Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

"Weh, Untunglah Dapat Salam Dengan Raja!"

Thursday, March 29, 2012

Assalamualaikum semua!
Macam mana dengan kesihatan semua? Baik? Sihat? 


Hari ni baru dapat nak update ni. Baru balik dari konvokesyen la katakan.hoho Act, bercerita tentang konvo ni, boleh kot Ckin nak story sikit? Masa hari raptai, 26.3.2012, Ckin dilanda sakit yang sangat teruk. Cirit-birit! Tengah malam, dah start macam meraung sikit-sikit. Allahuakbar! Jam 4.30 pagi macam tu kot, tiba-tiba rasa memulas tahap diblender perut ni. Sakit jangan katalah. Terlalu sakit. =_= Bukan sekali ke toilet, tapi banyak kali. Memang ujian. Sampai lemah satu badan ni. Pedih, sakit tak usah kata. Alhamdulillah waktu raptai tu adalah masa jam 2.30 petang. Kiranya sempatlah nak amik tenaga. Hilang selera makan semua. Masa dalam perjalanan ke Poli, Kak Ila singgah di satu kedai Cina ni. Beli Pil Chi Kit Tek Aun. Telan sekotak. Tak lega lagi. Perut masuk angin. Rasa nak muntah tu. Allahuakbar! Perit. Kesian kan? Sakit hari raptai. Sehari tu jugaklah tak lalu nak makan. Makan sikit-sikit. Sekadar nak bagi tekak rasa manis. Puncanya silap makan. Makan tuna kot. Entahlah. Habis di situ. 


Ckin cakaplah. Memang seronok bila hari Konvokesyen ni. 

Awesome! ^_^ 

Nantilah Ckin story tentang hal konvokesyen ni. InshaAllah. Cuma ada sikit perkara yang perlu Ckin share di sini. Mesti teruja bila dapat jumpa Raja ataupun Agung secara face to face kan? Rasa nak cium tangan, nak salam, peluk cium pipi dan sebagainya. Bagi Ckin, hatta berjumpa dengan Nabi Muhammad sekalipun, kita yang perempuan diharamkan untuk cium tangan. Betul? Bukankah Nabi Muhammad seorang lelaki? Dan kita ni perempuan? Maka, ada batasan di situ walaupun Nabi adalah utusan Allah. Itulah hukum. Itulah peraturan Allah. Kenapa Ckin mencetuskan perkara ni? Sebabnya waktu konvokesyen merupakan waktu di mana kita boleh berjumpa dengan orang 'besar' ni. Waktu lain susah rasanya. Dan menyebabkan sebilangan orang rasa teruja dan rasa teringinnya nak cium tangan raja hatta seorang pemimpin yang sememangnya  mengetahui akan hukum-hakam Islam. 

Gambar sekadar hiasan
Sebagai contoh, kalian lihat ayah kalian tiba-tiba bersalaman cium tangan dengan Raja Perempuan. Apa pandangan kalian?  

"Huih! Hebatlah ayah! Dapat salam dengan raja perempuan! Terbaiklah ayah.."
"Tabik spring kat ayah!hoho Lembut tak tangan raja perempuan tu???"
"Fuhyooohhh..! Mak, ayah salam dengan anak raja tadi... Seronoklah ayah......hahahah"
"Tak acilah ayah! Nak jugak cium tangan raja perempuan.....huhu"

Atau....

"Ayah ni... Bukankah Islam dah haramkan seorang lelaki bersentuhan kulit dengan perempuan? Ayah lupa? Excited sangat kot?"
"Tak patutlah ayah ni... Mana boleh salam dengan raja perempuan... Siap cium tangan lagi...hmm"
"Kenapa ayah tak lari and duduk jauh-jauh dari raja permaisuri tu?... Sekurang-kurangnya ayah dapat elakkan dari salam dengannya...adeh"
"Ayah salam dengan raja permaisuri??? Biar betul ayah ni... Berdosa tau ayah..."

Mana satu kata-kata atau pandangan pertama yang kalian akan keluarkan?... Fikir-fikirkan...
Ckin tak pasti dan hairan. Di mana letaknya iman waktu melihat raja, raja perempuan, raja muda dan isteri. Takjub? Mereka juga adalah manusia biasa. Ya! Mereka keturunan raja. Tetapi, ramai sungguh yang berkeinginan nak bersalaman dengan raja-raja. Ada juga nak bersalaman dengan Menteri-Menteri. Hairan. Apa yang membuatkan mereka teruja? Tak salah nak bersalam disebabkan teruja tu. Tapi, lelaki dengan lelaki. Perempuan dengan perempuan. That's the point!
Teringat kembali. Kak Ila ada tanya kat Ckin.

"Eh, tak cari sarung tangan?"
"Ya Allah.. Lupa pulak. Tapi, takpa kot. Sebab ramai kata raja tak salam dengan student perempuan... InshaAllah..."


Alhamdulillah. Memang raja tak bersalaman dengan student perempuan. Faktornya adalah terlalu ramai graduan. Salam sorang demi sorang agak meletihkan. Tapi, ada jugak bersalam dengan student perempuan sebab bagi Anugerah Pengarah. Dan kebetulan jugak turn Ckin dengan 5 lagi kawan kelas, kami semua diberikan sijil oleh raja perempuan. So, bersalamlah dengan raja perempuan tu. Masing-masing nervous naik pentas. Salam pun macam kawan dah. Alahai... Redha je la. Excited. ^_^ Dan agak malang bagi pelajar lelaki. Sebabnya mereka terpaksa bersalaman dengan raja perempuan. Nak buat macam mana. Tak disangka-sangka pulak macam tu. Ckin tak pasti sama ada mereka suka ataupun tidak. Mustahil ada yang tak suka. Sebab bersentuhan kot. Allahuakbar! Alhamdulillah Ckin terlepas dari bersalam dengan raja. Kalau tidak, menyesal tak sudah. Maaf. Bukankah Allah dah larang? Ckin bawakan dalil  mengenai pengharaman lelaki dan perempuan untuk bersalaman hatta dengan orang terhormat sekalipun. Sebabnya lelaki TIDAK BOLEH bersentuhan kulit dengan perempuan. 

Dalil pertama: 

Daripada Ma’qil B. Yasar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لأن يطعن في رأس رجل بمخيط من حديد خير من أن يمس امرأة لا تحل له

Maksudnya: 
Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu
(Hadis Riwayat ath-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 20/211-212, no. 486 & 487)


Dalil kedua:

Daripada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:


كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُبَايِعُ النِّسَاءَ بِالْكَلَامِ بِهَذِهِ الْآيَةِ { لَا يُشْرِكْنَ بِاللَّهِ شَيْئًا } قَالَتْ وَمَا مَسَّتْ يَدُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَ امْرَأَةٍ إِلَّا امْرَأَةً يَمْلِكُهَا

Maksudnya: 
Bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berbai’at dengan kaum wanita secara lisan (tanpa bersalaman) untuk ayat “Janganlah kamu mensyirikkan Allah dengan segala sesuatu”. Dan tangan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak pernah menyentuh tangan wanita melainkan wanita yang dimilikinya. 
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 22/160, no. 6674)


Dalil ketiga: 

Daripada Umaimah Binti Ruqaiqah, ia menyatakan:


أتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم في نساء لنبايعه، فأخذ علينا ما في القرآن: { أَنْ لا يُشْرِكْنَ بِاللَّهِ شَيْئًا } الآية، وقال: "فيما استطعتن وأطقتن"، قلنا: الله ورسوله أرحم بنا من أنفسنا، قلنا: يا رسول الله، ألا تصافحنا؟ قال "إني لا أصافح النساء، إنما قولي لامرأة واحدة كقولي لمائة امرأة

Maksudnya: 
Aku pernah berjumpa Rasulullah s.a.w. bersama beberapa orang wanita untuk berbai’at kepada  Baginda. Maka  Baginda pun membai’at kami dengan apa yang terdapat di dalam al-Qur’an, iaitu kami tidak boleh mensyirikkan Allah dengan segala sesuatu. Lalu Baginda bersabda, 
“Iaitu berkenaan dengan apa yang kamu mampu dan sanggupi.”

Maka kami pun berkata, 
“Allah dan Rasul-Nya yang lebih menyayangi kami daripada diri kami sendiri.” 
Seterusnya kami mengatakan, 
“Wahai Rasulullah, tidakkah kita perlu bersalaman?”

Baginda menjawab, 
Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan wanita. Ucapanku kepada seorang wanita bersamaan dengan untuk seratus orang wanita.” 
(Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 44/559, no. 27009. Tahqiq Syaikh Syu’aib al-Arnauth: Isnadnya sahih, perawinya tsiqah daripada perawi syaikhain (al-Bukhari & Muslim) kecuali Umaimah Binti Ruqaiqah. Al-Hafiz Ibnu Katsir berkata di dalam tafsirnya, 8/96: Sanad hadis ini sahih, diriwayatkan juga oleh at-Tirmidzi, an-Nasaa’i, dan Ibnu Majah daripada hadits Sufyan B. ‘Uyainah. Juga diriwayatkan oleh an-Nasaa’i daripada hadits ats-Tsauri dan Malik B. Anas. Semuanya bersumberkan daripada Muhammad B. Al-Munkadir. At-Tirmidzi menyatakan: Hadis ini hasan sahih)


Nah! sudah terang lagi bersuluh. Rasulullah s.a.w. tidak pernah pun bersalam dengan mana-mana perempuan selain yang dihalalkan dengan Baginda. Kenapa kita pulak nak beriya-iya nak bersalaman dengan raja, raja muda, menteri, dan sebagainya? Sanggup melupakan hukum Allah tatkala bertemu dan bersentuhan kulit dengan idola masing-masing? Macam tu?
Jadi, fikir-fikirkanlah naa. Ckin cuba menyampaikan dengan baik dan jelas supaya kalian faham. Ada di antara kalian yang akan konvo, akan berjumpa dengan orang-orang hebat. Tapi, jangan pulak melupakan undang-undang Allah sebabnya undang-undang ini akan dituntut oleh Allah kelak di Padang Mahsyar. Mahkamah Akhirat itu pasti ada. Dan kita ummat Muhammad tidak akan terkecuali. 

Jap, mungkin ada yang akan bertanya. 

"Macam mana nak buat kalau tiba-tiba je akan tersalam dengan raja ataupun raja perempuan?"

Jawapannya adalah: 

Sediakan sarung tangan tak kira lelaki atau perempuan. Kalau perlu dan betul-betul nak jaga, bawak masuk ke dalam dewan. Prepare sebelum menyesal. Walaupun sekali bersentuhan dengan wanita atau lelaki, tetap BERDOSA!


InshaAllah. Ckin menyampaikan. Yang baik itu, ambillah buat panduan hidup. Yang tak baik tu, silalah tinggalkan di sini. InshaAllah. Wassalam.

p/s : Bila dah lalui, baru tau macam mana... Pasni nak tanya bolehlah naa.. ^_^

Sumber hadis: Fiqh & Sunnah

18 Comments:

Sis AI March 29, 2012 at 11:03 PM  

Waah.. Msti perit sangat2 kan time cirit birit tu.. Slalunya salah mkn la.. Tp dtabahkan jugak. Alhamdulillah, dpt kkuatan skit. :)

Apapun, yg bersalam tu mmg dh jdi isu, pringatan yg sgt baik! Even PM kita pun kdng2 trlupa kejap hukum agama ni..

Ingt lgi hari kokurikulum, prnh ambik anugerah, trpksa salam sorang AJK tinggi ni. Trun stage, muka trus brubah. Ntahla, rsa brdosa sgt.

Yes, klu nk trima anugerah lpas ni mmg kna bwak srung tngan. Ntahla, raja kan. Ksian jugak klu malu dpn rkyat nnti. Nk jga muka, srung tngan jela..

suzie rahman March 30, 2012 at 12:41 AM  

alhamdulillah..hihihi selesai sdh knvo erk.. nice entry kin. raja erk. hebat toi...poli akak dulu konvo xde rj pn.

Nur. March 30, 2012 at 1:33 AM  

bahi org first salam dgn raja perempuan. nerveous teramat sgt..
pheww lega jugak tak dapat turn raja perlis kan.,
tahniah ckin..

Unknown March 30, 2012 at 8:00 AM  

memang setuju, lelaki dgn perempuan tak boleh bersentuh kalau bukan dgn muhrimnya apa lagi bersalaman walapun dgn raja sekalipun.. tapi untunglah dapat jumpa raja.

Ckin Kembaq March 30, 2012 at 8:24 AM  

Sis AI,

memang perit sangat...perut memulas sangat...orang nak beranak lagi teruk dari ni kot..huhu alhamdulillah..hari konvo tak sakit dah..hehe

dulu penah jugak..masa tu sekolah rndah@menengah...xigt dah..Tun Abdullah mai ke kampung.ada hari apa tah...tak igt, masa tu semua pakat nak salam dengan beliau ni...tp alhamdulillah waktu tu dah tau akan 'ketidakbolehan' bersalam ni..jadi, lari jauh2 ...agar tak terlibat.. ^_^
p/s: sbb tu kena sdia srung tgn..sebab tak nak malukan raja.. ^_^


kak suzie,

alhlamdulillah akak..selesai dan mmg best..wpun dpt jumpa 5 org kwan kelas je..heheh tp ok la...dari tak jumpa langsung kan..sebb hari lain-lain..a'ah.kali ni raja dan raja muda turun.. ^_^

Ckin Kembaq March 30, 2012 at 8:26 AM  

Bahiyah,

memang pun bahi..hehe dah tau bahi akan jadik role model utk salam dengan permaisuri..hehe yg lain ikut jejak langkah org kat depan..bahi pun.. tahniah naa.. ^_^


Santri T.P.I.N.I,

yep..memang tak boleh...mmg seronok jumpa raja depan2...tp jgn smpai tahap nak pi sentuh2 smua..bahaya..... ^_^

Cik Jannah March 30, 2012 at 1:13 PM  

hukum Allah tetap hukum. walaupon dia raja sekalipon kalau bukan muhrim tetap haram hukumnya kan? cuma kita sebagai rakyat kalau dapat bersalam dengan raja (yerlah bukan senang nak jumpa dan bersalam) mesti terasa bangga dan gembira. tapi disebalik itu, ada hukum yang tidak mengenal siapapon umat.
wallahualam
:)

Pha Is March 30, 2012 at 2:48 PM  

dulu pernah jugak 'dipaksa' bersalaman dengan rosmah, bini najib... kami kena beratur sambut beliau, pastu beliau salam sorang2... masa tu, memang serba salah jugak...

emas delima March 30, 2012 at 4:20 PM  

tahniah sebab dh berjaya menkonvokn diri ckin...hehehe...semoga berjaya dunia dan akhirat..insyaallah

CikTeddyCorner March 31, 2012 at 4:17 PM  

hmm cik ade trbace satu artikel..cik dh lupe la..mmg boleh nk salam kalo pakai sarung tgn tp biarlah btol2 mustahak sbb pkai sarung tgn pon,bile kite bersalaman,bukn mahram kite masih boleh rasa bentuk tgn kite n boleh mngudang rase syahwat..er maaf,cik pon kurang pasti pasal ni sbb dh lame sngt kot artikel tu..maaf kalo slh =D

Dafinullah March 31, 2012 at 9:22 PM  

syafakillah... ad hoc.. memang tkkan terfikir lah oleh pelajar lelaki nk bawa sarung tangan.. even sy pn sarung tangan nk dibawa.. hehe

Ckin Kembaq April 1, 2012 at 7:57 AM  

cik Jannah,

betul tu cik jannah....perlu diambil kira..boleh nak bersalam..tp biarlah lelaki dengan raja, dan perempuan dgn raja permpuan..sronok dpt, dosa pun dapat dielakkan..inshaAllah. ^_^


pha is,

smpai dipaksa?adeh mmg terdsak sgt dah ni kn...Alahai..


khairul,

alhamdulillah...kita ttp sama as a human.. ^_^

Ckin Kembaq April 1, 2012 at 7:59 AM  

emas delima,

alhamdulillah...tq bangata naa.. inshaAllah doakan yg terbaik naa.. ^_^


O CIKTEDDY,

yup cik teddy...betul2 mustahak..time ni mmg mustahak...tak leh nak elak...sebb tu kena guna inisiatif sarung tangan.. ^_^ ttg tu nt kita tanya WADi..inshaAllah..


Ibnu Darwin,

syukran..dulu tak terfikir.inshaAllah sekarang ni mungkin dah terfikir..ye dak?.. ^_^ ikhtiar gitu..

Cikgu Ma April 1, 2012 at 11:24 AM  

sangat lega kalo x kena salam dengan raja (L)...tahniah sis^_^

Ckin Kembaq April 1, 2012 at 11:50 AM  

Cikgu Ma,

alhamdulillah..mmg dijaga.. ^_^ lega rasanya...tq Cikgu Ma.. ^_^

DRC April 1, 2012 at 7:21 PM  

TAHNIAH ckin... nt ckin leh tgok DRC konvo plak..

Ckin Kembaq April 2, 2012 at 7:52 AM  

DRceria,

inshaAllah jika berkesempatan.. ^_^

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP