Ego Tidak Bertempat. Huh!
Sunday, June 3, 2012
Assalamualaikum semua!
Apa khabar kalian hari ni? Sihatkah? Atau ada yang sedikit sakit macam Ckin ni?... ^_^ Nikmat ditarik sikit. Tanda Allah sayang kan?
Hari ni nak berkongsi sedikit tentang EGO TIDAK BERTEMPAT. Ego? Kalian ada ego? Ckin akui Ckin pun ada ego. Tetapi kita yang tentukan besar mana ego kita tu. Am I right? Kalau bercakap pasal ego, semua orang tahu yang lelaki biasanya akan ada ego yang sangat tinggi. Tak nak mengalah. Buat sesuatu ikut suka hati. Tak nak terima pendapat orang lain walaupun pendapat tu bernas dan banyak lagi. Tidak semestinya lelaki sahaja ada ego tinggi, ada jugak perempuan yang mempunyai ego yang tinggi. Yang penting, ego ini bukanlah suatu sikap yang bagus. Ye dak?
Ckin teringat masa Ckin join Solat Hajat Perdana di Surau KUIN dulu. Ustaz Faisol ada menyelitkan dua cerita. Dan Ckin masih ingat lagi sampai hari ni tapi tak ingat semua la. Ceriteranya berbunyi lebih kurang begini. Tapi Ckin edit bagi lagi menarik. Masih tak lari dari kisah sebenar. ^_^
Situasi 1 (Ego Tidak Bertempat)
Pada suatu hari, sepasang suami isteri menaiki gerek (basikal) di tengah-tengah bendang (sawah padi). Pak Leman dan Mak Limah (bukan nama sebenar) bersiar-siar sambil memerhatikan padi yang semakin menguning. Kemudian, terjadilah perbualan antara mereka ni.
Pak Leman : Mak Hang, padi dah nak masak. Bolehlah nanti kita angkat.
Mak Limah : Betul tu Pak Hang. Kena buat cepat-cepat ni. Nanti hujan. ^_^
p/s: panggilan Mak Hang and Pak Hang adalah bahasa romantik orang dulu-dulu.
Tiba-tiba, pasangan Pak Leman dan Mak Limah nampak seakan-akan benda bergerak-gerak dalam belukar di hujung bendang.
Pak Leman : Mak Hang, apa dalam belukar tu?
Mak Limah : Hmm? Tu burung la tu… Tu yang macam tu…
Pak Leman : Yaka? Dak kot. Tu kerbau dalam tu. Tu yang macam tu…
Mak Limah : Burung la Pak Hang…
Pak Leman : Kerbau la Mak Hang…
Mak Limah : Burungggg…
Pak Leman : Kerbauuuu…
Mak Limah : Ish.. Pak Hang ni bukan nak percaya… Burung la…
Pak Leman : Aku kata kerbau, kerbaula…
Mak Limah : Burung jugak..
Pak Leman : Kerbau.
Mak Limah : Burung.
Pak Leman : Kerbau.
Mak Limah : Ish.. Pak Hang ni. Berhenti sat. Mai nak tengok sapa yang betui.
Pak Leman : Ok. (sambil memberhentikan gereknya)
Kemudian, Mak Limah mengambil sebatang ranting kayu dan membaling ke arah belukar tadi. Bila dibaling, maka bertebaranlah burung-burung dek terkejut dengan balingan tu. (skema betul ayat..hehe)
Mak Limah : Ha! Tengok Pak Hang. Kan aku dah kata tu burung. Tak mau percaya. (cebik mulut)
Pak Leman : Kalau aku kata tu kerbau jugak, Mak Hang nak kata pa?...
Mak Limah : =_= Hmm… Apalah Pak Hang ni…
Tu namanya ego tak bertempat. Dah tau diri tu salah. Mengaku sajalah kan?... Lebih kurang begitu ceritanya.
Situasi 2 (Tak semua perkara kita tahu)
Kisah ni Ckin tak ingat sangat. Tapi bolehlah reka sikit-sikit. Tapi tak lari dari kisah asal. ^_^ Kisah yang berlaku di antara seorang bos berpangkat Prof dan pemandunya seorang insan biasa yang berasal dari Terengganu. Kalau tak silap Ckin pemandunya ni seorang yang setakat berpendidikan rendah dan masih baru lagi bekerja dengan Prof ni. Bila sampai di pejabat, Prof ni pun naiklah atas pejabatnya.
Prof : Kau ni lembaplah.. Mana paper yang aku suruh ambil tu???
Driver : Maaf Prof, saya tertinggal dalam kereta…
Lantas si pemandu ni pun berlari-lari turun ke kereta nak ambil paper dalam kereta. Dicari-cari tak ada. Di belakang bonet tak ada. Di tempat duduk depan tak ada. Di tempat duduk belakang tak ada. Setelah puas cari, rupa-rupanya paper tu terselit di tepi pintu dalam keadaan yang keronyok-keronyok dah.
Driver : Kat sini rupanya. Bila aku beli? Hmm…
Prof : Haa.. Lembaplah kau ni. Bodoh betul. Aku suruh ambil paper, berjam-jam kau cari. Kecik-kecik dulu tak nak mati, bila besar menyusahkan orang! Memang bodoh betul kau ni! Buat keje terhegeh-hegeh!
Driver : …………………. (diam seribu bahasa)
Kemudian, pemandu ni dapat satu idea. Dia nak test Prof ni.
Driver : Prof, memandangkan Prof ni bijak pandai macam Albert Einstein, boleh tak saya nak Prof selesaikan satu masalah ni?...
Prof : Hah? Apa dia?
Driver : Buat ayat yang ada 50 perkataan yang setiap perkataannya bermula dengan huruf ‘J’.
Prof : Bodohlah kau ni! Mana boleh buat 50 perkataan yang setiap perkataan tu mula dengan huruf ‘J’! Apalah kau ni. Dah memang bodoh. Lagi bodoh rupanya. Hahaha (gelak jahat)
Driver : Saya boleh buat. Prof dengar ni. (sambil senyum)
Si driver ni pun buatlah 50 ayat dengan setiap perkataan di depannya bermula dengan huruf J. Ckin tak ingatlah. Bahasa Terengganu lagi tu. ^_^ Yang Ckin ingat kat bawah ni. Sikit sangat ingatnya. ^_^
Jemah jangok. Joned jamoh jenab. Jemah jerit jange joned. Joned jamoh jugok. Jemah jerit, joned jange jange. Jemah and bla.bla..bla.. (tak ingat dah la..hehe)
Prof : Hebat! Maafkan saya sebab maki kau tadi. (sambil bangun dari tempat duduknya)
Driver : (Senyum)
Kesimpulannya, kalian boleh simpulkan sendiri naa. Cerita sudah. Pengajaran pun sudah. Ada lagi nak tambah? Kalau nak tambah, silakan tambah di ruangan di bawah. Sekian dahulu untuk hari ni. Jumpa lagi bila ada kelapangan waktu naa. Kepada yang baru-baru nak berkenalan dengan blog Ckin yang kebiruan ni, salam ziarah untuk kalian. InshaAllah jika berkesempatan, Ckin akan melawat teratak kalian. Kita sama-sama belajar. Jadi, jangan cepat give-up. Terimalah ujian seadanya. ^_^ Jumpa lagi naa. Wassalam.
p/s: Jika kita rasa kita ni dah cukup susah, dan cukup terseksa, pandanglah orang yang lagi susah... Just mengingatkan... ^_^
9 Comments:
geramnya yang situasi pertama tuh...apa yg Iman faham, dia guna kuasa veto sebagai suami utk gertak isteri...mana la boleh isteri nak lawan kata suami kan...kalo lelaki mcm ni, kita cucuk hidung biar jadi kerbau kat sawah padi...nak sangat kerbau, biar dia jadi kerbau....hurmmm, tgh marah ni!!! hahaha
k, pasal ego tak bertempat ni, Iman yakin ego ni tak ke mana...sekadar kepuasan sementara...jika bertolak ansur & bertoleransi itu leybeh baik...baru hidup ni xde gaduh2....
ego itu bergune kalau kene pade tempatnye.. he3 :D
Iman Lurv Islam,
sabar2..tapi itulah ego.. ^_^ jangan terapkan sifat ni..jauhilah ia..
p/s: sangat setuju.. ^_^
cik atin,
betul.. ^_^
ego ini akan memusnahkan kita..jadi berhati2..
situasi no 1 tu selalu terjadi, biasanya lelaki kan ego.permpuan kena byk bsbr jika lakinya perangai mcm tu. =)
folo sini, ukhti (^___^) salam ukhwah
lebih suka mendiamkan diri bila berdebat dgn org yg ego.. kalau jwb pun buat sakit hati je.. hahaha :D
best pulak baca situasi ke-3 tp penulis x igt br nk gelak hehe...
manusia dgn ego mmg x dpt d pisahkan
Post a Comment