Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Mood Yang Pelbagai

Tuesday, December 7, 2010

Assalamualaikum...


Ya sahabat2 yang dikasihi Allah sekalian.. Apa habaq?... Moga2 semua sihat2 belaka la noh..
Ckin Dah ada kat Poli ni. Alhamdulillah baru selesai balik dari Program Sambutan Ma'al Hijrah di Dewan Wawasan, Perlis pagi tadi. Ni pun guna laptop kawan yang boleh connect internet. Sbb laptop Ckin tak daftar lagi maa. Alhamdulillah dapat gak buka. Satu kepuasan di jiwa. Tadi pi program tu ngan ahli Kelab RAPI iaitu dikenali dengan Kelab Rakan Pusat Islam. Alhamdulillah seramai 25 orang yang join.

 Tadi ada tazkirah Maal Hijrah yang boleh tahan isi kandungannya. dalam tazkirah tu, sorang ustaz yang bernama Ustaz Juanda lebih menyentuh kepada pemimpin yang memimpin dan juga dipimpin. Maksudnya pemimpin sekarang ni tak kisahla di tahap mana sekalipun perlu ada sikap bekerjasama dan bukannya saling menyalahkan antara satu sama lain. Kerana apa? Sebabnya jika pemimpin yang di atas tak laksanakan tugas dengan baik dan bertanggungjawab, pertama kali adalah dia akan ditanya di hadapan Allah kelak apa yang dia buat. Subhanallah! Yang tu paling Ckin takut. Moga2 amanah yang dipegang akan dilaksanakan dan dijaga dengan sebaiknya. Amin Ya Rabb! Selesai di situ.
(tak mau story panjang2..hehe)


Masuk bab kedua pulak. Start hari Khamis minggu lepas, iaitu 2 hb Disember 2010, Ckin and ahli-ahli Kelab RAPI yang lain dah mula handle program untuk pelajar2 Sem 1 Sesi Disember 2010 iaitu Kursus Penghayatan Solat. Huish! Dengar macam buat program untuk budak2 sekolah kan?... Tapi jangan salah anggap naa. Di sebalik tertubuhnya program ni ada hikmahnya dan ianya bukan saja-saja seronok nak dibuat ok. Ada kepentingan tertentu. Actually, masih banyak kekhilafan yang kita patut kaji pada diri sendiri.

 Waktu hari Khamis tu, iaitu pada malam Jumaat tu, semua fasi diminta untuk masuk ke dalam kumpulan yang memang sedia ada. Dalam satu kumpulan tu ada seramai 10 orang. So, fasi dibekalkan dengan borang kaji selidik berkaitan solat untuk diberikan kpd adik2 ni. Ckin and sahabat2 yang lain pun start dengan kumpulan masing2. Soalannya senang. Ada 3 soalan. Tapi nak jawab, ada yang memerlukan sehinggakan satu jam lebih. Dengar macam susah sangat soalan kan? Tak susah. Semuanya tentang solat. Antaranya, bilangan rukun solat, perkara2 dlm rukun solat dan.. Tak ingt dah..huhu Tapi semuanya tentang solat ja. Tujuan kita buat kursus ni adalah untuk mengkaji semual tahap pengetahuan tentang solat pada diri pelajar2 Sem 1 ni. Akirnya dapat la senarai pelajar2 yang terpilih untuk ke fasa 2.


Dalam fasa kedua pulak, buat pada hari Sabtu. Sepatutnya Kursus Penghayatan Solat ni dibuat pada jam 8.00 pagi and habis pada jam 12.00 tgh hari. Tapi tak boleh ikut jadual tersebut. Why?.... Sebabnya malam tu jadi histeria kat student Sem 1. Yang bagusnya, semua fasi Kelab RAPI tak sedar langsung waktu histeria tu jadi kat blok. Subhanallah! Maybe tu tandanya Allah nak melindungi kami semua kot. Cuma ada sorang sahabat Ckin ni, dia sedar. And tak boleh tidur. Sebab dia dengar jerit2 gitu..Esok tu ada lecturer yang conduct Minggu Suai Kenal(MSK) Sem 1 telefon Ckin sbb Ckin yang conduct bahagian muslimat. Aduh! Malu deh... Ustaz pelik la sbb histeria tu jadi teruk and bersahut-sahutan tapi kami semua tak dengar. Hehehe...

 Waktu jadi ni area jam 1.30 pagi. So, faham2 la. Bila dah happy tak tentu pasal, macam2 leh jadi.  Ye dak?... Stop di situ. Ustaz call and gtau waktu nak start kursus perli dibuat pada jam 12 tgh hari. Ok la. Pagi tu Ckin and sahabat2 muslimin n muslimat buat meeting. Buat apa yang patut, then trus ke Pusat Islam. Alhamdulillah bila buat praktikal ngan adik2 ni, depa dah mula faham apa yg depa tak faham. Malah ilmu depa lagi bertambah bila join kursus ni. Semuanya berkaitan dengan solat. Mula2 tu depa macam buat muka tak suka and so on, tapi bila dah dekat ngan fasi baru tau napa kursus ni diadakan. Bagi Ckin, kami2 ni nak kongsi ilmu. Tiada niat lain. InsyaAllah. Muslimat habis awal berbanding muslimin sbbnya nak bagi kesempatan pada pelajar perempuan untuk join sukaneka di bawah JPP. Habis tu, balik bilik la and rehat. Malam tu lak ada meeting lagi. Bicang semula tentang apa yg patut and buat apa yg patut. Alhamdulillah. Berjalan lancar. Ckin bekerja dengan pelajar2 Sem 2 yang boelh dikatakan agak bertanggungjawab dalam tugas depa. Alhamdulillah... Dah lama ku nantikan... =')


Apa yang Ckin boleh katakan kat sini, pada adik2, pada sahabat2, pada diri sendiri,

FAHAMILAH DENGAN TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI HAMBA ALLAH...

KITA BERUNTUNG KERANA MENDAPAT ISLAM.

INGAT! SEKIRANYA TERDAPAT SESUATU KAUM YANG TIDAK MAHUKAN ISLAM, NESCAYA ADA KAUM LAIN YANG AKAN MEREBUTNYA.

p/s : Mood yang pelbagai..hehe 

3 Comments:

Ismi Azraf December 8, 2010 at 1:47 AM  

Semoga menjadi mahasiswa Islam yang berjaya diduniaa dan akhirat.

.:: dieylah :: December 8, 2010 at 9:29 AM  

salam maalhijrah... waa..byk tol aktiviti...dh msuk sem baru ke? all da best... ^^

Ckin Kembaq December 9, 2010 at 8:27 AM  

FARISZ,

InsyaAllah. Sedang memperbaiki diri.. n_n

Dieylah,

Salam hijrah.. Alhamdulillah. Tu sbagai permulaan.. n_n

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP