Salah Tanggapan Terhadap Hudud (Anak n Bapak)
Sunday, March 4, 2012
Assalamualaikum semua!
Cuma nak berkongsi. Sebab Ckin tertarik dengan penyampaian sahabat kita ni. Sebelum tu, jom berkenalan dengan beliau. Boleh ziarah di sini:
Penyampaian yang santai dan bermanfaat di sana. Nak tau, boleh ke sana naa.
Selamat Membaca post beliau. ^_^
Amni kelihatan begitu kusyuk baca buku.. Tiba-tiba:
Amni: Ayah, 'kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga', apa maksudnya?
Ramli: Ermmmm..... Maksudnya, 'kalau kulit tak cukup tebal, api neraka jangan diduga'...
Amni: Kalau 'bagai kacang lupakan kulit', apa maksudnya?
Ramli: Maksudnya, 'bagai anak Adam lupakan syurga'...
Amni: Betul ke ni ayah.. Kalau satu soalan 5 markah, cikgu akan bagi markah 10/10 ye, ayah?
Ramli: Sama ada Amni akan dapat markah 20/10 takpun 0/10.. Tengok nasiblah..
_______________________________
Amni: Ayah, hudud tu ape?
Ramli: Hudud tu hukuman atau undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah swt terhadap sesuatu kesalahan.
Amni: Kenapa negara kita tak mengamalkan hudud?
Ramli: Mungkin kerana pandangan serong terhadap hudud.. Asal sebut hudud je, ada yg kata kejam, asal sebut hudud je, ada yang kata habislah kudung tangan rakyat Malaysia..
Amni: Yang sebetulnya, hudud tu macamana ayah?
Ramli: Di zaman Nabi saw, ada seorang wanita telah jumpa Nabi saw.. Wanita tu bagitau, "saya telah berzina, ya Rasulullah". Nabi saw tanya, "apakah kamu bermimpi pada ketika tu?". Wanita tu jawab, "tidak". Nabi saw tanya lagi, "adakah kamu hanya bercumbu-cumbuan? Wanita tu jawab, "tidak". Sedaya upaya Nabi saw berfikir agar wanita tersebut boleh terlepas dari hukuman. Kemudian, apabila hukuman hendak dijalankan, didapati wanita tu mengandung. Nabi saw tangguhkan hukuman. Selepas melahirkan anak, Nabi saw tangguhkan lagi hukuman supaya wanita tersebut dapat menyusukan anaknya. Nampak kan, masih ada ehsan dan kasih sayang dalam pelaksanaan hukum hudud.. Ketika hukuman sebat dilaksanakan, baru separuh jalan, wanita tersebut melarikan diri. Nabi saw biarkan sahaja dengan anggapan wanita tersebut telah menarik kembali pengakuan zinanya..
Amni: Mesti sakit kan ayah, kalau kena sebat.
Ramli: Tukang sebat hendaklah melakukan sebatan seolah-olah sedang mengepit sesuatu di ketiaknya. Makna kata, tidaklah mengangkat tangan terlalu tinggi. Sakit tetap sakitlah.. Tapi taklah seteruk macam hukuman sebat kat penjara sekarang ni.. Sekali sebat, mau jugak tak berak seminggu.. Konsep sebat ni, mahu menimbulkan rasa keinsafan dan bukanlah mahu sebat dengan kejam.
Amni: Ooo, baru Amni faham..
Ramli: Itu belum cerita bab murtad yang mana bukan senang-senang nak jatuh hukuman. Perlu ada sesi kaunseling untuk mengenalpasti kenapa orang tersebut mahu keluar Islam. Kalau disebabkan kejahilan dia, maka boleh dilepaskan. Atau mungkin kalau dia mahu bertaubat, itupun boleh dilepaskan..
Amni: Senang kata, bukan senang-senang nak jatuhkan hukuman dalam hudud ye ayah.. Banyak perkara yang harus diambil kira.
Ramli: Iye.. Ia bukan hukuman semata-mata tapi ia lebih kepada mendidik hati manusia.
Sekian dulu hari ni. Wassalam.
p/s : Banyak kerja nak buat ni... ^_^ Nanti Ckin singgah naa.
29 Comments:
takutnye nak buat salah kalau mahkamah Allah ni wujud kan???
sedangkan mahkamah ciptaan manusia pun dilanggar,, macma mana lah nak bina tamadun masa depan...hmmmm...
DRceria,
mahkamah Allah memang ada...tunggu bila tiba masanya saja..masa tu, baru akan tahu dan sedar...
p/s : undang2 manusia, ada yg silap.sedangkan hukum Allah memang tepat dan sempurna... ^_^
nice sharing ckin.akak minta share di blog or fb yer. mnta halal :)
kak suzie,
eh..boleh aje akak..hehe ni bukan hak milik Ckin..fuad ansari punya...ambillah..tak perlu minta izin naa..benda baik, sebarkan.. ^_^
ikut kata perdana menteri, bukan tak nak laksanakan hudud, tapi tak relevan untuk rakyat pada masa sekarang.. pendapat lain? huhu..
semoga Allah membuka pintu hati dan hidayah pada pemimpin kita masa sekarang... n_n
Ibnu Darwin,
tak relevan?hukuman sedia ada itu relevankah?...adakah berkurang jenayah?
amin..amin..amin..
p/s :setiap pemimpin akan ditanya setiap apa yg dipimpinnya kelak...berat menjadi pemimpin ni..tanggungjawab besar... +_+
ni dari blog encik fuad ^_^
Cikgu Ma,
yup..dah mention kat atas blognya..hehehe supaya smua kenal.. ^_^ dan tahu sumber di mana..
bagus cara penjelasan hudud ni..rasa ringan..
cik penah bace jugak yg cara nak sebat tu..sbb tu hukum hudud kena sebat 80 hingga 100 tu xde la kire kejam sbb cara nak sebat pon bukan mcm zaman skrg,spenuh tenaga..ade hikmahnya..kan?hehe
sorry ckin cik mmg sibuk pon skrg dgn urusan kluarga..ade mase nnti cik ziarah lg ok ^__^ insyaAllah..
syamilsynz,
betul tu syamilsynz...penyampaian yg santai..tp padat...
O CIKTEDDY,
a'ah...hkuman sabit zina..mahson and ghoiro mahson... ^_^
p/s : ye?xpela gitu..utamakan yg penting naa...hehe ^_^
assalamualaikum ckin...nice n3 ni..:)
kak maszull,
Waalaikumussalam akak.. ^_^
hudud... bila la nk tertegaknya kat malaysia ni...
assalamulaikum.
tepat, padat dan ringkas.
menarik.
terima kasih berkongsi ilmu ^^
Mahkamah Allah seadil2 mahkamah. :) takut bila pikir balik kan
thx dear :)
nak sharing :)
pha is,
inshaAllah..bila hadirnya pemimpin yg benar2 beriman dan memahami akan kewajipan ni..
Cik_Shiqah,
waalaikumussalam.
sama-sama..ini idea saudara fuad ansari.. kita tolong share.. ^_^
Cik Jannah,
Allahuakbar..............memang takut.... +_+
kak suzie,
ur welcome akak..hehe ^_^
Aliff Haikal,
dipersilakan... ^_^
heran..puak2 kafir kt malaysia ni pon x mau laksanakan hukum hudud..awat yg bangang sanagt ..hudud ni utk org Islam saja !
khairul,
yup..pengaruh dari Muslim sendiri kot.. entahlah...
akak suka ayah dia bagi maksud peribahasa tu..simple tetapi menusuk hati...:)
kak anis,
betul tu..menusk kalbu...tp kalu masuk dlm exam cmtu, 0 lah markahnya.. ^_^
Mahkamah Allah yg paling adil~
suecomey,
yup..itu yg tepat sekali.. ^_^
itu kate PM la.. huhu.. tapi kalau kate Tun Mahathir, ckin ade dengar tk baru2 ni tntang video die? haa..huhu
Ibnu Darwin,
ada dengar dan tengok videonya..mmg jelas...nanti nak kongsikan surat dari hilal asyraf utknya...teguran dari seorg mukmin.. inshaAllah..masih dalam draf ni.. ^_^
sukar utk memberi komen.. (",)
terima kasih atas usaha yg dijalankan..
moga sama2 beroleh kebaikan..
(",)
fuad ansari,
inshaAllah... ^_^
Post a Comment