Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Nyamuk! Ada Rahsia Yg Kita Tidak Ketahui ^_^

Monday, December 12, 2011

Assalamualaikum semua!


Panjang kan entri kelmarin tu? Biasalah. Jari-jemari begitu pantas untuk menaip setiap inci perkataan yang tersemat di minda ni. Banyak jugaklah yang dibualkan dengan amoi tu. Cukup di situ.^_^
Berbalik kepada perkara yang Ckin nak kongsikan pada hari ini. Mengenai NYAMUK. Makhluk ciptaan Allah yang kecik dan kadang boleh mengakibatkan maut! Ckin dapat info ni melalui seorang sahabat. Kalau nak tengok info lagi menarik dan terbaru, boleh ziarah dia di sini : 



Berikut adalah serba sedikit info mengenai nyamuk yang Ckin baru ketahui. Memang hebat ciptaan Allah ni. Subhanallah! ^_^
  1. Memiliki 100 mata di atas kepala.
  2. Memiliki 48 gigi pada mulutnya.
  3. Memiliki 3 hati yang berasingan.
  4. Memiliki 6 bilah pemotong pada muncungnya.
  5. Memiliki 3 sayap setiap bahagian samada kiri atau kanan.
  6. Dapat mengesan haba.
  7. Memiliki warna seperti warna kulit manusia.
  8. Dapat melihat semua warna walau dalam gelap.
  9. Dapat membezakan kandungan darah pada manusia.
  10. Muncungnya dapat mengisap darah.
  11. Mampu mengelak untuk dikesan oleh musuh.
  12. Dapat menghidu peluh manusia dari jarak yang jauh.
  13. Dapat mengelak dari bahan berbahaya yang terdapat pada manusia.
Dah habis di situ. Mari kita tengok reka bentuk nyamuk pulak naa.
REKA BENTUK NYAMUK

Kita sering menyangka nyamuk adalah seekor haiwan terbang. Sebenarnya, nyamuk menghabiskan peringkat pembentukannya di bawah air dan keluar daripada air melalui satu "bentuk" istimewa yang dihasilkan dengan semua organ-organ yang diperlukannya.


Nyamuk mula terbang dengan sistem pengesan pada punggungnya untuk mengesan kedudukan mangsa. Dengan sistem-sistem ini, ia seperti sebuah kapal terbang perang yang dilengkapi dengan pengesan kepanasan, gas, kelembapan dan bauan. Malah ia juga mempunyai kelebihan untuk "melihat bersesuaian dengan suhu", ia membantu nyamuk mengesan mangsanya walaupun di dalam gelap gelita.

Teknik "menghisap darah" nyamuk juga memiliki sistem yang kompleks. Dengan sistem enam pisau pemotong, ia memotong kulit seperti sebilah gergaji. Ketika proses pemotongan ini berjalan, satu perembes yang merembeskan ke arah luka tersebut akan mengebaskan tisu-tisunya dan orang tersebut tidak akan menyedari darahnya sedang disedut. Perembes ini juga, pada masa yang sama, menghalang pembekuan darah dan membantu meneruskan proses penyedutan.


Hebat kan? ^_^

Dengan kehilangan walau satu daripada sistem-sistem ini, nyamuk tidak akan dapat menghisap darah dan meneruskan generasinya. Dengan rekaannya yang istimewa, makhluk kecil ini merupakan satu bukti tanda Penciptaan. Di dalam al-Quran, nyamuk telah ditegaskan sebagai satu contoh yang membuktikan kewujudan Allah kepada manusia untuk memahaminya:

"Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik" 

(Surah Al-Baqarah:26)


Selesai sudah untuk info yang diambil dari blog si Lappy19 ni. ^_^ By the way, Ckin harap kalian mendapat sesuatu hari ini. Takjub akan ciptaan Allah. ^_^

Jumpa lagi di lain waktu naa. Wassalam. ^_^

10 Comments:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail December 12, 2011 at 11:07 AM  

ciptaan Allah memang istimewa. SubhanAllah. =)

Sya December 12, 2011 at 11:26 AM  

SubhanaAllah! hebat jgk nyamuk ni, wlupun kita x suka kat nyamuk en.. sye prnh demam denggi tu yg klu bole nk jauh2 dgn nyamuk.. hihi

Ckin Kembaq December 12, 2011 at 11:48 AM  

Betul tu akak.. ^_^ tu baru nyamuk, belum masuk tubuh badan manusia lagi.. ^_^

Ckin Kembaq December 12, 2011 at 11:49 AM  

Miss Xyz,

Sy pun..hmpir kena denggi.tp alhamdulillah hanya supect..bukan betul2..ehehe

ZaL shAfiQ December 12, 2011 at 11:43 PM  

nyamuk2..walaupon kecik an^-^

Ckin Kembaq December 13, 2011 at 7:51 AM  

ZaL shAfiQ,

Kecik2 cili padi.. ^_^

awanis December 13, 2011 at 4:57 PM  

haha,....sori xmintak dulu...saya ada copy sikit info sal nyamuk ni msuk lam fb..jgn mrh ea~

Ckin Kembaq December 13, 2011 at 5:05 PM  

awanis,

It's okay..semua ni hakmilik bersama..nak amik untuk kongsi, dipersilakan.. ^_^

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP