Dosa Zina Kecil Lagi Dari Dosa Tinggal Solat?
Monday, May 14, 2012
Assalamualaikum semua!
Sihat? Mudah-mudahan sihat-sihat belaka naa. Di kesempatan ini, Ckin nak share sedikit apa yang Ckin dapat. Dulu dah pernah tulis, sekarang kita remind balik apa yang dah kita ketahui. Tahu kan bahawasanya dosa meninggalkan solat adalah lebih teruk dari berzina? Kalau masih tak tahu, silalah teruskan pembacaan kalian di sini. ^_^ InshaAllah ada manfaatnya.
Ckin amik ni dari FB Iqbal Syarie. So, bahasa tidak diubah langsung. ^_^
Saya menjumpai satu kisah yang cukup mengesankan nurani, dalam kitab Al-Kabaa'ir (Dosa-dosa besar) karya Imam Abu Abdullah Muhammad Bin Ahmad Bin Usman Adz-Zahabi. Beliau lebih dikenali dengan nama Imam Ad-Dzahabi. Kata Imam Adz-Zahabi, ada satu peristiwa telah berlaku di zaman Nabi Musa.
Seorang wanita daripada kaum Bani Israel telah datang kepada Nabi Musa a.s lalu berkata,
"Wahai Rasul Allah! Sesungguhnya aku telah melakukan dosa besar, tetapi aku telah bertaubat kepada Allah. Maka doakanlah bagiku semoga Allah mengampuniku dan menerima taubatku".
Lantas Nabi Musa a.s pun bertanya kepada wanita itu,
Lantas Nabi Musa a.s pun bertanya kepada wanita itu,
"Apa dosa yang telah kau lakukan itu?"
Jawab wanita itu,
Jawab wanita itu,
"Wahai Rasul Allah! Sesungguhnya aku telah berzina yang telah menyebabkan aku mengandung dan melahirkan seorang anak, lalu anak itu aku bunuh".
Mendengar pengakuan wanita itu, Nabi Musa a.s marah seraya berkata,
"Pergilah engkau dari sini sekarang juga, wahai wanita yang berdosa dan berzina! Moga-moga Allah tidak menurunkan api dari langit yang akan membakar kami semua, disebabkan oleh kelakuanmu yang keji itu".
Maka keluarlah wanita itu dari penghadapan Nabi Musa a.s dalam keadaan bersedih dan menangis. Ketika itu juga, datanglah malaikat Jibril membawa turun wahyu, sambil berkata kepada Nabi Musa a.s, "Wahai Musa! Allah telah menyuruhku menyampaikan kepadamu,
Maka keluarlah wanita itu dari penghadapan Nabi Musa a.s dalam keadaan bersedih dan menangis. Ketika itu juga, datanglah malaikat Jibril membawa turun wahyu, sambil berkata kepada Nabi Musa a.s, "Wahai Musa! Allah telah menyuruhku menyampaikan kepadamu,
"Mengapa engkau menghalau wanita yang bertaubat itu, wahai Musa? Bukankah engkau masih boleh mendapati orang yang lebih jahat lagi daripada wanita itu di muka bumi ini?"
Nabi Musa lantas bertanya,
Nabi Musa lantas bertanya,
"Siapakah yang lebih jahat daripada wanita itu?"
Jibril menjawab,
Jibril menjawab,
"Dia itulah orang yang meninggalkan solat dengan sengaja".
Allahu Rabbi. Ketika ini, kita sedang mengeji perbuatan anak muda kita yang berzina dan membuang bayi hasil penzinaan mereka. Tapi dalam masa yang sama, kita juga sedang dikeji oleh Allah dan para malaikat-Nya kerana kita menyangka ada orang buat jahat, tapi kita lupa bahawa kita sendiri sedang buat satu kejahatan iaitu meninggalkan solat dengan sengaja.
Siapa yang suka meremeh-remehkan solat? Kita menuding jari pada orang lain, empat lagi jari menuding pada diri kita sendiri. So, fikir-fikirkanlah. Ckin ingin mengingatkan. Namun begitu, itu tidak bermakna dosa berzina adalah lebih baik dari dosa meninggalkan solat. Jangan sesekali salah faham. Dan menyalahfahamkan otak kita ni. Manusia kan suka mengelat. Ye dak?
SOLAT BUKANLAH SUATU PERINTAH YANG REMEH.
Pahatlah dalam hati. Perkara pertama yang akan ditanya di dalam kubur kelak adalah solat. Fikir-fikirkan. Jika dah tak tinggal solat, fikir balik. Adakah kalian melewat-lewatkan solat? Adakah kalian masih menunggu rancangan TV habis baru nak solat? Adakah kalian lebih mementingkan lepak di kedai makan berbanding solat? Banyak lagi 'hijrah' yang perlu kita lakukan. Ye dak?
Sekian dahulu untuk hari ni. Jumpa lagi di masa-masa akan datang. Salam ziarah... ^_^ Wassalam.
p/s: Ckin dah mula jatuh cinta dengan lagu Sahaja Aku MencintaiMu... ^_^ Nak dengar, sila klik Download!
14 Comments:
:)) Terima kasih untuk peringatan ni.
Sungguhlah solat tu yg utama, kan?
Thanks for sharing!
cik baru tahu..ya Allah,terima kasih bnyk2 ^_^
terima kasih for sharing ekin. meninggalkan solat tu mmg lebih besar dosanya dari dosa yg lain. sebab perkara yg pertama dihisab di akhirat nanti adalah solat kita. smaa2 kita perbaiki :)
hohoi,
nasihat yg amat berguna buat diri (:
dulu, penah dengar cerita ni.. smoga mnjadi pengajaran....
Ninja,
betul..ia yang paling atas.. ^_^ selepas syahadah..
O CIKTEDDY,
alhamdulillah...tersebar lagi.. ^_^
Cik Jannah,
tepat sekali akak..itu yg pertama akan dihisab.. ^_^
en. shafiQ,
hohoi,inshaAllah..refresh myself... ^_^
thanks ckin ats perkongsian dan peringatan nya.. sedikit sebanyak dapat menyedarkan diri dan menambah ilmu ckj.. :)
thanks utk perkongsian kisah ni..kita manusia kena slg ingat memperingati..
hurm, sgt dahsyat ye...risau melihat fenomena akhir zaman ni...makin ramai yg meninggalkan solat dgn sengaja...mereka tahu tuntutan solat, tapi tak mengamalkan dlm kehidupan...seydeh...yg lagi seydeh, nama dlm IC Islam, tapi solat pun tah tahu...ada jugak, yg meninggalkan solat, sbb merasakan solat itu tak mendatangkan apa2 & melecehkan...Astaghfirullah al-Azim...hurm, byk faktor...apapun, kita sebagai org yg diberi nikmat oleh ALLAH, marilah jalankan tanggungjawab kita...jgn kita solat sendiri2, padahal saudara2 kita hanyut dibawa arus dunia...wallahualam
haha, kita kdg2 mmg suka mengelat...kalo perkara tu bercanggah dari kesukaan kita, kita pura-pura buat tak tahu & menghalalkannya...demi keseronokan sementara...hehehe...
peringatan yang bagus...terima kasih...boleh diceritakan kepada naka murid
Cik Kay Jue,
ur most welcome..ada lagi akan menyusul.. ^_^
CIK TOM,
inshaAllah..utk kita semua... ^_^
Iman Lurv Islam,
betul.sebenarnya kita sendiri kena mencari..jangan tnggu dan tunggu..ye dak?...
Nak tahu solat seseorang itu diterima atau tidak, tengok sama ada selepas dia solat, and dia buat tak perkara yang dilarang oleh Allah..jadi, berhati2..and berdoa agar dipelihara.. ^_^
p/s: manusia mmg begitu..hehe
Kancil 8349,
inshaAllah..feel free to spread the words.. ^_^
kalau tak solat, memang mengundang maksiat
Lagi satu. Umat sekarang lebih suka bersentuhan bukan mahram nampak biasa. Bila sentuh anjing dan babi mula cakap macam-macam.
Lebih baik sentuh babi dari sentuh bukan mahram kan :)
Akulah.com,
betul.. ^_^
ProfHariz,
Pabila hati ditutup oleh Allah, maka itulah bencana bagi manusia yg paling besar..
p/s: better jangan sntuh dua-dua tu tanpa sebab.. ^_^
Post a Comment