Siaran Ulangan 'HARAM' Valentine's Day
Tuesday, February 14, 2012
Assalamualaikum semua.
Sebenarnya Ckin tak nak dah kupas apa-apa tentang hari 'Valentine' ni sebab Ckin dah kupas dalam entri pada tahun lepas. Tetapi, memandangkan ada jemputan daripada sahabat blogger Ckin, jadi Ckin pun merajinkan diri untuk join Kempen Anti Valentine ni. Memandangkan Ckin dah huraikan dalam salah satu entri tahun lepas, jadi Ckin berniat nak kongsi lagi pada tahun ini. Mungkin ada yang lupa, atau mungkin ada yang terleka. 5 versi 'Valentine' yang diuar-uarkan. Kalian dah tahu? Sekiranya belum tahu, bolehlah mulakan pembacaan di bawah. InsyaAllah. ^_^
Untuk pengetahuan kalian, 'Valentine' mempunyai 5 jenis versi yang dimaklumkan oleh Ustazah Siti Norbahyah dalam siaran Halaqah tidak lama dulu ni. Tapi, Ckin cuma nak kongsikan versi yang kelima iaitu:
Apabila St. Valentino berjaya menjatuhkan Kerajaan Islam di Cordova. Ini bermakna sambutan Hari Valentine ini adalah bagi memperingati semula peristiwa itu dan seolah-olah masyarakat Islam sendiri yang mengagung-agungkan dan bangga dengan pencapaian Kristian itu. Ada yang sedar dan bertindak keterlaluan dengan hanya membiarkan perkara ini berlaku begitu sahaja tanpa ada sedikit pun rasa bersalah terhadap agama sendiri.
Kejamkan umat Islam sendiri? Mungkin disebabkan kita tidak merasa akan kepedihan umat Islam dibunuh beramai-ramai, dan bukannya terjadi pada diri mahupun ahli keluarga kita sendiri dan itu yang menyebabkan sebilangan umat Islam turut meraikannya.
Untuk makluman bagi yang masih tak tahu, meraikan, menyambut, merayakan 'Valentine Day', hukumnya adalah HARAM. Ianya telah difatwakan. Diulang sekali lagi.
HARAM!
Ckin memahami, setiap jiwa, setiap insan yang normal, semuanya mahukan CINTA. Mahu disayangi. Mahu dihormati. Mahu dibelai. Mahu dirai. Tetapi, biarlah kena dengan caranya. Ckin selitkan sedikit tips untuk kalian yang ingin bercinta. Kita sama-sama manusia. Semua inginkannya, tetapi BIARLAH DENGAN CARA YANG BETUL. Apa yang Ckin kongsikan, bukanlah sekadar perkongsian. Jadikan amalan. Dan cuba istiqamah dengan amalan ni. Buat satu demi satu, baru terasa dalam jiwa. InsyaAllah...
Sekiranya kalian menyukai seseorang, maka simpanlah perasaan anda itu jauh di lubuk hati. Mengadulah pada-Nya melalui solat sunat Tahajud, solat hajat mahupun solat fardhu 5 waktu. Bicaralah dengan pencipta kalian. Menangislah andai anda berkemampuan.
Gambar sekadar hiasan. Kalau nak yang macam ni, kena usaha naa.. InsyaAllah Dia faham isi hati anda... |
Langkah seterusnya adalah dengan mendoakan agar jodoh kalian didekatkan antara kalian dan juga si dia. Dalam doa kalian, selitkan namanya, pintalah pada Yang Maha Pengasih agar kalian dipertemukan dengan si dia suatu hari nanti dengan akad yang sah.
Bukan dengan cinta nafsu!
Kalian boleh mengamalkan doa ini. InshaAllah dengan pertolongan ayat-ayat-Nya, mudah-mudahan doa kalian akan termakbul. Istiqamah la naa...
(Surah Yusuf : 4)
Inni roaitu ahada ‘asyaro kaukabaa wassyamsawal qomaro roaituhum liisajidin.
Niatkan :
Ya Allah Ya Tuhanku, sekiranya jodohku jauh maka dekatkanlah
Sekiranya jodohku sukar, maka permudahkanlah
Pertemukanlah aku dengan jodoh yang soleh/solehah.
Ckin rasa tidak ada salahnya jika bertanya akan empunya diri bagi memastikan bahawa si dia belum berpunya. Jika berani, kalian boleh berhubung dengan keluarga si dia ataupun menggunakan orang tengah. Jika jatuh cinta sorang-sorang, tak jadi jugak. Bukan namanya usaha tu. Ingat, mencari jodoh bukanlah sekadar berdoa di tikar sejadah, tapi perlu ada usaha seperti menyelidik akan tingkah laku, akhlak, dan sebagainya. Andai dah dapat kata putus, barulah menjaga diri dengan sebaiknya. Itupun jika kalian memang benar-benar nak mencari calon isterilah. Kalau sekadar suka-suka, tak payahlah naa.
Akhir sekali, letaklah pergantungan anda pada-Nya. Sekiranya kalian benar-benar percaya akan kekuasaan-Nya, maka bertawakallah pada-Nya. Kalian juga perlu menjaga perkara-perkara yang tidak disukai oleh-Nya. Cuba fikir, anda ingin memohon kepada Allah, sedangkan anda melanggar perintah-Nya! Jadi, bagi yang sedang bercinta, ingin bercinta, atau bakal bercinta, carilah cinta yang hakiki. Carilah. Koreksi diri. Muhasabah diri. Ckin hanya mampu mengingatkan. Kita takkan terlepas dari melakukan kesalahan, tetapi terpulang juga untuk diri kita menilai akan sesuatu perkara itu. InshaAllah.
Sekian dahulu untuk hari ini. Yang baik itu, ambillah dan jadikan sebagai panduan hidup, tetapi jika sebaliknya, tinggal-tinggalkanlah di sini. Wassalam.
p/s : Kalian dijemput untuk join Kempen ANTI VALENTINE'S DAY ni. InshaAllah moga-moga ada manfaatnya. Nak join, boleh klik di sini.
22 Comments:
malangnya ada pulak yg persendakan hukum ni...
-pakcik gedek!-
betul tu..tak apa, skang ni persenda, kelak mereka pulak akan di'persendakan'...
mcmana kalau kita smbut, tapi bukan niat utk smbut valentine ?
mcmana kalau kita smbut, tapi bukan niat utk smbut valentine ?
Orang sekarang suka jadi pak turut...
Kempen kesedaran adalah perlu...
cinta Ilahi cinta sejati..cinta manusia hanya sementara...
semutsengal,
mcm mana tu? ^_^ jika hari lahir kebetulan jatuh pada hari valentine, mungkin boleh dimaafkn sebab meraikan hari lahir......tapi, jika sebaliknya, tetap tak boleh..kesimpulannya, meraikan cinta dua hati tmbah2 lagi di hari valentine adalah HARAM... ^_^
WuMing,
yes..jadi pak turut...sebab tak mau pikir dah yang lain....haih
soooooour,
that's right... ^_^
rasanya tak ada yang special untuk sambut benda ni kan...
ok je Valentine's day, cuma cara kita celebrate yg boleh jadi haram
read this: http://chomeini.blogspot.com/2012/02/valentines-day-itu-ok.html
Ariffin Khomeini,
buang je valentine's day.jadikan hari2 adalah hari2 kekasih bagi pasangan yang sah... ^_^ senang kan? ^_^
tiap2 tahun kena kupas isu ni... maklum la, makin ramai yg meningkat dewasa, tp xberapa ramai yg ada kesedaran ni... tul tak..? :)
Iazaac,
mungkin jugak tu...sebab remaja yang membesar makin meningkat setiap tahun....itulah puncanya... ^_^
eyahhh...say no to valentine kerna valentine hanay menyesatkan umat Islam saja.
BIG NO TO VALENTINE !
ndak mahu sambut...buang masa je
math fact!
14-2-12=0
valentine demolish!
walaupun ramai dah tahu, tapi mereka tetap juga sambut
Alhamdulillah..
Entri kamu adalah antara yang mendapat banyak sambutan daripada followers kamu.
Btw, Jokeonsalo suka sangat entri ini, walaupun ianya siaran ulangan. Tetapi, ia sangat bermakna dan dapat memberi pengajaran kepada kita semua umat Islam.
Jokeonsalo akan masukkan entry ini ke dalam blog Jokeonsalo tidak lama lagi..tunggu ya ;)
TERIMA KASIH !
misz_eyza,
ya..betul tu.. ^_^
O CIKTEDDY,
of course cik teddy... ^_^
Kancil 8349,
yep..buang masa...hari2 adalah hari kekasih bagi suami isteri.. ^_^
najmi ^^,
wah..baru tau ni.. ^_^
Yatie Awang,
mungkin mereka ni masih 'belum mengetahui'...husnuzzon.. ^_^
Jokeonsalo,
Alhamdulillah..perkongsian yang diulang tayang...sebab manusia mudah lupa..tahniah sebab menganjurkan kempen ni...buatkan terdetik untuk ulang kembali ttg ni...
syukran... ^_^
Post a Comment