Rahsia Di Sebalik Valentine Yang Diagung2Kan...
Tuesday, February 15, 2011
Assalamualaikum sahabat-sahabatku....
Apa khabar iman hari ni? Sihat? Ckin, alhamdulillah baru ja sembuh dari gastrik yang jadi 5 hari lepas. Alhamdulillah sangat-sangat. Untuk makluman, Ckin tak boleh nak reply comment2 and buka blog pasal jadi masalah pa ntah. huhuhuhuhu Sangat sedih tau.uhuk3 Kuar kat skrin, 'cannot find server'.. Boleh baca komen, tapi takleh nak reply. Dugaan.. Dugaan.. Tp Ckin update la jugak.. ^_^
Ushar-ushar lelaki/perempuan tak? Buat maksiat tak?haha (soalan cepu mas)
Dah berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.??? Hari ni kan Hari Lahir Baginda. Jangan lupa naa... Rindu tak pada Nabi?... Kalau rindu, selawat sekarang naa... Take ur time... Ckin nak berkongsi sikit ilmu ngan sahabat-sahabat Ckin ni. Bahasanya agak skema naa... ahakz Apa-apa pun, yang baik tu gunakanlah dan yang tak baik, tinggal-tinggalkanlah ya!
Selamat Membaca...
5 Versi Valentine
Kebanyakan remaja pada hari ini hanya melakukan sesuatu dengan tidak berfikir terlebih dahulu malah bersikap membuta tuli. Perkara sebegini yang menyebabkan mereka hanya melaksanakan sesuatu dengan membuta tuli.
Terdapat lima versi sejarah Valentines Day seperti yang disampaikan oleh Ustazah Siti Norbahyah dalam siaran Halaqah tidak lama dulu.
Versi yang pertama,
perlu diketahui bahawa sebelum kedatangan Kristian terdapat satu Pesta Sambutan Rom Kuno telah diadakan pada 13 Februari sehingga 18 Februari bagi menyembah Dewi Cinta yang bernama Juno Februota. Pada pesta ini nama-nama gadis pada zaman itu akan ditulis dan akan dimasukkan ke dalam satu bekas dan kemudian mereka akan mencabut nama gadis tersebut untuk dijadikan teman pemuas nafsu selama setahun. Pelik kan? Tapi fikirkan kembali, bukankah orang yang menyambut Valentines Day akan dikira menyokong pesta ini?
Versi yang kedua
adalah sambutan Valentines Day ini diadakan bagi memperingati kematian St. Valentines yang telah dibunuh oleh Raja Rom kerana menyebarkan agama Kristian kepada rakyat Rom pada ketika itu. Pada waktu itu, Raja Rom menyembah Dewa Dewi dan ini ternyata menyalahi pegangan agama Rom ketika itu. Kemudian, St. Valentino ini telah dibunuh dan diseksa dengan kejam oleh Raja Rom . Sebelum itu, St. Valentino juga sempat menyebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan yang berada di dalam penjara tersebut dan membantu mereka untuk melepaskan diri dari sana yang tertulis nama di akhir surat, “From Your Valentino”
Selain itu, St. Valentino juga turut menghantar sepucuk surat cinta kepada orang yang dicintainya iaitu anak perempuan kepada salah seorang pegawai penjara itu. Melalui kejadian ini, ramai yang menganggap St. Valentino sangat hebat dengan pencapaian yang berjaya dilakukannya dan menyebabkan orang ramai ingin memperingati kematiannya itu .
Versi Ketiga
pula adalah St. Valentino menjadi ikon kasih sayang kepada tentera Rom pada ketika itu kerana telah membantu mengahwinkan tentera-tentera itu pada usia muda. Sewaktu pemerintahan Raja Rom, beliau tidak membenarkan tentera-tenteranya berkahwin pada usia muda kerana dikhuatiri tiada lagi orang muda yang akan berjuang dalam peperangan. Jadi, sebagai satu cara untuk mengenang jasa St. Valentino ini adalah dengan memperingatinya pada 14 Februari bersamaan dengan tarikh dia dibunuh oleh Raja Rom.
Versi keempat
pula mengisahkan faktor keempat sebab Hari Valentine disambut iaitu bagi meraikan burung yang suka mengawan ketika menjelangnya 14 Februari. Adakah kita termasuk dalam golongan seperti ini? Hanya meraikan hari tersebut semata-mata adanya burung yang mengawan. Apa kaitannya dengan masyarakat kita?
Pelik tetapi benar.
Versi kelima
pula adalah apabila St. Valentino berjaya menjatuhkan Kerajaan Islam di Cordova. Ini bermakna sambutan Hari Valentine ini adalah bagi memperingati semula peristiwa itu dan seolah-olah masyarakat Islam sendiri yang mengagung-agungkan dan bangga dengan pencapaian Kristian itu. Ada yang sedar dan bertindak keterlaluan dengan hanya membiarkan perkara ini berlaku begitu sahaja tanpa ada sedikit pun rasa bersalah terhadap agama sendiri.
Begitu kejamkah kita?
Hukumnya Adalah HARAM
Fatwa telah menetapkan bahawa menyambut Hari Valentine adalah HARAM di sisi agama Islam dan amatlah salah bagi remaja-remaja mahupun mana-mana umat Islam yang menyambutnya. Pernahkah kita terfikir sebab ianya diharamkan? Sudah terang lagi bersuluh bahawa sambutan ini hanya menghina Islam dan ingin menyesatkan umat Islam sendiri. Namun, remaja pada hari ini seolah-olah gah apabila menjelangnya Hari Valentine ini dengan bunga ros yang mekar mewangi dan banyak lagi yang menyimpang dari agama.
Nabi s.a.w. bersabda :
“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum, dia termasuk golongan mereka”
Semua akan tahu apabila tibanya Hari Valentine, benda yang paling penting adalah bunga ros merah. Ianya melambangkan hangatnya percintaan sepasang kekasih itu terutamanya pada 14 Februari. Kalau diikutkan, harga sebenar bunga ros merah pada hari-hari biasa adalah RM 2 sahaja. Tetapi, apabila tibanya hari ‘bersejarah’ ini, harganya akan naik secara mendadak iaitu sekuntum ros merah boleh mencecah sehingga RM 10. Bagi remaja yang hangat bercinta, RM 10 bukanlah sesuatu yang berat. Lagipun setahun sekali sahaja katanya.
LEBIH BAIK ANDA SEDEKAHKAN DUIT ITU KEPADA TABUNG MASJID. ITU LEBIH BAIK. PAHALANYA BERTERUSAN SEHINGGA QIAMAT.
INSYA-ALLAH
Saya Juga Inginkan CINTA!
Sebagai seorang manusia yang dikurniakan nafsu dan akal, mana mungkin tidak ada perasaan ingin menyayangi dan juga disayangi. Ini juga merupakan alternatif Allah dalam mencipta hamba-hambaNya iaitu supaya mereka saling berkenal-kenalan dan bermasyarakat. Tetapi, perlulah di landasan yang betul. Terdapat beberapa tips yang boleh digunakan oleh anda sebagai seorang Muslim yang beriman.
Sekiranya anda menyukai seseorang, maka simpanlah perasaan anda itu jauh di lubuk hati. Mengadulah pada-Nya melalui solat sunat Tahajud mahupun solat fardhu 5 waktu. Bicaralah dengan pencipta anda. Menangislah andai anda berkemampuan.
Gambar sekadar hiasan. Kalau nak yang macam ni, kena usaha naa.. InsyaAllah Dia faham isi hati anda... |
Langkah seterusnya adalah dengan mendoakan agar jodoh anda didekatkan antara anda dan juga si dia. Dalam doa anda, selitkan namanya, pintalah pada Yang Maha Pengasih agar anda dipertemukan dengan si dia suatu hari nanti dengan akad yang sah.
Bukan dengan cinta nafsu!
Anda boleh mengamalkan doa ini. Insya-Allah dengan pertolongan ayat-ayat-Nya, mudah-mudahan doa anda akan termakbul. Istiqamah la ya!
(Surah Yusuf : 4)
Inni roaitu ahada ‘asyaro kaukaba wassyamsawal qomaro roaituhum lisajidin.
Niatkan dalam hati :
Ya Allah Ya Tuhanku, sekiranya jodohku jauh maka dekatkanlah
Sekiranya jodohku sukar, maka permudahkanlah
Pertemukanlah aku dengan jodoh yang soleh/solehah.
Akhir sekali, letaklah pergantungan anda pada-Nya. Sekiranya anda benar-benar percaya akan kekuasaan-Nya, maka bertawakallah pada-Nya. Anda juga perlu menjaga perkara-perkara yang tidak disukai oleh-Nya. Cuba fikir, anda ingin memohon kepada Allah, sedangkan anda melanggar perintah-Nya!
BAGAIMANA DOA ITU HENDAK DIMAKBULKAN?
Kisah neraka JAHANNAM
Sebagai pengakhiran, renungkanlah kisah ini wahai saudara seIslamku. Mudah-mudahan kita akan ingat akan Jahannam itu...
Jawapan Jibril ketika ditanya oleh Nabi Muhammad mengenai neraka Jahannam :
“Ketahuilah wahai Muhammad, setelah Jahannam selesai diciptakan, Allah kemudian menyalakan seribu tahun lamanya sampai api di neraka itu berwarna merah. Selanjutnya dinyalakan kembali seribu tahun sampai api di sana benar-benar berwarna putih. Selanjutnya ditambah seribu tahun pula hingga api neraka Jahannam itu berwarna hitam, gelap. Semenjak itu api terus dinyalakan membara dan tidak pernah padam walaupun hanya sekejap.
Demi Allah, jika terjadi kebocoran sebesar lubang jarum sahaja, pasti penghuni dunia musnah terbakar dan hangus akibat panas neraka itu. Demi Allah, jika pakaian penghuni neraka ditanggalkan di antara langit dan bumi, pasti seluruh isi dunia menjadi terbakar.
Demi Allah, jika satu mata rantai neraka diletakkan di atas bukit, pasti bukit itu meleleh sampai ke dasar Bumi.
Demi Allah, jika seseorang diseksa di kutub Barat, pasti penghuni kutub timur menjadi hangus kerana panasnya. Neraka Jahanam itu sangat dalam, dihiasi besi, air campur nanah sebagai minuman untuk penghuninya. Di sana terdapat tujuh pintu, masing-masing mempunyai bahagian tertentu dari lelaki dan wanita”…
“Pintu yang ketujuh akan dimasuki oleh umatmu. Mereka itu terdiri daripada orang-orang yang berbuat dosa besar, bermaksiat kepada Allah, enggan menjalankan sembahyang, tetapi mereka tidak mahu bertaubat sampai ajalnya menjemput”.
Setelah mendengar perkhabaran dari Jibril, Rasulullah s.a.w. tiba-tiba pengsan. Baginda menangis selama 3 hari. Bukan hanya Baginda yang menangis lantaran mendengar berita ini, malah Abu Bakar, Umar, Salman Al-Farisi dan Fatimah turut menangisi berita ini kerana takutkan neraka Allah yang amat dahsyat. Adakah anda akan menjadi salah seorang dari penghuninya?
Muhasabahlah diri anda sementara masih ada waktu. Selagi nyawa belum sampai di kerongkong, sebelum Malaikat Izrail datang menjemput….
Sekian dahulu untuk Valentine yang selalu diagung-agungkan oleh remaja zaman sekarang. Kamu mengaku sayang Nabi, takut pada Allah, nak masuk Syurga, tapi kamu masih jugak buat perkara yang dilarang. Kamu nak ka diheret ke neraka Jahannam dengan muka yang hitam??? Kamu nak ka menjadi salah seorang hamba yang derhaka??? Kamu nak ka jumpa dengan Malaikat Munkar dan Nakir dengan wajahnya yang garang???
Kamu nak ka nanti Allah berkata pada kamu,
"Apakah tidak ada pengkhabaran mahupun berita kepada kamu mengenai hukum hakam agama? Tidak ada orang yang menyampaikannya di dunia dulu? Sekarang terimalah balasan bagi kamu.
Kamu derhaka! Kamu mengabaikan suruhanKu! Kamu tidak mengambil pelajaran. Malah, kamu hanya membiarkan teguran itu. Kamu lebih suka bergaya dengan pakaian-pakaian duniawi.
Kamu berbangga dengan rambut kamu. Kamu merasakan diri cantik dengan shawl kamu. Kamu mengajak orang lain menyertai kamu memakai tudung atas paras dada. Kamu hanya membiarkan orang-orang yang berada di jalanKu tanpa pergi belajar dengan mereka. Kamu tahu Islam itu benar, tp kamu tidak mengkajinya. Kamu melepaskan geram melalui tulisan-tulisan kamu. Kamu tidak menggunakan masa yang ada di dunia dahulu dengan bertaubat. Kamu ingkar manusia. Kamu bersuka-ria, bersenang lenang di Bumi yang Aku ciptakan. Sekarang inilah balasannya... "
Nanah,lendir,darah,..itulah minuman ahli neraka. Sama ada kita terselamat atau tersekat, bergantung pada amalan kita pada hari ini sahabatku.
Dalam Hadis Nabi s.a.w. :
Teman-teman akrab kamu di dunia sekarang, ketika di hari Akhirat akan menjadi musuh-musuh kamu.
Wassalam.
3 Comments:
versi 2 valentine biasenye paling popular, tapi versi 5 tak tau plak tentang kejatuhan islam tu.. tp apa2pn memang haram smbut valentine.. terima kasih kerana menyedarkan betapa panasnya neraka jahannam dan semoga kita dijauhkannya...
hmm... awak penah komen pasal artikel saya...pasal doa mengangkat tangan lepas solat fardhu bukan sunnah Nabi SAW...
ingat tak?
Ibnu Darwin,
Yup..Moga2 bila dah tau, mereka takkan sambut perayaan ni.. =_= Kita yg ada and tau, sebar-sebarkan ilmu..insyaAllah.. ^_^
SILZACK KHAIROL,
Maybe disebabkan rupa blog awak dah berubah, tu yg sy tak ingat.. hehe
Post a Comment