Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Bangkai Dan Khinzir. Nak Pilih Yang Mana?

Tuesday, April 3, 2012

Assalamualaikum semua!


Hari ni nak berkongsi sedikit tentang soalan yang ditanyakan di Group Usrah Wonderpet SMS di FB. Kalau nak join, silalah search di fb nama di atas naa. Penaungnya ialah Solehah Mariyam Saari, iaitu peserta SOLEHAH 2011. Kalau ada apa-apa soalan, mahupun perkongsian, silakanlah ke sana bagi mencurahkan idea-idea tersebut naa. Berbalik kepada soalan tersebut. Ianya adalah: 

"Apabila seseorang berada dalam keadaan darurat seperti sesat di dalam hutan, dan hanya ada dua pilihan makanan baginya iaitu bangkai dan khinzir, yang mana satu perlu didahulukan? Ataupun kedua-duanya tidak diperlukan langsung?"

Jadi, Ckin memanjangkan hal ini kepada WADi untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan ini. Alhamdulillah. Jawapan sudah diterima. Jadi, untuk rujukan Ckin dan kalian semua, silalah teliti apa yang dikatakan oleh beliau. 


Berkata Imam as-Suyuti:

"Darurat adalah sampainya seseorang pada batas di mana jika ia tidak memakan yang dilarang, ia akan binasa (mati) atau mendekati binasa".

[Al-Asbah wa an-Nazair]


Berkata Muhammad Al-Khathib Al-Syarbaini:

"Darurat adalah rasa khawatir akan terjadinya kematian atau sakit yang menakutkan atau menjadi semakin parahnya penyakit ataupun semakin lamanya sakit...dan ia tidak mendapatkan yang halal untuk dimakan, yang ada hanya yang haram, maka saat itu ia mesti makan yang haram itu".

[Mughni al-Muntaj]

Darurat tidak membatalkan keseluruhan hukum syariat. Berhadapan dengan situasi darurat hanyalah terhad kepada situasi yang dihadapinya dan kelonggaran hukum Islam hanya tertakluk kepada situasi itu. Bagi seseorang yang kebuluran selama beberapa hari maka hukum darurat membolehkannya memakan makanan yang tidak halal akan tetapi tidak membolehkan dia meninggalkan solat atau lain-lain. 

Darurat tidak membolehkan pelanggaran hak sesama manusia. Kebolehan darurat hanya kepada yang mengalami darurat dan dia tidak boleh dihubung-kaitkan dengan manusia lain. Contohnya seseorang yang kebuluran dibolehkan memakan sesuatu yang tidak halal tetapi ini tidak membolehkan dia merampas makanan yang tidak halal itu dari tuan empunya. Dia tetap wajib membeli dengan harga yang ditetapkan. Jikalau keadaan memaksa dia kepada perbuatan mencuri maka dia berkewajipan memulangkan semula makanan yang dicurinya itu atau membayar balik nilai harga kepada tuan empunya.


Berkenaan mana yang perlu diutamakan, kedua-duanya termasuk yang diharamkan. Baik bangkai mahupun babi/khinzir. Maka dalam keadaan darurat. Apa yang ada (makanan yang ada ketika itu) maka itulah yang perlu dimakan. 

Dalil : 

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ ۖ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ 

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Baqarah 2:173)

Begitulah penjelasan dari WADi. Alhamdulillah Ckin tak pernah alami lagi perkara ni. Jadi, sebagai persediaan jikalau terjadi, maka kita akan tahu lepas ni. InshaAllah. Sekian dahulu soal jawab untuk hari ini. Wassalam.


p/s : Kadar makan tu, Allah dah cakap tidak melampaui batas, maksudnya jangan makan macam makan ayam 5 ekor sehingga kekenyangan. Cukup dengan kadar menahan perut. ^_^ 

7 Comments:

Cik Kay Jue April 3, 2012 at 10:11 PM  

thanks for sharing.. kiranya masa darurat, sekiranya ada bangkai je kat situ dibolehkan makan bangkai.. dan begitulah sebaliknya kalau ada khizir je macam tu?

ok.. dapt ilmu lgi.. thanks.. :P

fuad ansari April 3, 2012 at 11:32 PM  

kalau dua2 ada depan mata, saya pilih:

antara bangkai ayam yg baru mati kena hempap pokok dengan babi hidup, baik makan bangkai..

antara bangkai ayam yg dah berulat2, dengan babi hidup, baik makan babi..

antara bangkai anjing dan babi hidup, baik makan babi..

tak gitu,cik ckin kembaq? (",)

CikTeddyCorner April 3, 2012 at 11:52 PM  

apa yang ada ek..tp kalau due2 ade mase tu plak?ehehe sory,cik x brape nak jelas..

Ym.Bundle April 4, 2012 at 7:32 AM  

kalau tanye aku..aku rela lagi makan ayam tak sembelih dari babi..haha..walaupon bangkai sebab tak sembelih better jugak dari babi..babi kalau sembelih pon tetap haram..hahaha..

Ckin Kembaq April 4, 2012 at 8:53 AM  

Cik Kay Jue,

yup..macam tu la..sama mcm yg dikatakan oleh fuad ansari... ^_^



fuad ansari,

betul tu..sekiranya waktu memang mudarat betul2.... ^_^

Ckin Kembaq April 4, 2012 at 8:56 AM  

O CIKTEDDY,

macam yg dikatakan oleh fuad ansari kat atas ni....pilihlah naa..... ^_^


Ym.Bundle,

jika betul2 mudarat..alhamdulillah kita masih punya makanan wpun sedikit..tahap mudarat ni mgkin tersesat di gurun, hilang dari tmpat ada tumbuhan...mungkinlah... ^_^
p/s : rasa tak tergamak nak makan dua2 tu sebenarnya..hehe

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP