Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Jika Tengok Orang Memasak, Jangan Tegur!

Sunday, February 12, 2012

Assalamualaikum semua!

Apa khabar iman dan jasad? Moga-moga segala-galanya dalam keadaan yang baik-baik belaka naa. Ckin? Alhamdulillah hari tu dah jumpa doktor dan katanya masalah dalam perut. Sebab tu ia memberi kesan sehingga kepada otak. Alhamdulillah dah makan ubat, dan makin pulih. Hari tu, dua hari bila solat, kepala pusing sangat-sangat. Rasa nak pitam. Rasa melelong. Memang terasa sangat-sangat. Bila kuar jalan-jalan rasa angin malam, alhamdulillah makin pulih. Dan perkara tu menyebabkan Ckin akan tidur awal dari kebiasaan. Jam 9 lebih dah hanyut. ^_^ Alhamdulillah dah lega sikit sekarang ni. Mungkin faktor cuaca yang sangat terik sangat di Alor Setar ni.

Sebelum terlupa, Ckin nak maklumkan yang Ckin dah buka akaun Twitter. Jadi, apalah salahnya kita be-friend di Twitter pulak naa. ^_^ Boleh klik akaun di bawah:



Berbalik kepada tajuk Ckin hari ni. Kenapa pulak tak boleh nak tegur waktu orang atau kawan atau adik atau kakak atau abang atau siapa-siapa sahaja terutama perempuan ni??? Kenapa dan kenapa?

Hari tu ada sembang-sembang dengan kawan sepejabat Ckin iaitu Kak Linda. Jadi, terfikir jugak. Kalau dishare ni, ada manfaatnya jugak. ^_^ Contoh mudah nak Ckin perkatakan,  apabila kita duduk di dapur dan tengok kawan kita tengah memasak, jangan serbu tak pakai helmet pulak nak bertanya itu ini, dan menegur jika dia sedang memasak hidangan.

"Weh, hang masak silap ni! Bukan macam tu..."
"Cara ni salah la. Awat buat macam ni???"
"Betul ke potong macam tu? Tak pernah orang buat pun?"
"Kenapa letak sos banyak sangat? Nanti tak sedaplah...."
"Kenapa potong sayur macam ni? Tak pernah dibuat orang pun."
"Mak aku tak penah ajar buat macam tu pun? Eeii.. Tak lalu nak makan..."

Dan banyak lagi teguran-teguran 'baik' seperti di atas. 


Bila terkeluar saja teguran-teguran di atas, maka mood seseorang tu akan terus menjunam dari mencanak terus menurun ke bawah zero. Seriously! Pengalaman Ckin, ada seorang kawan ni, tengah memasak di dapur, tiba-tiba datang seorang kawan lain, dan mengungkapkan kata-kata seperti di atas, lalu si kawan yang memasak ni terus diam. Diam membisu. Tapi, dia masih teruskan memasak seperti biasa. Habis sahaja memasak, dia terus keluar dari rumah tanpa menjamah sedikitpun makanan yang dimasak. Siap makan kat luar lagi. Wah! Kenapa jadi macam tu? Kenapa? Bila moodnya dah stabil, baru dia cakap yang dia kecil hati bila ditegur sebegitu rupa. 

Nampak di situ? Orang yang ditegur tu rasa macam dia dah di'cop' sebagai tak pandai memasak oleh kawan yang menegur. Begitulah perasaannya. Sifat seseorang perempuan ni, antaranya adalah sensitif. Tak kira bertapa rapatnya seseorang kawan tu, baik macam mana pun, tetap ada sedikit rasa kecil hati jika ditegur sedemikian rupa. Mungkin dia baru nak test masakan dia. Jadi, kenapa nak terus menegur sebegitu rupa? Ye dak?


Konklusinya, nak tegur tu boleh. Tapi, biarlah kena dengan caranya. Teguran itu walaupun dari seseorang kawan, tetap perlu berhikmah. Berhikmah. Berhikmah. Diulang lagi. BERHIKMAH.

Macam mana nak tegur secara berhikmah tu Ckin?

Macam ni caranya. Contohnya, bila kalian pergi ke dapur. Then, ada kawan tengah memasak. Perhatikan dulu cara dia memasak. Tengok. Tengok. Tengok. Kalau rasa macam 'pelik' dengan cara masakannya, diam dulu. Jangan serbu tak pakai helmet. Kemudian, tengah-tengah dia memasak tu, sapa dengan sapaan biasa. 

"Hai, wanginya.... Masak apa tu?"
"Mmmm, macam sedap. Duk kacau apa tu?"
"Masak apa hari ni cik kak?"

Bila dah rasa tak sabar-sabar nak tanya tu, barulah buka mulut. Tapi, slow-slow. Jangan excited sangat.

"Ila, orang Penang memang masak kari letak santan eh?.... 
Kat tempat saya diorang letak air je...hehe"
Wah! Macam best ni. Letak apa je?"

"Awak, nak tanya sikit ni. Saya ni kurang arif sikit bab-bab potong sayur ni....hehe Kat tempat saya kan, sebelum potong sawi, kami ketuk dulu kat bahagian batangnya supaya cepat masak dan nenek-nenek mudah nak kunyah... Awak potong macam mana ek?... Ada ketuk-ketuk x?"

"Akak, kalau kita letak sos banyak lagi sedap eh? Macam mana kalu letak sikit je? Rasa apa eh?"

"Akak, nak potong keropok lekor seeloknya macam mana yer? Membujur? Bulat? Petak? Mana lagi sedap?hehe"

Haa... Kan bersopan namanya.



Sekurang-kurangnya mood orang yang memasak tu taklah hilang terus macam tu saja. Tak gitu? Mungkin kalian lebih pandai dalam sesuatu perkara, tapi bila ada orang baru-baru nak belajar, baru-baru nak test memasak, baru-baru nak menceburi sesuatu bidang, JANGAN JADI PENGKRITIK tak kena masa. 

Jadilah PEMBERI PETUNJUK
bukan 
MENUNJUK-NUNJUK.

Pengalaman Ckin mendengar pengalaman orang lain. Bila bersopan dalam menegur, insyaAllah orang yang memasak tu akan memberikan penjelasan dengan panjang lebar lagi tentang apa yang dilakukannya tu. Seriously. Boleh jika nak mengkritik, tetapi biarlah kena pada tempatnya. Itu bab memasak. Banyak lagi perkara lain. Abang Kri (abang kedua dalam family) pernah cakap macam ni bila bersembang-sembang.

"Mekanik hebat mana pun, bila pi bengkel orang lain, jangan duk pi 'ajar' dia cara-cara nak baiki kereta. Nanti, dia takkan buat punya. Dia tinggal ja. So, bila pi bengkel, biar ja mekanik tu buat apa pun. Jangan tegur. Bila dia geram dek 'diperbetulkan' oleh 'senior' ni, nanti dia takkan buat."

Maksudnya, hebat mana pun seseorang tu dalam bidangnya, jangan mudah sangat nak perbetulkan orang lain. Boleh kalau nak tegur cara dia buat kerja tu yang mungkin ada silap kat mana-mana, tapi kalau boleh perbetulkan secara slow-slow. Mungkin berbual-bual tentang kereta bagi mekanik. Berkawan dulu. Bila dah 'masuk', barulah start memulakan bicara. ^_^ Inilah sedikit tips yang Ckin dapat kongsikan melalui pengalaman dari orang lain. Pengalaman diri sendiri ada jugak kot. ^_^ Pesanan Ckin, berhati-hatilah dalam memberi teguran. Ckin pun pernah buat salah dalam memberi teguran tentang sesuatu perkara. Mungkin disebabkan rasa ammarah. Jadi, Ckin takkan ulangi kesilapan dulu. Untuk masa-masa hadapan, jadilah orang yang berhikmah dalam memberi teguran. Berilah kata-kata yang membina, baru orang akan rasa dihargai. Mana tau, dengan kata-kata membina itu, orang yang ditegur akan menjadi orang yang lebih baik di hadapan kelak. Dek kerana senang hati dengan teguran kita. Who knows?


Jika ingin lihat amanahnya seseorang, lihat cara dia berurusan wang dan duit denganmu;

Jika ingin lihat kawalan nafsunya, lihat cara dia berbicara & berurusan dengan orang berlainan jantina yang ‘cantik’ & ‘handsome’ @ disukainya;

Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang, lihatlah dia sewaktu dia sangat marah;

Jika ingin melihat kehebatan akhlaknya lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang mencerca & membencinya;

Jika ingin lihat keadilan mindanya dan kebaikan pola pemikirannya, lihatlah cara dia berbincang dengan pandangan berbeza dengannya.
(Ustaz Zaharuddin)

Setakat itu dahulu coretan hari ini. Moga-moga kalian dapat sesuatu hari ini. Perkara ni sangat simple, tapi sekali terlepas, memang sangat memakan diri. 


Yang baik tu jadikan sebagai panduan, yang tak baik tu silalah tinggal-tinggalkan di sini naa. Wassalam. Lupa pulak, silalah sumbangkan sedikit utk churp churp Ckin ni..hehe Ckin pun klik utk kalian, jadi kita give and take. Ye dak?  Churp!

p/s : Memaafkan itu lebih baik naa. Memberilah untuk menerima. ^_^

19 Comments:

Cikgu Aini February 12, 2012 at 1:19 PM  

wahhh... ilmu yg b'guna ckin...

Ckin Kembaq February 12, 2012 at 2:12 PM  

kak puteri,

insyaAllah akak.. ^_^

Cik tikah February 12, 2012 at 4:11 PM  

kalau org yag malas masak, boleh tegur tak? hehhee

Ckin Kembaq February 12, 2012 at 4:13 PM  

Cik Tikah,

org yg malas masak? no comment..hehe mungkin org yang malas dan tiba2 rajin nak masak, yg tu kna hati2.. ^_^

Addien February 12, 2012 at 4:33 PM  

perlu bijak dalam menegur..bil hikmah :)

syikin tak boleh ke forum ke?

cuba try lagi..kalau tak boleh bagi tahu ye..

Mengenal Imam Ahmad Bin Hanbal

Ckin Kembaq February 12, 2012 at 4:37 PM  

Ad-Dien,

yup..itu yg sebaiknya.. ^_^
tak boleh pun..lambat sangat loadingnya...ntah knapa.. =_=

Addien February 12, 2012 at 4:57 PM  

enti tak bayar bil kot..hehe...

cuba try direct link ini, dah masuk kena lah tanya soalan banyak 2 naa..hehe..bergurau sahaja :)


Forum WADi

suzie rahman February 12, 2012 at 7:12 PM  

btul tu ckin..kak suzie pon klu tgh org msk,org cuba nk + or - pon jd mood tu xde.huhu

RHI February 12, 2012 at 8:13 PM  

sebab tu lah, kalau memasak tak payah guna pembantu tak bertauliah hahhaa,..begitulah jadinya..

semoga ckin cepat sembuh ye..jangan lupa makan ubat

syamilsynz February 12, 2012 at 8:51 PM  

emm, klu bab memasak ni mmg nak tgur pun xboleh sbb xreti masak..=='

Pha Is February 12, 2012 at 9:27 PM  

macam short film "tomato". penah tengok..? hehe

Ckin Kembaq February 13, 2012 at 7:48 AM  

Ad-Dien,

^_^ bil?daftar free je?hehe dah boleh buka kat situ.. ^_^



kak suzie,

betul akak..better tengok dan teliti..baru mood org tak lari...hehe

Ckin Kembaq February 13, 2012 at 7:50 AM  

Yati Awang,

hehe...pembantu tak bertauliah??betul la tu..haha
insyaAllah..dah makin pulih ni.. ^_^



syamilsynz,

masak or tak reti masak, sama je..sebab kadang bila tengok mak masak lain, kawan masak lain, jadi keliru..tu yang duk jadi semangat nak tanya.. ^_^



pha is,

tak penah gi..hehe bakal menyusul nt.. ^_^

nur anis February 13, 2012 at 9:44 AM  

betul-betul..kena la sopan-sopan kan..:

Ckin Kembaq February 13, 2012 at 9:47 AM  

nur anis,

betul tu akak.. ^_^

adventure mama February 13, 2012 at 11:25 AM  

tak salah tegur...tapi kene la pada cara nye...byk org mcm nak kondem bkn nak tegur kan..hehe..

btw i folo u..:P

Ckin Kembaq February 13, 2012 at 11:37 AM  

iedchan,


betul.. ^_^ tak salah, tpi biar kena dengan caranya.. ^_^

ckynwan February 13, 2012 at 1:34 PM  

xsuke gak kalo org tegur cmtu. setiap org ada cara nk msk snirik.lagi 1 xsuke kalo ada org tgk time ngah msk. terus rs mcm xreti langsung hahaha

Ckin Kembaq February 13, 2012 at 2:25 PM  

cKyN WaN,

yep..memang hilang mood..hehe kita kan pmpuan..ngehehe

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP