Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Ujian Yang Diberi Untuk Menyakitkan Hati?

Thursday, March 15, 2012

Assalamualaikum semua!
Tiada apa yang ingin dikatakan hari ini lantaran didatangi ujian.
Cuma ingin berkongsi sedikit dengan kalian di samping ingin menaikkan semangat dan kepercayaan buat diri. 

Ini adalah hasil penulisan sahabat kita iaitu Cik Shiqah. Nak ziarah beliau, boleh ke sini:



Sungguh ujian yang datang kadang-kadang buat hati rasa sakit. Kadang rasa ingin berputus asa tapi terus beringat bahawa Allah itu lebih mengetahui. Mungkin diberikan keadaan ini untuk gantian yang lebih baik buat masa yang akan datang. mana kita tahu kan? Lagipun, orang yang selalu diberi ujian, maknanya Allah sayang. ^_^

"Allah beri ujian dekat kita, maknanya kita insan terpilih. Bukan semua orang melalui apa yang kita lalui dan bukan senang Allah nak beri perhatian kepada kita. Jadi, bersyukurlah dan berbahagialah dengan ujian itu dan laluilah perjalanan itu dengan sabar." 
-Kakak Usrah-

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: 
"Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" 
Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat 
(asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

(Surah Al Baqarah ayat 241)

Keikhlasan kita pasti saja akan diuji.
Bilamana kita berkata kita bekerja untuk Allah dan Islam, 
tapi kita sedikit pun tidak diuji, mesti ada yang tak kena di mana-mana.

Maka jika sedang diuji, bersangka baiklah kepadaNya.
Kerana ujian itulah yang akan membuktikan keikhlasan seseorang.
Jadi, bergembiralah.

p/s : Bila didatangkan ujian, barulah dinamakan hidup dan Allah cuba test akan apa yang kita amalkan dan lakukan sepanjang hidup... 

19 Comments:

suzie rahman March 15, 2012 at 10:01 AM  

salam nice sharing ckin. kdg2 klu xthn dgn ujian tu. merungut. padahal allah bg ujian tu ada hikmah di sebaliknya. ;)

Cheqna March 15, 2012 at 10:02 AM  

Sebagai insan biasa kita akan merasa sedih bila di-uji dgn sesuatu yg kita tidak ingini..cuma sama ada kita berpada2 atas kesedihan tu, dan sabar dengan ujian-NYA.

Semoga menjadi insan yang berjaya..insyaAllah :-)

Sis AI March 15, 2012 at 10:30 AM  

Jangan sedih-sedih. Kita hidup kat dunia ni tak terlepas dgn cubaan, ujian.

Yes, btul! Mngkin Allah mrancang lbih baik utk kita. Atau Allah mnduga utk kurangkn dosa yg terbeban kat bahu kita ni, asalkan brsabar.

Be strong, Allah always with us. Byk2 berdoa, insyaAllah. :)

[sutera kasih] March 15, 2012 at 10:50 AM  

renungan bersama kan dear..setiap ujian pasti ada hikmahnya, untuk meguji kekuatan diri kita

hana March 15, 2012 at 11:28 AM  

yeah..
betol2..
sabar dgn ujian yg mendatang..
=D

Cik_Shiqah March 15, 2012 at 12:41 PM  

tak mau sedih lama-lama naa cik ckin.

sungguh ujian itu mmg perit di permulaan, namun di pengakhirannya pasti bunga-bunga kemanisan berputik.

Dengan ujian itulah, Allah mentarbiyah stiap diri & hati manusia dan dgn ujian itu jugalah, Allah mengangkat darjat seseorang disisiNya jika mereka bersabar. Sungguh bertuah orang yg dipilih menerima sesuatu ujian.

Sungguh nikmat ujian tak semua dapat merasainya. jadi, cik ckin bergembiralah yer. ^_^

Cik Jannah March 15, 2012 at 4:44 PM  

sebanyak mana Allah menguji, maka dia menyayangi kita. Dia tak akan menguji tanpa dengan ujian yg tidak mampu kita pikul. syukur :)

Iman Lurv Islam March 15, 2012 at 6:23 PM  

sebagai teman blogger, saya mampu mendoakan drpd jauh je la...semoga terus kuat...

gnesop March 15, 2012 at 6:43 PM  

nice info..
ujian selalu mendekatkan kita kepada Allah.. jika tiada ujian, terlalu senang dan kita alpa :)

Cikgu Ma March 15, 2012 at 10:13 PM  

sabar atas ujian...

tukar header ea...^_^

Cikgu Aini March 16, 2012 at 9:40 AM  

entry ni cantik la ckin... memang kretif.. apepun; ujian itu penghapus dosa.. dan ia juga 1 pelajaran kehidupan yang penuh misteri.. ",)

ch000tz March 16, 2012 at 3:51 PM  

banyakkan bersabar......

*follow back okes...xoxo

NighBerkz’S Blogs March 17, 2012 at 7:15 AM  

Rahmat Ujian... ada hikmahnya...


http://nighberkz.blogspot.com

CikTeddyCorner March 17, 2012 at 2:20 PM  

yakinlah setiap ujian itu berhikmah =D

Anonymous,  March 17, 2012 at 2:45 PM  

Salam ziarah..

sayang..diuji kita sebagai tanda sayangNya.. dan dengan mengingatiNya hati menjadi tenang.. sebab berpaksi kepada satu Cinta, untuk menguatkan lagi Iman..nice sharing ukhti..;)

Addien March 17, 2012 at 5:23 PM  

la tahzan, jika ada peluang, dapatkan kitab/buku la tahzan lil Aidh Abdullah al-Qarni..di dalamnya penuh nasihat dan hujah mengatasi kesedihan berdasarkan al-Quran dan hadith

Penjelasan Status Zikir Taubat الهي لست للفردوس أهلا

Kumbang Jingga March 18, 2012 at 8:57 AM  

setuju2...ujian utk org yg terpilih mcm nabi ayub.org yg kuat imannya..tuhan akan beri ujian kpd mereka yg mampu hadapi ujian tu..

Dafinullah March 21, 2012 at 9:22 AM  

ujian itu sebagai indicator sejauh mana keimanan kite kepada ALLAH.. semoga terus sabar menghadapi ujian... ^^

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP