Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

.:: Ilmu Baru - Kuliah En Radhi ::.

Monday, December 7, 2009



Assalamualaikum…

Ana kembali dengan sedikit ilmu baru… Tak sempat nak post bab tak da masa ngat nak transfer masuk laptop..hehe bz memanjang.. 
Ana join usrah gabungan antara En Radhi,Ummi Jan,En Anas n Utz Hasminuddin. En Radhi yang sampaikan that is husband Ummi Jan… Lecturer di Jabatan Kejuruteraan Elektrik….

Apa2 pun, jom usher apa yang ana nak sampaikan nie… Utk diri ana n sahabat2 sekalian…

Malam ni, En Radhi ckap ttg monopoli?

MONOPOLI???? Apa tue?.... Permainan tue ke?...hehe

Actually, En Radhi cakap monopoli ada 2. 

Harta DAN Ilmu 

Hurm,,, bagi ana, wajib monopoli ilmu terlebih dahulu n then baru harta…. Sebab dengan ilmu kita dapat mencari harta… Btul x?.. 

Dalam syllabus Pendidikan Islam Sem 1 pun ada gtau pasal ilmu. 
Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu yang menjaga harta manakala harta pula terjaga.
Ilmu gak kalo sampaikan kat orang lain, ia akan bertambah… Tapi, harta akan berkurangan setelah digunakan…. Tanpa ilmu, cam ner kita nak cari harta kan?.... Sama2 kita fikirkan naa….hehe

Kalau ilmu yang kita ada, n tak mau kongsi ngan orang lain, agak bahaya… Sebagai muslim pun kita akan fikir camtu gak an…. Jangan kedekut ilmu yang kita ada, sebab makin kita sampaikan kat orang len, makin mantap ilmu kita…. Tak cayer? Try arr…. 

Mudahnya Islam nie ibarat seorang perempuan yang membuka tudungnya dan ibarat seorang lelaki yang membuka singletnya… Cuba kita tgk zaman kita.. Akhir zaman..macam2 yang jadi…. Ana penah dengar dalam satu majlis ilmu, sorg utz ni cakap kalau Abu Jahal masih ada lagi kat zaman kita nie, pasti dia akan terkejut n pengsan… Cuba bayangkan bertapa dahsyatnya manusia di zaman kita nie….huhu Abu Jahal yang paling jahat kat zaman Rasulullah pun akan pengsan…mmg dahsyat!!!

En Radhi ada cter yg diambil dalam satu majalah Islamik… Ttg bangsa2 yang dihancurkan…

Antara yang sempat ana catat adalah mengenai kelebihan yang Allah bagi kat kaum Nabi Saleh.Apa kelebihan mereka nie?....

Kaum Tsamud, adalah kaum yang mampu memahat gunung sampai menjadi binaan. Kita dgr zaman kita nie, ada yang boleh pahat ais jadi macam2 bentuk kan?... Tapi special Allah bagi kat dyorang nie, boleh pahat gunung!!! Subhanallah… Tapi mereka derhaka n Allah bagi balasan kt mereka. Kalo nak tau citer lanjut, bolehlah mentadabbur Al-Quran dalam Surah Al-A’araf. Ada citer ttg kaum nie… 

Then, sambung lak ttg kaum Nabi Luth… Kaum nie amalkan satu perkara yang kat zaman kita nie pun ada. HUBUNGAN SEJENIS.

Masa terjadinya kemalangan Gunung Berapi kat Bandar Pompei di Itali, masyarakat yang menjadi mangsa tue, menyerupai kaum Nabi Luth…. Ada 3 peranan masa jadinya bencana nie… 

Pertama : Segala seksual

Kedua : Menyerupai kaum Tsamud

Ketiga : Merangkumi di bawah air

Boleh gak nak check kalo tak faham, dalam Surah Al-A’araf : 73-74… 

Kita amik isu semasa ckit, contohnhya bencana gempa Bumi kat Padang.. masyarakat kat sini dah tak sedar hakikat agama yang sebenar. Kalo tak silap, kat Indonesia ada lebih kurang 800 juta penduduk. Ada gejala puja kubur kat sana. Seoalh-olah dah jadi macam ibadah. Dyorang wat qiamullail, munajat n ibadah2 lain kat kubur..kalo kita fikir logik, seolah-olah tue amalan zaman jahiliyah, tapi hakikatnya di zaman kita pun ada lagi amalan macam tue… Na’uzubillahi min zalik!

Jadi, perkara paling penting yang perlu kita lakukan adalah sebagai student yang muslim n mukmin, kita patut jadi DUTA ISLAM…

Ish! Kalo sebut ttg DUTA ISLAM nie, mesti ada yang fikir, aku nak kena pakai serban ke pasni??? Nak kena pakai tudung labuh ke??? Nak kena selalu gi Pusat Islam ke???

Jawapannya mudah jer, mulakan dengan langkah awal… Muhasabahlah diri kita… Ana pun sedang dalam proses ke arah tue… J Check balik solat kita… Pastikan yang tue dulu, then tambah ngan amalan2 lain…Contohnya, qiamullail. Paling kurang pun wat Tahajjud. Latih diri… Bila nak buat benda baik nie, mmg banyak cabaran…Macam tue jugak ngan ana nie,… Ujian tue datang silih berganti, kadang2 sampai menganggu solat n ibadah yang lain….Dari pandangan mata kasar, mmg ana ok jer lalui kehidupan, tapi hakikatnya, dalam diri ada jer something yang tak kena…. Bila sampai tahap ana tak tahan, ana akan jadi serba salah sgt2….Takut… Tapi, mmg Allah nak uji ana tambah2 lak dkt ngan final nie… Ana try harunginya…. J Yang penting adalah IMAN J Kalo takde yang asas nie, mmg habislah kehidupan ssorang muslim tu…hehe

Ish..Ish.. dah lari tjuk nie….hehe sekali sekala nak luahkan perasaan…Lega ckit… 

Kesimpulannya, kita patut sama2 mencari keredhaan Allah.. Ada majlis ilmu, kita join.. Kadang2 majlis ilmu yang kita join tue mempunyai niat tertentu atas kita, tapi bagi ana, ilmu lagi penting…. Ana join sebarang usrah adalah nak dapatkan sebnyak mana ilmu yang ada… Tak salahkan kita amik yang positif n tggalkan yang negative…. J Bukan atas sebarang niat yang bukan2, tapi utk dapatkan sebnyak mana ilmu yang ada…. Nak isi hati dan jiwa kita yang kosong…. Wallahua’lam.





2 Comments:

Ckin Kembaq June 25, 2010 at 8:45 AM  

maaf buat pembaca budiman....
act, tersilap bg font besar punya ...hehe

syamilsynz April 14, 2012 at 6:43 AM  

mesti beramal dgn ilmu yg kita dapat. insyaAllah, sentiasa brtambah.

p/s : saje cek post2 dulu, sbb post the latest tntg tudung.=='

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP