Macam-Macam Hal... ^_^
Thursday, November 10, 2011
Assalamualaikum.
Apa khabar semua? Diharapnya sahabat-sahabat sihat selalu naa...
Hari ni Ckin tak berniat nak pos apa-apa pun. Ckin cuma nak tenangkan diri kat rumah sepanjang cuti ni. Nak share, tak boleh la pulak. Tapi Ckin tau, setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya dan membuatkan Ckin lebih berhati-hati dengan kehidupan yang Ckin ada sekarang ni.
Ya Allah...
Sesungguhnya Kau mengetahui apa yang tidak aku ketahui,
Engkau mengetahui isi hati hambaMu ini,
Hamba memohon kepadaMu ya Allah,
Pimpinlah kami muslimin dan muslimat yang sentiasa ingin berada di jalanMu ini,
Bimbinglah kami agar kami memperoleh redhaMu ya Allah,
Bantulah kami dalam setiap aspek kehidupan kami,
Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus,
Ya Allah...
Janganlah Kau pesongkan hati kami setelah Kau beri petunjuk kepada kami,
Jangan biarkan kami tersesat dengan jalan yang kami pilih,
Berkatilah kehidupan kami,
Tegurlah sahabat-sahabatku dengan caraMu ya Allah sekiranya mereka tersalah,
Aku bersyukur ya Allah kerana Kau masih memelihara diriku daripada perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaanMu ya Allah,
Aku bersyukur kerana Engkau telah menunjukkan kepadaKu hakikat kehidupan yang sebenar,
Aku bersyukur kerana doa-doaku dan hajat-hajatku didengari olehMu ya Allah,
Maka, peliharalah diriku ini ya Allah...
Aku bersyukur ya Allah kerana Kau masih memelihara diriku daripada perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaanMu ya Allah,
Aku bersyukur kerana Engkau telah menunjukkan kepadaKu hakikat kehidupan yang sebenar,
Aku bersyukur kerana doa-doaku dan hajat-hajatku didengari olehMu ya Allah,
Maka, peliharalah diriku ini ya Allah...
Ya Allah,
Kau bukakanlah pintu hidayah kepada insan-insan yang berbuat dosa ya Allah,
Jangan biarkan mereka tersesat dengan dunia mereka ya Allah,
Sesungguhnya ya Allah,
Kaulah sebaik-baik pelindung,
Kaulah sebaik-baik tempat untuk aku mengadu harap,
Kaulah sebaik-baik tempat untuk aku meminta pertolongan,
Bantulah hambaMu ini ya Allah.........
Layan Lagu UNIC - Mahligai Kasih
InsyaAllah Ckin akan bercakap isu "Playboy Islamik" minggu depan. Jadi, sekarang kita layan lagu ni naa. Untuk pengetahuan semua, lagu ni merupakan lagu favourite Ckin dari dulu-dulu lagi till now. ^_^
Lirik dia best. Impian Ckin. Impian semua orang.
Jumpa lagi naa. Jagalah diri sahabat-sahabat sebaik mungkin naa.
Wassalam. =_=
6 Comments:
Tenangkan fikiran di rumah... playboy islamik? poligami?
Salam,, waahh.. tajuk entry coming soon yang hebat!! "Playboy Islamic." Siapa ya..? nak tggu la..
ade masalah penyakit hati ka? sabar nahh........ n_n
kami suka lagu Mahligai Kasih :)
nape ni kak ckin? ade prob ea ?
moga selesai lah ye segala kecelaruan yg terbuku tu :)
*fatiah f6 skrg :)
salam... lama xsinggah blog ckinsite...
Jo Qusary,
Playboy islamik tu bukan poligami...nanti lah akan disharekan naa.. ^_^
DRCeria,
Waalaikumussalam. Tajuk gitu,nt tengok pada isi kandungannya pulak.. InsyaAllah ^_^
Ibnu Darwin,
Ni bukan penyakit hati, tp ujian...adeh hanya orang yang merasa yang tau.. ^_^
Fathiah,
Alhamdulillah dah tenang... Bukan selalu jadi macam ni, tu yang jadi tak keruan. Ujian sekali seumur hidup.. ^_^
Haffzone,
Waalaikumussalam. Kalu rajin,singgah la naa.. ^_^
Post a Comment