Game Yang Menghina Islam
Monday, October 31, 2011
Assalamualaikum semua.
Kembalinya Ckin hari ni nak berkongsi sedikit mengenai perkara yang tersembunyi yang menjadi mainan kawan-kawan/adik beradik/saudara mara mahupun diri kita sendiri. Act, pagi tadi ada terbuka facebook sorang sahabat baru ni. Just checking on his wall. Maka, terjumpalah info di bawah yang tak pernah lagi Ckin ketahui sebelum ni.
Post ni mungkin lebih ditujukan buat peminat tegar videogame seperti PS and others. Kalu dah kita tahu sesuatu benda tu salah, kita wajib meninggalkannya. S
esungguhnya, sesiapa yang berperang dengan dirinya sendirinya bagi mengelakkan melakukan perkara yang ditegah oleh Allah, maka dia akan beroleh kenikmatan kelak sama ada di dunia mahupun di akhirat. InsyaAllah.
Ckin tak mau bercakap panjang, cuma pesanan Ckin adalah yang buruk kita segera tinggal-tinggalkan, yang baik kita sebar-sebarkan. Moga ada hikmah di sebalik yang berlaku ni.
Buat mereka-mereka yang begitu sukar nak tinggalkan hobi bermain game yang salah ni, fikir-fikirkan kembali. Kenikmatan bermain videogame tu hanya seketika, tapi kemurkaan Allah agak-agaknya sampai bila? Sekalipun kita tak mampu untuk menjadi seorang hamba yang hebat dalam ibadah seharian, tetapi kita mampu untuk menjauhi kemurkaanNya rigt?
Jadi, renung-renungkan dan muhasabahlah diri. Take ur time. Kalu bukan sekarang untuk bertindak, then bila lagi?
Dan berperanglah kamu pada jalan Allah (kerana mempertahankan kebenaran agamaNya); dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.(Al-Baqarah : 244)
Sekian dahulu buat kali ini. Wassalam.
2 Comments:
masyaAllah smpai mcm tu sekali -,- moga hantu2 game kat luar tu sedar la apa yg spatutnya .
insyaAllah..kita menyampaikan.. ^_^
Post a Comment