Tingginya Malu Tsa'labah Di Usia 8 Tahun
Sunday, November 20, 2011
Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. So far, cuti ni buat apa je? ^_^
Ckin macam biasalah. Duk rumah dan petang-petang tu keluar pi kedai-kedai yang berdekatan bagi menghilangkan keboringan di rumah. Alhamdulillah tak sia-sia berjalan. Sebabnya Ckin jumpa dengan kawan pejabat Ckin iaitu Kak Aishah. Sempat lagi berbual-bual dengan Kak Aishah and Kak Hasanah (student KUIN) sambil makan-makan ais kacang (ABC). Act, Ckin dah lama tak pekena ais-ais ni. Rasa lain jugaklah...hehe Ckin tak berkenan dengan isi-isi dalam ais kacang tu. Rasa pelik.hehe Ckin lebih suka letak kacang je (kalau bolehla..hehe). By the way, pertemuan yang singkat tu, banyak jugak yang disembangkan. Ada teman berbual, hilang keboringan ni. ^_^
Actually, Ckin nak kongsikan sedikit kisah mengenai Tsa'labah yang dikongsikan oleh Ustaz Zahazan dalam Program Tanyalah Ustaz minggu lepas. Sifat malu Tsa'labah ni sangat tinggi sehinggalah dikisahkan bahawa satu hari tu Rasulullah minta Tsa'labah ni untuk melakukan sesuatu untuk baginda. Maka, Tsa'labah pun pergi untuk menunaikan hajat baginda. Kemudian, bila Tsa'labah melintasi satu rumah ni, kain langsir rumah ditiup angin dan membuatkan langsir yang pertama terselak. Kemudian, angin bertiup lagi lantas menjadikan langsir yang kedua di bahagian dalam rumah turut terselak. Seterusnya, angin kuat lagi turut menyebabkan langsir yang ketiga terselak. Akhirnya, Tsa'labah ni ternampak ada seorang wanita yang sedang mandi. Sebagaimana yang kita ketahui, bila kita mandi sudah semestinya aurat kita tidak tertutup dengan sempurna, kan? Setelah dia nampak tu, Tsa'labah ni rasa sangat-sangat berdosa akan kesilapan yang tidak disengajakan tu.
Jadi, dia terus berlari ke sebuah bukit dan menghilangkan diri selama 40 hari lantaran malu dan berdosanya beliau dan memohon keampunan daripada Allah s.w.t. Sebenarnya Tsa'labah takut ayat Al-Quran akan diturunkan disebabkan kesilapannya itu. Sebabnya waktu tu, Al-Quran masih diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Tau tak berapa umur Tsa'labah ketika waktu ni? Umurnya adalah 8 tahun. Subhanallah. Memang iman yang mantap. Sebab apa Ckin cakap macam ni? Sebabnya kalau diikutkan zaman umat Nabi yang sekarang ni, sekiranya ternampak perempuan yang tengah mandi pun, mungkin ini yang akan keluar di mulut...
"Rezeki tu..."
"Tak pa kot, ternampak je..."
Mungkin ada yang lagi nak tengok! Who knows. Nafsu manusia kan?
Berlainan dengan Tsa'labah ni. Dia memohon ampun kepada Allah lantaran malu dan bersalah yang amat sangat. Kemudian, Rasulullah pelik ke mana Tsa'labah menghilang. Setelah 40 hari baru Tsa'labah turun. Dan menjelaskan kepada Rasulullah apa yang berlaku.
Hebat kan iman seorang anak muda ni. Baru berusia 8 tahun. Dosa pun tak dibebankan atas bahu sendiri lagi. Begitu mantap aqidah yang ditanam ke dalam diri sahabat-sahabat Nabi. Subhanallah. Rasa kerdil diri ini. Persoalannya sekarang, MAMPUKAH KITA MENJADI SEPERTI TSA'LABAH?
Tepuk dada, tanyalah iman kalian. Ditambah dengan gadget yang pelbagai sekarang. Facebook, blogger, twitter, ym, netlog, dan banyak lagi yang dipenuhi dengan bermacam-macam gambar manusia yang disertai dengan riak muka yang pelbagai, gaya pemakaian yang begitu, begini. Agak-agak la, kalau seseorang ni buka profile seorang kawan di fb, tambah-tambah yang perempuan, rasanya si lelaki tu tengok sepintas lalu atau lagi dia nak tengok? Ikutkan logik akal yang sihat, pasti dia akan buka lagi gambar-gambar yang seterusnya. Ye dak? Tak kisahlah lelaki atau perempuan, sama je. Tak ada beza pun. Jadi, untuk mengurangkan dosa-dosa kecil ni, maka fikir-fikirkanlah untuk mengubah diri kita sendiri. Ckin pun mengingatkan diri Ckin sendiri sebenarnya. Ckin pun manusia biasa, moga-moga apa yang Ckin tulis ni akan turut mengingatkan Ckin supaya berhati-hati dengan pengaruh luar ni. Insya-Allah.
Ckin tinggalkan sahabat-sahabat dengan satu firman Allah yang dirakamkan di dalam surah Ar-Ra'd. Moga-moga kita akan sedar akan kesilapan kita yang lalu. Insya-Allah.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri".
(Ar-Ra'd : 11)
Sekian untuk hari ini. Wassalam.
0 Comments:
Post a Comment