Kita Sedang Menzalimi Diri Sendiri. Sedarkah?
Thursday, March 1, 2012
Assalamualaikum semua!
Maaf naa sebab kelmarin tak dapat nak post entri baru. Sebabnya Ckin menumpukan pada suatu tugas yang diminta oleh lecturer di Poli Ckin dulu. Jadi, bertungkus-lumus buat petang kelmarin. Sedar-sedar dah azan Asar. ^_^ Alhamdulillah dah settle semuanya.
Berbalik kepada perkara yang Ckin nak kongsikan hari ini. Semalam, selepas berjemaah dengan Kak Zati (my housemate), kami dua pun duduklah bersembang. Sorang di sana. Sorang di sini. Sambil-sambil tu, Ckin belek-belek kertas-kertas yang Ckin print untuk ingatan sendiri. Sambil bercerita, sambil ingat balik. Antaranya yang dibincangkan semalam tu, tentang hadis maudhu' ataupun hadis palsu, khutbah terakhir Nabi, 50 sifat munafik, bid'ah hasanah, bid'ah tercela dan sedikit lagi perkara lain. Jadi, Ckin pun jadi pembaca untuk Kak Zati and telinga Ckin ni.
Kata Kak Zati,
"Org-org selepas Nabi ni memang dihantar untuk sampaikan ilmu ke merata tempat. Tapi, penyampaian tu. Ada yang betul dan banyak jugak yang tak betul. Tu yang beribu hadis maudhu'. Tengok sekarang ni. Bila disanadkan kepada Nabi sedangkan hadis tu tak betul walaupun baik, memang tak boleh. Walaupun baik untuk diamalkan."
"Betul tu. Salah satu yang paling femes adalah hadis yang kata Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China. Entah papa..hmm..."
Banyak jugak yang dibualkan semalam. Kak Zati kalu bercakap, memang semangat. Siap riak muka lagi. ^_^ Jangan marah naa Kak Zati. (Kak Zati tak baca kot blog Ckin ni...hehe)
Jadi, hari ni Ckin nak kongsikanlah mengenai Zalim Terhadap Diri Sendiri. Ckin dah pernah kongsikan suatu ketika dulu. Tetapi, memandangkan Ckin jumpa balik, Ckin rajinkan diri nak hebahkan pada kalian. Lagipun, kita ni sama-sama dahagakan ilmu. Haus je. Lagi teguk, lagi haus. Lagi teguk, lagi haus. Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Bersegeralah kamu dalam mengerjakan amal soleh, kerana kelak akan muncul fitnah sebagaimana gelap-gelitanya malam sehingga seseorang yang ketika pagi harinya masih mukmin, di petang harinya dia berubah menjadi kafir. Dan seseorang yang di petang harinya masih mukmin, di pagi harinya dia sudah berubah menjadi kafir, lantaran diri rela menukar agamanya dengan kesenangan dunia"(Hadis Riwayat Muslim)
Terdapat 10 Ciri yang telah digariskan oleh Sheikh Sufyan At-Tsauri. Re-check ourselves! ^_^
1) Seseorang yang hanya mendoakan untuk dirinya sendiri sahaja
2) Orang yang pandai membaca Al-Quran tapi tidak mengajarkannya kepada orang lain dan tidak membacanya tiap-tiap hari
3) Orang yang masuk ke dalam masjid tanpa solat dua rakaat
4) Orang yang melintas kawasan perkuburan tetapi tidak memberi salam kepada penghuni kubur
5) Orang yang tiba di sesuatu tempat tetapi dia tidak solat Jumaat bersama-sama dengan ahli di tempat tersebut
6) Apabila ada alim ulamak yang datang ke tempat kamu dan kamu mengetahuinya, maka zalimlah bagi orang yang tidak hadir ke majlid ilmu itu
7) Zalimlah sekiranya dua orang yang bertemu tetapi tidak mengetahui nama masing-masing
8) Zalimlah sekiranya seseorang dijemput ke majlis tertentu tetapi tidak menghadirinya melainkan kerana uzur syar'i
9) Zalimlah orang menganggur tetapi dia tidak mencari ilmu
10) Zalimlah seseorang itu apabila dia kenyang sedangkan jirannya lapar
Persoalannya,
ADAKAH KALIAN MENZALIMI DIRI KALIAN SENDIRI? JADI, BILA NAK BERUBAH?
p/s : Sekarang ni, kena banyak muhasabah diri, dan mulakan langkah pertama.. Bukan sekadar terpahat di minda. InshaAllah. Ckin pun banyak khilaf. Tapi, turut ingin membaiki diri... ^_^
23 Comments:
betul.byk kena muhasabah diri.mekasih kerana mengingatkan ckin =)
Kak Maera,
betul tu akak.. ^_^ inshaAllah..
satu peringatan yg bagus untuk kita semua..
faiz fakhirin,
inshaAllah..... ^_^
mmg, hampir semua yg trsenarai ada dlm diri ni..
kene muhasabah balik..
muhasabah diri untuk jadi lebih baik..
=D
ada seminar kah ?
bab maudhu'at boleh rujuk blog saya, baru 3 hadith maudhu' (palsu yang dibahaskan)
rujuk disini :
Takhrij Status Hadith Maudhu'
Siri Bid'ah Di Dalam Islam'
wallahumusta'an
zalim = tidak meletakkan sesuatu pada haknya.
jadi adakah kita meletakkan hak kita seorang mslim pada tmpatnya? sama2 fikir...
assalamualaikum Ckin...alhamdullilah
ingatan yg baik...:)
"Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi"
(Al-A'raaf, 7 : 23)
terasa diri terlalu kerdil :(
selagi ada nyawa dibadan kita kena selalu membaiki diri..selalu meningat Allah..selalu takutkan Allah dan kalau ingin melakukan sesuatu fikir secara jernih..musahabah diri itu perlu pada kita...mekasih ckin..
bukan semua org diciptakan sempurna, tp dri tak sempurna tuh ubah2 diri menjadi 3/4 sempurna. .
berubah dr dr zalim kepada tak. thank bg ciri2 tuh. same2 muhasabah diri
syamilsynz,
yup..sangat2 kena muhasabah... +_+
hana,
inshaAllah.. ^_^
Ad-Dien,
seminar? takda rasanya.. ^_^ inshaAllah memang nak amik dari sana pun..sebab kak zati tu nak tengok ttg bid'ah hasil tulisan wadi.. ^_^
Haffzone,
yup.tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya...fikir..fikir..
maszull,
waalaikumussalam akak..inshaAllah..utk kita bersama amalkan...
pha is,
tq share..sangat berguna...
kak dela.
lagi kerdil dari semut.. +_+
Kak Yatie Awang,
inshaAllah akak..sama-sama akak.. ^_^
Mishter Izwan,
inshaAllah..cuba selagi nyawa tak berada di kerongkong lagi...
Berbual ni kadang-kadang boleh menambahkan ilmu... juga sebaliknya..
Bergantung kepada siapa ada apa isu yeng diperbincangkan....
WuMing,
betul sangat...kadang terbawak2 pelbagai isu.jadi, kena hati2..salah seorg wajib tegur jika dah menyimpang.. ^_^
pupel suka dengan perkongsian ini.thanks ye:)
thanks diatas peringatan y diberikan Ckin.Terbaikk..
haffzone: ape hak seorang muslim?? mungkin boleh kongsi sekali untuk kita tunaikan... ^^
Nice...semoga kita dpt mengambil pengajaran bersama utk diamalkan dlm kehidupan...
Pupel Liyana,
ur most welcome akak.. ^_^
W.H.R.,
welcome.. ^_^
Ibnu Darwin,
cepat jawab haffzone..hehe
nak tengok hasil tulisan saya bab bid'ah tu? tafadhal..moga ada manfaat..namun masih jauh perbahasannya..dan masih banyak yang perlu dikupas dan dijelaskan..jemput rujuk para ustaz yang arif juga jika tidak faham naa..saya hanya menyampaikan amanah ilmu dari pada kibarul ulama, para aimmah imam-imam mazhab dan salafussoleh, ajak sekali kak itu ke forum naa..
insyaAllah :)
Ad-Dien,
yup..memang akan dirujuk..sebab kawan nak tengok..inshaAllah.. ^_^
p/s : kak tu tak ada blog..dan dia bukan jenis yg berinternet.. ^_^
Post a Comment