Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Bukan Awak Sorang Sahaja Yang Difitnah...

Thursday, April 19, 2012

Assalamualaikum semua!


Alhamdulillah. Hari ni line internet baik sedikit berbanding hari-hari sebelumnya. Untuk komen positif dari post Ckin yang sebelum ini, Ckin ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Sebab dah membuka banyak ruang dan peluang bagi minda dan hati-hati kita untuk berfikir lebih matang dalam sesuatu perkara. Dan, ada yang berkongsi mengenai diri mereka di sini. Mari kita tengok sikit. 

Ini adalah sahabat blogger Ckin. Blognya adalah:


Yang ini Ckin baru nak kenal-kenal. Blognya adalah: 


Apa perasaan kalian bila baca komen ni?
Geram? Marah? Tak puas hati? Speechless?

Bukan mereka berdua sahaja yang pernah kena fitnah. Ckin pun pernah difitnah. Tapi, Ckin tak mau kenang kisah lama. Api kemarahan, kegeraman sudah padam ditelan zaman. Alhamdulillah dah selesai. Dah menjadi kenangan. Banyak berkawan, banyaklah ragam. Ye dak?

Ini adalah pengalaman Ckin sendiri. Alhamdulillah jenis yang lembut hati. Dan bukanlah jenis yang suka berperang mulut semua. 

Tetapi, macam mana nak tolong ubati hati diri sendiri? Kadang, bila mengadu pada kawan-kawan, dah ok. Tapi ada jugak yang jenis memendam. Manusia kan banyak fi'ilnya. Jadi, setiap orang adalah tidak sama. Bila check balik komen-komen yang ada, Ckin tertarik untuk share di sini nasihat-nasihat dan cadangan-cadangan oleh sahabat blogger kita. Kepada Sissyira, jadikan ini sebagai titik permulaan untuk kita belajar. Belajar memaafkan walaupun terlalu sakit hati kita disakiti oleh mereka yang berbuat salah. Mudah-mudahan dengan memaafkan, hati kita akan lebih tenang selepas ni. 

1. Minta maaf .
Memang sukar, tapi tak mustahil. Dua-dua pihak perlu berperanan. Buatlah sebelum mati.


2. Berilah kemaafan.
Sedangkan Allah dan RasulNya mengampunkan ummat, apatah lagi kita?


3. Belajarlah untuk muhasabah diri.
Belajar dalam erti kata lain, lihatlah sejarah. Lihatlah bagaimana akhlak Rasulullah. Lihat apa yang Islam ajar.


4. Ambil masa, tetapi jangan terlalu lama. 
Takut bila nyawa dah ditarik, saat tu kita dah tak punya hak untuk meminta maaf dan memaafkan. 


Last but not least, sebelum tidur, maafkanlah orang di sekeliling kita. Maafkan kesalahan yang dilakukan. Kalau bukan sekarang, bila lagi? Nak mudah ingat, tulis dan lekat di dinding atau cermin atau almari atau pintu atau di bawah bantal. InshaAllah. Ckin cuba berikan yang terbaik. Dan akan cuba melakukan yang terbaik. Jumpa lagi di lain waktu. Wassalam. ^_^ 

Kepada sahabat blogger yang dikasihi,
sekiranya ada kekasaran bahasa dalam penulisan mahupun yang menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, Ckin mohon ampun dan maaf. Hamba masih belajar. 0-0 okay! ^_^ 

p/s : Mood nak bercakap tentang maaf, maaf dan maaf. ^_^

30 Comments:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail April 19, 2012 at 11:02 AM  

maaf memaafkan, itulah yg terbaik. biasalah ckin, fitnah tu ada dimana-mana. buat baik pun org mengata, buat jahat apatah lagi. tak rugi orang yg meminta maaf dan memaafkan. =)

Ckin Kembaq April 19, 2012 at 11:14 AM  

Kak Maera,

itu yang tepat akak.. ^_^ yg buat baik seringkali..biasalah..ujian duniawi.. ^_^

Pemimpi Tegar April 19, 2012 at 11:36 AM  

Hidup ini indah bila kita sentiasa ingin memberi.

'' Semalam adalah sejarah yang tidak dapat dipinda. Esok adalah khayalan yang belum nyata dan hari ini adalah kenyataan dan penentu siapa kita ''.

Salam ziarah dr Agunci. :)

Zul Uqul April 19, 2012 at 11:43 AM  

bagusla cenggini (:

thumbs up !

apdm April 19, 2012 at 1:42 PM  

salam..

entri yang cukup menyentuh perasaan..

setiap malam sebelum tidur, suami mesti pesan, "maafkan semua orang sebelum tidur"..saya hanya yea dan diam...

saya sentiasa berfikir..bagaimana saya nak maafkan semudah itu, sedangkan dari buka mata hingga tutup mata selalu menyakitkan... mungkin sbb terlalu suka simpan dalam hati, membuatkan pintu kemaafan itu terlalu susah untuk dibuka

yea..memberi maaf itu sikap yang mulia, tapi apa haknya untuk membuatkan kita menangis dan terhina..

sEkadar pendapat... semakin lama, saya cuba menjauhi semua mereka-mereka yang pernah buat saya terluka, kerana dgn begitu say tidak perlu menyimpan dendam lagi dgn mereka.

SENYUMLAH...

Sharinginfoz April 19, 2012 at 1:55 PM  

memang bukan nakmaafkan seseorang kan

Nur. April 19, 2012 at 2:12 PM  

hmmm. in process...
bahi tengah kecik hati dengan someone..kawan...dia mungkin gurau. tapi gurau yg sangat menyakitkan hati ni...mengalir jugak air mata..stress ja semalam..hmm...
kita tak salah pun...apa patut bahi buat ckin?

Pha Is April 19, 2012 at 2:35 PM  

kompilasi komentar... alhamdulillah, dapat jugak menyumbangkan pndapat... hehehe

Nur. April 19, 2012 at 2:45 PM  

hmmm. in process...
bahi tengah kecik hati dengan someone..kawan...dia mungkin gurau. tapi gurau yg sangat menyakitkan hati ni...mengalir jugak air mata..stress ja semalam..hmm...
kita tak salah pun...apa patut bahi buat ckin?

Ckin Kembaq April 19, 2012 at 2:48 PM  

- Agunci -,

inshaAllah..
Allah menilai setiap pemberian itu.. ^_^


en. shafiQ,

alhamdulillah.. ^_^


Kak Syira,

waalaikumussalam.
alhamdulillah dikurniakan suami yang mengingatkan..
ckin tak pandai nak beri nasihat.cuma boleh sampaikan apa yang boleh.ckin faham akak.sangat susah.dulu pun sama jugak.tapi, bila kita letakkan Allah di hati,inshaAllah sakit hati tu akan hilang dan pergi tanpa didesak...apa yang akak rasa, ckin pernah rasa..tp itu dulu.sekarang hidup lebih indah dan tenang.jauhilah mereka akak..biarkan mereka dengan kata-kata yang sia-sia.yg penting, Allah tahu akan perilaku hambaNya..smile akak.. ^_^


Sharinginfoz,

yep..tak mudah, tapi tak mustahil.. ^_^


Bahiyah,

Bahi, memang tak mudah nak lupakan andai gurauan tu menyakitkan..kami pun penah..kawan bergurau di dalam dewan makan, tapi saat tu, hanya mampu senyum pahit..keluar dewan makan, meleleh jugak..tpi kembar jugak pujuk..alhamdulillah ada dia.. ^_^ yg penting, positifkan minda.kalu boleh, elakkan dari dia.mungkin kalu tengok muka dia pun kita dah geram, so better jauh jap..hilangkan stress dgn kuar jalan2 maybe..dan kalu teringat lagi, istighfar..istighfar..inshaAllah..
hakikatnya, takut2 nyawa ditarik, kita tak sempat nak memaafkan..itu ja bahi...jadi, cuba bergaul dengan kawan2 yg lain..happykan diri..inshaAllah..try your best..i've try it last time... ^_^


pha is,

alhamdulillah..ada manfaatnya.. ^_^

Sis AI April 19, 2012 at 9:47 PM  

Sjujurnya, ntahla, tp dlm hidup sy, sgt jarang sy minta maaf sbelum sy tegur atau bg pnjelasan nk brbincang. Mngkin prinsip ni susah org nk pkai.. Yela, ada org kta segan, taknak pnjangkn crite. Tp bg sy.. Ntahlah sis, dh byk bnda ni brlaku dlm hidup sy, jdi lpas dh jdi smua tu, sy pegang prinsip sy. Sbelum sy mnta maaf, sy nk tau apa salah sy. Dan klu bukan slah sy tapi individu tu taknk mulakn, jdi sy mulakn dgn muka tebal. Sy akn tegur, ckp apa yg dia tak puas. Agk pegang prinsip 'brani krana benar'. Klu bincang dan mmg sy yg silap, brulh sy mnta maaf btul2 dan ingt ksilapan sy. Bg sy, mnta maaf dgn cra tu lg brmkna.. Jdi pngajaran..

gnesop April 19, 2012 at 11:14 PM  

setakat ini tidak pernah kena fitnah, x pasti cam mana rasa tp dari entry boleh rasakannya.. bak kata pepatah, kata-kata lebih tajam dari mata pedang,,

Ckin Kembaq April 19, 2012 at 11:19 PM  

Sis Ai,

Memang kita patut minta maaf jika kita bersalah..tapi, kalu dah situasi sy tu, dah terang2 bukan salah saya, tiada langsung ruang nak beri penjelasan, jadi, sy kira, apalah salahnya kalu sy nak berbaik2 dari hubungan tu keruh dan menyebabkan dosa...sebab masa tu dah tau kan ttg dosa tersebut..dah baligh...
boleh jugak sis gunakan cara tu.berpegang pada berani kerana benar, tetapi tak smua org boleh buat gitu..andai dia diberi peluang, inshaAllah masalah takkan berlanjutan.. ^_^
p/s:kalu dua2 tak nak mengalah,penyelesaian takkan ada..jadi, berlembutlah.. ^_^

syamilsynz April 20, 2012 at 12:04 AM  

bagusnya sahabat2 blogger ni..semua memberikan nasihat2 yg berguna...

Anonymous,  April 20, 2012 at 12:21 AM  

asslmkm...

tahniah dr saya...
prkongsian yg amat menarik...mga Allah mngiranya sbgai amal soleh, insyaAllah...

betul, setuju...buat apa lama2 utk memendam (perasaan marah)/brdiam diri (dari mminta maaf/mmberi kemaafan)...tdk ada manfaat pun kan :)...

tapi, mmberi kemaafan jg bukan mudah...sbb itu Islam mmberi tempoh, pling lama pun utk tdk brtegur sapa adalah slama 3 hari...

x salah kalau nak bersdih, x brtgur sapa, asalkan jgn lbih dr 3 hari :)...

mga Allah bimbing kita smua :)...

Iman Lurv Islam April 20, 2012 at 7:28 AM  

nak komen jugak...yup, byk kawan, byk ragam...tapi kan,


“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu”
HR Tirmizi & Ibnu Majah

honestly, kalo kita nak persahabatan sejati, kita memang perlu merasai fasa2 ujian...jadi, kita kena kental, dan xboleh mudah mengalah...segala yg kita lalui utk jadikan kita leybeh baik & dekat dengan ALLAH...jadi kita kena amek positif la...

♥ para ulama tasawwuf menyatakan, seseorang yg ingin merasai kemanisan iman hendaklah berusaha mengingatkan dua perkara serta mlupakan dua perkara: ♥

INGATLAH 2 PERKARA :
1.kebaikan orang kepada kita
2.kesalahan kita kepada orang

LUPAKAN 2 PERKARA :
1.kebaikan kita pada orang
2.kejahatan orang terhadap kita

Ckin Kembaq April 20, 2012 at 10:29 AM  

gnesop,

yup..terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya...hati2 dalam berbicara.. ^_^


syamilsynz,

alhamdulillah..utk kita smua bersama.. ^_^


waalaikumussalam.
inshaAllah.itu yang diharapkan.redha Allah..
bila dipendam lama2, nanti ia akan menjadi barah yang boleh mematikan tuan badan, dari api kecil menjadi api yang menggila, dan menyebabkan setitik titik hitam di hati, menjadi beribu titik hitam yang menutupinya..na'uzubillahiminzalik.
mudah-mudahan kita akan menjadi seorang yang pemaaf...inshaAllah.. ^_^


Iman Lurv Islam,

tertarik dengan dua perkara di bawah..baru dengar..dan inshaAllah akan cuba mengamalkannya dalam kehdupan seharian.. ^_^ dan saya juga turut setuju dengan pernyataan Iman. nak persahabatan sejati perlu rasai fasa2 ujian. mmg dah lalui. melalui itu, kita akan dpt pengalaman sendri..pengalaman yg takkan sama dengan org lain... ^_^
p/s : terapkan sifat sabar tu...inshaAllah.. ^_^

Unknown April 20, 2012 at 11:08 AM  

ketepikan ego kita..maaf sesama manusia adalah sgt mulia

Man April 21, 2012 at 9:59 AM  

kena fitnah? bahaya ni.. syukur setakat ni masih belum difitnah dengan perkara yang bahaya.. harap tak difitnah oleh insan-insan yang dengki..amin

Unknown April 21, 2012 at 12:38 PM  

salam kunjungan, sabarlah dengan ujian yang mendatang kerana disebalik musibah itu ada rahmat dari-NYA...

CIK TOM April 21, 2012 at 9:56 PM  

masih cuba amalkan utk maafkan org disekeliling sblm tdo setiap malam..

Shah Rizar April 23, 2012 at 10:07 AM  

baik maafkan sbb maafkan org tu sifat yg terpuji..

benda yg yang kebanyakan org lain takleh buat tetiba kita boleh buat akan dpt ganjaran yg besar di akhirat kelak.. insyaallah

satu lagi, kt jgn la duk cari pasal dn busuk hati kat org.. bnda ni je punca masalah sbnrnya..

pernah trjadi pd zaman rasullullah.. rasulullah bagitau kat sahabat yg org keluar dr masjid td tu adlah ahli syurga.. sahabat pon mengekori org tu untk tau apa amalannye.. para sahabat hairan, org tu biasa jek.. tak ada pon (mngkin sdkiti) buat amaln sunat cam bgn malam dll.. rupanya amalan org tu adalah tak ada sekelumit pun prasaan busuk hati kat orang..

Cik Kay Jue April 23, 2012 at 10:02 PM  

betul tul.. nak buatnya kena dari hati yang betul2 ikhlas... susah.. tapi kena cuba juga untuk perbaiki keadaan supaya jadi lebih baik...

kalau kita ditimpa musibah dan dugaan dari Allah, kita hamba yang bertuah yang dipilih olehNya untuk selalu mengingatnya sepanjang musibah itu berlaku..

sebab Allah kalau Dia sayangkan hamba-hambaNya Dia tak kan beri kesenangan dan kemewahan.. malah sebaliknya... :)

jadi bersyukurlah kerana Allah masih sayangkan kita dengan menguji keiman kita dengan dugaanNya..

Unknown April 24, 2012 at 1:10 AM  

asslamualaikum Ckin, memang pedih bila difitnah , sampai tahap lukanya amat dalam .. walaupun mungkin dapat sembuh parutnya tetap kekal sampai bila-bila... tetapi sebagai umat Islam kita berusaha mengikut nabi iaitu untuk menjadi seorang sentiasa yg sabar dan memaafkan...

Cik_Shiqah April 25, 2012 at 3:04 AM  

hurmm.. lagi sdih jika difitnah dn trus dibuang kuarga. semua ada hikmahnya yg psti..

[sutera kasih] April 25, 2012 at 4:41 PM  

memaafkan boleh, tapi utk lupakannya kena ambil masa huhu

Unknown April 27, 2012 at 12:58 PM  

saya mintak sgt di jauhkan dr fitnah...setakat ni x kena lg...harap2 xkena ar...minta maaf dan memaafkan org..msti selalu kita buat...mna ar tau ada org pendam rasa marah sebab terasa dgn kata2 kita... :)

CikTeddyCorner April 27, 2012 at 3:49 PM  

kadang2 nak ikhlaskan hati utk memaafkan tu payah..astaghfirullah

suzie rahman April 28, 2012 at 2:00 AM  

salam ckin..nice entry, akak teringat plak kt kwn kerja akak yg prnh fitnah kan akak. akak yg di ftnah tp die yg lbih mrh2 akak. ya allah sbar ajelah. akak bknlah sempurna pon, akak mls pjgkan mslh. akak berhnti kerja. ternyata die suk n bknnya rs serba slh. haii lah mnusia. mcm2..

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP