"Playboy Islamik" - Siapakah Mereka Ini?
Sunday, November 13, 2011
Assalamualaikum semua!
Salam ceria di pagi ahad yang cerah-cerah ni naa... ^_^
Pagi tadi agak bz sikit dengan tugasan-tugasan yang perlu disiapkan. Alhamdulillah dah settle pun kerja tu. So, nak start menulis di blog ni.
Sebelum tu, hayatilah kata-kata ini wahai sahabat-sahabatku sekalian...
Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yg paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka sedikitlah orang yang memberi peringatan.(Imam Hassan al-Basri)
Seperti yang diijanjikan, Ckin bercadang nak cakap pasal tajuk hangat. "PLAYBOY ISLAMIK". Ckin pun baru 1st time dengar gelaran ni. Bila dah dengar benda baru, Ckin pun berniat nak kupas sikit tentang ni. InsyaAllah, yang baik tu amiklah jadikan salah satu satu pegangan hidup, manakala yang tak baik tu, silalah tinggalkan di ruangan ini ok. ^_^
Sebagaimana yang kita semua tau, terdapat istilah-istilah islamik yang digunakan bagi menggambarkan sesuatu perkara tu sama ada baik ataupun buruk. Contohnya :
Buku Islamik
Majalah Islamik
Blog Islamik
Perkahwinan Islamik
Restoran Islamik
Wallpaper Islamik
Lagu Islamik
Kartun Islamik
Kalendar Islamik
Couple Islamik
Dan banyak lagi...
Bila diteliti semula, ia menggambarkan bahawa sesuatu tu dilakukan dengan cara Islam sama ada secara cara yang betul ataupun salah. Majoritinya adalah benda yang baik-baik. Contohnya, buku-buku dan majalah islamik, di dalamnya pasti terisi dengan kandungan yang berkaitan dengan cara hidup Islam yang betul sama ada dari sudut gaya hidup, muamalat, kewangan, sirah-sirah dan sebagainya seperti Majalah Solusi. Begitu juga dengan yang lain-lain. Ckin tak mau terang dengan lebih panjang. Act, kalu kita tengok pada perkataan "Islamik" tu, kita akan tau yang perkara tu adalah baik dan ada juga yang buruk. Jadi, pilihlah yang terbaik sebab kita dikurniakan dengan akal yang waras untuk menentukan yang mana baik dan yang mana buruk.
Siapa Sebenarnya Playboy Islamik?
Baik. Kita berbalik semula pada Playboy itu sendiri. Umum dah mengetahui yang mana apabila disebut gelaran playboy ni, kita pasti membayangkan :
"Si fulan ni kaki perempuan"
"Si fulan ni banyak tipu perempuan"
"Si fulan ni seorang yang banyak perempuan simpanan"
Pendek kata, seseorang yang playboy adalah orang yang suka ada awek ramai, enjoy sana, enjoy sini. Bagi dirinya, mungkin satu kenikmatan kot dapat ada awek ramai dalam satu-satu masa tu. (pandangan Ckin je). Hakikatnya, kalau ditanya pun kepada kaum perempuan di luar sana mahupun yang tengah membaca post Ckin ni, pasti and sudah semestinya kita akan mengatakan bahawa KITA SESEKALI TIDAK AKAN PERNAH SUKA akan seseorang lelaki yang bersifat playboy ni. Yang ni ramai dah biasa dengar. Mungkin dah lali kot.
Tapi, berbeza dengan Playboy Islamik ni. Sasarannya adalah kepada kaum hawa yang ingin berubah dari buruk ke baik, yang sememangnya baik dalam agama. Diringkaskan cerita, Playboy Islamik ni menjadikan kaum hawa yang sememangnya faham akan Islam sebagai 'mangsa'nya. Playboy Islamik ni juga merupakan seseorang yang memang sudah mengetahui hukum-hakam agama Islam, dan berkemungkinan orang yang kita jangkakan baik selama ni, itulah orangnya.
Hah???
Biar Betul?
Ini adalah mengikut pengalaman dari teman dan juga sahabat-sahabat Ckin. (Bila namanya dah digandakan, bermakna lebih daripada seorang) Ckin cuma ingin menyampaikan perkara ni kepada semua sahabat-sahabat Ckin yang kat luar ni agar berhati-hati. (Tambah-tambah kepada kaum hawa)
"Jap.. Jap.. Kalaulah dikatakan dia Playboy Islamik,
macam mana nak tau?"
macam mana nak tau?"
Untuk pengetahuan semua, mengikut kajian yang Ckin buat, si Playboy Islamik ni mula-mula tunjuk baik gitu. Dia akan cuba sedaya upaya mendekati si perempuan untuk berkawan dan rapat dengan si perempuan. Kata-kata manis akan dilontarkan. Dikarang ayat berbunga-bunga, dikaitkan dengan hadis mahupun ayat Al-Quran tentang jodoh dan sebagainya.
"Saya ikhlas nak bimbing awak ni ke jalan yang diredhai Allah..."
"Ana teringin sangat nak rapat dengan anti supaya kita sama-sama akan dapat tolong-menolong antara satu sama lain..."
"Saya nak berubah ke jalan yang lebih baik, jadi sudilah kiranya awak dapat jadi peneman saya..."
Itu adalah perkara biasa apabila seseorang lelaki nak berkawan dengan seorang perempuan. Yang menjadi masalahnya sekarang ni adalah, apabila perasaan suka dan sayang mula hadir di dalam hati kedua-dua insan ni, si Playboy Islamik ni mula MINTA SEDIKIT DEMI SEDIKIT KASIH SAYANG daripada si perempuan. Perjalanan dua insan ni bermula dengan baik, nasihat itu. Nasihat ini. Tegur perkara yang tak dibenarkan di facebook. Tentang gambar dan sebagainya. Hantar mesej berunsurkan tazkirah, mesej berbunga-bunga dan banyak lagi. Maksud kasih sayang yang Ckin maksudkan adalah :
"Awak, awak sayang tak?"
"Mestilah sayang..."
"Kalau sayangkan saya, boleh tak saya nak buat satu permintaan?"
"Cakaplah..."
"Boleh tak kalau awak panggil saya abang?"
"Eh, bolehke kita buat macam ni awak?"
"Ala, janganlah takut, kan saya ikhlas nak jadikan awak sebagai isteri saya... Lagipun, saya teringinlah nak awak panggil saya abang..."
"Mmm... Betul ke awak cakap ni? Awak janji takkan tinggalkan saya nanti?"
"Betul. Kan kita berkawan kerana Allah. Saya berjanji akan jadikan awak isteri saya jugak nanti. Awak tak percayakan saya? Merajuklah macam ni...huhu"
"Alala, awak ni. Janganlah macam ni. Baiklah, saya akan panggil awak dengan gelaran abang. Boleh abang?"
"Haaa... Macam tu lah. Terima kasih awak. Tapi, boleh tak kalau saya nak panggil sayang kat awak?"
"Mmm... Bolehlah. Sebab awak dah berjanji nak kahwini saya suatu hari nanti kan? Jangan sesekali awak mungkiri tau.."
"Sayang tak percaya kat abang ye? Sampai hati sayang ni..."
Dan seterusnya ke babak kehidupan yang lain pulak.
Aduh, Ckin tak pandai nak buat ayat la. Tapi, apa yang Ckin nak cakap, perkara ni akan berlaku secara slow-slow. Ini mengikut bukti yang Ckin nampak depan mata Ckin. Pernah jugak masuk mimpi Ckin. Mungkin Allah nak tunjukkan siapa sebenarnya orang yang kita anggap baik selama ni. Ckin cuba utk menerangkan seberapa jelas yang mungkin agar sahabat-sahabat Ckin faham apa yang Ckin nak sampaikan. That's all.
Apa yang membuatkan Ckin rasa geram kepada si Playboy Islamik ni adalah, dia memilih perempuan-perempuan yang baik untuk dijadikan sebagai pasangan dia. Itu yang membuatkan Ckin panas. Pelik dengan si Playboy Islamik ni. Pandai jugak dia. Pandai memilih.
Seterusnya, bila dah 70-80% dalam perhubungan ni, si Playboy Islamik ni akan mula minta kepada si pasangannya ni agar merahsiakan hubungan mereka ni. Cerdik kan?
Jom baca di bawah :
Jom baca di bawah :
"Sayang, abang harap biarlah hubungan ni hanya 3 je yang tahu..."
"Yer abang. Tapi siapa lagi 1?"
"Abang, sayang dan Allah je yang akan tahu hubungan kita ni. Jangan sesekali ceritakan kepada sesiapa pun tentang perhubungan kita ni yer... Hatta kepada kawan baik sayang sendiri ataupun family... Bila sampai masanya nanti baru kita beritahu family kite tau..."
"Baiklah abang... Yang penting kita bahagia..."
Inilah kunci utamanya. RAHSIAKAN PERHUBUNGAN NI DARIPADA ORANG LAIN. Perfect!
Seseorang perempuan ni, dia amat-amat memegang rahsia tambah-tambah lagi yang melibatkan hati dan perasaan. Sebab tu perempuan ni kadang sukar difahami dan sukar dimengerti. Bila dah janji macam tu, sah-sah si perempuan ni akan kunci mulut. Manakala, si lelaki ni pulak akan mencari lagi perempuan. Dengan chatting di facebook, dan minta nak berkenalan dengan perempuan lain. Hanya si lelaki yang tau tentang hal ni. Si perempuan pulak hanya mengikut jejak langkah si lelaki. Memang bijak. Dia boleh pasang sampai 3 - 4 orang dalam satu-satu masa. Memang hebat. Kesemuanya ditaburkan dengan janji yang sama.
Haish. Ada jugak orang macam ni kan dalam dunia ni kan?
Di sepanjang perhubungan ni, percaya atau tidak, tipulah kalu Ckin katakan nafsu kedua-dua mereka tak ada. Yang bab ni pandai-pandailah fikir naa. Ckin tak mau mengulas panjang.
Bila di akhirnya, apabila si lelaki dah bosan dengan si perempuan ni, dia akan mula menjauhkan diri. Memaksa melakukan perkara-perkara yang bukan-bukan yang menyalahi syariat. Bila dia melakukan hal macam tu, automatik si perempuan yang masih kuat iman di hatinya akan menolak sekeras-kerasnya. Jadi, mudahlah untuk lelaki tersebut tinggalkan si perempuan. Akhirnya berpisahlah dua insan yang bercinta atas "Dasar Islam". Tapi, jangan lupa pulak. Perhubungan ni hanya diketahui oleh si lelaki, si perempuan, dan juga Allah. Ini bermakna rahsia tu terkubur sampai mati. Tapi, jangan lupa pulak wahai insan-insan Playboy Islamik, setiap perkara yang kalian lakukan, ada Malaikat di kanan dan kiri yang mencatit setiap perbuatan kalian ni. Allah itu Maha Adil.
Perbuatan ni hanya akan mengundang masalah kepada diri sendiri. Seriously Ckin cakap. Dan 1 lagi, bila nak kahwin kelak, tau pulak nak cari calon isteri yang solehah, yang terjaga akhlaknya, yang terjaga batasan hubungan dengan lelaki dan perempuan, sedangkan sekarang si lelaki ni boleh seronok-seronok je main-mainkan hati perempuan lain. Kalau macam tu, kalian memang tersilap. Allah dah berjanji bahawa:
LELAKI YANG BAIK HANYA UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK DAN LELAKI YANG TIDAK BAIK JUGA AKAN MENDAPAT SETIMPAL DENGAN APA DIA BUAT.
Tak percaya? Tunggu dan lihat. ^_^
Kalaupun diri sendiri tak malu melakukan perkara-perkara ni, fikirkan balik maruah mak ayah. Ye dak? Ye la. Mak ayah hantar belajar tinggi-tinggi suruh belajar, timba ilmu agama sebanyak mungkin. Jangan terkejut kalau rahsia kalian (yang tergolong dlm golongan Playboy Islamik) akan diketahui oleh ibu bapa? Masa tu nak letak muka kat mana? Letak dalam paya pun tetap rasa malu. Hina yang amat sangat. Nak? Depan ibu bapa baik macam malaikat, tapi di belakang mak ayah?
Ish! Please lah. Jangan sampai Allah cabut rasa malu tu dari diri kita wahai sahabat-sahabatku.
Cukuplah setakat itu penjelasan tentang Playboy Islamik ni. Sekarang Ckin nak menyuarakan hasrat hati dan juga pesanan kepada sahabat-sahabat Ckin mahupun mereka yang membaca post ni.
Cuti baru-baru ni, selepas baca Al-Quran, Ckin tertarik untuk baca tafsir surah Ibrahim. Sangat-sangat bersesuaian dengan apa yang Ckin nak cakap pada hari ni. Sebagaimana firman Allah :
"Dan berikanlah peringatan(Muhammad) kepada manusia pada hari (ketika) azab datang kepada mereka, maka orang yang zalim berkata,
'Ya Tuhan kami, berikanlah kami kesempatan (kembali ke dunia) walaupun sebentar, nescaya kami akan mematuhi seruan Engkau dan akan mengikuti rasul-rasul"
Kepada mereka dikatakan,
'Bukankah dahulu (di dunia) kamu telah bersumpah bahawa kamu sekali-kali tidak akan binasa?"
(Surah Ibrahim : 44)
Zalim dalam pengertian yang umum adalah, bertindak yang bersifat menganiaya, merampas hak, baik itu kepada Allah, kepada diri sendiri maupun orang lain.
See? Jadi, Ckin cuba memberi peringatan dan pesanan kepada sahabat-sahabat Ckin di samping memperbaiki diri Ckin ni. InsyaAllah.
Perlu diingatkan, bahawa kehidupan kita di dunia ni hanyalah sementara. Bagi insan-insan yang merasakan dia merupakan salah seorang dari insan yang digelar Playboy Islamik dalam diam-diam ni, kembalilah ke jalan yang betul. Bertaubatlah. Carilah siapa diri kalian yang sebenar. Jangan suka sangat merosakkan anak dara orang lain. Walaupun Allah tak balas on the spot, tapi kalian boleh tengok sendiri. Hati tak tenang. Result exam masih di tahap yang sama. (sekadar cukup makan). Solat tanpa rasa apa-apa. Dan jangan terkejut kalau tiba-tiba nanti Allah tarik balik nur yang ada di wajah kalian tu. Janji Allah itu pasti seperti yang dirakamkan dlm surah yang sama.
"Maka kerana itu jangan sesekali kamu mengira bahawa Allah mengingkari janji-Nya kepada rasul-rasul-Nya. Sungguh, Allah Maha Perkasa dan mempunyai pembalasan".
(Surah Ibrahim : 47)
Kalau tak jelas lagi tentang pembalasan Allah ni, Ckin tak tahulah. Ckin cuma menasihatkan. Hidup manusia ni takkan terlepas dari berbuat salah hatta sebesar zarah. Sama-sama kita muhasabah diri balik. Mungkin tu zaman Jahiliyyah. Pintu taubat masih terbuka. Carilah sebanyak mungkin bekal untuk menghadap Allah kelak. Ckin tau, ada ramai kat luar sana yang bersikap macam ni. Yang masih cakap,
"Hmm... Nanti-nantilah taubat. Biarlah enjoy habis-habisan dulu"
"Relax la. Life begin at 40!"
"Tak sampai seru lagi dik..."
Terpulang pada kalian. Tapi, Ckin percaya, Allah masih sayangkan kita semua. Sebab tu kita dapat hidup lagi sampai saat ni. Kepada mereka yang nak berubah, kembalilah kepada Al-Quran dan Hadis. Ckin memetik ayat terakhir daripada surah Ibrahim yang menyatakan :
"Dan (Al-Quran) ini adalah penjelasan (yang sempurna) bagi manusia, agar mereka diberi peringatan dengannya, agar mereka mengetahui bahawa Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang yang berakal mengambil pelajaran".
(Surah Ibrahim : 52)
Carilah guru untuk membimbing diri kita. Jangan hanya keras membatu dan sentiasa rasa bahagia dengan kehidupan yang ada. Kalu bukan sekarang nak berubah, bila lagi? Esok? Lusa? Tahun depan? 2 tahun lagi? Last-last mengadap Allah dalam keadaan penuh dengan dosa. Ya Allah... Na'uzubillahiminzalik.
Kepada sahabat-sahabat Ckin yang perempuan, please, please, please...
Sekiranya didatangkan ujian dalam perhubungan dengan mana-mana lelaki tak kisah yang berserban, berjubah, berjanggut, berkopiah, tak pakai kopiah, PLEASE CHECK SEHABIS MUNGKIN MENGENAI LELAKI TERSEBUT. Jangan mudah terpedaya dengan kaum lelaki. Jangan mudah jatuh hati dengan insan-insan yang cuba merapati diri kalian. Mana tahu, mereka adalah Playboy Islamik? Itulah Ckin dah cakap, mereka ni cerdik. Cerdik dalam menipu. Ini adalah pengalaman sahabat Ckin. Ckin tak mau kalian jadi seperti beliau. Alhamdulillah dia terselamat dari jadi mangsa Playboy Islamik ni. Dan Ckin tak pasti bila si lelaki ni nak berubah? Hanya Allah yang tahu akan setiap kejadian yang berlaku.
Sekiranya didatangkan ujian dalam perhubungan dengan mana-mana lelaki tak kisah yang berserban, berjubah, berjanggut, berkopiah, tak pakai kopiah, PLEASE CHECK SEHABIS MUNGKIN MENGENAI LELAKI TERSEBUT. Jangan mudah terpedaya dengan kaum lelaki. Jangan mudah jatuh hati dengan insan-insan yang cuba merapati diri kalian. Mana tahu, mereka adalah Playboy Islamik? Itulah Ckin dah cakap, mereka ni cerdik. Cerdik dalam menipu. Ini adalah pengalaman sahabat Ckin. Ckin tak mau kalian jadi seperti beliau. Alhamdulillah dia terselamat dari jadi mangsa Playboy Islamik ni. Dan Ckin tak pasti bila si lelaki ni nak berubah? Hanya Allah yang tahu akan setiap kejadian yang berlaku.
Namun, buat mereka yang ingkar, Allah turut berfirman :
"Perumpamaan orang yang ingkar kepada Tuhannya, perbuatan mereka seperti abu yang ditiup angin keras pada suatu hari yang berangin kencang. Mereka tidak kuasa (mendatangkan manfaat) sama sekali dari apa yang telah mereka usahakan (di dunia). Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh".
(Surah Ibrahim : 18)
Sama-sama kita muhasabah diri kita balik. Supaya kita tidak menjadi mangsa Playboy Islamik dan tidak menjadi Playboy Islamik itu sendiri.
Yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang tak baik itu datangnya daripada kelemahan diri Ckin sendiri. InsyaAllah. Ckin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kata-kata yang kurang sedap didengari mahupun dibaca. Wallahua'lam.
18 Comments:
kupasan yang manarik, ckin... info yang lengkap untuk di kongsi.. mtk share ye...
:D
insyaAllah..tafaddhol... ^_^
Allahurabbi~~~
Begitu jelas kupasan yang kamu berikan. Moga-moga dapat membuka mata mereka di luar sana.
Terima kasih atas peringatan ini :)
Salam...
Dialog 2 yg original k atau rekaan sendiri? huhu
Assalamualaikum ckin.
Suka post yang ni. Memang betul terjadi macam ni, malah ada yang cuma nak test sama ada perempuan tu betul-betul boleh jaga hubungan tak. Kemudian, mereka (lelaki) seolah-olah kategorikan perempuan2 ni yang betul-betul muslimah atau tidak. Wallahualam. Hanya Allah tahu niat mereka.
p/s: Tak berapa gemar ayat
"Kenapa dia tak pilih perempuan yang tak bertudung ka en" sebab macam semua gadis tidak bertudung buruk agamanya. mungkin boleh tukar sikit ayatnye?
Latifah,
InsyaAllah sebagai pengajaran dan peringatan untuk kita semua. Supaya takkan jadi macam tu.. ^_^
Sama-sama kasih.. ^_^
Hadi,
Waalaikumussalam. Dialog original pernah baca depan mata dan dengar penjelasan dari sahabat-sahabat yang terbabit. Ayat di atas direka berdasarkan pengalaman mereka. ^_^
gadis bertudung,
Waalaikumussalam.
Betul tu. Tapi mereka ni silap besar. Perempuan ni kan insan yang setia. Nak risau apa lagi en.. Ntahla. Saya paling tak suka orang yang suka test2 ni.
1. Mainkan prasaan premppuan.
2. Mmbuatkan si permpuan menyimpan harapan tinggi utk si lelaki ambilnya sebagai isteri kelak.
InsyaAllah saya akan tukar ayatnya.. Sy pun rasa silap jugak letak tu. ^_^ syukran atas tegurannya..
bg lady xde lelaki islamik or playboy islamik..
mungkin nmpk islamik.. tp kalau dh bercintan cintun tu rsnye.. dh x islamik dh kot..
LadyBird,
Setiap pandangan adalah berlainan... ^_^
Pandangan Allah adalah yang terbaik dan perfect.. ^_^
tajuk yang menarik hati sesiapa saja utk membacanya..jarang dgr tajuk ni,playboy islamik..
hisyam,
Yang penting adalah perkara yg disampaikan.. ^_^
salam ckin..
sy setuju sgt2 ngan ape yg ckin tulis... actually mmg benar2 wujud lelaki cmney.. mgkin ramai xpenah dgr..sy ckp cmni. sbb sy penah alami benda yg sama.. same seperti jalan crite.. tp Alhamdulillah.. skg da lepas dr ni sume...
mohon share ye ckin..
ieyra ieryna,
Waalaikumussalam ieyra eiryna..
Alhamdulillah macam tu..yang lalu tu kita buat as pengajaran naa..insyaAllah ada something yang Allah nak bagi tu.. ^_^ asalkan jangan ulangi lagi keslapan dulu dah naa..insyaAllah..doa agar ditetapkan iman di hati..
boleh share..tak perlu minta izin naa..ni hak Allah..hak kita bersama.. ^_^
menarik! setuju ngan entry ni. org skang ramai yang tampil dgn imej beragama untuk menarik perhatian ramai. bukan laki je, pompuan pon ramai. semoga kita tak tergolong dalam golongan ni.
Ieyra Kamaruddin,
yer?kalu ada tu harap dia sedar la naa...insyaAllah..doalah agar ditetapkan iman di hati.. ^_^
Terus terang saya boleh dikatakan seorang yg mempunyai ciri-ciri playboy Islamik sprti dlm post ini. Saya sering kali ingin berubah tapi kadang2 tewas dgn hawa nafsu. Terima kasih atas post cik ini kerana mmbantu saya buka mata lebih luas dn InsyaAllah saya akan kuatkn azam utk terus tinggalkn perkara2 yg lagha ini. Betul kata cik, kalau bukan sekarang bila lagi saya hendak berubah. Mohon doakn saya = )
Saudara Anonymous,
alhamdulillah jika sudah dibuka pintu hidayah utk berubah..insyaAllah doa sy akn mengiringi wpun sy mmg tak kenal siapa saudara..kuatkan iman di hati..minta pd Allah..insyaAllah boleh..saudara sgt beruntung sbb dberi peluang utk sedar awal berbanding mereka yg telah terlambat...
Post a Comment