Ibarat Orang Hidup Dan Orang Mati
Thursday, December 8, 2011
Assalamualaikum sahabat-sahabat semua!
Hari ni baru boleh nak update blog dengan sedikit peringatan. Almaklumlah, kelmarin Ckin cuti sehari and tak mai kerja. Sebab ada hal sikit en. Alhamdulillah hari ni dimudahkan urusan walaupun pagi tadi bangun lambat sangat!
Itu hanya selingan yang tak penting pun. Tapi, ada jugak peringatan tu.
BANGUN AWAL BILA DAH TERJAGA AWAL! ^_^
Berbalik kepada tajuk hari ni.
Act, semalam Ckin dipermudahkan oleh-Nya untuk ke Masjid Ar-Rahmah yang hanya berada di seberang jalan rumah Ckin tu. Alhamdulillah pertama kali menjejakkan kaki ke sana. Dan setiap malam ada kuliah Maghrib di sana. So, bagi mengisi kekosongan di hati, Ckin turut dapat mengisi masa terluang di waktu malam dengan mendengar Kuliah Maghrib di sana. Semalam ada sorang ustaz Tabligh yang menyampaikan kuliah. Ustaz ni baca kitab. Tapi, Ckin tak pasti kitab apa. Ckin amik isi yang ditazkirahkan saja. Alhamdulillah ada sikit yang boleh Ckin kongsikan dengan sahabat-sahabat semua.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :
"Diumpamakan orang yang mengingati Allah itu adalah orang yang sebenar-benarnya hidup dan diumpamakan orang yang tidak mengingati Allah itu adalah orang yang sebenar-benarnya mati".
Begitulah permulaan bicara beliau. Apabila kita berada dalam majlis ilmu yang mengingatkan kita pada Allah, maka kita akan turut mendapat rahmat daripada Allah. Hatta orang yang tidak berniat sekalipun untuk berada dalam majlis ilmu tersebut, tetapi dia turut mendapat rahmat daripada Allah.
Dikisahkan bahawa suatu hari terjadi perbualan antara Malaikat dengan Allah. Malaikat melihat orang yang tidak berniat untuk berada dalam majlis ilmu tapi dia ada berdekatan dengan majlis tersebut. Jadi, Malaikat bertanya kepada Allah.
"Ya Allah. Adakah Kau mahu mengurniakan rahmat kepada orang-orang yang berada berdekatan dengan majlis ilmu itu?"
Jawab Allah,
"Aku akan memberikan rahmat kepada mereka itu walaupun mereka tidak berniat untuk berada sama dalam majlis ilmu"
Boleh nampak? Maafkan Ckin, sebab semalam terlupa nak bawa buku dan kertas atas sebab rushing ke masjid. Jadi, Ckin tak ingat periwayat hadis dan sumber cerita. Apa yang Ckin sampaikan, sekiranya diragui bolehlah check kepada yang pakar. Ckin menyampaikan apa yang Ckin dengar. InsyaAllah. ^_^
Ada remaja yang pada zaman mudanya, dia beribadah kepada Allah. Dan ada sebahagian yang lain pula, berseronok-seronok dengan zaman mudanya. Terpulang kepada individu masing-masing. Melalui ini, kita akan boleh lihat tahap mahabbahnya kepada Allah. Means, tahap kerinduan dan kecintaannya kepada Allah. Macam mana nak lihat?
- Ada orang yang boleh mengerjakan ibadah sehari semalam.
- Ada orang yang boleh membaca Al-Quran 30 juzuk sehari semalam sehingga khatam (zaman sekarang susah nak jumpa)
- Ada orang yang boleh berzikir dari waktu selepas Asar sehingga terbenam matahari. Basah bibirnya dengan kalimah zikir kepada Allah.
- Ada orang yang boleh bangun malam pada tiap-tiap malam disepertiga malam.
Dan ada juga yang tahap mahabbah kepada Allah terlalu tinggi sehinggakan dia lupa akan dunia dan seisinya. Segala pengharapannya hanya kepada Allah. Tiada yang lain. Hebat perasaan yang dikurniakan kepada insan-insan ini.
Kita di tahap mana?
Terlalu banyak kelebihan dan anugerah yang Allah berikan kepada manusia di muka Bumi Allah ini. Kita? Kita pun ada kelebihan masing-masing. Hanya kita mengetahui tahap kebolehan diri kita. Tiada orang lain. Sebagai contoh, dalam konteks ibadah.
Sabda Nabi,
"Bekerjalah kamu seolah kamu akan hidup 1000 tahun lagi, dan beribadahlah kamu seolah olah kamu akan mati pada esok hari"
Begitulah perumpamaannya.
Turut disebutkan semalam, seorang Ulamak dari Yaman (beliau sangat menitikberatkan akan sunnah Rasulullah s.a.w.) mengatakan,
"Apabila kamu berada dalam kelompok orang yang berjaya, maka kamu pun akan berjaya"
Jadi, kita kena berusaha untuk mengubah diri kita ke arah yang lebih baik. Contohnya, mencari kawan yang baik. Mustahil seseorang yang berada dalam kalangan orang yang baik, dia akan melakukan perkara mungkar. Mengikut logik akal sekalipun, ianya adalah tidak mungkin. Kan?
Terdapat pepatah Arab yang menyebut,
"Bersahabat dengan orang yang baik itu ibarat berkawan dengan penjual minyak wangi. Walaupun kita tidak menjual minyak wangi tetapi bau wangi tetap terkena pada diri kita. Bersahabat dengan orang yang tidak baik itu pula ibarat berkawan dengan tukang besi. Walaupun kita tidak melakukannya, tetapi tetap terkena percikan api tersebut".
Begitu jugalah dengan diri kita ni.
Kita berkawan dengan orang yang rajin ke masjid, rajin ke kuliah-kuliah ilmu, berada dalam golongan orang-orang baik ni, kita pun akan turut sama dianggap baik.
"Bagusla si fulan tu. Sejak dia berkawan dengan Amin, dia dah rajin ke masjid"
"Alhamdulillah nampak si fulan ni dah makin berubah. Dulu dia lepak-lepak kat tepi jalan, sekarang dah tak macam tu"
"Aku tengok si fulan ni selalu jalan dengan si Amin, mungkin dia nak berubah tu. Alhamdulillah."
"Sejuk hati tengok si fulan ni. Dah tak pakai ketat-ketat. Malu alah ngan si Amini kot."
Begitulah perumpamaannya.
Sama jugak dengan perumpamaan kedua. Ibarat berkawan dengan tukang besi. Walaupun kita bukan si tukang besi, tapi percikan api turut terkena pada diri kita. Contoh yang boleh dilihat.
"Eh, si fulan ni rajin melepak dengan si Amran budak rempit tu. Mesti dah nak ikut jejak langkah dia"
"Si fulan ni selalu jalan-jalan dengan si Imran tu. Nak dakwah atau dia pun nak ikut jejak langkahnya sekali?"
Dan banyak lagi.
Rumusan yang mudah untuk dibuat. Memilih kawan yang baik ibarat membuka laluan yang mudah dan senang untuk ke arah kebaikan. Dan begitulah sebaliknya. ^_^ Tak perlu explain banyak ni. Sebab masing-masing dah faham.
Masing-masing punya cara, masing-masing punya rasa, masing-masing punya kuasa.
I Can Do Whatever I Want To Do!
But, REMEMBER!
Allah s.w.t. always seeing you.
Sekian dahulu sedikit perkongsian dari Ckin hari ni. Ckin nak balik kampung hari ni. Doa-doakan keselamatan Ckin naa. ^_^ Doa dari kalian amat Ckin perlukan. InsyaAllah.
p/s : Jagalah diri sebaiknya. Rajin-rajinkan diri untuk mendengar kuliah-kuliah ilmu. Peringatan untuk diri Ckin jugak ni. ^_^ Byeh.. Byeh.. Wassalam.
6 Comments:
insaf..moga kita selalu mengingati Allah, dalam setiap pergerakan, perlakuan, pertuturan.amin..
Kak Khumaera,
InsyaAllah akak... ^_^
p/s : pesanan utk diri jugak agar tak lupa...
tersentuh jugak hati ni bila baca semua ni..semoga selamat sampai kampung ye..:)
nur anis,
InsyaAllah akak.. ^_^ nak jumpa mak...
dah lama dh x hadiri kuliah..
:(..
LadyBird,
Jom gi sama-sama..hehe tp tengok semalam tak ada kuliah..tak pasti la pulak kuliah Maghrib di sini tiap2 malam atau hanya pada hari-hari tertentu...tp takpe, still tunggu.. ^_^
Post a Comment