Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Jom Puasa Sunat Hari 'Asyura Esok!

Monday, December 5, 2011

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua!

Hari ni nak curi masa sikit untuk ajak sahabat-sahabat semua buat benda baik.  ^_^  


Haa...  Apa perkara yang Ckin nak kongsikan hari ni?

Esok berapa Muharram?  Check balik kalendar.  

"A'ah la. Esok dah 10 Muharram 1433 Hijrah"
Jadinya, jom kita ramai-ramai pakat puasa sunat Hari 'Asyura naa. Mungkin ada kemusykilan dari sahabat-sahabat termasuk diri Ckin sendiri. Bolehkah nak puasa sunat 'Asyura sedangkan puasa ganti belum habis lagi ni?  


Hmm?

Actually, ada jalan penyelesaiannya.  Boleh check di bawah. ^_^

Syaikh Muhammad bin Shâlih al-’Utsaimîn rahimahullâh ditanya:

Apabila qadha‘ puasa wajib bertepatan waktunya dengan puasa sunnah, apakah seseorang boleh melakukan puasa sunnah terlebih dahulu dan qadha‘ puasa wajib setelahnya, ataukah dimulai dengan puasa wajib? Misalnya, puasa hari ‘Asyura bertepatan dengan qadha‘ puasa Ramadhan.


Beliau rahimahullâh menjawab:

Berkaitan dengan puasa wajib dan puasa sunnah, maka tidak diragukan lagi bahwa yang disyari'atkan dan yang sesuai dengan akal, yaitu memulainya dari yang wajib, sebelum melakukan yang sunnah. Karena yang fardhu (wajib) merupakan kewajibannya, sedangkan yang sunnah merupakan tambahan jika mampu. Jika tidak mampu, maka tidak mengapa.

Berdasarkan penjelasan ini, kami sampaikan kepada orang yang memiliki tanggungan puasa Ramadhan, yang wajib atasmu ialah qadha‘ puasa Ramadhan sebelum melakukan puasa sunnah. Jika ia melakukan puasa sunnah sebelum meng-qadha‘ puasa yang menjadi kewajibannya, maka menurut pendapat yang shahîh, puasanya benar, selama masih memiliki waktu lain untuk meng-qadha‘.


Waktu untuk meng-qadha‘ puasa Ramadhan itu terbentang sampai dengan Ramadhan berikutnya. Sehingga selama waktunya masih memungkinkan, maka seseorang boleh melakukan puasa sunnah. Sama seperti halnya shalat fardhu, jika seseorang melakukan shalat sunnah sebelum melakukan shalat fardhu dan waktunya masih longgar, maka itu dibolehkan.

Barangsiapa yang berpuasa ‘Asyura atau hari ‘Arafah, sedangkan ia masih memiliki hutang (puasa wajib), maka puasa sunnahnya itu sah. Bahkan, seandainya ia berniat puasa hari ini (‘Asyura atau ‘Arafah) untuk meng-qadha` Ramadhan, maka ia akan mendapatkan dua pahala, yaitu puasa hari ‘Asyura atau ‘Arafah ditambah pahala qadha` Ramadhan. Ini kaitannya dengan puasa sunnah yang mutlaq, yang tidak terkait dengan Ramadhan.


Adapun puasa enam hari bulan Syawwal, maka ini erat kaitannya dengan Ramadhan. Dan puasa sunnah enam hari ini tidak akan ada kecuali setelah meng-qadha‘ puasa Ramadhan. Jika ada orang yang melakukan puasa sunnah Syawwal sebelum meng-qadha‘ kewajibannya (puasa Ramadhan), maka ia tidak mendapatkan pahala. Hal ini berdasarkan sabda Rasûlullâh Shallallâhu 'Alaihi Wasallam :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتَّا
مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

"Barangsiapa telah puasa Ramadhan kemudian mengiringinya dengan (puasa) enam hari Syawwal, 
maka seakan-akan dia puasa sepanjang tahun"

(Diriwayatkan oleh Imam Muslim)

Sebagaimana diketahui, orang yang masih memiliki tanggungan puasa Ramadhan, ia tidak dianggap telah berpuasa Ramadhan sampai ia menyempurnakan qadha‘. Inilah sebuah permasalahan yang dianggap oleh sebagian orang, bahwa jika ada orang yang khawatir bulan Syawwal akan habis sebelum sempat puasa enam hari, maka ia boleh berpuasa, meskipun masih memiliki tanggungan qadha‘. Anggapan ini merupakan kekeliruan, karena puasa sunnah enam hari tidak bisa dikerjakan oleh seseorang, kecuali jika ia sudah menyelesaikan tanggungan puasa Ramadhan.

(Fatâwâ fî Ahkâmish-Shiyâm, Syaikh Muhammad bin Shâlih al-’Utsaimîn, hlm. 438-439)

Rujukan : Sini


Fadhilat berpuasa pada hari Asyura mengikut sabda Baginda Muhammad s.a.w. adalah :  


“Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". 

(Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: 

“Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. 

(Riwayat Imam Muslim)

Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharram)


Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah :

Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): 
“Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! 
Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. 
Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: 
"Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". 
Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” 

(Riwayat Imam Muslim)

Jadi, sama-samalah kita berpuasa bagi mengumpulkan saham-saham kita di akhirat kelak naa. 

p/s : Peringatan jugak untuk diri Ckin agar tidak lupa.  InsyaAllah... ^_^

4 Comments:

ida December 5, 2011 at 2:48 PM  

rasa cam nak poser esok..tapi tak sihat badan la plak..huhuhu

Ckin Kembaq December 5, 2011 at 2:58 PM  

Kalu rasa larat,puasa naa..Kalu tak larat,jgan susahkan diri.. ^_^

p/s : niat yg baik Allah akan mudahkan.insyaAllah..^_^

Ckin Kembaq December 13, 2011 at 7:55 AM  

Haffzone,

Ada peluang. Tu guna sebaik2nya.. ^_^

p/s : Masa lapang sebelum sempit..

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP