Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Selingan : Syaitan Gelakkan Kita Bila Kita Menguap... Haish!

Saturday, December 11, 2010

Assalamualaikum...
Salam di pagi Sabtu... Macam mana dengan tidur? Ok? 


Alkisahnya semalam ni area 1.30 gitu, dah nak tido la kan, then bila dah baca doa tu, pjam mata, then terbuka balik. Pejam lagi.. Mata ni keja nak buka ja. Haish.. Awat pulak nih?... Alahai.. Pusing kiri kanan, kiri kanan. Ya Allah, awat ni?... Cek tak boleh nak tido..hwaa Kebetulan time tu roomate Ckin that is Hani and Ruhani baru nak tido, Ckin ajak depa sembang-sembang ngan Ckin la. Hani nak main internet, sebab Ckin ada pinjam broadband dari kawan. Semalam ada kerja penting, tu yg pinjam deh... Then, sembang2 sat. Bila agak lama sikit tu, cakap kat Ruhani, sebelah katil la, ajak dia tidur melintang. Dia pun kata ok, Ckin lagi la ok. Alhamdulillah dah boleh lena dengan senang hati. Why?.. Ckin pun tak tau. Ckin tak kisah dah. Janji boleh tido kan. Siap mimpi lagi. Dalam mimpi tu mengatakan Ckin terlelap pada jam 3.37 pagi. Haish.. Betul ke tidak Ckin pun tak tau la. Alhamdulillah dapat tido and bangun dengan jayanya. Ahakz..

Lepas Subuh and baca ma'thurat ngan Aisyah, Ckin menghala ke lappy. Nak update blog la hari ni. Sementara duk guna broadband kawan kan?.. Wireless Poli yang kawan Ckin tu dah tak leh guna la.. Haish.. Kena tunggu pi daftar la ni. By the way, just wait and see.. n_n



Berbalik pada tujuan asal, Ckin nak story sikit tentang menguap. Sapa yang tak pernag menguap??? Haa.. Ada something wrong somewhere la tu..hehe Bila mengantuk, kofem la kita menguap kan? Tapi, perasan tak kita yang bila kita menguap, ada somebody tengah duk gelak-gelakkan kita.....? Melalui pembacaan Ckin dari Folder Inspirasi, dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Rasulullah s.a.w. ada menyatakan :

"Apabila seseorang itu bersin maka ucaplah 'Alhamdulillah' dan menjadi hak kepada Muslim yang mendengarnya dengan menyebut 'Yarhamkallah'. Namun, apabila seseorang itu menguap, maka tahanlah semampunya. Hal ini kerana syaitan mentertawakannya daripada jauh".

Boleh nampak apa yang Ckin nak jelaskan di pagi-pagi yang hening ni?... Macam tu la kisahnya. Bila kita menguap, jangan duk buat bunyi, haaaaaaaa, haaaaaaaaaaa.... Sangat tidak bagus tau. Bila kita buat bunyi-bunyi macam tu, lagi la syaitan syok duk gelak-gelak kat kita, kan? Ntah2 siap guling-guling lagi. Na'uzubillahimin zalik. Haa, sebelum terlupa, mungkin yang pernah belajar Bahasa Arab dulu-dulu di sekolah, dia faham kaedah menjawab perkataan 'Yarhamkallah' tu. Takpa, niat nak refresh balik ingatan kita kat ilmu-ilmu ni. Boleh kan?

Actually, perkataan 'Yarhamkallah' tu ditujukan kepada kaum Adam yakni orang lelaki. Contohnya, bila kawan kita bersin, dia cakap 'Alhamdulillah', then kita sambut la dengan menyebut 'Yarhamkallah'. Maksudnya adalah moga Allah merahmati kamu. Yang ni untuk lelaki tau. Ingat naa.. 

Kalau bagi kaum Hawa pulak, kita mendoakan mereka dengan lafaz 'Yarhamkillah'. Maksudnya sama cuma berbeza sikit pada tatabahasanya tu. Harap-harap sahabat-sahabat Ckin ni boleh faham la naa... 

Yarhamkallah - Untuk lelaki
Yarhamkillah - Untuk perempuan


Mungkin tu ja kot yang Ckin nak kongsikan pagi ni. Tu sebagai modal agar tak tidur lepas Subuh. Jangan amalkan naa.. Dulu, kat SMKANT, Ckin memang kekadang tu akan tidur lepas Subuh. Sebabnya memang mengantuk Balik dari surau, terus nak lena. Tak tahan la. hehe Tapi skang ni tak buat dah.. n_n Rezeki tak masuk. Kalau boleh elakkan dari tidur lepas Subuh naa. Boleh la gi jogging ka hapa. Nak baca buku? Ngantuk lak nanti. Buat la senam aerobik ka, yoga ka, whatever la. Asalkan sahabat-sahabat Ckin ni bahagia dunia dan akhirat.  

Setakat dulu kot entri kali ni. Apa yang Ckin rasakan bermanfaat dan boleh dikongsi, insyaAllah Ckin akan kongsi dalam blog ni. Mudah-mudahan laman ni akan menjadi tempat yang bermanfaat untuk kita semua. InsyaAllah.

p/s : Baarkallahulakum fi hayatiddunya wal akhiroh..amin..

9 Comments:

Unknown December 11, 2010 at 8:41 AM  

Assalammualaikum ckin ^_^...
kalau sblm ni bila org bersin dan ucap Alhamdulillah, cek jawab "yarhamkallah" utk lelaki dan ppuan juga..mujur ada sahabat yg ajar cek..kawan ni org pahang..hehehe..dia kata klau utk ppuan kena sebut "yarhamkillah"..

syukran atas peringatannya..^_^

Ckin Kembaq December 11, 2010 at 9:59 AM  

Waalaikumussalam yati.. n_n

Alhamdulillah, byk lagi yang kita tak tau.. ^_^

p/s : Tatabahasa Arab ni mudah.. Sng nak faham sbb dia gunakan perkataan ut lelaki dan perempuan berbeza.. n_n

HaDi December 11, 2010 at 11:37 AM  

Salam ckin...

Nape x blh tido plak...=P
Nice,,smbil bercerita,smbil mengajak melakukan sunnah ketika bersin...hehe
Ramai yg xbt dah bnd 2...
Betul2 jgn tdo pas subuh...nnt badan jadi bertambah letih pas bgn..dlu2 mase duk asrama pn selalu bt bnd 2..ylh,sbb tdo lewat kn..
Tp sekrang dah x bt,,dah insaf...=)

Ckin Kembaq December 11, 2010 at 4:20 PM  

Waalaikumussalam Hadi..

Tak boleh tido?... Ntahla. Maybe sbb petang tu dah tido kot. Mana tak peliknya, dah 1.30 pagi, mata tak mau lelap, padahal dah ngantuk.. huhu

InsyaAllah.. Cuba jadikan tempat me'rest'kan minda yang haus dengan ilmu.. n_n

Tido pas Subuh? Kat sekolah mmg penat pun. Alahai, kalu tak tido kang ngantuk lak kat kelas kan..hehe (tp, kat kelas pun ngantuk.. n_n)

p/s : Ni lah yang dinamakan 'masalah problem'..hehe

Unknown December 11, 2010 at 11:08 PM  

ouh! lw prumpuan yarhamkillah ye..baru tawu..mekaseh..hee~

Ckin Kembaq December 13, 2010 at 12:23 PM  

Anwar Naim,

Yup.. macam tu la jawabnya.. n_n
sama2..

SHM December 16, 2010 at 12:25 PM  

as salam...dah lma x dtg ke blog nih...trima ksh atas perkongsian...:D

Anonymous,  March 19, 2011 at 12:11 AM  

Kalu menguap nak baca apa?

Ckin Kembaq March 19, 2011 at 3:24 PM  

SDS,

Waalaikumussalam. sama-sama.. ^_^

Anonymous,

Bila menguap, ucaplah

"a'uzubillahiminasy syaitonirrojim"

atau

"a'uzubillahissami'il a'limi minasy syaitonirrojim"

yang bermaksud,
"Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada gannguan syaitan yang terkutuk".

p/s : Dua2 boleh baca naa.. ^_^

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP