Dah Ikut 10 Pesanan Iman Hassan Al-Banna?
Wednesday, November 9, 2011
Assalamualaikum sahabat-sahabat Ckin?
How's ur day? So far so good right? Alhamdulillah if so. ^_^
Haa... Hari ni apa pulak yang Ckin nak bawakan untuk diri Ckin dan sahabat-sahabat semua? Tadi ada perkhabaran gembira daripada kawan Ckin iaitu Yati. Dia dah bertunang rupanya. Ckin baru tau selepas tengok fb nya tadi. Bukan tu saja, dia pun bakal membina mahligai baitul muslimnya pada 22.01.2012 yang akan datang. Pasangannya juga orang Sabah. Alhamdulillah dia sudah bertemu dengan jodoh pilihan yang beriman and mampu untuk membimbing dirinya kelak. Sama-sama kita doakan kebahagiaan dia naa... Dia jemput Ckin pi kendurinya... Tapi, Sabah tu...hehe Tersangatlah dekat tempatnya. ^_^ InsyaAllah kalu ada rezeki kita akan berjumpa naa Yati. ^_^
Berbalik kepada topik kita hari ni. Ckin nak share 10 Pesanan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Mungkin ramai yang dah baca tentang ni, tapi ingat x kandungannya? Kalu ada sahabat-sahabat yang dah mengamalkan pesanan-pesanan ni, alhamdulillah. Bagi yang belum, meh kita sama-sama laksanakannya. Nak lagi berkesan, boleh copy and print. Kemudian, lekatlah di bilik mahupun depan cermin supaya bila hari-hari baca, nanti lekat dalam minda dan jadi habit. InsyaAllah. ^_^
1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah Al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam Bahasa Arab kerana Bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah pelaksanaannya.
InsyaAllah sama-samalah kita mengikuti pesanan-pesanan ini demi mencapai redha daripada-Nya naa... ^_^
p/s : Sebar-sebarkan dan amal-amalkanlah naa... ^_^
Sumber : Anak Keningau
0 Comments:
Post a Comment