Sepotong Roti Penebus Dosa
Wednesday, February 23, 2011
Assalamualaikum sahabat-sahabat semua.
Dah baca post sebelum ni yang memaparkan mengenai kebesaran mukjizat Nabi Muhammad s.a.w.?... Kalau dah baca, alhamdulillah. Semoga ianya dapat meningkatkan lagi keimanan dan keteguhan cinta kita kepada Allah. Bukti telah dikenalpasti, tapi terpulang kepada kita untuk mengikutinya. Bagi yang belum baca, bolehlah klik pada :
Abu Burdah bin Musa Al-Asy'ari meriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya:
"Wahai anakku,ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sepotong roti."
Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan.
Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga dia tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelumang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri.
Setelah ia sedar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud. Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya terdapat dua belas orang fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga bermaksud untuk menumpang bermalam di sana, kerana sudah sangat letih dari sebuah perjalanan yang sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir miskin dalam pondok itu.
Rupanya di samping kedai tersebut hidup seorang pendeta yang ada setiap malamnya selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin yang menginap di pondok itu dengan masing-masingnya mendapat sebuku roti. Pada waktu yang lain, datang pula orang lain yang membagi-bagikan roti kepada setiap fakir miskin yang berada di pondok tersebut, begitu juga dengan lelaki yang sedang bertaubat kepada Allah itu juga mendapat bahagian, karena disangka sebagai orang miskin.
Rupanya salah seorang di antara orang miskin itu ada yang tidak mendapat bahagian dari orang yang membahagikan roti tersebut,sehingga kepada orang yang membahagikan roti itu ia berkata:
"Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku."
Orang yang membagikan roti itu menjawab:
"Kamu dapat melihat sendiri,roti yang aku bagikan semuanya telah habis, dan aku tidak membahagikan kepada mereka lebih dari satu buku roti."
Mendengar ungkapan dari orang yang membahagikan roti tersebut, maka lelaki yang sedang bertaubat itu lalu mengambil roti yang telah diberikan kepadanya dan memberikannya kepada orang yang tidak mendapat bahagian tadi. Sedangkan keesokan harinya, orang yang bertaubat itu meninggal dunia.
Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang yang bertaubat itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun dengan dosa yang dilakukannya selama tujuh malam.
Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang dilakukan selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama tujuh malam.
Akan tetapi ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang dengan sebuku roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukannya, ia ternyata menjadi penebus dosa.
Anda nampak apa yang cuba disampaikan melalui kisah ini?
Sesungguhnya Allah akan menghisab amalan kita hatta sekecil-kecil perkara di Akhirat kelak. Sebagai contoh yang boleh dikongsi, anda membuang sampah di tepi jalan. Bukannya besar sangat pun, tetapi itulah yang akan menjadi bebanan buat kita di Akhirat kelak.
Cuma plastik coklat ataupun gula-gula yang dibuang...
“Ala, orang tak nampak pun. Lagipun bukannya besar sangat. Letak je la di dalam pasu. Tak effect apa-apa pun”.
Tapi, di hadapanNya nanti, anda akan ditanya. Disoal, dihisab amalan dan dipertontonkan semula di LAYAR PERAK kepunyaan-Nya. Sanggupkah anda?
Semoga ada ibrah daripada kisah ini untuk kita sama-sama ambil pengajaran... InsyaAllah.
...Wassalam...
7 Comments:
subhanallah... kita(sy la) seposen pon kedekut.. dose banyak....(T-T)
seriusla krul seposen pn kedekut..hehe.. masyaAllah... Allah itu Maha Pengampun lg Maha Penyayang.. semoga kita mendapat rahmat di akhirat kelak... kisah ni familiar dgn kisah seorang pelacur yang beri roti pada anjing untk makan, dan kaffarahnya, Allah mengampunkan dosa si hamba ni... Ada kan? Semoga kita tergolong dalamnya...n_n
Haffzone,
Kedekut..?hehe no komen.. Kalu gi masjid tiap2 waktu, sumbang seposen pun dah ok..lima waktu, dah 50 sen..right?..try la.. ^_^
Ibnu Darwin,
haha..dia mmg gitu..eh..melawak ja naa..insyaAllah..tu yg kita smua harapkan..ibarat payung sebelum hujan datang..kan?...
penah gak dengar kisah tu..ada kat mana-mana tu..mudah-mudahan dengan izin-Nya naa.. n_n
yup.. kami memang kamcing sejak matrik dlu.. imam besar kat mtrik tu..ha2..kantoi2.. .ibarat payung sebelum hujan datang? maksudnya sediakan payung sebelum hujan la ye... so kena prepare la amalan tu siap2 ye dak...n_n
Jazakhillah, insyaAllah...amin...
x paham... kisah ni dikutip dari hadis atau quran ek? boleh beritahu sumber x?
Ibnu Darwin,
subhanallah,,hebat2 belaka ye sahabat2 ni.. MasyaAllah..tertinggal la pulak perkataan 'sediakan'..hehe faham2 la naa..
InsyaAllah yang baik tu kita ikut, yang tak baik kita tinggal2kan.. InsyaAllah .. ^_^
Dhonnnnnn....
Cerita ni diriwayatkan oleh seorang ulama besar dari keturunan sahabat Rasulullah s.a.w
Walaupun beliau seorang pengikut pegangan mu'tadzilah selama 40 tahun, tapi kembali ke jalan yang benar setelah mendapat mimpi. Nak taw lebih lanjut Abu Burdah bin Musa Al-Asy'ari ? klik sini
Post a Comment