Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Persoalan: Memaafkan Atau Tidak?

Monday, April 16, 2012

Assalamualaikum semua!


Alhamdulillah dapat jugak nak post hari ni. Dukacita dimaklumkan bahawa internet di kawasan Stargate ni tak berapa nak baik. Tak semua la kan. Bilik Ckin ni yang internet payah dapat. Haih! Sabor je la kan. ^_^ Yang penting dah mulakan tugas di tempat baru. InshaAllah perancangan tu dah ada. Apa-apa pun nanti nak kena buat slow-slow. Buat mengejut nanti sekali dengan diri Ckin jadi penat. So, relax. Biar lambat asal berhemat. Apa cerita terbaru yang Ckin nak kongsi?...

Mungkin kali ni Ckin cuma nak mencetuskan persoalan. Persoalan yang baru bermain di minda. Nak mencari jawapan tentang persoalan ni. Sekiranya kalian nak kongsikan, silalah kongsi di ruangan komen naa. 


Ada satu ketika tu, Ckin ada mencoretkan something. Kata-katanya berbunyi begini.

Rasulullah s.a.w. adalah.sbaik2 tauladan. Baginda mmpunyai sifat pemaaf yg tinggi. Siapa kita utk menjadi org yg ego? Sedangkn Baginda adalah insan hebat. Dan kita hanya manusia biasa yg imannya naik dan turun. Cabaran pahit getir khidupan tiap insan tdk akn sama. Jika sama smuanya,kuranglh pelangi hidup itu.
p/s: Muhasabah.. Muhasabah.. ^_^

Kemudian, seorang sahabat Ckin ni pun memberikan komen. Komen tu la yang membuatkan Ckin terfikir ni. Kata-katanya seperti di bawah.

nk memaafkan org yg belaku zalim keatas seseorg agak sukar lgi2 difitnah...mmg kita digalakkan memaafkan org..tpi perlu mngambil masa kerna kezaliman seseorg tu yg mmbuat kn diri die hina..nabi ajar..bersalah pada allah mnta ampun n taubat..bersalah pada manusia..mnta maaf pada org tersebut..wallahua'lam..

Sekiranya seseorang itu difitnah, adakah dirinya patut memaafkan atau tidak memaafkan orang yang memfitnah?...

sangat comel..hehe

Sekadar persoalan di minda. Jika nak berkongsi, silakan. Mudah-mudahan kita sama-sama akan mendapat manfaat. InshaAllah. Nanti kalu dah kumpul jawapan semua, Ckin akan cuba buat satu entri tentang ni. Maaf yer, tak dapat nak jenguk kalian. Sebab internet ni macam siput suda. ^_^ Jadi, faham-fahamlah naa. Sekian dulu. Jumpa lagi. Ma'as salamah. Wassalam.

p/s : Mood berfikir, berfikir, berfikir dan bertindak... ^_^

16 Comments:

nur anis April 16, 2012 at 10:09 AM  

mungkin bagi sesiapa yang terlalu makan hati dengan kesalahan orang tu, payah untuk dia memaafkan..akak pun tak mampu nak komen lebih..sebab akak tak pernah lagi rasa difitnah..semoga tak akan jadi..

Ckin Kembaq April 16, 2012 at 10:11 AM  

nur anis,

mungkin akak... inshaAllah..moga2 kita dijauhkan naa.. ^_^

Ym.Bundle April 16, 2012 at 10:25 AM  

susah nak memaafkan dan susah jugak nak minta maaf..

Unknown April 16, 2012 at 12:13 PM  

Paling terbaik kita maafkan org yang memfitnah tu... memang mudah diucap tapi belum tentu mudah utk dilaksanakan... Namun sekiranya fitnah itu menyebabkan kesan yg melampau bermakna terpulanglah kepada empunya diri yang kena fitnah... dan sekiranya yg difitnah tak mahu memaafkan maka berdosalah yg pembuat fitnah itu dan akan mendapat hukuman setimpal di akhirat nanti...

Unknown April 16, 2012 at 12:15 PM  

Paling terbaik kita maafkan org yang memfitnah tu... memang mudah diucap tapi belum tentu mudah utk dilaksanakan... Namun sekiranya fitnah itu menyebabkan kesan yg melampau bermakna terpulanglah kepada empunya diri yang kena fitnah... dan sekiranya yg difitnah tak mahu memaafkan maka berdosalah yg pembuat fitnah itu dan akan mendapat hukuman setimpal di akhirat nanti...

Anonymous,  April 16, 2012 at 4:42 PM  

asslmkm...salam ziarah dr bumi egypt :)
ptutkah mmberi kmaafan? lbih2 lg kpd org yg mmfitnah...(prsoalan yg ptut utk dkongsikn jwpnnya)...

kemaafan itu milik kita...
mmfitnah itu adlh dosa...mnyakiti hati saudara sesama muslim/muslimah itu brdosa...

tapi, apkh jln utk mnghilangkn dosa itu???

tdk lain dn tdk bukan adlh dgn mminta maaf...namun, adkh cukup dgn sblh phak shja yg mminta maaf tp sblh phak lg tdk mmaafkn? trhapuskh kslhn dia itu? hilangkh dosanya itu?

setiap bani Adam psti mlakukan kesilapan/dosa...dn sebaik2 pelaku kesilapan/dosa adlh org2 yg brtaubat.

jka dosa itu pd Allah, taubat dn mhon keampunn adlh jlnnya...tp, jka ia brkaitn dgn mnusia, mhon keampunn/maaf pd mnusia itu adlh tnda taubatnya...

maka, mngapa susah utk mmberi kmaafan...sdgkn kita, Allah ampunkn...bhkn Dia mnutup aib dn kslhn kita pd insan...

mngapa tdk mmberi pluang pd insan yg mmfitnah itu pintu kbaikan, beroleh ktnangan dn keampunn, dari kita dn juga Yang Maha Pnyayang...

kemaafan itu mmg susah...tp, insyaAllah, jka kita prmudhkn urusn org lain, Allah juga akn prmudhkn urusn kita...

berilah kemaafan krn kita adlh sama, sentiasa bahkn byk mlakukan dosa, ssungguhnya Dia Maha Pengampun lgi Maha Pynyang, kpd hamba yg brtaubat dn yang mmhon keampunn...

hidup kita tdk lama...kita mnuju kpd kmatian... :)

Anonymous,  April 16, 2012 at 4:44 PM  

mohon maaf jka trslh...

Sis AI April 16, 2012 at 7:05 PM  

Hmm.. Scara jujurnya, sy nk kongsi pngalaman sy sbgai seorg muslimah biasa. Fitnah ni, dh byk jdi dlm hidup. Ada skali yg bg sy, sgt hina diri sy, smpai mnngis bila trdengar dri mlut kwn sndiri psl fitnah tu.

Tp Alhamdulillah, sy dpt maafkn individu2 trsebut, dpt snyum kat dia. Bg sy, sbnrnya smua ni bkn ksalahan org yg zalimi kita smata2. Bila sy fkirkn, mngkin sy prnh buat dosa yg teruk sbelum ni dan mngkin sy lalai smpai trjadinya fitnah.

Smua ni ajar sy utk lbih hati2 buat somethin, lbih hati2 bila dh buat salah. Berlapang dada la.

Mngkin individu tu takkan stop buat kzaliman wlaupun dh dtegur, dh dnasihat, maka diri kita la yg lbih brhati2 dgn dia lpas ni.

Ksimpulannya, jgn tunding jari dgn kzaliman yg org buat. Mngkin ni salah satu cra Allah SWT nk ringankn dosa kita dgn bg dugaan..

Zul Uqul April 16, 2012 at 11:07 PM  

" Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka buat maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata. "
(Al-Ahzab: 58)

Daripada Anas radhiyallahu ‘anhu beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda, “ bantulah saudaramu yang zalim dan dizalimi!” Sahabat bertanya, “seorang lelaki wahai Rasulullah SAW, saya membantunya jika dia itu dizalimi. Akan tetapi bagi yang zalim, bagaimanakah saya membantunya?” Rasulullah SAW menjawab, “kamu halang atau sekat dia daripada kezaliman. Demikian itu kamu menolongnya ”
(HR Bukhari)

" Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan sesungguhnya (perbuatan) yang sedemikian itu termasuk perbuatan yang mulia. "
(Asy-Syura: 43)

Pehh..susah an nk memaafkan, sbb lemah kita ni. Tp Allah kata sabar dan maaf itu perbuatan yg mulia. Sedangkan Allah Tuhan sekalian alam mengampunkan dosa hamba2Nya. Kita ni apela sgt, terlampau kerdil.

" Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. "
(As-Saf: 3)

Cik Puan Muda Umi April 16, 2012 at 11:44 PM  

bagi saya,nak memaafkan tu kena tgk jugak kepada kesalahan org tu terhadap kita..kalau terlalu berat,maka agak susah nk memaafkan..mungkin mengambil masa jugak la nk maafkan mereka..tapi tak salah nk maafkan org2 yg buat salah kat kita ni,at least hilang rasa dendam dlm hati tu kan..

syamilsynz April 17, 2012 at 2:16 AM  

teringat crite salah seorang sahabat nabi.
dia adalah ahli syurga kerana setiap malam dia akan memaafkan kesalahan org lain sebelum tido.

apdm April 17, 2012 at 3:28 PM  

salam

saya sentiasa mencari penawar, bagaimana mahu memaafkan mereka yang pernahmembuatkan saya menangis dan terduduk. lukanya amat dalam...

zikri April 18, 2012 at 5:19 AM  

berilah maaf selagi kita terdaya...

Pha Is April 18, 2012 at 10:45 AM  

kalau nk memaafkan, cakap memang senang. tapi, kalau ikut pengalaman sendiri, susah jugak sebenarnya. terutama bila kita difitnah/dizalimi sampai terasa hati, sampai kita berdendam. tambah2 bila org tu langsung tak pernah mntak maaf kat kita / buat2 tak bersalah. lagi la sakit hati.

tapi, tak mustahil untuk dimaafkan. kalau susah jugak nak memaafkan, cuma kena amik masa yang panjang. kena tunggu hati sejuk sikit. kena tunggu dendam tu hilang. lama-lama, kita sndiri yg akan terfikir, perlu ke kita nk berdendam? buat sakit hati je.

maafkanlah orang lain, sebab insyaAllah, lepas tu, hati kita akan rasa lebih tenang.(n_n)

Iman Lurv Islam April 20, 2012 at 7:57 AM  

hehe, busy lately...hurm, nak kasi mindset yang Iman amalkan (sangat berpengalaman luas nih)..

1. minta maaf : eh, kalo buat kita rugi ke? rasanya, untung ada la kan...bertambah saham akhirat kita(leybeh2 lagi jika kita xnak mengeruhkan keadaan)...kalo berat nak minta maaf, kita sebenarnya ego...takut jatuh standard, takut kita yg xbersalah ni nampak bersalah & lemah (jika mmg betul kita ni betul) & etc...hello, pandangan ALLAH lagi penting...ingat, bila ALLAH suka pandang kita, nnt manusia pun akan suka kita...yup, kita memang harap diri kita disukai kan...so, kena berkorban sikit la...

2. memaafkan : ce bayang, kalo kita tak maafkan org, xkesian ke kat dorunk...nak mati pun susah, bila kat akhirat kna bakar...hurm, bukan sehari dua, beribu tahun lamanya...jgn nak kata hati kita yang sakit rasa lagi pedih erk? tu, memang nak kena penampar guna tapak kaki....lagi satu, ALLAH Maha Pengampun, Rasulullah pun seorang pemaaf...so, kita ni kan hamba ALLAH & Umat Rasulullah...

ingat, bila masa berlalu, xkisah la, kita salah or org lain salah, pasti terdetik rasa menyesal...rasa bodohnya kita sebab benda kecik mcm ni pun kita nak emo leybeh2...take it as small matter...

kalo bab fitnah, biar la ALLAH adili semuanya...dan bila masa berlalu, fitnah tu akan hilang jugak (just buat bodoh jewr)...on our part, jgn mudah goyah & terus fokus utk improve kualiti hidup kita sebagai hamba ALLAH...kita jaga hak ALLAH, nanti ALLAH jaga kita....

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP