..:: IkoN ::.
Wednesday, June 30, 2010
Assalamualaikum semua!
Saja nak kemas-kemaskan blog hari ni. ^_^ Semak sangat dengan warna-warna oleh entri dulu-dulu ni.
Hari ni saja nak kongsi cket. Semalam ada la tengok "Halaqah, Sentuhan Qalbu"...
Panel dia semalam ialah Ustaz Badlisyah...Semalam ada slot bagi Ckin macam Malam Keinsafan... Persoalan yang ditimbulkan, selama kita hidup ni, siapakah yang menjadi :
Ikon kita?
Ikon anak-anak kita?
Ikon sahabat-sahabat kita?
Yang kita tahu, ikon mereka ialah Bintang Kecil, Bintang Akademi Fantasia, Bintang Bola Sepak...
Perasankah kita mengenai perkara ni?..
Untuk lihat webnya, sila rujuk facebook/halaqahsentuhanqalbu
Pernahkah kita mengenang pengorbanan Baginda kat kita? Mai cni cek nak cita cket kat sahabat-sahabat sekalian. Nk story tentang syafaat yang Nabi nak bagi kat kita...
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Allah menawarkan kepadaku sama ada memasukkan separuh daripada umatku ke dalam Syurga atau memberiku syafaat. Lalu aku memilih syafaat."
Baginda menyambung :
"Syafaat ini adalah untuk semua Muslim"
(Hadis Riwayat Imam al-Tirdmizi dan Ibnu Majah)
Untuk pengetahuan sahabat2 sekalian, ini merupakan syafaat terbesar kepada Rasulullah.
Dalam sabdanya :
"Aku telah diberikan lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada nabi-nabi sebelumku, salah satunya aku diberikan syafaat."
Hadis ini tidak bermakna bahawa syafaat hanya dimiliki oleh Rasulullah s.a.w., tetapi apa yang ingin dibincangkan adalah tentang syafaat khas yang ekslusif dimiliki Rasul akhir zaman, iaitu apa yang dikenali dalam ilmu aqidah sebagai Syafaat al-'Uzma (syafaat terbesar).
Dan untuk peringatan kita semua, Nabi ialah nabi yang tidak pernah mendoakan keburukan kepada umatnya sperti nabi-nabi sebelum ni... Nabi-nabi sebelum ni mendoakan agar umat mereka ditimpa bala sebab umat nabi tersebut mengingkari perintah Allah...
Dalam sahih al-Bukhari, Abu Hurairah bertanya Rasulullah s.a.w.,
"Wahai Rasulullah,siapakah orang yang paling berbahagia dengan syafaatmu?"
Mendengar soalan itu, Baginda menjawab :
"Aku sudah mengagak bahawa engkau akan menjadi orang pertama yang bertanya tentang perkar ini, kerana kecintaanmu kepada hadis-hadisku. Sesungguhnya manusia yang paling berbahagia dengan syafaatku pad hari Qiamah nanti ialah orang yang pernah mengucapkan syahadat 'tidak ada Tuhan selain Allah' dengan ikhlas dari dasar hatinya".
Imam al-Tirmizi meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik yang bertanya kepada Nabi s.a.w. :
""Di manakah aku harus mencari tuan nanti untuk meminta syafaat?""
Baginda menjawab,
"Carilah aku di titian sirat".
Anas bertanya lagi,
"Kalau aku tidak menemukan tuan di titian sirat?"
Baginda menjawab,
"Carilah aku di tempat penimbangan amal"
Anas bertanya lagi,
"Kaalau aku tidak menemukan tuan di saana?"
Rasulullah s.a.w. berkata,
"Carilah aku di telaga, sesungguhnya aku pasti hadir di salah satu daripada ketiga-tiga tempat ini".
Kesimpuannya di sini, apa yang ingin saya kongsikan bersama adalah sikap kita sebagai umat Nabi Muhammad... Pernahkah terdetik di hati kita atau hati kita, pernahkah merindui untuk berjumpa dengan Baginda yang bakal menjadi penyelamat kita di hari akhirat kelak???
0 Comments:
Post a Comment