Suka... Duka... Dugaan naa... =_=
Tuesday, March 1, 2011
Assalamualaikum semua...
Apa khabar iman hari ni? Dukacita dimaklumkan bahawa Ckin kurang sihat. Otak penat sikit. Semalam tidur jam 2 pagi gitu sebab menyiapkan Rancangan Perniagaan.... Subhanallah! Agak sakit and letih le Ckin. Ckin lak kena buat berkaitan dengan perancangan kewangan and kira-kira banyak.... So, memang kena bersengkang mata la jugak.... Ada beberapa benda lagi tak settle. Pagi tadi sibuk pi print kat kawan kelas. Dugaan giler la... Alih-alih dah bawak gi kelas, lecturer tak kutip pun. Alhamdulillah la. Sebabnya lecturer mintak draf sahaja. Tadi ada bincang-bincang tentang apa yang tak faham dalam RP Ckin ni. Nanti akan ada kelas untuk memahamkan lagi minda kami-kami semua kat kelas tu...hehe Sabor aje la... Ckin buat RP bagi perniagaan jahitan langsir. Chewah! Saja ja nak gitau kan...ahakz
Dukacita juga dimaklumkan bahawa kawan Ckin, iaitu Nabila kemalangan kelmarin waktu nak mai jumpa Ckin and kengkawan kat Poli. Dia dah dihantar ke Hospital Jitra. =_= Ckin nak pesan pada sahabat-sahabat yang baca entri ni, jangan bawak motor and kereta tu laju-laju sangat. Sayangilah diri kita tu walaupun orang lain tak sayang kat kita. Semua yang Allah anugerahkan kat kita ni dah cukup lengkap sempurna, tak cacat, tak buta, tak pekak, tak bisu, tak sumbing kat mana-mana, bersyukurlah... Sebab apa? Sebabnya Allah masih biarkan kita melata kat atas muka Bumi-Nya ni.
Sangat-sangat rugi kalu kita biarkan nikmat-nikmat tu ditarik balik... =_=
HARGAILAH NIKMAT YANG SEKETIKA TU. JANGAN MENYESAL DI KEMUDIAN HARI.
(kalau nak mati pun, biarlah kita mati dengan husnul khotimah, bukan mati su'ul khotimah)
Act, Ckin baru ja habis menghadiri Kem Pembinaan Pasukan Berprestij yang diadakan di Kem Paya Pahlawan, Jitra, Kedah. Nak tau, siapa penganjur program ni?.... Orangnya adalah Ustaz Muhammad Azki Hafizi Bin Ibrahim. Orangnya dari KUIN. Nanti Ckin akan upload gambar-gambar apa yang kami buat kat sana. InsyaAllah. Sebabnya ustaz Azki cakap nak bagi kat kami semua gambar-gambar tu melalui En Radhi. Banyak sangat yang Ckin dapat. Nanti jugak lah Ckin kongsikan naa.. Memandangkan petang ni tak ada kelas, and malam pulak ada kelas MUET, so Ckin nak manfaatkan masa yang ada ni untuk menyiapkan assignment yang baru ja dapat dari lecturer. Buat siap-siap lah... Sebab pasni ada plan lak yang lagi penting selepas balik dari kem tu.
Pesanan Ckin untuk kali ni,
JAGA DIRI WALAU DI MANA KITA BERADA
JAGA MATA, JAGA PANDANGAN
JAGA TINGKAHLAKU, JAGA PERCAKAPAN
JAGA AURAT SESAMA RAKAN-RAKAN MAHUPUN ORANG LUAR
Jumpa lagi naa...
... Wassalam ...
4 Comments:
salam ziarah...
cantiknya blog :)
salam singgah naa..
p/s : ada roomate yg suka kucing..hehe
insyaAllah,
pesan pada diri ni juga...
JAGA DIRI WALAU DI MANA KITA BERADA
JAGA MATA, JAGA PANDANGAN
JAGA TINGKAHLAKU, JAGA PERCAKAPAN
JAGA AURAT SESAMA RAKAN-RAKAN MAHUPUN ORANG LUAR...n_n
semoga kawan ckin berada dlm keadaan selamat la ye.. pesan pd si dia juga..n_n
Ibnu Darwin,
InsyaAllah.. Harap dapat dijadikan peangajaran... ^_^
Post a Comment