Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Nak Utamakan Pahala 27 Atau 1? Pilihlah...

Sunday, April 1, 2012

Assalamualaikum semua!


Hari ni nak berkongsi tentang kelebihan solat berjemaah. Kalian solat berjemaah setiap hari? Kalau ya, alhamdulillah. Kalau belum, mulakanlah naa. ^_^

"HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH"

Terdapat hadis yang menyebut tentang kelebihan solat secara berjemaah yang memang terpahat dalam minda Ckin ni sejak lama dulu. Yang membuatkan kalau boleh, tak nak tinggal langsung berjemaah. Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Solat berjemaah itu lebih baik dari solat bersendirian dengan 27 kali darjat".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Kelebihan Solat Berjemaah Dari Pandangan Seorang Bukan Islam.

Diceritakan bahawa seorang profesor dalam bidang fizik di sebuah universiti di Amerika Syarikat, telah membuat satu kajian tentang mengapa disyariatkan solat berjamaah di dalam Islam dan kelebihan solat berjamaah tersebut dalam kehidupan umat Islam. Menurut profesor itu, tubuh badan kita (manusia) terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas positif dan cas negatif. 

Dalam perjalanan hidup manusia setiap hari, semasa kita bekerja, beriadah atau berehat, kita banyak menggunakan tenaga dan dalam proses ini banyak berlaku pertukaran cas-cas positif dan negatif yang menyebabkan ketidakseimbangan cas-cas tersebut di dalam tubuh badan kita. Ini menyebabkan kita merasa letih dan lesu apabila kita selesai menjalankan aktiviti-aktiviti harian kita. Cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita ke keadaan normal supaya kita kembali segar dan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti lain tanpa gangguan.


Berbalik kepada kaitan solat berjamaah, timbul satu persoalan di minda profesor ini mengapa dalam Islam, disyariatkan, malah sehingga ke peringkat diwajibkan bersolat secara berjemaah, dan mengapa solat lima waktu yang didirikan oleh orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama ( Zohor - 4 rakaat, Asar - 4 rakaat, Maghrib - 3 rakaat, Isya - 4 rakaat, Subuh - 2 rakaat). Dari kacamata beliau, sebagai seorang bukan Islam yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang berkaitan, beliau lalu menjalankan kajian tentang perkara ini dan mengaitkannya dengan aktivit-aktiviti harian kita yang memerlukan pemulihan cas-cas positif/negatif tadi.

Pertama sekali beliau mengkaji kaitan jumlah rakaat dengan solat berjamaah dan fungsinya dalam pemyeimbangan cas-cas di dalam badan kita. Semasa kita melakukan solat berjamaah, kita disyariatkan supaya meluruskan dan merapatkan barisan (saf), bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit.

Dalam bergeseran tubuh kita dengan tubuh jamaah lain yang berada di kira dan kanan kita, tubuh kita mengeluarkan cas-cas yang berlebihan dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas yang berlawanan dalam tubuh badan rakan kita.


Jamaah lain juga akan mengeluarkan cas-cas dari tubuh badan mereka dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas-cas yang berlawanan dari tubuh badan kita. Dengan ini berlakulah keseimbangan cas-cas positif/negatif. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang dan semakin segar tubuh badan kita.

Menurut beliau, dalam kehidupan seharian kita, apabila kita bangun dari tidur, badan kita merasa segar dan sihat setelah berihat selama beberapa jam (tidur). Dalam keadaan ini, tubuh badan kita mengandungi cas-cas positif/negatif yang hampir seimbang. Jadi, apabila kita mendirikan solat Subuh berjamaah, kita hanya memerlukan sedikit pertukaran cas-cas dari dan ke dalam tubuh badan kita. Sebab itu mengapa solat subuh itu hanya dua rakaat.

Seterusnya, setelah seharian kita bekerja bertungkus lumus, membanting tulang atau memerah otak, cas-cas ini tidak lagi seimbang dengan kehilangan banyak tenaga dari badan kita. Oleh itu kita memerlukan pertukaran cas-cas yang banyak dan solat berjamaah memainkan peranan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas ini.

Oleh sebab itu solat Zohor (berjamaah) didirikan empat rakaat untuk memberi lebih masa kepada pemulihan cas-cas tadi.Proses yang sama berlaku pada sebelah petang, apabila kita juga mengeluarkan banyak tenaga menyambung tugas-tugas kita dan kita kehilangan banyak cas-cas ini. Sekali lagi proses penyeimbangan ini berlaku apabila kita mengerjakan solat Asar (berjamaah) sebanyak empat rakaat.


Selepas waktu Asar, setelah pulang dari kerja atau pada kebiasaannya, kita hanya melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak terlalu banyak menggunakan tenaga dan masa yang diperuntukan pula tidak terlalu lama. Oleh itu tidak terlalu banyak tenaga yang kita keluarkan. Seterusnya kita akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib (berjamaah), banyak tiga rakaat. Pengurangan dalam rakaat ini berlaku kerana kita tidak kehilangan terlalu banyak tenaga dan penyeimbangan cas-cas ini berlaku dalam jangka masa yang agak kurang dari sebelumnya (Zohor dan Asar).

Seterusnya timbul persoalan di fikiran beliau tentang mengapa solat Isya mengandungi empat rakaat. Secara logiknya, kita tidak melakukan banyak aktiviti pada waktu malam dan tidak memerlukan pengumpulan cas-cas yang banyak untuk tidur. Setelah kajian beliau lakukan, terdapat hikmah di sebalik jumlah rakaat ini. Seperti yang sedia kita maklum, kita umat Islam sangat-sangat digalakkan supaya tidur pada awal waktu malam dan bangun semula di sepertiga malam untukmenunaikan solat-solat sunat, terutamanya solat sunat Tahajjud.

Amalan solat malam ini menjadi kewajiban bagi Nabi s.a.w. dan para sahabat baginda serta para alim ulama. Terlalu besar ganjaran dan kelebihan solat Tahajjud ini (tidak perlu diterangakn di sini). Jadi, dari fakta ini, dapat beliau simpulkan bahawa, solat Isya (berjamaah) sebanyak empat rakaat dapat menyediakan penyeimbangan cas-cas dan pengumpulan tenaga yang secukupnya untuk kita bangun pada waktu sepertiga malam untuk menunaikan solat Tahajjud dan berqiam menghambakan diri kepada kepada Allah di waktu yang serba dingin dan sunyi.


Dalam proses membuat kajian ini, beliau mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan segala amalan dan suruhan Allah Taala mempunyai hikmah yang tersirat dan tersurat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa besarnya pencipta segala yang ada di muka bumi ini dan betapa kerdilnya beliau. Pada waktu inilah, beliau telah diberi hidayah oleh Allah Taala untuk memeluk agama Islam. Subhanallah.

"(Iaitu) orang yang mengingati Allah semasa berdiri, duduk dan berbaring dan mereka bertafakur (memikirkan dengan mendalam) tentang penciptaan langit dan bumi (lalu mereka mengucapkan): 
“Rabbana (wahai Tuhan kami)! Engkau (Allah) tidak jadikan (semua) ini dengan sia-sia. Subhanaka (Maha Suci Engkau/Allah)! Lindungilah kami daripada azab neraka".
(Surah Ali 'Imran : 191)

Bukti dah ada. Kajian pun dah dibuat. Jadi, semuanya berbalik kepada diri kita sendiri. 

Seperkara lagi, bukan nak kena kumpul satu team bola sepak atau bola jaring baru boleh berjemaah. Cukup syarat iaitu melebihi seorang. Kiranya campur tolak bahagi darab tambah kalian dan kawan kalian tu, dah ada dua orang, so dah boleh berjemaah. Kalian dapat pahala, dia pun dapat pahala. Mudah kan? Sekian dulu untuk hari ni. Yang baik tu, ambillah. Yang tak baik tu, silalah tinggalkan di ruangan ini. Wassalam.

p/s : Tak guna nak riak-riak dengan amalan kita yang tak seberapa ni. Tak layak pun nak dibandingkan dengan alim ulamak mahupun sahabat. Iman kita ni hanyalah senipis kulit bawang. Ibarat roda. Kadang di atas, kadang di bawah. Ibarat graf yang tak stabil. Kadang naik mencanak, kadang menjunam ke bawah. Siapalah kita insan yang lemah.. Kan? 

Rujukan: WMA

18 Comments:

L April 2, 2012 at 12:21 PM  

like en3 nih.. hehe.. sebenarnya ummat Islam masih tak sedar... bukan setakat pahala jer yg kita buleh, macam2 lagi, sains dah membuktikan dah..

jom tambah ilmu sikit=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/04/kalau-lah-kita-faham.html

Ckin Kembaq April 2, 2012 at 12:28 PM  

L,

betul tu L....terlalu banyak..siapa buat, dia la dapat... ^^

Cik Kay Jue April 2, 2012 at 12:46 PM  

subhanallah! sesungguhnya Allah Maha hebat! dan Mengetahui setiap sesuatu asal usul dan sebab kejadian Nya... \


thanks for the info.. dapat ilmu hari ni.. urm.. mohon share nyer di blog saya boleh ckin??

Ckin Kembaq April 2, 2012 at 12:51 PM  

Cik Kay Jue,

yup..Allah yg cipta kita kan.. ^_^
boleh..boleh..amiklah naa..hak sesama kita.. ^_^

Ckin Kembaq April 2, 2012 at 12:55 PM  

Cik Kay Jue,

ur most welcome.. ^_^

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail April 2, 2012 at 3:16 PM  

alhamdulillah...sgt berguna informasi nie.jika pahala boleh dilihat, kompem ramai rebut2. =)

Ckin Kembaq April 2, 2012 at 3:17 PM  

Kak Maera,

inshaAllah..sama2 kita rebut naa.. ^_^

Cik_Shiqah April 2, 2012 at 4:30 PM  

saya slalu berjemaah di rumah saja bersama keluarga ataupun dgn kwn2 kat rumah.. :)

mmg byk gnjarannya utk orang yg solat berjemaah di surau. Alangkah ruginya kalau rumah dkt dgn surau tpi bila dgr laungan azan buat2 tk dgr je.. huhuhu..

Ckin Kembaq April 2, 2012 at 4:34 PM  

khairul,

^_^


Cik Shiqah,

alhamdulillah kalu mcm tu... ^_^ moga2 kita istiqamah naa...
p/s : yg tunggu tu kebanyakkan tunggu habis drama atau sembang kot...hmm

nur anis April 3, 2012 at 9:13 AM  

bila baca entry ni, rindu solat berjemaah ramai-ramai dekat sekolah asrama dulu...

Ckin Kembaq April 3, 2012 at 9:21 AM  

kak anis,

betul tu akak..rindu sangat....kat skolah, lima waktu wajib di surau...dah jadi habit.... bila kuar skolah, persekitaran dah lain, lainlah.....+_+

Unknown April 3, 2012 at 10:12 AM  

Good INfo dari entri ni... sama-sama usaha utk amalkannya..

Ckin Kembaq April 3, 2012 at 10:15 AM  

Dr Hafiz,

inshaAllah..moga dapat amalkannya... ^_^

NMF NIhonGO February 20, 2013 at 7:27 PM  

entri yang berguna.mohon share kt blog bleh x..

Nurdiana Aniff May 10, 2014 at 2:31 AM  

Waahhhh sangat bermanfaat dan detail :) Alhamdulillah. Berkesempatan, jemput lawat kindhearty.blogspot.com. Tq.

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP