Intro DISKUSI ILMU
Thursday, December 30, 2010
Assalamualaikum.
Moga-moga iman kita akan bertambah naa hari ni. Ckin kembali lagi dengan isu-isu yang agak hangat di pasaran. Actually, Ckin nak stort tentang program Diskusi Ilmu yang diadakan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis that merangkap Poli di mana Ckin belajar. Sebelum Ckin masuk kepada intipati yang kami bincangkan malam tu, Ckin nak explain la apa dia Program Diskusi Ilmu ni…. Jangan komfius naa.. Pesanan untuk semua, jangan sekadar baca, tetapi sebar-sebarkan okeh… Jangan baca setakat separuh jalan, tapi bacalah sampai habis…
Buangkan egomu sebentar… ^_^
Untuk makluman semua, Diskusi Ilmu ni dibahagikan kepada 2 fasa iaitu Fasa 1 dan fasa 2. Fasa 1 adalah fasa di mana isu-isu semasa dibahaskan dan perkara-perkara yang seangkatan dengannya macam soal akademik, hal sekeliling, etc (banyak lagi…kalau nak tau, mai la naa… ^_^) Fasa 2 pulak adalah fasa soal-jawab. Tak dinamakan diskusi ilmu la kalau yang bercakap hanya seorang ja kan?... So time ni kalau ada pendengar yang nak bertanya, depa boleh tanya straight bagi muslimin(lelaki) dan kepada muslimat(perempuan) bolehla hantar mesej mengikut nombor yang diberikan…. Nombor apa?.... Haa..Nombor telefon pendiskusi tu la iaitu En Radhi… hehe
Siapa Pendiskusi ?
Mesti ada yang tertanya-tanya, sapa yang mengemudi kapal yang dinaiki dengan anak-anak kapal kan?... Ok, meh la Ckin terangkan ckit naa. Untuk bagi sahabat-sahabat kenal la kan. Orang kata tak kenal maka tak cinta.
(Kalau dah kenal insyaAllah akan ‘jatuh cinta’…maksudnya tertarik dengan penyampaian beliau…^_^)
Nama beliau adalah En Mohd Radhi Bin Musa. Boleh panggil En Radhi ja naa.. Beliau bukanlah seorang ustaz, bukan juga seorang hafiz yang menghafaz puluhan ribu hadis, tetapi beliau adalah seorang pensyarah Politeknik yang masih berada dalam pengajian di Unimap iaitu Universiti Malaysia Perlis. Seriously, kalau sahabat2 ada dalam program beliau hatta selama 5 minit, sahabat2 takkan bangun dari situ… Sebabnya, ilmu yang beliau ada tu membuatkan sahabat2 akan rasa lebih bersemangat untuk belajar dan beramal dengan agama yg sahabat2 anuti sekarang iaitu Islam. Penangan yang kuat… tak percaya??? Try la. InsyaAllah kalau Ckin dah dapat handphone Ckin nanti, Ckin nak rakam la. Bagi sahabat2 tengok ataupun dengar naa… Doa2 la bagi handphone tu cepat siap sebab dia tengah sakit kat kedai..hukhuk
‘Anak-Anak Kapal’
Berbalik pada tajuk asal, sapa pulak anak-anak kapal yang akan join Diskusi Ilmu ni?... haa.. Antaranya adalah orang2 yang tengah baca entri ni…. Jeng… Jeng… Jeng…Kamu la… Eh, buat tak tau pulak.. Kamu kan orang2 dekat sini. Jangan mengelat naa.. hehe Ni bukan paksaan, kalau nak mai, maila..
Cuba fikir, dah alang-alang orang buat program, takkan sekali pun tak mau mai kan?... Ada setengah orang yang ego dengan diri sendiri dan menzalimi dirinya.
Uish! Bahaya tu.
Zalim??? Why not?
Salah satu daripada cirri orang yang menzalimi dirinya adalah orang yang tahu adanya majlis ilmu diadakan oleh alim ulamak (org berilmu), tapi dia tidak hadir pada program ilmu tersebut. Haa… kan dah kena kat situ kan?.... Kesian la kat diri tu naa. Dia pun nak tmbah ilmu, tapi kalau tuan dia tak bagi, maknanya betul la menzalimi diririnya kan?...Ish3 Memang tak patut… Jangan marah naa.. Ni Cuma pesanan buat kita yang terleka….
Ambikla sebagai iktibar, jangan ego. Sebabnya masih ada yang ego. Tau ka apa maksud ego ni? Haa.. Meh nak terangkan sket. Ego ni bukan saja bermaksud sombong tapi perasaan orang yang tak mau dah menerima pandangan mahupun pendapat orang lain. Bahaya kan? Tapi sedar tak sedar sifat tu ada dalam dir kita…. Ops! Diri individu2 tertentu… Diri kamu, kamu tahula apa yang buruk dan apa yang baiknya… kan? Kamu kena kurangkan ego kamu, jangan duk syok terbang dengan angan2 yang tak pernah kesampaian…
Kadang2 ni Ckin rasa kesian la jugak, kenapa la pintu hati depa ni seolah-olah macam rapat sangat. Macam ada mangga besi yang mengikat antara pintu2 hati depa…
Then, fikir balik, fikir and terus berfikir, ada sorang sahabat ni mesej ke ana, Allah berfirman,
“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuanNya dan Allah telah menguncipendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya? Maka siapakah yang yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah? Mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?
(Surah Al-Jasiyah : 23)
Nah! Tu kata-kata sapa?... Itu adalah firman Allah Taala Yang Maha Mengetahui dan Maha Pemberi Nikmat… Start dari situ, memang terfikir, oh! Rupa-rupanya hidayah tu milik Allah. Hanya Dia akan membuka pintu hati kita yang diikat dengan ‘mangga emas’ tu… Subhanallah..
Ya Allah, jangan kau pikulkan kami dengan bebanan yang berat seperti yang telah Kau berikan kepada umat yang terdahulu dari kami dan jangan pikulkan kami dengan apa yang tidak kami terdaya menghadapinya.Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
Alangkah jahilnya diri kita ni kan?... Tak mau mengaku pun tak pa.. Sebabnya bukan dapat award pun. Yang penting, kita tau tentang diri kita.
Persoalkan pada diri kita...
Iman aku hari ni dah naik blum?
Iman awek/pakwe aku ni naik or turun?
Aku tengok ada poster banyak kat kafe tentang Diskusi Ilmu, tapi pernahka aku pi?
Aku nak dengar kuliah, tapi aku malas pegi Pusat Islam?
Aku ni ego ka?
Hari ni aku baca Al-Quran x lagi?
Aku ushar perempuan lagi hari ni?
Macam mana kalau aku terjatuh tangga and sakit?
Macam mana kalau hari ni aku dah tak dapat jumpa dengan mak ayah aku?
Apa perasaan mak ayah aku bila depa dapat tau yang aku ni buat benda yang memalukan depa?
Hancur x hati depa?
Aku pernah x ajak kawan2 bilik aku jemaah dengan aku waktu tak pi Pusat Islam?
Tanya balik diri kita tu…
Kalau bukan sekarang, bila lagi?....
Sebaliknya, kita yang terlalu banyak mencipta alasan…. Alaaa… Goreng ja. Dalam exam tau pulak nak menggoreng kalau terdesak kan?... Takkan nak buat alasan pun nak susah right?
Hmmm… Aku penat la. Tiap-tiap minggu aku outing…
Malasla.. Aku takut nak jalan sorang2 pi Pusat Islam.
Malasla… Kuliah agama la tu…
Amboih.. Tunjuk baik pulak hang ni… Nak jadi ustaz ka?
Malam minggu, waktu utk tengok movie la…
Aku nak date la…
Aku tak dak kawan nak pi sana…
Aku ni boleh ja nak pi majlis2 ilmu ni, tapi kena ada masanya…
Aku bukan nak mati sekarang, nanti dah tua baru aku nak pi masjid…
(Nauzubillahiminzalik)
Aku marah sangat dengan si fulan tu, so aku memang payah ar nak join!
Aku tak suka kat dia… Dia dah banyak buat dosa kat aku!
(Yg ni jenis org yg salah anggap)
Aku suka ngan hidup aku macam ni… So what?
Aku bangga la ngan awek aku, dia rajin tegur aku kalau aku buat salah…
Tak perlu dah kot pi Diskusi Ilmu or kuliah2 ni…
Pakwe aku tak bagi pi la…
(cari nahas la jawabnya ni…)
Aku lebih suka lepak2 bawah bulan, kira bintang… Tenang ja rasa… Tu yang malas nak pi Masjid…
Aku nak sembang2 la time hujung minggu ngan kawan bilik aku.. Banyak isu hot kot…
Banyak sangat la alasan… Tak larat nak taip…
HIDUP KAMU, KAMU YANG TENTUKAN.
MANA YANG BAIK ATAU MANA YANG BURUK.
Setakat eksyen lebih2 pun tak ada gunanya kan?... Yes… Ada yang cakap bila mati, kubur lain-lain. Tapi kena ingat jugak, dah mati, sapa yang nak tanam?...
Awat tak tanam sendiri??
Tu baru dikira ‘berdikari’ dari hidup sampai mati. Tak menyusahkan orang, ye dak? (Nauzubillahiminzalik) Banyak-banyakkan istghfar naa kalau kamu antara orang yang memberikan banyak alasan untuk diri kamu tu. Tak susah. Cuba hadirkan diri walaupun sekali. Orang yang dikejauhan pakat tanya, bila program2 macam ni akan ada kat tempat aku? Bila la aku dapat rasa nikmat ada dalam majlis ilmu macam depa buat? Tapi kita yang dekat2 ni tak mau la pulak nak ikut. Haish… Tu namanya orang yang tak beruntung.
AKU PUNYA SUKA LA HIDUP AKU...
Ok, fine… Jawabla dengan Yang Maha Berkuasa di sana nanti naa… Banyak sangat bagi alasan kan… Who knows, nanti di depan Dia nanti baru nak sibuk-sibuk mintak belas ihsan dari orang lain…
Mula la cakap, “Si fulan ni tak ajak aku dulu…”Macam2 la.. Pandai-pandai la pikir naa…Ni bukan program paksaan, Ckin doakan agar Allah tak tutup pintu hati kamu sampai kamu mati.. InsyaAllah. Doa adalah salah satu dari jalan keluar. Kita dah usaha mengajak, hanya Allah yang akan tentukan sapa yang akan mai dengan keizinanNya…
Non-Muslim Pun Boleh Hadir
Haa.. Kalau nak tau, program Diskusi Ilmu ni pun boleh dihadiri oleh warga Non-Muslim tau… Sebabnya ni bukanlah program keagamaan tapi PROGRAM DISKUSI ILMU. Tempat di mana untuk berbincang more kepada akademik dan isu semasa. Kalau ada yang berminat nak hadir, boleh la mesej kepada wakil Rakan Pusat Islam (RAPI) naa… Ataupun tanya la kat sapa-sapa yang mai program tu. Takpun, mai ja malam tu. Kalau ada la kan.. Kalau tak ada, itu terpulang… Kalau nak ilmu, kena cari. Bukannya dia nak mai sendiri kat kita kan? Ckin dah tunjuk jalan keluar, terpulang nak guna or just pandang gitu ja. Pastikan niat tu betul dulu naa… Aku mai ke IPT sebab aku nak tuntut ilmu duniawi, tapi ilmu ukhrawi takkan aku tak mau amik, ye dak? Waktu nilah aku kena manfaatkan sebaik-baiknya. Mana la tua kan nanti aku dah tak dapat peluang nak sambung belajar atau dah keja? Komfem kita akan bz dengan tugasan harian kita…
Kesimpulannya, nak mai, mai la…. Tu dia.. Kuaq dah ayat penang..hehe
(Ckin dah tolong tunjuk jalan ni...)
Apa-apa pertanyaan, boleh la email kat orang-orang kat bawah ni naa…
En Radhi : mrad001@yahoo.com
Hariz : hariz_hijau92@yahoo.com
Ckin : nas_success91@yahoo.com
Kalau ada yang tak faham, atau confuse, atau nak tanya tentang apa-apa saja pendapat secara terus kepada En Radhi, boleh emailkan kepada beliau. Beliau seorang yang berfikiran terbuka tambah2 lagi yang berkaitan dengan akademik. Beliau ni pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik.Student2 Elektrik insyaAllah kenal ngan beliau. Yang tak kenal lagi, kenal-kenalkanlah diri dengan beliau sementara masih ada waktu. Jangan menyesal di kemudian hari naa…
Ckin teringat akan firman Allah,
“Sesungguhnya Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri”
Pesanan Ckin,
CUBALAH JADI MANUSIA YANG TAHU MENGHARGAI,
DARIPADA MENJADI INSAN YANG SUKA MENGKRITIK
Sekian dulu… Nanti akan story tentang intipatinya… InsyaAllah.. Moga-moga urusanku dimudahkan.Amin.
2 Comments:
diskusi ilmu ni kat perlis kn?? jauhlah, huhu...
Yup... kat Perlis... Jauh? Baca intipati dlm blog sy pun kira ok.. InsyaAllah sy akan msukkan kat dlm ni... ^_^
Post a Comment