Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Baru 9 Tahun Tapi Perangai Macam Orang 20 Tahun

Monday, July 9, 2012

Assalamualaikum semua!
Fuh.. Dah lama tak bersua kan di ruangan ni? Maaf naa. Kekangan masa sikit di situ. Jadi, Ckin sengaja biarkan the latest post bersemayam lama sikit. Lama tak ziarah sahabat-sahabat blogger semua ni. Allah.. Sebenarnya banyak sangat perkara yang Ckin nak story kat kalian. Tapi, slow-slow la naa. Nanti takut tak terkeluar pulak. ^_^


Ceritanya bermula begini. Satu hari tu, kembar Ckin sms. Agak terkejut bila baca sms tu. Kembar Ckin kerja part-time di sebuah kedai pakaian di Penang. Bila pelanggan datang, dia kena ikut dan memenuhi kehendak pelanggan sama ada nak tanya itu, ini dan sebagainya. Masa tu, ada budak-budak lelaki yang berusia lingkungan 9 tahun ke bahagian pakaian tut wanita, dan melakukan aksi tidak senonoh (aksi 18sx) di situ. Masya-Allah! Kemudian, kembar cakap lagi, bila budak-budak lelaki ni nampak dia, lagi seronok budak-budak tu buat perkara tak senonoh tu. Maafla.. Tak dapat nak cakap. Malu rasanya. Kemudian, ramai-ramai masuk dalam fitting room, then tutup lampu, dan entah apa yang jadi kat dalam tu. 

Boleh nampak cerita yang Ckin nak kongsi ni? Itulah dia keruntuhan akhlak budak-budak zaman sekarang yang bagi Ckin ianya terlalu melampau. Budak-budak ni dah tak takut dengan orang dewasa. Pemikiran budak-budak seusia 9 tahun tu sepatutnya bersih langsung dari perkara-perkara yang macam tu. Tapi, lain pulak jadinya. Kembar Ckin cakap yang budak-budak tu datang ke kedai dengan emak. Dan katanya emaknya pun tak ok. Persoalannya:

1. Silap didikankah?
2. Kenapa mereka berkelakuan tidak senonoh macam tu?
3. Macam mana terjadi hal tu?
4. Salah siapa?
5. Salah ajarkah?
6. Terlalu bebaskah?
7. Banyak lagi persoalan timbul. (kalian tambah sendiri)


Bukankah ada pepatah mengatakan:

"MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA"

Kalau tak lentur sekarang, alamatnya bila dah jadi buluh, akan keras dan susah untuk dilentur lagi. Jadi, Ckin sekadar mengingatkan. 

Kepada yang masih ada adik-adik kecik tu, pantau sikit. Kawal batas pergaulan adik-adik tu. 
Kepada yang ada anak-anak, pantau batas pergaulan anak-anak. Biar jadi 'polis' masa sekarang dari menyesal kelak sebab tak pantau dulu.
Kepada kalian dan diri Ckin sendiri, jagalah dan kawallah diri dari melakukan perkara-perkara terlarang ataupun tak baik. Sebabnya ditakuti sikap buruk tu turun pada anak-anak kita kelak. So, BEWARE!

Sekadar itu, Ckin tinggalkan kalian dengan petikan daripada syair arab yang berbunyi: 


Jagalah pemikiran kamu kerana ia akan menjadi PERBUATAN
Jagalah perbuatan kamu kerana ia akan menjadi 
ADAT. 

p/s: Habit yang baik, inshaAllah akan berkekalan. Habit yang tak baik, kena ubah slow-slow bukan mendadak.. ^_^

17 Comments:

mrs eyza July 9, 2012 at 3:40 PM  

agaknya bebudak nie terdedah dengan banyak teknologi sampai pemikiran pun dah jadi cam orang dewasa.

ProfHariz July 10, 2012 at 12:53 AM  

Hebat kan. Huhu.
Terima Kasih dengan syair arab tersebut :)

Haffzone July 10, 2012 at 7:33 AM  

dh mcm ada pengalaman je.. ;D

Ckin Kembaq July 10, 2012 at 9:40 AM  

misz_eyza,

memang itulah puncanya.. bahaya dah teknologi canggih sangat ni..haish


Bulan Syurga Firdausi,

^_^


ProfHariz,

hebat tak kena pada tempatnya.. +_+


Haffzone,

pengalaman?hoho ^_^

ஜ miss klanika ஜ July 10, 2012 at 7:02 PM  

hish, rosak akhlak betul. salah media kot. byk sgt tyg bukan2

Dafinullah July 10, 2012 at 7:11 PM  

ni lah hasil didikan media semasa..

Ckin Kembaq July 11, 2012 at 12:31 PM  

miss klanika,

salah sebab dedahkan sangat..bnda yg utk org 18 tahun ke atas pun mereka ni dah tengok..jadi berwaspada.. inshaAllah.. ^_^


Dafinullah,

faktor sekeliling, kawan, family, media masa, masyarakat..smua sekali..

Pha Is July 11, 2012 at 4:33 PM  

yg pasti, bukan salah ibu mengandung.. hehehe

Ckin Kembaq July 11, 2012 at 4:43 PM  

pha is,

salah jugak... ^_^ kan?

Syazwana Mohd Zulkifeli July 13, 2012 at 4:13 PM  

hrp ank2 generasi kte nnti xjd camtu:)mkin lme dunia mkin menakutkan..

Unknown July 15, 2012 at 10:13 AM  

byk cabaran zaman sekarang ni

Menusuk Hati July 15, 2012 at 10:03 PM  

budak-budak sekarang cepat matang dari segi "itu".ibu bapa terlalu memanjakan,kecik-kecik dah bagi ipad.

Cik_Shiqah July 16, 2012 at 1:12 AM  

huishh bahaya betul budak2 zaman lani. =.=

SHM,  July 18, 2012 at 4:46 PM  

tgk bdk2 zaman sekarang , terfikir macam mana anak-anak kita nnti .

moga dijauhkan yg buruk-buruk .

Unknown July 19, 2012 at 3:31 PM  

budak-budak zaman sekarang terlalu terdedah dengan banyak perkara. Ibu bapa perlu lebih peka, kawal anak2 sehabis daya, selebihnya serahkan pada Yang Maha Esa..

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP