huhu"

Atau....

"Ayah ni... Bukankah Islam dah haramkan seorang lelaki bersentuhan kulit dengan perempuan? Ayah lupa? Excited sangat kot?"
"Tak patutlah ayah ni... Mana boleh salam dengan raja perempuan... Siap cium tangan lagi...hmm"
"Kenapa ayah tak lari and duduk jauh-jauh dari raja permaisuri tu?... Sekurang-kurangnya ayah dapat elakkan dari salam dengannya...adeh"
"Ayah salam dengan raja permaisuri??? Biar betul ayah ni... Berdosa tau ayah..."

Mana satu kata-kata atau pandangan pertama yang kalian akan keluarkan?... Fikir-fikirkan...
Ckin tak pasti dan hairan. Di mana letaknya iman waktu melihat raja, raja perempuan, raja muda dan isteri. Takjub? Mereka juga adalah manusia biasa. Ya! Mereka keturunan raja. Tetapi, ramai sungguh yang berkeinginan nak bersalaman dengan raja-raja. Ada juga nak bersalaman dengan Menteri-Menteri. Hairan. Apa yang membuatkan mereka teruja? Tak salah nak bersalam disebabkan teruja tu. Tapi, lelaki dengan lelaki. Perempuan dengan perempuan. That's the point!
Teringat kembali. Kak Ila ada tanya kat Ckin.

"Eh, tak cari sarung tangan?"
"Ya Allah.. Lupa pulak. Tapi, takpa kot. Sebab ramai kata raja tak salam dengan student perempuan... InshaAllah..."


Alhamdulillah. Memang raja tak bersalaman dengan student perempuan. Faktornya adalah terlalu ramai graduan. Salam sorang demi sorang agak meletihkan. Tapi, ada jugak bersalam dengan student perempuan sebab bagi Anugerah Pengarah. Dan kebetulan jugak turn Ckin dengan 5 lagi kawan kelas, kami semua diberikan sijil oleh raja perempuan. So, bersalamlah dengan raja perempuan tu. Masing-masing nervous naik pentas. Salam pun macam kawan dah. Alahai... Redha je la. Excited. ^_^ Dan agak malang bagi pelajar lelaki. Sebabnya mereka terpaksa bersalaman dengan raja perempuan. Nak buat macam mana. Tak disangka-sangka pulak macam tu. Ckin tak pasti sama ada mereka suka ataupun tidak. Mustahil ada yang tak suka. Sebab bersentuhan kot. Allahuakbar! Alhamdulillah Ckin terlepas dari bersalam dengan raja. Kalau tidak, menyesal tak sudah. Maaf. Bukankah Allah dah larang? Ckin bawakan dalil  mengenai pengharaman lelaki dan perempuan untuk bersalaman hatta dengan orang terhormat sekalipun. Sebabnya lelaki TIDAK BOLEH bersentuhan kulit dengan perempuan. 

Dalil pertama: 

Daripada Ma’qil B. Yasar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لأن يطعن في رأس رجل بمخيط من حديد خير من أن يمس امرأة لا تحل له

Maksudnya: 
Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu
(Hadis Riwayat ath-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 20/211-212, no. 486 & 487)


Dalil kedua:

Daripada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:


كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُبَايِعُ النِّسَاءَ بِالْكَلَامِ بِهَذِهِ الْآيَةِ { لَا يُشْرِكْنَ بِاللَّهِ شَيْئًا } قَالَتْ وَمَا مَسَّتْ يَدُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَ امْرَأَةٍ إِلَّا امْرَأَةً يَمْلِكُهَا

Maksudnya: 
Bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berbai’at dengan kaum wanita secara lisan (tanpa bersalaman) untuk ayat “Janganlah kamu mensyirikkan Allah dengan segala sesuatu”. Dan tangan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak pernah menyentuh tangan wanita melainkan wanita yang dimilikinya. 
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 22/160, no. 6674)


Dalil ketiga: 

Daripada Umaimah Binti Ruqaiqah, ia menyatakan:


أتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم في نساء لنبايعه، فأخذ علينا ما في القرآن: { أَنْ لا يُشْرِكْنَ بِاللَّهِ شَيْئًا } الآية، وقال: "فيما استطعتن وأطقتن"، قلنا: الله ورسوله أرحم بنا من أنفسنا، قلنا: يا رسول الله، ألا تصافحنا؟ قال "إني لا أصافح النساء، إنما قولي لامرأة واحدة كقولي لمائة امرأة

Maksudnya: 
Aku pernah berjumpa Rasulullah s.a.w. bersama beberapa orang wanita untuk berbai’at kepada  Baginda. Maka  Baginda pun membai’at kami dengan apa yang terdapat di dalam al-Qur’an, iaitu kami tidak boleh mensyirikkan Allah dengan segala sesuatu. Lalu Baginda bersabda, 
“Iaitu berkenaan dengan apa yang kamu mampu dan sanggupi.”

Maka kami pun berkata, 
“Allah dan Rasul-Nya yang lebih menyayangi kami daripada diri kami sendiri.” 
Seterusnya kami mengatakan, 
“Wahai Rasulullah, tidakkah kita perlu bersalaman?”

Baginda menjawab, 
Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan wanita. Ucapanku kepada seorang wanita bersamaan dengan untuk seratus orang wanita.” 
(Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 44/559, no. 27009. Tahqiq Syaikh Syu’aib al-Arnauth: Isnadnya sahih, perawinya tsiqah daripada perawi syaikhain (al-Bukhari & Muslim) kecuali Umaimah Binti Ruqaiqah. Al-Hafiz Ibnu Katsir berkata di dalam tafsirnya, 8/96: Sanad hadis ini sahih, diriwayatkan juga oleh at-Tirmidzi, an-Nasaa’i, dan Ibnu Majah daripada hadits Sufyan B. ‘Uyainah. Juga diriwayatkan oleh an-Nasaa’i daripada hadits ats-Tsauri dan Malik B. Anas. Semuanya bersumberkan daripada Muhammad B. Al-Munkadir. At-Tirmidzi menyatakan: Hadis ini hasan sahih)


Nah! sudah terang lagi bersuluh. Rasulullah s.a.w. tidak pernah pun bersalam dengan mana-mana perempuan selain yang dihalalkan dengan Baginda. Kenapa kita pulak nak beriya-iya nak bersalaman dengan raja, raja muda, menteri, dan sebagainya? Sanggup melupakan hukum Allah tatkala bertemu dan bersentuhan kulit dengan idola masing-masing? Macam tu?
Jadi, fikir-fikirkanlah naa. Ckin cuba menyampaikan dengan baik dan jelas supaya kalian faham. Ada di antara kalian yang akan konvo, akan berjumpa dengan orang-orang hebat. Tapi, jangan pulak melupakan undang-undang Allah sebabnya undang-undang ini akan dituntut oleh Allah kelak di Padang Mahsyar. Mahkamah Akhirat itu pasti ada. Dan kita ummat Muhammad tidak akan terkecuali. 

Jap, mungkin ada yang akan bertanya. 

"Macam mana nak buat kalau tiba-tiba je akan tersalam dengan raja ataupun raja perempuan?"

Jawapannya adalah: 

Sediakan sarung tangan tak kira lelaki atau perempuan. Kalau perlu dan betul-betul nak jaga, bawak masuk ke dalam dewan. Prepare sebelum menyesal. Walaupun sekali bersentuhan dengan wanita atau lelaki, tetap BERDOSA!


InshaAllah. Ckin menyampaikan. Yang baik itu, ambillah buat panduan hidup. Yang tak baik tu, silalah tinggalkan di sini. InshaAllah. Wassalam.

p/s : Bila dah lalui, baru tau macam mana... Pasni nak tanya bolehlah naa.. ^_^

Sumber hadis: Fiqh & Sunnah

Read more...

Habis, Nak Amalkan Doa Apa Pulak?

Sunday, March 25, 2012

Assalamualaikum semua!
Curi masa sikit nak post di sini. Hajat di hati ini nak menjawab persoalan daripada Adik Sarah yang dikemukakan tempoh hari. Ini entri sebelum ke Konvokesyen dan raptai esok ni. ^_^ Begini soalannya.


Buat Siti Sarah, Kak Ckin dah tanya pada WADi. Jadi, jawapannya adalah seperti di bawah ni. 

Apabila kita menyebut sesuatu perkara berkaitan amalan ibadah, maka ia perlulah mempunyai dalil dan nas sebagai sandaran kepada ibadah tersebut. Pertama dilihat kepada al-Quran dan al-hadith, apakah ia mempunyai sandarannya.

Silakan mengamalkan mana-mana ayat-ayat al-quran tanpa melebihkan antara satu surah dengan surah yang lain kerana setiap surah punyai kelebihannya tersendiri. Manakala doa, berdoalah dengan doa-doa yang jelas ada sandarannya dari Al-Quran 
(di dalam Al-Quran banyak doa-doa yang difirmankan oleh Allah, diceritakan juga doa para nabi, etc.) 


Adapun doa-doa lain perlu ada sandaran dari hadith-hadith sahih, dan doa-doa yang tidak bertentangan dengan keduanya, Allahua'lam


Begitulah penerangan dari WADi. 

Sekarang giliran penjelasan Ckin. 
Sebenarnya terlalu banyak doa yang boleh kita amalkan. Dan ada juga doa yang tak boleh diamalkan. Jadi, cuma berpesan dan mengingatkan, berhati-hati dan siasat sebarang amalan yang kita amalkan. Itu sahaja. Sebagai contoh, Al-Ma'thurat memang diakui kesahihannya, jadi kenapa tak beramal dengan Al-Ma'thurat sahaja? Tak gitu? Mungkin ada lagi zikir-zikir yang sedia diamalkan, tak salah. Cuma pastikan kesahihannya sahaja. Sebabnya ianya juga mempengaruhi aqidah dan ibadah kita semua. InshaAllah. Ckin menyampaikan. ^_^ 


Sebelum tu, nak share kegembiraan dari adik kita sorang ni. Beliau berjaya memperoleh keputusan yang terbaik dalam SPM beliau. Untuk makluman jugak, Sarah ni ada kembar. Kembarnya dapat Straight A's. AWESOME! Ziarah Sarah di sini:


Kak Ckin bangga dengan adik berdua. Sebab adik-adik ni pun kembar macam Kak Ckin. ^_^

Bahasa Melayu A+
Bahasa Inggeris A-
Pendidikan Islam A
Sejarah A
Mathematics A+
Additional Mathematics A+
Reka Cipta A   *subjek tambahan
Physics A-
Chemistry A
Biology B+
=====================
3A+ 4A 2A- 1B+
=================
Terbaik kan? ^_^ Walaupun kedua-duanya tak sama, tapi sama-sama hebat. Alhamdulillah. 

TAHNIAH ADIK!

Last but not least, minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat ziarah kalian semua naa. Ckin sibuk sikit. Sikit je pun. InshaAllah kelak akan datanglah tu. InshaAllah.

p/s : Jom ke Perlis! Kita konvo ramai-ramai.. hoho

Read more...

Indahnya Cinta Karya Harith Faisal

Wednesday, March 21, 2012


Assalamualaikum semua.
Macam mana kehidupan hari ni? Lebih baik dari semalam? Atau lebih teruk dari semalam? Mudah-mudahan segala-galanya akan bertambah baik dan meningkat mutu kehidupan dari sehari ke sehari. InshaAllah. 

Nampak tajuk di atas? Ini hanyalah perkongsian. Supaya kita semua tak terleka. Dan mengambil pengajaran dari apa yang nak disampaikan oleh saudara Harith Faisal. 

Menarik? 
Cinta? 
Best? 
Suka? 
Nak tahu? 
Apa itu cinta? 
Tak faham?
Tak berminat?

Semuanya ada dalam minda. Bila sebut tentang cinta, jadi suka. Jadi gembira. Ibarat dunia ini ana yang punya. Tetapi, ada juga perkara yang perlu dititkberatkan di situ. Setiap kemahuan, setiap keinginan, perlu dikawal rapi dengan iman. InshaAllah. Sama-samalah kita ingatkan diri naa. Terkesan sebenarnya dengan storyboard ni. Teringat 21 tahun dah hidup ni. Banyak perkara yang dilalui. Ada suka, ada duka. Ada pahit, ada manis. Semuanya bergantung pada diri sendiri. Belajarlah untuk mengawal perasaan sendiri. Belajarlah untuk lebih matang dalam hidup. Ckin tak mengajak kalian untuk bercinta. Sedikitpun tidak. Malah, apa yang boleh Ckin pesan. Jangan mendekati cinta jika belum bersedia. Jangan dekati langsunglah. Senang. Hati-hati dengan perasaan ni. Sebab bagi Ckin, ianya BAHAYA

Nak ziarah beliau, sila ke sini: 


Selamat menghayati. ^_^

 


Aku nak berkongsi satu CERITA HATI
Cerita biasa-biasa sahaja
Tiada yang LUAR BIASA
Ini juga bukan KISAH DONGENG
Tapi ada pengajaran untuk semua
Cerita ini tentang CINTA DAN HARAPAN
CINTA MUKA BUKU pun boleh juga.

REMAJA memang mudah melafazkan KALIMAH CINTA
TIKA MASANYA dalam fantasi cinta
Semua mengaku sanggup BERKORBAN DEMI CINTA
Semua terpengaruh dengan PESONA CINTA.

PERMATA YANG DICARI
sudah tentu adalah permata yang berkualiti
Dan ia bukan mudah untuk dimiliki
Itulah hakikatnya
PERCAYA PADAKU
Peliharalah maruah diri.

Seronok bercinta?
Hanya KERANA CINTA insan
Batasan agama jangan diketepikan
Hanya kerana INDAHNYA CINTA dunia
Jangan pula khianati cinta yang utama.

Please OPEN YOUR EYES
CINTA TERAGUNG adalah cinta Allah
Islam tidak melarang kita melakar CERITA CINTA
Asalkan cinta itu bukanlah CINTA BERSULAM NODA.

Mahukah MAHLIGAI CINTA yang dibina mendapat murkaNya?
Mahukah KELUARGA BAHAGIA hanya menjadi angan-angan sahaja?

I BELIEVE
LAYAR KEINSAFAN sudah terdetik di hati
BERIBU SESALAN sudah bersarang di jiwa
SAAT TERAKHIR sebelum LAST BREATH
Belum tentu dapat bertaubat.
Jadi, bertaubatlah sebelum terlambat.

Ingatlah, yang PERGI TAK KEMBALI
Apa jadi kepada yang tak sempat bertaubat walau hanya SEDETIK LEBIH?
Yang tak sempat MENANGIS LAGI pula macam mana?
Bagaimana agaknya kehidupannya semasa MENANTI DI BARZAKH?

Yang pastinya
Allah sentiasa menerima TAUBAT SEORANG HAMBA.

SEMALAM mungkin tidak SEBIRU HARI INI
Biarlah dosa-dosa lalu TERHENTI DI SINI
Menjadi CEBISAN KENANGAN
Sebagai satu MUHASABAH CINTA
Untuk mendekati NUR TUHAN.

Yakinlah
Akan tiba hari itu
Hari untuk SEBUAH PERTEMUAN dengan si dia
Insan yang akan membimbing tangan kita ke SETANGGI SYURGA
Bahagia DI PENGHUJUNGNYA.

InsyaAllah
Wallahu’alam.

p/s : Yang baik itu, ambillah. Yang tak baik tu, silalah tinggal-tinggalkan di ruangan ini. InshaAllah.. ^_^

Read more...

Kerana Dirimu Begitu Berharga (",)

Monday, March 19, 2012

Assalamualaikum semua!

Hari ni sekadar nak berkongsi hasil tulisan orang lain. Ckin ada something nak disampaikan di sini, namun masih belum boleh lagi. Tugasan banyak kot. Kena bagi settle dulu. Jom sama-sama baca naa. Perbualan antara gadis liberal dan seorang alim ulamak iaitu seorang ustaz. 

''Kerana Dirimu Begitu Berharga"


Liberal Gurlz :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”

Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”

Liberal Gurlz :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?

Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Liberal Gurlz :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”

Ustaz :
“Sekurang–kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”


Liberal gurlz :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”

Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”

Liberal Gurlz :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”

Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”

Liberal Gurlz :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”

Ustaz :
"Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakan ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….
“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?” Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”


Liberal Gurlz :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”

Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”
“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”

Liberal Gurlz :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”

Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!....menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”


Liberal Gurlz :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”

Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”
“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”

Liberal Gurlz :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”

Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”
“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”


Liberal Gurlz :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”

Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”

Liberal Gurlz :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”

Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…!!!”


Beringatlah wahai saudara sejenisku... Jangan bila dah dijemput oleh Malaikat Izrail baru nak rasa bertaubat. Ingatlah. Perjalanan ke sana sangat-sangat perlukan bekal yang mencukupi. Maka, prepare. And prepare. Jangan sesekali mengabaikannya. Sekiranya kita dah melangkah ke alam sana, nescaya kita takkan mampu untuk berpatah balik walaupun menjerit dengan suara yang lantang, keras yang mampu membuatkan manusia pengsan mendengarnya. Allahuakbar!
Sumber: Zamani

Read more...

Doodle 2 : Memaafkan Lebih Baik

Sunday, March 18, 2012

Assalamualaikum semua!
Terima kasih banyak-banyak atas komen yang membina. InshaAllah segala-galanya sudah diselesaikan dengan baik sekali. Hari ni Ckin tak nak post apa-apa, just nak share. Doodle kedua dari Ckin. Ada peringatan di sana. InshaAllah. ^_^

Kalau nak amik, dipersilakan. Hak kita bersama. ^_^


Memaafkan,
Kata-kata yang mudah diungkapkan
Tetapi sukar dilakukan
Seandainya kita berada di sisi Rasulullah dan sahabat
Mungkin kita akan lebih mengerti pengertian 'maaf' itu...

Sekian dahulu untuk hari ini. 
Wassalam. ^_^

p/s : Bila masalah settle, dah boleh tersenyum gembira. Bergelak tawa. Bergurau senda. ^_^
Itulah manusia. 

Read more...

Ujian Yang Diberi Untuk Menyakitkan Hati?

Thursday, March 15, 2012

Assalamualaikum semua!
Tiada apa yang ingin dikatakan hari ini lantaran didatangi ujian.
Cuma ingin berkongsi sedikit dengan kalian di samping ingin menaikkan semangat dan kepercayaan buat diri. 

Ini adalah hasil penulisan sahabat kita iaitu Cik Shiqah. Nak ziarah beliau, boleh ke sini:



Sungguh ujian yang datang kadang-kadang buat hati rasa sakit. Kadang rasa ingin berputus asa tapi terus beringat bahawa Allah itu lebih mengetahui. Mungkin diberikan keadaan ini untuk gantian yang lebih baik buat masa yang akan datang. mana kita tahu kan? Lagipun, orang yang selalu diberi ujian, maknanya Allah sayang. ^_^

"Allah beri ujian dekat kita, maknanya kita insan terpilih. Bukan semua orang melalui apa yang kita lalui dan bukan senang Allah nak beri perhatian kepada kita. Jadi, bersyukurlah dan berbahagialah dengan ujian itu dan laluilah perjalanan itu dengan sabar." 
-Kakak Usrah-

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: 
"Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" 
Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat 
(asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

(Surah Al Baqarah ayat 241)

Keikhlasan kita pasti saja akan diuji.
Bilamana kita berkata kita bekerja untuk Allah dan Islam, 
tapi kita sedikit pun tidak diuji, mesti ada yang tak kena di mana-mana.

Maka jika sedang diuji, bersangka baiklah kepadaNya.
Kerana ujian itulah yang akan membuktikan keikhlasan seseorang.
Jadi, bergembiralah.

p/s : Bila didatangkan ujian, barulah dinamakan hidup dan Allah cuba test akan apa yang kita amalkan dan lakukan sepanjang hidup... 

Read more...

Contest Aku Suka Makan Coklat!!

Wednesday, March 14, 2012


Assalamualaikum semua!

Hari ini berbesar hati nak join contest yang ditag oleh Mr Kancil 8349. Terima kasih sebab tag. Kalau tak tag, komfem takkan tau tentang Contest Aku Suka Makan Coklat!! ni. ^_^ Lagi satu, contest ni mudah. Hanya kena follow blog sahaja dan buat entri khas. Tak berkaitan dengan facebook. Kalau yang berkaitan dengan facebook, agak sukar untuk Ckin join. ^_^ Ckin nak buat mudah-mudah je. Kalau nak join, sila klik banner di bawah. 

Sedapnya......hehe


Persoalannya, 
KENAPA CKIN SUKA MAKAN COKLAT?

Kisahnya begini. Dulu Ckin bukanlah peminat tegar coklat. 

Bila beli, makan.
Orang beli, makan.
Orang bagi, makan.
Orang hadiahkan, makan.
Orang bagi test, makan.

Tapi, suatu hari tu, Ckin rasa macam terangkat sikit rasa nak makan coklat selepas berkenalan dengan 
Mr Willy Wonka. 

Siapakah beliau yang sebenarnya?

!
!
!
!
!
!

!
!
!
!
!

!
!
!
!
!

Beliau adalah Tauke Kilang yang paling besar dalam

CHARLIE CHOCOLATE FACTORY! ^_^

Ini adalah movie ok. Bukan di dunia realiti. Seriously, terliur giler bila tengok coklat yang melimpah-limpah, boleh naik bot lagi dalam tasik coklat.

Tasik Coklat.
Pokok gula-gula.
Boleh berenang dalam tasik coklat. 
Berjalan-jalan di taman coklat. 
Pokok ada coklat.
Pergh! Tak tahan kot.

Boleh makan anytime! Allah... Kalau dapat masuk tempat macam tu, seriously
AWESOME! 

Bila start tonton movie tu, Ckin mula rasa minat. Suka. Jatuh cinta dengan cairan coklat. 
SERIOUSLY!

Tapi, entah bila dapat makan coklat yang melimpah macam tu kan... Di Syurga mesti ada. Kalau nak, kenalah usaha untuk ke sana. InshaAllah ada usaha. Tengah usaha ni. ^_^ 
Itulah sebabnya mengapa Ckin suka makan coklat. 
(kecur air liur ni..hehe)

Inilah Mr Willy Wonka yang hensem tu. ^_^

Kalau nak tengok cairan coklat yang membuatkan Ckin geram-geram tu, bolehlah tengok pada klip-klip dari movie tu naa. Ckin sedia beberapa part yang sangat menarik. ^_^ 

I LOVE CHOCOLATE VERY MUCH!

 

Kat bawah ni la yang naik bot dalam Tasik Coklat tu. Nak jugak Mr Willy Wonka?hehe

 

Bawah ni pulak lagu yang dinyanyi dan dimenarikan oleh orang-orang kerdil yang mempunyai wajah yang sama setiap orang. ^_^

 

Bawah ni pulak adalah trailer bagi filem ni. Kalau tak pernah tengok lagi movie ni, bolehlah tengok trailer ni untuk mendapatkan gambaran bagaimana perjalanan filem ni naa. Ckin masih simpan lagi movie ni dalam laptop sebab ianya

Seriously AWESOME!

 

Kalau nak join, silalah klik di banner di atas ataupun pada bawah ni.


Ckin nak tag 3 sahabat blogger yang sedang membaca entri ini iaitu: 


p/s : Pada yang tak kena tag tu, tak bermakna kalian tak boleh join. Syaratnya 3 orang je... 
Ckin mengalu-alukan jika kalian yang lain nak join. Tuan rumah yang menganjurkan contest pun lagi senyum lebar. ^_^

 JOM PAKAT-PAKAT JOIN NAA.. 
(curi masa nak buat entri khas ni tau..hoho)
padahal, fail berselerak dan penuh atas meja...sabor je la..hehe

Read more...

Pesanan Mat Luthfi Untuk Semua Peminatnya...

Tuesday, March 13, 2012

Assalamualaikum semua!

Kenal Mat Luthfi? Kenal? Tak? Kenal? Tak? Kenal?
Act, baru-baru ni Mat Luthfi upload lagi satu video. Ckin lambat jugak dapat tengok. Macam luahan hati dia jugaklah. Gelak jugaklah tengok gaya dia tu. Tetapi, ada pesanan di sebalik lawak-lawak tu naa. Bolehlah tengok. Kepada yang tak boleh tengok, kalu rajin, pi cari tempat yang boleh tengok naa. ^_^ 


Ini adalah pesanan Mat Luthfi kat peminat-peminat dia.  

Ckin pun pernah jumpa orang yang fanatik dengan Mat Luthfi ni. Ada yang cakap Mat Luthfi ni hubbynya. Mat Luthfi ni tunangnya. Dan beberapa lagi. Nak minat pada seseorang tu ada batasnya. Jangan sampai menimbulkan ketidakselesaan kepada mereka-mereka yang diminati tu. Tak semena-mena fitnah dan cerita palsu bertebaran begitu sahaja. Ye dak?

Jadi, berpada-padalah dalam meminati seseorang itu naa. Kalau orang tu dah tak selesa, kan dah jadi susah.
Ckin pun minat kat Mat Luthfi. Tapi, masih berpada-pada. Minat itu kerana kelebihan yang dia and Anwar Hadi ada tu berbeza dengan orang lain. Kalau nak tau, selidiklah sendiri.

Sekian dulu. Ada lagi, nanti Ckin share lagi.
Wassalam.

p/s : Mat Luthfi jangan risau... Mereka hanya peminat tegar kot... Sebab tu sampai jadi macam tu... ^_^ Yang penting, teruskan kehidupan  macam biasa naa...
(seolah-olah cam Mat Luthfi penah masuk blog ni... ^_^)

Read more...

Seni Kopi Yang Unik. Sanggup Minum? hehe

Sunday, March 11, 2012

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah bertemu lagi kita di sini. Terus terang Ckin cakap. Balik rumah minggu ni rasa penat semacam ja. ^_^ Entahlah buat apa. Tu tak kawin lagi tu. Nanti dah kawin, penat bertambah-tambahlah kan. Tapi tak apa. Kelak, ada orang akan tolong. Ye dak?... Act, penat tu sebab pergi bank and settlekan urusan pembayaran Yuran Konvo. Untuk makluman, Ckin akan konvo pada 27 Mac 2012 ni bertempat di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis. Saja mention sepenuhnya nama poli Ckin. Biar kenal Ckit naa. Politeknik tercinta. Seriously. Sebab kat sana angin kuat. Sejuk. Dan atas tanah tinggi. Kadang tu panas sungguh. ^_^

Dah alang-alang kat Bank Islam, terus tukar kad putih yang lama kepada kad i-Visa  yang baru. Ditambah pulak tambah dengan TAP iaitu mobile banking. Memudahkan urusan betul. Kemudian, ke Maybank pulak. Nak dapatkan TAC for internet banking. Lama la jugak tunggunya. Sebab prosesnya lama. Terpaksalah tunggu. Bila dah settle. Ok la. Buat tu. Buat ni. Rasa penat sungguh. Petang pas Zohor, potong kain nak buat baju. Keluar pulak nak pi jahit tepi kain yang dipotong. Alhamdulillah Mak Su merangkap mak saudara Ckin yang bongsu sanggup nak keluar dengan Ckin. Lega. Tapi rasa penatlah. Kelmarin pun. Semalam bila sampai, settlekan semua yang patut. Basuh baju, lipat baju. Then, merehatkan diri yang penat. Bangun pagi ni alhamdulillah. Masih bangun. Masih dapat tengok dunia. Alhamdulillah... 

Panjang pulak celotehnya. Sekadar nak berkongsi seni kopi. Sangat kreatif. Rasa sayang pulak nak minumnya. ^_^ 

Kopi ni, mesti JO QUSARY suka... Dia peminat tegar kopi. ^_^


Seni Kopi - Coffee Art
Seni Kopi - Coffee Art
Seni Kopi - Coffee Art
Seni Kopi - Coffee Art
Seni Kopi - Coffee Art
Seni Kopi - Coffee Art


Seni Kopi - Coffee Art
Seni Kopi - Coffee Art
Seni Kopi - Coffee Art
Seni Kopi - Coffee Art
Seni Kopi - Coffee Art
Seni Kopi - Coffee Art

Read more...
Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP