Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Kerana Dirimu Begitu Berharga (",)

Monday, March 19, 2012

Assalamualaikum semua!

Hari ni sekadar nak berkongsi hasil tulisan orang lain. Ckin ada something nak disampaikan di sini, namun masih belum boleh lagi. Tugasan banyak kot. Kena bagi settle dulu. Jom sama-sama baca naa. Perbualan antara gadis liberal dan seorang alim ulamak iaitu seorang ustaz. 

''Kerana Dirimu Begitu Berharga"


Liberal Gurlz :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”

Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”

Liberal Gurlz :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?

Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Liberal Gurlz :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”

Ustaz :
“Sekurang–kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”


Liberal gurlz :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”

Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”

Liberal Gurlz :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”

Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”

Liberal Gurlz :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”

Ustaz :
"Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakan ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….
“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?” Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”


Liberal Gurlz :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”

Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”
“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”

Liberal Gurlz :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”

Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!....menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”


Liberal Gurlz :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”

Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”
“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”

Liberal Gurlz :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”

Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”
“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”


Liberal Gurlz :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”

Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”

Liberal Gurlz :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”

Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…!!!”


Beringatlah wahai saudara sejenisku... Jangan bila dah dijemput oleh Malaikat Izrail baru nak rasa bertaubat. Ingatlah. Perjalanan ke sana sangat-sangat perlukan bekal yang mencukupi. Maka, prepare. And prepare. Jangan sesekali mengabaikannya. Sekiranya kita dah melangkah ke alam sana, nescaya kita takkan mampu untuk berpatah balik walaupun menjerit dengan suara yang lantang, keras yang mampu membuatkan manusia pengsan mendengarnya. Allahuakbar!
Sumber: Zamani

24 Comments:

Pha Is March 19, 2012 at 5:52 PM  

sekarang ni, ramai dah wanita yg dah ada kesedaran berkenaan tudung ni... cuma mereka masih MENUNGGU hidayah...

Unknown March 19, 2012 at 7:12 PM  

hehe :) nak copy bagi kat kawan2 boleh tak ^_^

Sis AI March 19, 2012 at 9:27 PM  

Perkongsian yg baik skali! Mudah2han kaum Hawa yg baca entri kali ni boleh merenung sekejap dan mula melakukan prubahan prlahan2. Tak apa kalau prlahan, asalkan kita dah mula.

Sgala prsoalan yg suka dlontarkn prempuan2 yg tidak berhijab sudah trjawab. Dan kita2 yg sedar dgn hakikat/pringatan ni, mudah2han sntiasa dberikn jalan yg lurus.. :)

Trima kasih atas pringatan!

Cikgu Ma March 19, 2012 at 9:53 PM  

jom tutup aurat...hanya manusia jahil jerr nak sangkal semua hukum Allah..

suzie rahman March 20, 2012 at 1:38 AM  

salam ckin..nice entry.. klu org yg xbrtudung,,ayat die mmg mcm tu, xleh salah kn mereka 100%. kerja kita nasihat je. klu die dgr. alhamdulillah..

Ckin Kembaq March 20, 2012 at 9:00 AM  

kak anis,

inshaAllah untuk kita jugak akak.. ^_^


pha is,

yep..ramai yg dah tau..tp duk tnggu..


Cik Pensil,

boleh..boleh..amik naa... ^_^


Sis AI,

inshaAllah akak..cuba berkongsi..mudah-mudahan ramai yang akan sedar akan kwajipan....
sama-sama sis.. ^_^

Ckin Kembaq March 20, 2012 at 9:01 AM  

Cikgu Ma,

yep...kena mengaku kejahilan diri,,barulah boleh nak sedar akn ksilapan yg dibuat.. ^_^


Cik Jannah,

ur welcome akak.. ^_^


kak suzie,

waalaikumussalam akak...betul tu..takleh salahkan 100%..tp mereka yg kena sedar.kita tolong apa yg patot..inshaAllah.. ^_^

noor March 20, 2012 at 10:07 AM  

tq for sharing
wah tagline loreal


slm kenal

Ckin Kembaq March 20, 2012 at 10:50 AM  

noor,

ya..kerana dirimu begitu berharga.. ^_^
salam kenal jgk.. ^_^

Pesta Jiwa March 20, 2012 at 12:51 PM  

Pendapat liberal gurlz tu sbb berpegang kpd pepatah org putih dont judge the book by its cover...dan salah pemahaman..

Ckin Kembaq March 20, 2012 at 2:12 PM  

Pesta Jiwa,

yup...dia nak pretend jugak dirinya wpun slah...

Zul Uqul March 20, 2012 at 2:55 PM  

alhamdulillah.
berubah jd baek & bertaubat adlh perkara yg x boleh ditangguh-tangguh.

Ckin Kembaq March 20, 2012 at 3:03 PM  

kak dela,

inshaAllah..utk kita jugak tu.. ^_^


en. Shafiq,

yup...betul sangat..takut bila tangguh, nanti terlepas peluang....

Unknown March 20, 2012 at 3:42 PM  

suka baca entri ni dan yg menarik adalah " biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah daripada menangis di akhirat kerana azab akibat ingkar perintah Allah...

Ckin Kembaq March 20, 2012 at 3:48 PM  

Santri T.P.I.N.I.,

betul tu...kena beringat dan beringat..sbb tu diingatkan agar duduk dlm majlis ilmu...spya ingat akan Allah..ishaAllah.. ^_^

LadyBird March 20, 2012 at 4:39 PM  

salam sikin, peringatan yang baik :).. teguran yang sangat menusuk dan mendalam.. semoga kite mampu menjadi dan menjaga aurat dengan sebaik-baiknya.. ameeennn..

PCL March 20, 2012 at 11:45 PM  

penjelasan yg baik mampu merubah persepsi sesorng terhadap sesuatu perkara berbangkit..Terima Kasih.

Ckin Kembaq March 21, 2012 at 7:54 AM  

LadyBird,

waalaikumussalam LadyBird.. ^_^ inshaAllah utk kita bersama....amin ya Allah..
"TUTUPLAH AURATMU, SEBELUM AURATMU DITUTUPKAN..." ^_^


[PCL],

inshaAllah..mudah-mudahan akan sedar mereka-mereka yang berfikiran sedemikian...

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP