Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Awas! 27 Cara Lelaki Nak Mulakan Zina

Tuesday, December 20, 2011

Assalamualaikum semua! 

Macam mana dengan tugasan seharian? Makin bertambah baik atau bertambah buruk. Sebelum tu, hayatilah peringatan yang Nabi Muhammad s.a.w. sampaikan kepada kita ni.


"Orang yang hari ini lebih baik dari semalam adalah orang yang BERUNTUNG, manakala orang yang hari ini masih sama seperti semalam adalah orang yang RUGI, dan orang yang hari ini lebih buruk dari semalam adalah orang yang CELAKA".

Ingati semula. Muhasabah diri balik naa. InsyaAllah. ^_^

Act, hari ni Ckin nak berkongsi sedikit sebagai PERINGATAN kepada Ckin dan juga sahabat-sahabat di luar sana. Sebenarnya dulu dah ada bingkisan yang menyelitkan ayat-ayat kat bawah ni dalam satu video yang telah diupload sendiri oleh seorang muslimah berdasarkan pengalaman hidupnya. Tapi, Ckin tak dapat nak mencari balik video tu. Ckin masih lagi menyimpan video tersebut dalam laptop, tapi tak dapat nak cari balik dalam Youtube untuk dikongsikan di sini. Tajuknya "Cinta Nafsu". Ckin ni kurang rajin nak tulis balik segala pengakuan muslimah yang pernah terjebak ni ke dalam bentuk tulisan. Cuma share dengan kawan-kawan di Poli sahaja. So, hari ni dah terjumpa dengan kata-kata tersebut. Memang sama. Dan untuk makluman kalian, perkara ini adalah benar. Bukanlah suatu rekaan kerana Ckin masih menyimpan video tersebut. Kurang rajin rasanya nak upload semula ke Youtube. ^_^ 


Yang penting, tengok isinya. Dan jadikan pengajaran. Jangan mudah terpedaya dengan insan bernama lelaki hatta dia nampak baik. Memang ada yang betul-betul baik, tapi yang baik di depan, kurang baik di belakang tu banyak. 

Bagi mereka yang tak buat benda-benda ni, 
anggaplah sebagai PENGAJARAN dan PERINGATAN supaya kalian tak buat. 
Bagi yang terasa diri hampir-hampir ke arah ni, ELAK-ELAKKANLAH. 
Bagi yang terasa diri bagai nak diuji dengan perhubungan lelaki dan perempuan, 
BERHATI-HATILAH. 
Bagi yang pernah terlanjur, yang pernah terlibat dengan "cinta nafsu" ni, 
BERTAUBATLAH! 

Jangan nak tunggu nyawa di hujung kerongkong baru nak sedar diri. Jauhkanlah. Dan jangan sesekali mendekatinya. Moga-moga apa yang Ckin share hari ni dapat memberikan walaupun sedikit peringatan buat diri Ckin dan kalian semua. InsyaAllah. 


Lupa pulak nak maklumkan. Ckin ambil ni dari sini. Klik GilaBest.

Antara isi kandungan "ayat-ayat" yang menyamai petikan dari dalam video tersebut adalah : 

1. salam. Blh sy kenal awk?
Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk.
Dah lama sy prhatikn awk.
Awk dak baik n sy trtarik la dgn
tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan..
ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni..

2. Trima kasih krn mnerima sy.
Sy akan try sedaya upaya
sy mnjaga awk dan mgikut syariat.
Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah,
sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau,,jaga aurat leklok..
jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau..
jgn sorg2..blk contact sy ek..
sy doakan awk selalu..

4. awak,nape x contact sy.
Sy risau awk kuar lama2..ye..
mmg sy xde hak pun..
sy tau sy percaye awk,,tp sy x tau la nk kate cmne.
Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk
mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot,,
wak..awk cinta sy x? xnk bgtau..
tp sy tau awk cinta sy..
awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?
..kih3. .tq.. i love u too..

5. Wak,,selain family,,
Allah dan rasulnyer..
awk sayang sape ek?
Sape saya dlm hati awk?

6. Wak wak..dr kawan kite
just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk.
sy tringin gak nk jd cm member2 sy.
Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek?
Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..
thanks syg.. love u… ..

7. Yang. kekdang bi tgk syg ni
mcm x prcaya bi je.
Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan ..
tq ek gtau,,mkin dalam pulak rindu
kat syg ni… .hihihi..

8. Yang bi nak syg tau,,sayanglah segalanya utk bi,,
syg la pmberi semangat utk bi… yang… ..
bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek..
jgn risau..inikan membuktikan bi caring..
so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan
jaga rahsia kite..just msg je kan..
love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg,,leh kite jumpe x? ye..
ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u…. ..

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg..
abg tggu lame da..abg tau..
kite x leh pakse dlm hubungan..
la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi syg,,watpe 2? Nk ckp sket..
nape syg
bwk satu battalion nak jumpa abg?…
syg x caye kat abg eh.. huhu..

12. Syg..kite jumpe k?..
abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..
cam wardina lak..bkn syg x cntk..
just nmpk mkn cntk la..
nipis sikit je..
nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

13. Syg..abg sory ngan apa jd td..
abg trsentuh jari syg td..
Tol gak ckp syg eh,,trsentuh xpe..TER.. hehe..
makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14. Thanks jumpa td,,syg cntk la.. Ololo..
abg romantik sket pun salah ke?
Ske abg romantik ek? Hehe..
Eh,,td jumpa abg da berani
tenung abg ek..hoho..
tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je..
senang la kita jumpa
pasni.. tgk..Allah
memberkati hubungan kite..
syg solat dah ke?
Doakan abg skali ek..miss u..

15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent?
Apa tandanya eh? 50% je… huhu..yang. .
just nk tanya..
rambut syg panjang x? just thinking
of u at the moment…

16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg
kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special
untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..
gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent?
Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji,,
abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg…

18. Syg..da lame kita couple kan..
xkan abg pegang tgn pun nak marah..
Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati..
kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?
SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR…

20. huh!… syg mengndung? tahu kat ne…
cube check balik dgn doktor… xkan sekali buat dah mengandung,,check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg,
utk kebaikan kita berdua,,lebih baik
syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu
bunuh benda yang masing xbernyawa…..
gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni!
xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24. sori syg,,abg xbleh temankan
syg ke klinik tu,,abg malu klu terserempak
dgn family or member,,malu la
abg klu diorg nmpak
abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung…
kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu..
bukan masalah aku.. lantak kau la…
bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau..
kau tu yg bodoh!!
kau ingat kau tu cantik sgt?? aku
dah xingin kat kau!!
pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk..
xde masa nk layan kau!…

27.(terputus hubungan)
*wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
*si lelaki mencari mangsa baru..
*dan kejadian terus berulang..


Begitulah kesudahannya. Inilah ujian-ujian yang dialami oleh seorang muslimah ni. Ini boleh dijadikan sebagai peringatan kepada diri kita sendiri. Jangan sekadar bercakap kosong. Tetapi, bertindaklah untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik. Setiap orang ada ujian masing-masing yang Allah bagi. Pengajaran yang Allah bagi kepada dirinya perlu diambil untuk dijadikan pedoman hidup. Jangan ada pulak yang nak cuba-cuba. Celakalah bagi insan-insan yang mengambil istilah "cuba-cuba" ini. Yang baik itu, jadikan pengajaran. Yang tak baik tu, tinggal-tinggalkan di sini. InsyaAllah. Jumpa lagi dengan kupasan yang bermanfaat. Wassalam.

"Masa lalu dijadikan pengajaran untuk kita meniti liku-liku hidup yang lebih baik"

^_^


16 Comments:

Sya December 20, 2011 at 10:52 AM  

zmn ksrg ni prempuan kne extra hati2 dgn bnde2 ni.. aish, risaula plak.. hehe

Ckin Kembaq December 20, 2011 at 11:00 AM  

Miss Xyz,

A'ah..segala-galanya perlu diperhatikan dan dikawal..silap haribulan makan diri.. haish..

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail December 20, 2011 at 11:20 AM  

entry yg sgt bagus. muhasabah utk diri dan juga adik2 diluar sana yg masih belum berkahwin. lelaki zmn skrg sukar diduga. kdg2 nmpk baik tapi hakikatnye Allah saje yg tahu. yg penting jgn bagi peluang syaitan menggoda.

Ckin Kembaq December 20, 2011 at 11:24 AM  

Kak Maera,

betul tu akak..kadang dalam diam benda ni jadi..tak sedar pun...bila fikir dosa pahala, komfem tak buat..insyaAllah.

Bang Hassan December 20, 2011 at 11:27 AM  

Salam sejahtera
penulisan yg menarik ~~

Ckin Kembaq December 20, 2011 at 11:32 AM  

Hassan,

Salam sejahtera.. Masih dlm proses membaiki diri.

Jo Qusary December 20, 2011 at 1:32 PM  

Kesimpulan dr citer ini... jgn percaya dgn lelaki yg suka pompuan bertudung (?)...

Ckin Kembaq December 20, 2011 at 2:33 PM  

Jo Qusary,

Bukanlah macam tu. Tapi, kadang lelaki ni suka test pempuan yang betudung atau dlm istilah lain pempuan yang nak berubah.."mereka" ini tahu akan salahnya bila buat benda ni, tapi still nak test2..itulah puncanya..dan tujuan sy peringatkan ni adlah supaya semua berhati-hati tak kira pakai tudung or tak.. ^_^

Zul Uqul December 20, 2011 at 8:14 PM  

terbaek,

sang 'kumbOng' akn sentiasa mngintai peluang,
sang bunga, peluang itu x patut dibuka,
buka ia hanya bila ikhlas sang 'kumbang' memetik

Ckin Kembaq December 21, 2011 at 8:05 AM  

en. shafiQ,

betul tu..sang 'kumbang' akan masuk dgn berbagai-bagai cara..maka 'bunga' kena hati-hati..insyaAllah..

Ckin Kembaq December 21, 2011 at 8:06 AM  

:: Izz ::,

Jadikan pengajaran naa.. ^_^

LadyBird December 22, 2011 at 12:58 PM  

ya Alalh ya tuhanku... jauhkanlah aku dr dugaan sebegini..
ameeennn...

:(

Gila Best ! December 28, 2011 at 3:10 PM  

thnks ya for sharing, masukkanlah gila best dalam bloglist :p

Ckin Kembaq December 28, 2011 at 3:14 PM  

Gila Best!

Dah masuk lama dah..hehe ^_^

Unknown May 3, 2012 at 4:06 PM  

bahayanya laki cm ni,habis madu sepah dibuang...harap2 kita dijauhkan drp laki cm ni,insyaallah

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP