Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Ikhlas Bukan Pada Lafaz, Tapi Pada Hati

Monday, February 27, 2012

Assalamualaikum semua!

Hari ini Ckin nak berkongsi sedikit hasil penulisan sahabat kita yang Ckin ambil dari blog RAPI PTSS. Ckin just ambil naa. Tak edit sangat-sangat dah sebab Waiz Aufa dah letak gambar comel-comel dah. ^_^ Memudahkan kerja. Apa yang penting adalah isinya tu. Ckin akui, Ckin setuju dengan penulisan sahabat blogger ni. Siapa orangnya? Bolehlah klik kat bawah ni naa.


Ckin menyokong dan Ckin mengikut jejak langkah beliau dari beberapa segi. InshaAllah. Selagi perkara itu mendatangkan manfaat dan kebaikan untuk diri Ckin, Ckin akan ikut. ^_^ 

"Allah menganugerahkan hikmah iaitu kefahaman mengenai al-Quran dan sunah kepada siapa yang Dia kehendaki. Sesiapa yang menerima hikmah itu, dia benar-benar mendapat kurnia yang banyak".

(Surah Al-Baqarah : 269)


Ikhlas bukan pada lafaz tapi pada hati.

Kadang-kadang datang angin bayu membisik lembut pada telinga. Ia seperti suara bisikan hati yang paling dalam. Jua seakan bertanya tentang sesuatu perkara. Kadangkala ia menghantui diri tetapi ada juga terasa seperti satu peringatan.

"Adakah engkau ikhlas dalam nukilan kamu?,atau engkau hanya mengharapkan sesuatu habuan duniawi?

Merenung sejenak mencari kapasitor jawapan yang sebenar. Apa yang aku mahu dalam nukilan aku.Pujian? Kadang-kadang ia datang menggoda tetapi diri cuba memberontak.Sambil melafazkan kata-kata." Aku akan cuba untuk ikhlas.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: 'Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda;

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."

[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Ya,setiap perkara yang kita lakukan akan dinilai keikhlasannya oleh Allah S.W.T. 

"Ikhlas itu sukar tetapi ia tidak payah." 

Pernah terdengar kata-kata tersebut.Tapi bagaimana nak ikhlas sedangkan ia sukar?
Berfikir...
Bagi aku untuk ikhlas dalam menulis adalah dengan menghalang perkara-perkara yang boleh menggugat niat dan lakukan perkara yang boleh meneguhkan niat...


Sembunyikan identiti

Bagi aku menyembunyikan identiti adalah satu alternatif untuk menghalang perkara yang boleh menggugat niat. Tapi mem"publish"kan identiti kita bukan bermakna kita tidak ikhlas. Ia bergantung pada individu tersebut bagaimana kuat dia menahan gelodak penyakit hati yang sentiasa mengganggu keikhlasan. Sebab tu aku terpaksa sembunyikan identiti kerana aku bukan seorang yang kuat untuk melawan penyakit hati. Tapi jangan sangka aku nie "lack of confidence" pulak. 

Tiada iklan pada blog

Dulu, masa baru-baru buat blog aku ada jugak pasang iklan. Selepas tu, aku berfikir niat asal aku untuk menulis. Kau nak dapat "earning" ker? Atau kau betul-betul ikhlas untuk menulis. So,aku buang iklan pada blog. Tapi aku tak kata blogger yang ada iklan pada blog tu tak ikhlas. Macam aku kata tadi, aku bukan seorang yang kuat untuk melawan penyakit hati. Alternatifnya adalah tiada iklan pada blog aku. So,terhalanglah diri ini untuk menulis entri semata-mata nak tingkatkan trafik dan "cash out" pendapatan dari iklan." Mungkin...


Mengawal objektif 

Sentiasa kawal objektif atau tujuan asal kita untuk ber"blogging". Kalau tergelincir dari landasan cepat-cepat naik dan pacu dengan berhati-hati supaya "maintain" dalam penulisan. Tersilap pacu kita bakal binasa.


Entri berfaedah

Sentiasa menulis entri yang mendatangkan faedah kepada diri sendiri dan orang lain terutamanya pengunjung-pengunjung blog. Contohnya,nasihat-nasihat agama. Tidak semestinya membina sebuah blog berunsur keagamaan untuk menasihat. Tapi sekadar menyampaikan apa yang kita tahu dan perkara tersebut memberi faedah kepada orang yang membaca. Apa yang disampaikan akan balik kepada kita semula. Apa yang dinasihatkan kepada orang lain adalah cerminan nasihat bagi diri sendiri. Setiap perkara yang dilakukan untuk kebaikan orang lain akan dipermudahkah oleh Allah S.W.T. Disitulah titik-tolak keikhlasan bakal terbit. InshaAllah. 


Doa

Banyakkan berdoa kepada Allah S.W.T supaya sentiasa dikurniakan keikhlasan dalam berkarya dan sentiasa istiqomah dalam apa yang ditulis.

Benar juga kata-kata saudara Azwan Ramli ni. Kadang, Ckin rasa tersasar. Entah apa yang menganggu fikiran, Ckin tidak pasti. Apa yang lebih utama, Ckin mengakui kesilapan diri. Mungkin inilah yang dikatakan petunjuk dari Allah. Tak gitu? Hari-hari, diselitkan dalam doa.

"Ya Allah, janganlah Kau pesongkan hati kami setelah Kau memberi petunjuk kepada Kami..."
"Ya Allah, tunjukkanlah aku ke jalan yang benar dan lurus yang menuju kepada-Mu..."
"Ya Allah, terangilah hatiku dengan cahaya ilmumu dan mudahkanlah ilmu-Mu untuk masuk ke dalam hatiku..."

Doa dimakbulkan? Wallahua'lam. Allah Maha Mengetahui. Mungkin teguran dariNya didatangkan melalui insan-insan ini? Mungkin jugak. Yang pentingnya, kita faham. Kita sedar. Dan kita bertindak.

Sekian dahulu untuk hari ini. Yang baik itu, ambillah buat pedoman, yang tak baik itu, tinggal-tinggalkanlah di sini naa. Wassalam.

p/s : Sesungguhnya hidayah Allah itu datang dalam berbagai-bagai bentuk. Kita yang harus lebih menyedarinya. InshaAllah. ^_^

24 Comments:

LadyBird February 27, 2012 at 10:04 AM  

salam kak sikin,
smg Allah menetapkan hati kita untuk menulis kerana-Nya..

berkaitan dgn memasang iklan, lady pun psg iklan.. huhuhuhu..

Ckin Kembaq February 27, 2012 at 10:08 AM  

LadyBird,

Waalaikumussalam.
inshaAllah...iklan?yang tu, kat sini pun ada...cuma skang tak amik port sangat..just biar..jangan risau, niat kita, jika baik, Allah akan tolong...ini pandangan dari beliau..tak smua kita ikut..amik yang kita rasa nak amik..inshaAllah... ^_^

Unknown February 27, 2012 at 10:51 AM  

Assalamualaikum...
Thanks sudi singgah blog saya...
Seseorang itu Berblogging mmg ada banyak tujuan tetapi yg penting birlah memberi manfaat utk yg membaca...

Ckin Kembaq February 27, 2012 at 11:00 AM  

Dr Hafiz,

Waalaikumussalam.
inshaAllah..itu yang kita ingin lakukan dan ingin sampaikan.. ^_^

Ckin Kembaq February 27, 2012 at 12:36 PM  

O CIKTEDDY,

inshaAllah.. ^__^

Addien February 27, 2012 at 1:17 PM  

ikhlas adalah usul dalam sesuatu perbuatan itu, qawaid fiqghiyyah pun begitu..

namun harus diingat, ikhlas sahaja dalam dakwah dan menyebarkan ilmu belum mencukupi. Ilmu itu perlu hadir dengan isnad,..sumber yang jelas dari nas al-Quran dan As-sunnah. Dengan itu lengkaplah kesahihan dalam mendalami dan menyampaikan sesuatu ilmu, insyaAllah :)

Tawakal Sebagai Benteng Dari Ujub Dan Riyak

hana February 27, 2012 at 1:32 PM  

kena tetapkan hati dan niat...
nice share..
=D

Ckin Kembaq February 27, 2012 at 2:05 PM  

Ad-Dien,

ustaz kita dah mai.. ^_^ betul tu..supaya menguatkan lagi sesuatu hujah..inshaAllah..syukran share..


hana,

inshaAllah hana.. =D

suzie rahman February 27, 2012 at 11:08 PM  

salam ckin. thx,,membaca d sini selalu dpt mnfaat.. berdakwah :)

Pha Is February 28, 2012 at 12:52 AM  

hmm.. ikhlas adalah satu "usaha".. kan? heheh

dalila February 28, 2012 at 7:43 AM  

perkongsian yg bagus... TQ :)

Unknown February 28, 2012 at 8:12 AM  

salam singgah sini...info bagus

Ckin Kembaq February 28, 2012 at 8:18 AM  

kak suzie,

Waalaikumussalam akak..ur most welcome akak... ^_^ inshaAllah utk kita bersama.. ^_^


pha is,

boleh jadi jugak tu.. ^_^

Ckin Kembaq February 28, 2012 at 8:19 AM  

dela,

coretan dari sahabat kita... ^_^


izan mama mia,

salam sambut naa.. ^_^

uncle gedek February 28, 2012 at 9:53 AM  

uncle blogging kerana uncle gila...

haha!

Ckin Kembaq February 28, 2012 at 11:15 AM  

Uncle Gedek!,

Org cm uncle ni ada 1 dlm sejuta.sbb kreatif.hehe mmg tbaik wpun skdr gmbr.hehe

Ckin Kembaq February 28, 2012 at 11:24 AM  
This comment has been removed by the author.
FR February 28, 2012 at 12:22 PM  

sangat suka entry kak ckin yg ni ^^

bila niat lari apa pun tak dapat kan T__T
niat asal mula2 buat blog dlu nak lari dr dunia sendiri aje. saja nk tengok dunia org lain. rasa sempit sbb dok asrama lama --" Hahaa.
setakat ni fatiah tulis pun apa yg tau aje, dan sekaligus teguran utk diri sendiri jugak.

tapi kalo bab kejaq2 trafik tu tak la kot. tak berminat nak jd blogger tegar --" letak iklan pun sekadar syok2, bonuslah kalau ada hasil tu kan :>

thanks utk pringtn ni! :D

Ckin Kembaq February 28, 2012 at 2:33 PM  

fathiahRAIHANA,

betul tu...yg penting, beri kebaikan kat diri kita and org lain..di situ kita akan dpt 'bonus' dan 'ganjaran' yang lebih besar..kak ckin berblogging waktu di poli..tu pun sebab tertarik.. ^_^ skang baru aktif dan serius betul2..hehe

p/s: samalah..iklan tu utk syok2..dia ada, kita guna..hehe
ur most welcome dik.. ^_^

Cik Jannah February 28, 2012 at 3:38 PM  

nice sharing ikin. insyallah

Ckin Kembaq February 28, 2012 at 3:41 PM  

cIk JanNah,

inshaAllah cik jannah kiut.. ^_^

[sutera kasih] February 29, 2012 at 12:19 PM  

suka entry ni...nti nk link kan d entry akan dtg :)

Ckin Kembaq February 29, 2012 at 12:26 PM  

[sutera kasih],

dipersilakan cik sutera kasih.. ^_^

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP