Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Gangguan Dalam Bas. Beringatlah naa.

Monday, December 26, 2011

Assalamualaikum semua! 

Alhamdulillah semalam selamat sampai dari kampung. Act, ada sedikit yang nak Ckin share kat sini hari ni. Nak ingatkan dan elakkan agar kejadian yang berlaku kat Ckin ni takkan berlaku pada kalian. Alkisahnya bermula macam ni, petang kelmarin Ckin naik bas dari Padang Serai untuk ke Butterworth. 


So, bila dah naik, Ckin pilih untuk duduk di seat paling hadapan sebabnya lebih selamat dan dekat dengan driver. Kalau duduk kat belakang-belakang, nanti jadi pelik-pelik atau gangguan kan susah. Dipendekkan cerita, naiklah 3 orang perempuan Cina yang sangat seksi. Haish! Seksinya tu adalah dengan memakai skirt pendek yang hampir-hampir menampakkan ........................... 

Cukup di situ. 

Dijadikan cerita, dua orang ni duk depan Ckin manakala sorang lagi mai parking kat tepi Ckin. Ok la. Ckin pun tak teringin pun nak tengok. Tiba-tiba naiklah geng Myanmar atau Cina lelaki (tak pasti sebab muka semua lebih kurang ja). 
Destinasi sama jugak nak ke Butterworth. Tak kisah sangat. 

Tup-tup ada sorang lelaki ni, dia mai duduk tepi Ckin. Sementara nak duduk tu dia tekan beg Ckin dari atas dan henyak-henyak a.k.a himpit-himpit Ckin. Ckin pun agak hanginlah. Dan terus bangun pi cari seat yang lain. So, duduklah kat sebelah perempuan Cina ni. Dari jauh, Ckin tengok-tengok lelaki yang 'gatal' tadi tu en, mata ni duk menghala ke peha perempuan-perempuan Cina ni. Mungkin dia rasa payah nak tengok secara straight, dia pun belek-belek spek hitamnya. Then, pakai. Mata di dalam tu hanya Allah yang tau. Rasa cam nak butakan ja mata makhluk-makhluk ni. Tak cukup dengan tu, datang pulak salah seorang dari geng lelaki-lelaki ni dari belakang dan berpindah seat ke depan. Dia duduk betul-betul 2 orang perempuan yang seksi tu. Dia dengan relaxnya memusingkan kepala dan matanya dan melihat direct ke peha dua-dua perempuan ni. Allah. Malu betul. 


Walaupun yang dilihat tu bukan Ckin, tapi Ckin ni perempuan ok. Dah tua pun tak sedar diri lagi. Yang si perempuan tu relax pulak duk main iPad, dengar lagu. Entah apa yang bermain di fikiran mereka ni. =_= Itu bukan rezeki namanya, tapi cari nahas. Bukan setakat tu, masa Ckin sandar di kerusi dan terlelap seketika, Ckin rasa ada yang duk main-main kepala Ckin. Kurang ajar kan? Bila Ckin sedar dan tarik kepala ke depan, geng-geng tu gelak. Memang cari nahas la. Mentang-mentang Ckin sorang. Alhamdulillah time tu dah nak sampai kat Butterworth. Dalam hati ni memanglah. Geram sangat. Dah la tak berapa nak sihat en. Haish. Ckin tak mampu nak buat apa-apa. Takut jugak sebenarnya. Geng-geng tu ramai. =_=


Apa yang Ckin nak sampaikan kat sini cuma beberapa pesanan. Kepada adik-adik, kakak-kakak, hati-hatilah kalau berada dalam bas. Kalau boleh, cari tempat duduk di hadapan. Jangan duduk di belakang sangat. BAHAYA! Seriously. Ckin tak pernah kena macam tu lagi. Mungkin ni pengajaran yang Allah nak bagi kat Ckin supaya lebih hati-hati dan peringatkan kalian semua. Rasa cam tak mau dah naik bas tu. Tapi nak buat macam mana, tu je pengangkutan yang ada untuk balik kampung. Redha je la di samping ikhtiar mana yang patut.

Lagi satu, please! Jaga pemakaian. Jangan ingat pakai ketat-ketat sampai menampakkan benda-benda yang tak patut. Ingat best? Sebabnya di kejauhan, ada yang memerhatikannya.

AWAS! 

Mata lelaki ni kadang tidak dapat dikawal melainkan mereka yang beriman. Melainkan mereka yang menundukkan pandangan. Jangan sesekali mengundang mara bahaya kepada diri sendiri. Sebagai contoh, pakai seluar jin atau slact yang ketat, bukankah menampakkan bentuk peha?

Nak tunjuk kat semua orang yang 'aku' ada peha yang mantap? 
Gitu? 

Takpun pakai baju kecik-kecik sebab nak tunjuk kat orang yang 'aku' ada bentuk badan yang seksi? 
Yang kurus? Yang slim? 
Gitu? 

Ataupun mungkin pakai shawl/tudung yang menampakkan dada 'itu' semata-mata nak tunjuk kat khalayak ramai bahawa 'aku' ada asset yang paling terbaik? 
Yang cantik? 
Gitu? 

Bukankah lebih baik begini? Berbaju kurung, sopan, sedap mata memandang. Selamat dari panahan syaitan... InsyaAllah.

Sebenarnya, tak salah pun nak pakai baju tshirt, blouse dengan seluar. Nak pakai, pakailah.  Ckin pun pernah pakai suatu ketika dulu tshirt dan seluar slact. Sekarang je dah tak pakai. Tapi jagalah sikit diri sendiri tu. Siapa lagi nak tolong jaga melainkan diri sendiri. Kang dah kena rogol, kena 'sexual harrassment', kena raba, kena ngorat suma, siapa yang susah? Diri sendiri jugak kan?...... Jadi, beringatlah sebelum kena naa. Ckin mengingatkan walaupun Ckin tak pakai pun pakaian yang 'bermasalah' tu. Ya, memang kalian cakap pakaian kalian tak bermasalah. Tapi, cuba fikir balik. Pakaian itulah yang mengundang nafsu seseorang lelaki. Tak percaya lagi? Hmmm... Kalau tak percaya jugak, tunggulah saatnya diri kalian diratah oleh mata-mata nakal yang penuh bernafsu. Baru nak tersedar kot... =_= Ini hanya peringatan supaya kalian tak diganggu. Tu je.

Ckin tak mintak pun kalian menutup seperti ini, tapi cukuplah sebagai pelindung diri dari mata-mata liar. ^_^

Memang kalian tak berniat nak tunjuk kat orang, habis tu bila pakai pakaian sebegitu rupa, takkan nak tunjuk kat diri sendiri je kot? Kalau macam tu lebih baik pakai dalam bilik je. Ye dak? Fikir balik naa. Jangan menyesal pulak bila dah kena kelak. Kalau Allah nak bagi 'cash', dapat depan-depan mata. Na'uzubillahiminzalik.

"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti".

(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah)

Mungkin setakat tu dulu kot untuk dikongsikan hari ni. Ckin bukannya nak cerita pengalaman naik bas dari rumah ke Shahab ni. Tapi, cuma nak memperingatkan Ckin dan jugak diri kalian agar lebih berhati-hati. Ckin tak bolehla. Benda-benda ni terlalu sensitif sebab melibatkan diri Ckin... Allah... Dan perlu diingatkan lagi bahawa Ckin adalah perempuan. Insan yang sangat lemah. Tapi, di sebalik kelemahan, kita juga mencari kekuatan. InsyaAllah. Yang baik tu ambil naa. Yang tak baik tu, tinggal-tinggalkan di sini. ^_^

12 Comments:

Sya December 26, 2011 at 3:38 PM  

laki2 tu x ptut wat cmtu.. sbb tkut nnt para prempuan trauma naik bas.. ish3

Ckin Kembaq December 26, 2011 at 3:46 PM  

Miss Xyz,

Prempuan-prempuan tu relax je..kita yang tak jadi apa-apa ni yg risau sangat...haih

LadyBird December 26, 2011 at 4:44 PM  

menakutkanla sikin..

xnak dh naik bas.. seriau..

Ckin Kembaq December 26, 2011 at 4:46 PM  

LadyBird,

tu la..tapi tu la kenderaan yg ada.. =_=

Dafinullah December 27, 2011 at 11:21 AM  

tu la.. perempuan kena jaga aurat dengan baik... bahaye kot.. fitnah terbesar dlm dunia ni...

Ckin Kembaq December 27, 2011 at 11:32 AM  

Ibnu Darwin,

lama benor tak menyinggah naa..baru nampak.. ^_^ that's right..fitnah terbesar...

Dafinullah December 27, 2011 at 4:31 PM  

heh.. just jd silent reader je selame ni... tk berkesempatan nk komen... ^^

Dafinullah December 27, 2011 at 11:30 PM  

huhu... teruskan mengepost.. ade insan yang melihat...

Ckin Kembaq December 28, 2011 at 7:51 AM  

Ibnu Darwin,

InsyaAllah selagi diberi kekuatan dan kelapangan.. ^_^

H.K.L December 28, 2011 at 3:42 PM  

takotnya, nasib baik selama ni tak pernah jadi macam tu lagi. Terima kasih atas ingatan, bagus untuk pengajaran semua ^__^

Ckin Kembaq December 28, 2011 at 3:44 PM  

[ wanni ],

itulah..ni pun first time kena ni..huhu takut nak naik bas lagi..tapi terpaksalah..adeh

p/s : nanti hati2 naa.. ^_^

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP