Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Blog RAPI Dah Dilancarkan! ^_^

Thursday, November 24, 2011

Assalamualaikum sahabat-sahabat Ckin yang dikasihi dan disayangi...

Apa khabar iman?  Jasad?  Moga-moga bertambah-tambah baik dari sehari ke sehari naa.  Rasa tak sempat nak update blog Ckin ni pasalnya Ckin baru je lepas 'renovate' blog Rakan Pusat Islam PTSS.  Dua hari ni memang tumpu betul-betul 'develop' blog RAPI PTSS ni.  Ckin gunakan template yang mudah-mudah je.  Dan buat simple-simple gitu.  Yang penting isi di dalam.  Kulit luaran tu kan bonus.  Kalau nak tengok, boleh klik :



Insya-Allah adalah insan yang ditugaskan untuk update blog tu kelak.  Nanti kalau nak ilmu tambahan, bolehla ke sana dan follow, kalau mau la en.  ^_^  Tak paksa.hehe

Ckin jugak sedang upload Video Khatib Cilik ke youtube.  Ckin nak share dengan sahabat-sahabat semua.  Nanti dah settle, Ckin akan buat post baru.  That's all from me.  Thank you.  Wassalam.


Read more...

I've Got Problem. Please help me.. =_=

Sunday, November 20, 2011

Assalamualaikum semua!  


Ckin dilanda rasa gelisah dengan apa yang melanda notebook nih.  So, Ckin harap ada antara sahabat-sahabat Ckin ni yang boleh tolong naa.  Minggu lepas dah 3 4 kali jugak turun bawah kat staf di Insan System, katanya apa yang jadi adalah disebabkan virus.  Dia dah pun clean all the virus in this notebook. Tapi, balik-balik sama jugak.  Haish!  Apalah sebenarnya yang jadik ni Ckin pun tak tau.  Sebelum tu, meh nak tunjukkan apa yang jadi kat notebook Prof Wan ni.  

Yang pertamanya, tengok pada yang Ckin bulatkan merah tu.  Ia akan naik pop-up windows macam ni secara banyaknya.  Namanya tu adalah Developer Tools.  Tak taulah apa puncanya jadi gini.  Bila close, lagilah banyak akan keluar.  So, kesannya payah nak melayari internet dan nak buat kerja.  Then, cuba tengok pada tab window yang bulat kecik sikit tu.  Tu sikitlah.  13 Developer Tools muncul tanpa diundang. Pernah jugak naik sampai 28 kot.  Geram jugak jadi gini sebab tak dapat nak tau puncanya.
Seterusnya, tengok kat sini.  Benda yang sama keluar, kan?  Bila close, lagi banyak kuar.  Bertambah dengan tunjuk codingnya.  
Lastly, kadang tu, kita tak minta pun nak 'save' dokumen yang kita buat, tup-tup ia minta nak 'save' sendiri.  Haish.  Yang ni pun membantutkan kerja sebenarnya.  Tengah-tengah khusyuk buat kerja, duk kuarlah benda alah ni.  Bila tekan 'save', dia kuar.lagi benda yang sama.  Bila tekan 'cancel', pun sama.  

So, dengan penjelasan yang sedikit ni, Ckin harap sahabat-sahabat dapat tolong naa.  Nak tau puncanya.  Dan nak cari penyelesainnya.

Setakat tu dulu.  Nak sambung buat kerja sikit.  

Wassalam.

Read more...

Tingginya Malu Tsa'labah Di Usia 8 Tahun

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua.  So far, cuti ni buat apa je?  ^_^


Ckin macam biasalah.  Duk rumah dan petang-petang tu keluar pi kedai-kedai yang berdekatan bagi menghilangkan keboringan di rumah.  Alhamdulillah tak sia-sia berjalan.  Sebabnya Ckin jumpa dengan kawan pejabat Ckin iaitu Kak Aishah.  Sempat lagi berbual-bual dengan Kak Aishah and Kak Hasanah (student KUIN) sambil makan-makan ais kacang (ABC).  Act, Ckin dah lama tak pekena ais-ais ni.  Rasa lain jugaklah...hehe  Ckin tak berkenan dengan isi-isi dalam ais kacang tu.  Rasa pelik.hehe  Ckin lebih suka letak kacang je (kalau bolehla..hehe).  By the way, pertemuan yang singkat tu, banyak jugak yang disembangkan.  Ada teman berbual, hilang keboringan ni.  ^_^


Actually, Ckin nak kongsikan sedikit kisah mengenai Tsa'labah yang dikongsikan oleh Ustaz Zahazan dalam Program Tanyalah Ustaz minggu lepas.  Sifat malu Tsa'labah ni sangat tinggi sehinggalah dikisahkan bahawa satu hari tu Rasulullah minta Tsa'labah ni untuk melakukan sesuatu untuk baginda.  Maka, Tsa'labah pun pergi untuk menunaikan hajat baginda.  Kemudian, bila Tsa'labah melintasi satu rumah ni, kain langsir rumah ditiup angin dan membuatkan langsir yang pertama terselak.  Kemudian, angin bertiup lagi lantas menjadikan langsir yang kedua di bahagian dalam rumah turut terselak.  Seterusnya, angin kuat lagi turut menyebabkan langsir yang ketiga terselak.  Akhirnya, Tsa'labah ni ternampak ada seorang wanita yang sedang mandi.  Sebagaimana yang kita ketahui, bila kita mandi sudah semestinya aurat kita tidak tertutup dengan sempurna, kan?  Setelah dia nampak tu, Tsa'labah ni rasa sangat-sangat berdosa akan kesilapan yang tidak disengajakan tu.

Jadi, dia terus berlari ke sebuah bukit dan menghilangkan diri selama 40 hari lantaran malu dan berdosanya beliau dan memohon keampunan daripada Allah s.w.t.  Sebenarnya Tsa'labah takut ayat Al-Quran akan diturunkan disebabkan kesilapannya itu.  Sebabnya waktu tu, Al-Quran masih diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.  Tau tak berapa umur Tsa'labah ketika waktu ni?  Umurnya adalah 8 tahun.  Subhanallah.  Memang iman yang mantap.  Sebab apa Ckin cakap macam ni?  Sebabnya kalau diikutkan zaman umat Nabi yang sekarang ni, sekiranya ternampak perempuan yang tengah mandi pun, mungkin ini yang akan keluar di mulut...


"Rezeki tu..."
"Tak pa kot, ternampak je..."

Mungkin ada yang lagi nak tengok!  Who knows.  Nafsu manusia kan?

Berlainan dengan Tsa'labah ni.  Dia memohon ampun kepada Allah lantaran malu dan bersalah yang amat sangat.  Kemudian, Rasulullah pelik ke mana Tsa'labah menghilang.  Setelah 40 hari baru Tsa'labah turun.  Dan menjelaskan kepada Rasulullah apa yang berlaku.

Hebat kan iman seorang anak muda ni.  Baru berusia 8 tahun.  Dosa pun tak dibebankan atas bahu sendiri lagi.  Begitu mantap aqidah yang ditanam ke dalam diri sahabat-sahabat Nabi.  Subhanallah.  Rasa kerdil diri ini.  Persoalannya sekarang, MAMPUKAH KITA MENJADI SEPERTI TSA'LABAH?



Tepuk dada, tanyalah iman kalian.  Ditambah dengan gadget yang pelbagai sekarang.  Facebook, blogger, twitter, ym, netlog, dan banyak lagi yang dipenuhi dengan bermacam-macam gambar manusia yang disertai dengan riak muka yang pelbagai, gaya pemakaian yang begitu, begini.  Agak-agak la, kalau seseorang ni buka profile seorang kawan di fb, tambah-tambah yang perempuan, rasanya si lelaki tu tengok sepintas lalu atau lagi dia nak tengok?  Ikutkan logik akal yang sihat, pasti dia akan buka lagi gambar-gambar yang seterusnya.  Ye dak?  Tak kisahlah lelaki atau perempuan, sama je.  Tak ada beza pun.  Jadi, untuk mengurangkan dosa-dosa kecil ni, maka fikir-fikirkanlah untuk mengubah diri kita sendiri.  Ckin pun mengingatkan diri Ckin sendiri sebenarnya.  Ckin pun manusia biasa, moga-moga apa yang Ckin tulis ni akan turut mengingatkan Ckin supaya berhati-hati dengan pengaruh luar ni.  Insya-Allah.

Ckin tinggalkan sahabat-sahabat dengan satu firman Allah yang dirakamkan di dalam surah Ar-Ra'd.  Moga-moga kita akan sedar akan kesilapan kita yang lalu.  Insya-Allah.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri".

(Ar-Ra'd : 11)

Sekian untuk hari ini.  Wassalam.

Read more...

Gen-Q : Dialog Moden

Thursday, November 17, 2011

Assalamualaikum semua.

Diharapnya sahabat-sahabat sihat belakalah naa.  Ckin curi sedikit masa ni untuk share dengan sahabat-sahabat semua tentang Dialog Moden.  Tajuk ni Ckin pinjam dari Majalah Gen-Q siri yang ke-4.  Untuk makluman semua, maksud Gen-Q adalah Generasi Al-Quran.  Nak tau lagi, belilah naa.  Tak rugi.  Memang sangat-sangat berguna.  Anybody can read it.  Tak mahal pun ni.  Harganya cuma RM 7.00.  Bagi Ckin, ianya disampaikan secara santai.  Seriously!  ^_^


Alangkah manisnya kalu kita dapat mengeluarkan perkataan-perkataan yang baik-baik sahaja kan?  Pahala pun dapat, akhlak yang baik pun terserlah.  InsyaAllah.  Jadi, apa kata kalu kita praktikkan dari menggunakan perkataan yang sia-sia kepada perkataan yang berguna dan bermanfaat untuk kita.  Jom lihat.  ^_^

Boleh copy kalu nak.  ^_^ Just right click, then save.  ^_^

"BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG SEBETULNYA!"

Jom praktikkan...  

Ma'as salamah.  Dan selamat bercuti di hujung minggu bagi yang belajar dan bekerja di Kedah, Kelantan dan Terengganu.  Wassalam.  ^_^


Read more...

7 Peringkat Nafsu. Kalian Dah Tahu?

Monday, November 14, 2011

Assalamualaikum semua.
Macam mana dengan kehidupan hari ni?  Ok atau KO?  ^_^  Kalau KO, kena cari ubatlah naa.  Bagi yang akan mengharungi exam, selamat berjuang di medan peperiksaan.  ^_^

Act, Ckin nak kongsikan tentang sesuatu yang Ckin pernah baca dulu tapi just sepintas lalu kot dulu ni.  Sekarang Ckin cari balik sebab ada yang mengingatkan.  InsyaAllah sama-sama kita terokai apa yang Ckin nak sampaikan pada hari ni naa.  Ckin pun tengah mendalami ni di samping nak share dengan sahabat-sahabat semua.  Jom roll ke bawah.  ^_^

Eh...  Eh...  Lupa pulak nak tinggalkan pesanan.  Yang mana baik tu silalah ambil buat pedoman hidup dan yang tak bagus tu silalah tinggalkan di ruangan ini naa.  Yang baik itu, semuanya daripada Allah...  ^_^

Rupa-rupanya terdapat 7 peringkat nafsu.  Seriously.  Bukan nafsu yang 9 tu.  Dan bukan juga nafsu yang 1 tu. Nak tau lebih lanjut?  Teruskan membaca.  ^_^


1) Nafsu Ammarah


Peringkat nafsu ini merupakan peringkat nafsu yang paling hina dan jahat.  Nafsu Ammarah tidak menyuruh sesuatu pun pada diri kita kecuali kepada kejahatan.  Orang yang berada di tahap nafsu ini telah dikuasai oleh hawa nafsunya.  Apabila nasfu menguasai, maka segala perbuatan dan perkataannya sentiasa terdorong kepada kejahatan dan kederhakaan kepada Allah.  Allah menyatakan kejelekan nafsu ini dengan Firman-Nya: 

"Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan"
(Surah Yusuf : 53)

Sekiranya kita berada di tahap nafsu ini maka celakalah kita.  Sebabnya kita tidak akan terlepas daripada seksaan api Nereka Allah. Ini adalah kerana tiada kebaikan pada diri kita.  Nafsu diperingkat ini memiliki hati yang penuh dengan sifat-sifat mazmumah seperti sombong, dengki, mengumpat, mengadu domba, dendam, menghina, riak, ujud, sum’ah, pemarah, pemalas, kuat tidur, kuat makan, malas beribadah, suka kepada kesoronokan dan sebagainya.  Mereka telah menjadi hamba nafsu bukannya menjadi hamba Allah.


2) Nafsu Lawwamah


Peringkat nafsu ini lebih baik sedikit daripada nafsu Ammarah.  Peringkat nafsu ini, telah pun menyedari keburukan sifat-sifat yang bersarang dihatinya dan mereka telah berusaha bermujahadah menentang segala sifat buruk itu.  Mereka telah memiliki ‘iman ilmu’ dengan cara mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan Islam.  Ini tidak juga menjamin mereka beramal dengan apa yang mereka ketahui.  Kadang-kadang kejahatan ulama-ulama dan dosa yang mereka lakukan melebihi kejahatan yang dilakukan oleh orang jahil.

Mereka yang bernafsu lawwamah telah pun melakukan mujahadah menentang sifat-sifat buruk itu, tetapi sering tewas oleh bujukan hawa nafsunya sendiri.  Bila menyedari kesilapan, mereka menyesali atas kejahatannya, tetapi mengulanginya kembali disebabkan desakan nafsunya melebihi keimanannya.  Peringkat nafsu ini boleh berlaku kepada mereka yang sudah bergelar ustaz, ustazah, kadhi, mufti, ulama, tok guru dan professor.
Ya Allah...  Janganlah Kau pesongkan hati kami setelah Kau beri petunjuk kepada kami....  Amin

Ilmu yang banyak tidak dapat menjamin keselamatan dan terpelihara daripada pujukan nafsunya sendiri.  Setiap ilmu yang ada hendaklah diamalkan dengan bersungguh-sungguh dan berterusan (istiqamah) disamping berusaha dengan tekun melawan kehendak nafsu yang hina.  Dengan cara inilah nafsu jahat kita akan berubah sedikit demi sedikit menaiki tangga nafsu yang lebih baik dari sebelumnya.  Tanpa perubahan yang dilakukan, mereka masih tercela dan dimurkai Allah, kerana orang yang bernafsu lawwamah masih tidak selamat dari Neraka Allah.


3) Nafsu Mulhamah



Latihan yang sistematik dan istiqamah dalam mengikis sifat-sifat kesyaitanan dan kebinatangan (sifat mazmumah) akan menyucikan hati kita.  Hati ibarat sebagai satu bekas, mestilah kosong dari sifat-sifat mazmumah (tercela), supaya hati itu dapat pula diisi dengan sifat-sifat mahmudah (terpuji).  Jiwa yang bernafsu Mulhamah adalah jiwa yang mula menampakkan keelokan pada jiwa itu.  Orang yang bernafsu Mulhamah mula mendapat ilmu-ilmu terus dari Allah yang disebut ‘Ilham’atau ‘Laduni’.
Firman Allah Taala:

"Demi nafsu (manusia) dan yang menjadikan (Allah) lalu diilhamkan kepadanya mana yang buruk dan mana yang baik. Sesungguhnya dapat kemenanganlah orang yang menyucikan (nafsunya) dan rugilah orang yang mengotorkannya"

(As-Syam: 7-10)

Tahap nafsu ini merupakan tahap pertama dalam memasuki sempadan kewalian.  Oleh kerana itu, kita seharusnya berada paling minimanya di tahap nafsu ini.  Walaubagaimanapun, kita janganlah terus berada diperingkat nafsu ini, kerana orang yang berada diperingkat nafsu ini belum lagi mantap.  Jiwa perlu digilap dan ditingkatkan lagi agar ia dapat mendaki nafsu yang lebih tinggi.


4) Nafsu Mutma’innah



Sekiranya kita berada diperingkat nafsu ini, barulah kita akan terselamat dari seksaan Neraka.  Ini dinyatakan sendiri oleh Allah Taala.  FirmanNya berbunyi:

"Wahai jiwa yang tenang (nafsu muta’innah) kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang puas lagi diredaiNya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam Syurga-Ku"

(Al-Fajr: 27-30)

Merupakan peringkat permulaan untuk menuju kepada Allah. Tetapi awas kita akan jatuh juga di dalam tipuan-tipuan yang tersangat halus, sekiranya kita tidak berhati-hati.


Di antara penipuan-penipuan itu ialah seperti syirik khafi (syirik yang tersembunyi), cintakan kedudukan dan pangkat.  Orang yang bernafsu mutma’innah ini dari segi zahirnya nampak cantik iaitu bersifat yang mulia lagi terpuji seperti pemurah, lemah-lembut, bertawakal, zuhud, warak, syukur, sabar, redha.  Tersingkap kepada mereka akan rahsia-rahsia ketuhanan, bahkan telah terjadi kepadanya perkara-perkara pelik dan sebahagian dari keramat-keramat.  Ia merasakan dirinya telah dinaikkan maqam Iman Al A’zam (Iman Besar).  Inilah sebahagian daripada penipuan-penipuan yang perlu kita berhati-hati.


5) Nafsu Radiah



Apakalanya mereka yang bertaraf nafsu mutma’innah itu memperolehi inayah dari Allah dan ia bersandar kepada Syeikhnya (guru yang membimbingnya) secara keseluruhannya serta dilazimi mujahadah sehingga tetaplah dia dengan sifat-sifat yang terpuji dan hilangnya unsur-unsur riyak maka jadilah nafsunya hina, sama baginya pujian atau celaan.  Dia telah masuk di dalam maqam fana, redha dengan apa yang terjadi atas dirinya tanpa tentangan maka meningkatlah maqam mutma’innah ke tahap nafsu radiah.


6) Nafsu Mardhiah



Boleh juga berlaku pandangan fana dan ikhlas akan jatuh ke dalam bahaya ujud iaitu hairankan diri. Maka ketika itu hendaklah ia memohon perlindungan daripada Allah dari hal seumpama itu dengan bantuan Syeikhnya.  Tanpa bantuan Syeikhnya, ia tidak akan berjaya.  Apabila ia telah kembali fana dan ikhlas, akan ditajallikan kepadanya redha, diampunkan dosanya yang telah lalu, digantikan kejahatannya dengan kebaikan, maka terbukalah segala pintu zauk dan tajalli, lalu tenggelamlah ia di dalam lautan Tauhid dan burung-burung rahsia akan memperdengarkannya nyanyan-nyanyian. Nafsu ini dinamakan nafsu mardhiah.


7) Nafsu Kamaliah



Tingkat nafsu ini adalah tingkat yang terakhir dan yang tertinggi sekali.  Tingkat ini jarang dicapai oleh jiwa-jiwa seperti kita.  Tingkat ini biasanya dicapai oleh para Rasul, Nabi-Nabi, para sahabat dan wali-wali besar sahaja.  Golongan ini akan meningkat dari darjat fana(binasa) kepada baqa(kekal) dengan Allah Taala sentiasa.  Di tahap ini seseorang itu tidak perlu bersusah payah dengan bermujahadah dan berusaha melawani desakan hawa nafsu dan syaitan, kerana sifat kesempurnaan telah mendarah daging dan bersebati dengannya.  Firman Allah:

"Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan"

 (Yusuf: 53)

Musuh kita yang paling jahat ialah nafsu kita yang berada di antara dua lambung kita.  Kejahatan nafsu melebihi kejahatan syaitan atau iblis.  Jadi permusuhan kita dengan nafsu kita sendiri melebihi permusuhan kita dengan syaitan.  Namun, syaitan dapat menguasai diri kita melalui nafsu yang berada pada diri kita. Dengan kata lain, nafsu merupakan talibarut atau suruhan syaitan untuk menerangi kita.

Menyedari tentang hal ini, maka janganlah kita tertipu oleh nafsu kita sendiri.  Kerana sesuatu yang datang darinya adalah yang dapat menipu-dayakan kita.  Sekiranya kita lupa dari bermuhasabah terhadapnya, kita akan dihanyutkan olehnya.  Bahkan sekiranya kita gagal dalam menentang dan melawannya, kita akan diseret masuk ke Neraka.


Untuk menyelamatkan diri, kita kenalah bertakwa kepada Allah. Renungilah sebanyak manakah usia kita yang telah kita pergunakan untuk mencari kebahagian Akhirat, kerana renungan seumpama itu sebenarnya dapat membasuh hati kita.  Sabda Rasullulah SAW:

"Berfikir satu saat itu lebih baik dari ibadah setahun"


Pendekkan angan-angan , memperbanyakkan berzikir pada Allah, menjauhi tegahan-tegahanNya, menahan dari mengikut kehendak hawa nafsu dan syahwat.  Oleh itu sekirannya kita tunduk dan memperhambakan diri pada nafsu, bermakna kita telah tunduk dan menyembah berhala.

Berkata Yahya bin Muaz ra:
"Bermujahadah menentang nafsumu iaitu dengan melakukan ketaatan pada Allah dan melakukan latihan-latihan (riadah kerohanian).  Latihan itu ialah dengan menghindarkan tidur, mengurangkan percakapan, tahan menanggung kesakitan dan bala dari manusia serta mengurangkan makan. 
Maka lahirlah dari sedikit tidur itu, sucikan kemahuan. 
Sedikit percakapan dapat menyelamatkan diri daripada berbagai penyakit. 
Dengan menanggung kesakitan dari manusia akan mendapat menyampaikan maksud dan cita-cita.
Dan sedikit makan akan mematikan nafsu, kerana membanyakkan makan akan mengeraskan hati dan menghilangkan cahaya. 
Sedangkan cahaya (nur) hikmah itu ialah lapar, sedangkan kenyang dapat menjauhkan diri dari Allah.

Rasullulah SAW bersabda: 
"Jangan kamu mematikan hati kamu dengan memperbanyakkan makan dan minum, kerana hati akan mati seperti mana tanaman akan mati apabila terlalu banyak disiram dengan air"

Rasullulah SAW bersabda: 
"Sesungguhnya syaitan akan menusuk masuk ke dalam tubuh anak Adam melalui tempat pengaliran darah. Maka persempitkan tempat aliran darah itu dengan berlapar"

Rasullulah SAW bersabda lagi: 
"Tiga perkara yang membinasalkan : Hawa nafsu yang ditaati, kebakhilan yang dituruti dan hairan seseorang itu terhadap dirinya sendiri."

Bila disemak balik, rupa-rupanya kita ni ada banyak penyakit hati.  Tak percaya?  Antaranya ialah :

1. Bahaya lidah
2. Marah
3. Hasad dengki
4. Bakhil
5. Sukakan kemuliaan dan kemegahan
6. Riak
7. Sombong (takabur)
8. Ujud (hairankan diri)
9. Tipu daya (ghurur)

Jadi, sama-sama kita ubah diri kita ke arah yang lebih baik naa...  InsyaAllah Dia akan sentiasa ada di samping kita ni dalam keadaan sedar ataupun tidak sedar.  Last but not least, Ckin tinggalkan sahabat-sahabat semua dengan  kata-kata dari picture ni.  Wallahua'lam.  ^_^


Read more...

"Playboy Islamik" - Siapakah Mereka Ini?

Sunday, November 13, 2011

Assalamualaikum semua!
Salam ceria di pagi ahad yang cerah-cerah ni naa...  ^_^
Pagi tadi agak bz sikit dengan tugasan-tugasan yang perlu disiapkan. Alhamdulillah dah settle pun kerja tu. So, nak start menulis di blog ni.


Sebelum tu, hayatilah kata-kata ini wahai sahabat-sahabatku sekalian...

Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yg paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka sedikitlah orang yang memberi peringatan.

(Imam Hassan al-Basri)

Seperti yang diijanjikan, Ckin bercadang nak cakap pasal tajuk hangat. "PLAYBOY ISLAMIK". Ckin pun baru 1st time dengar gelaran ni. Bila dah dengar benda baru, Ckin pun berniat nak kupas sikit tentang ni. InsyaAllah, yang baik tu amiklah jadikan salah satu satu pegangan hidup, manakala yang tak baik tu, silalah tinggalkan di ruangan ini ok.  ^_^

Sebagaimana yang kita semua tau, terdapat istilah-istilah islamik yang digunakan bagi menggambarkan sesuatu perkara tu sama ada baik ataupun buruk.  Contohnya :

Buku Islamik
Majalah Islamik 
Blog Islamik
Perkahwinan Islamik
Restoran Islamik
Wallpaper Islamik
Lagu Islamik
Kartun Islamik
Kalendar Islamik
Couple Islamik

Dan banyak lagi...

Bila diteliti semula, ia menggambarkan bahawa sesuatu tu dilakukan dengan cara Islam sama ada secara cara yang betul ataupun salah. Majoritinya adalah benda yang baik-baik. Contohnya, buku-buku dan majalah islamik, di dalamnya pasti terisi dengan kandungan yang berkaitan dengan cara hidup Islam yang betul sama ada dari sudut gaya hidup, muamalat, kewangan, sirah-sirah dan sebagainya seperti Majalah Solusi. Begitu juga dengan yang lain-lain. Ckin tak mau terang dengan lebih panjang. Act, kalu kita tengok pada perkataan "Islamik" tu, kita akan tau yang perkara tu adalah baik dan ada juga yang buruk. Jadi, pilihlah yang terbaik sebab kita dikurniakan dengan akal yang waras untuk menentukan yang mana baik dan yang mana buruk.

Siapa Sebenarnya Playboy Islamik?


Baik. Kita berbalik semula pada Playboy itu sendiri. Umum dah mengetahui yang mana apabila disebut gelaran playboy ni, kita pasti membayangkan :

"Si fulan ni kaki perempuan"
"Si fulan ni banyak tipu perempuan"
"Si fulan ni seorang yang banyak perempuan simpanan"

Pendek kata, seseorang yang playboy adalah orang yang suka ada awek ramai, enjoy sana, enjoy sini. Bagi dirinya, mungkin satu kenikmatan kot dapat ada awek ramai dalam satu-satu masa tu. (pandangan Ckin je). Hakikatnya, kalau ditanya pun kepada kaum perempuan di luar sana mahupun yang tengah membaca post Ckin ni, pasti and sudah semestinya kita akan mengatakan bahawa KITA SESEKALI TIDAK AKAN PERNAH SUKA akan seseorang lelaki yang bersifat playboy ni. Yang ni ramai dah biasa dengar. Mungkin dah lali kot.


Tapi, berbeza dengan Playboy Islamik ni. Sasarannya adalah kepada kaum hawa yang ingin berubah dari buruk ke baik, yang sememangnya baik dalam agama. Diringkaskan cerita, Playboy Islamik ni menjadikan kaum hawa yang sememangnya faham akan Islam sebagai 'mangsa'nya. Playboy Islamik ni juga merupakan seseorang yang memang sudah mengetahui hukum-hakam agama Islam, dan berkemungkinan orang yang kita jangkakan baik selama ni, itulah orangnya.

Hah???  
Biar Betul?

Ini adalah mengikut pengalaman dari teman dan juga sahabat-sahabat Ckin. (Bila namanya dah digandakan, bermakna lebih daripada seorang) Ckin cuma ingin menyampaikan perkara ni kepada semua sahabat-sahabat Ckin yang kat luar ni agar berhati-hati. (Tambah-tambah kepada kaum hawa)

"Jap.. Jap..  Kalaulah dikatakan dia Playboy Islamik, 
macam mana nak tau?"

Untuk pengetahuan semua, mengikut kajian yang Ckin buat, si Playboy Islamik ni mula-mula tunjuk baik gitu. Dia akan cuba sedaya upaya mendekati si perempuan untuk berkawan dan rapat dengan si perempuan. Kata-kata manis akan dilontarkan. Dikarang ayat berbunga-bunga, dikaitkan dengan hadis mahupun ayat Al-Quran tentang jodoh dan sebagainya.

"Saya ikhlas nak bimbing awak ni ke jalan yang diredhai Allah..."
"Ana teringin sangat nak rapat dengan anti supaya kita sama-sama akan dapat tolong-menolong antara satu sama lain..."
"Saya nak berubah ke jalan yang lebih baik, jadi sudilah kiranya awak dapat jadi peneman saya..."


Itu adalah perkara biasa apabila seseorang lelaki nak berkawan dengan seorang perempuan. Yang menjadi masalahnya sekarang ni adalah, apabila perasaan suka dan sayang mula hadir di dalam hati kedua-dua insan ni, si Playboy Islamik ni mula MINTA SEDIKIT DEMI SEDIKIT KASIH SAYANG daripada si perempuan. Perjalanan dua insan ni bermula dengan baik, nasihat itu. Nasihat ini. Tegur perkara yang tak dibenarkan di facebook. Tentang gambar dan sebagainya. Hantar mesej berunsurkan tazkirah, mesej berbunga-bunga dan banyak lagi.  Maksud kasih sayang yang Ckin maksudkan adalah :

"Awak, awak sayang tak?"
"Mestilah sayang..."
"Kalau sayangkan saya, boleh tak saya nak buat satu permintaan?"
"Cakaplah..."
"Boleh tak kalau awak panggil saya abang?"
"Eh, bolehke kita buat macam ni awak?"
"Ala, janganlah takut, kan saya ikhlas nak jadikan awak sebagai isteri saya...  Lagipun, saya teringinlah nak awak panggil saya abang..."
"Mmm...  Betul ke awak cakap ni?  Awak janji takkan tinggalkan saya nanti?"
"Betul.  Kan kita berkawan kerana Allah.  Saya berjanji akan jadikan awak isteri saya jugak nanti.  Awak tak percayakan saya?  Merajuklah macam ni...huhu"
"Alala, awak ni.  Janganlah macam ni.  Baiklah, saya akan panggil awak dengan gelaran abang.  Boleh abang?"
"Haaa...  Macam tu lah.  Terima kasih awak.  Tapi, boleh tak kalau saya nak panggil sayang kat awak?"
"Mmm...  Bolehlah.  Sebab awak dah berjanji nak kahwini saya suatu hari nanti kan?  Jangan sesekali awak mungkiri tau.."
"Sayang tak percaya kat abang ye?  Sampai hati sayang ni..."

Dan seterusnya ke babak kehidupan yang lain pulak.


Aduh, Ckin tak pandai nak buat ayat la. Tapi, apa yang Ckin nak cakap, perkara ni akan berlaku secara slow-slow. Ini mengikut bukti yang Ckin nampak depan mata Ckin. Pernah jugak masuk mimpi Ckin. Mungkin Allah nak tunjukkan siapa sebenarnya orang yang kita anggap baik selama ni. Ckin cuba utk menerangkan seberapa jelas yang mungkin agar sahabat-sahabat Ckin faham apa yang Ckin nak sampaikan. That's all.  

Apa yang membuatkan Ckin rasa geram kepada si Playboy Islamik ni adalah, dia memilih perempuan-perempuan yang baik untuk dijadikan sebagai pasangan dia. Itu yang membuatkan Ckin panas. Pelik dengan si Playboy Islamik ni. Pandai jugak dia. Pandai memilih.


Seterusnya, bila dah 70-80% dalam perhubungan ni, si Playboy Islamik ni akan mula minta kepada si pasangannya ni agar merahsiakan hubungan mereka ni. Cerdik kan?
Jom baca di bawah :

"Sayang, abang harap biarlah hubungan ni hanya 3 je yang tahu..."
"Yer abang.  Tapi siapa lagi 1?"
"Abang, sayang dan Allah je yang akan tahu hubungan kita ni.  Jangan sesekali ceritakan kepada sesiapa pun tentang perhubungan kita ni yer...  Hatta kepada kawan baik sayang sendiri ataupun family...  Bila sampai masanya nanti baru kita beritahu family kite tau..."
"Baiklah abang...  Yang penting kita bahagia..."


Inilah kunci utamanya. RAHSIAKAN PERHUBUNGAN NI DARIPADA ORANG LAIN. Perfect!  
Seseorang perempuan ni, dia amat-amat memegang rahsia tambah-tambah lagi yang melibatkan hati dan perasaan. Sebab tu perempuan ni kadang sukar difahami dan sukar dimengerti. Bila dah janji macam tu, sah-sah si perempuan ni akan kunci mulut. Manakala, si lelaki ni pulak akan mencari lagi perempuan. Dengan chatting di facebook, dan minta nak berkenalan dengan perempuan lain. Hanya si lelaki yang tau tentang hal ni. Si perempuan pulak hanya mengikut jejak langkah si lelaki. Memang bijak. Dia boleh pasang sampai 3 - 4 orang dalam satu-satu masa. Memang hebat. Kesemuanya ditaburkan dengan janji yang sama.  

Haish.  Ada jugak orang macam ni kan dalam dunia ni kan? 

Di sepanjang perhubungan ni, percaya atau tidak, tipulah kalu Ckin katakan nafsu kedua-dua mereka tak ada. Yang bab ni pandai-pandailah fikir naa. Ckin tak mau mengulas panjang.

Bila di akhirnya, apabila si lelaki dah  bosan dengan si perempuan ni, dia akan mula menjauhkan diri. Memaksa melakukan perkara-perkara yang bukan-bukan yang menyalahi syariat. Bila dia melakukan hal macam tu, automatik si perempuan yang masih kuat iman di hatinya akan menolak sekeras-kerasnya. Jadi, mudahlah untuk lelaki tersebut tinggalkan si perempuan. Akhirnya berpisahlah dua insan yang bercinta atas "Dasar Islam". Tapi, jangan lupa pulak. Perhubungan ni hanya diketahui oleh si lelaki, si perempuan, dan juga Allah. Ini bermakna rahsia tu terkubur sampai mati. Tapi, jangan lupa pulak wahai insan-insan Playboy Islamik, setiap perkara yang kalian lakukan, ada Malaikat di kanan dan kiri yang mencatit setiap perbuatan kalian ni. Allah itu Maha Adil.

Perbuatan ni hanya akan mengundang masalah kepada diri sendiri. Seriously Ckin cakap. Dan 1 lagi, bila nak kahwin kelak, tau pulak nak cari calon isteri yang solehah, yang terjaga akhlaknya, yang terjaga batasan hubungan dengan lelaki dan perempuan, sedangkan sekarang si lelaki ni boleh seronok-seronok je main-mainkan hati perempuan lain. Kalau macam tu, kalian  memang tersilap. Allah dah berjanji bahawa:


LELAKI YANG BAIK HANYA UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK DAN LELAKI YANG TIDAK BAIK JUGA AKAN MENDAPAT SETIMPAL DENGAN APA DIA BUAT.


Tak percaya?  Tunggu dan lihat.  ^_^

Kalaupun diri sendiri tak malu melakukan perkara-perkara ni, fikirkan balik maruah mak ayah. Ye dak? Ye la. Mak ayah hantar belajar tinggi-tinggi suruh belajar, timba ilmu agama sebanyak mungkin. Jangan terkejut kalau rahsia kalian (yang tergolong dlm golongan Playboy Islamik) akan diketahui oleh ibu bapa? Masa tu nak letak muka kat mana? Letak dalam paya pun tetap rasa malu. Hina yang amat sangat. Nak? Depan ibu bapa baik macam malaikat, tapi di belakang mak ayah?


Ish! Please lah. Jangan sampai Allah cabut rasa malu tu dari diri kita wahai sahabat-sahabatku.  

Cukuplah setakat itu penjelasan tentang Playboy Islamik ni. Sekarang Ckin nak menyuarakan hasrat hati dan juga pesanan kepada sahabat-sahabat Ckin mahupun mereka yang membaca post ni.

Cuti baru-baru ni, selepas baca Al-Quran, Ckin tertarik untuk baca tafsir surah Ibrahim.  Sangat-sangat bersesuaian dengan apa yang Ckin nak cakap pada hari ni. Sebagaimana firman Allah :


"Dan berikanlah peringatan(Muhammad) kepada manusia pada hari (ketika) azab datang kepada mereka, maka orang yang zalim berkata,
'Ya Tuhan kami, berikanlah kami kesempatan (kembali ke dunia) walaupun sebentar, nescaya kami akan mematuhi  seruan Engkau dan akan mengikuti rasul-rasul"
Kepada mereka dikatakan,
'Bukankah dahulu (di dunia) kamu telah bersumpah bahawa kamu sekali-kali tidak akan binasa?"
(Surah Ibrahim : 44)


Zalim dalam pengertian yang umum adalah, bertindak yang bersifat menganiaya, merampas hak, baik itu kepada Allah, kepada diri sendiri maupun orang lain.
See? Jadi, Ckin cuba memberi peringatan dan pesanan kepada sahabat-sahabat Ckin di samping memperbaiki diri Ckin ni.  InsyaAllah.

Perlu diingatkan, bahawa kehidupan kita di dunia ni hanyalah sementara. Bagi insan-insan yang merasakan dia merupakan salah seorang dari insan yang digelar Playboy Islamik dalam diam-diam ni, kembalilah ke jalan yang betul. Bertaubatlah. Carilah siapa diri kalian yang sebenar. Jangan suka sangat merosakkan anak dara orang lain. Walaupun Allah tak balas on the spot, tapi kalian boleh tengok sendiri. Hati tak tenang. Result exam masih di tahap yang sama. (sekadar cukup makan). Solat tanpa rasa apa-apa. Dan jangan terkejut kalau tiba-tiba nanti Allah tarik balik nur yang ada di wajah kalian tu. Janji Allah itu pasti seperti yang dirakamkan dlm surah yang sama.


"Maka kerana itu jangan sesekali kamu mengira bahawa Allah mengingkari janji-Nya kepada rasul-rasul-Nya.  Sungguh, Allah Maha Perkasa dan mempunyai pembalasan".
(Surah Ibrahim : 47)

Kalau tak jelas lagi tentang pembalasan Allah ni, Ckin tak tahulah. Ckin cuma menasihatkan. Hidup manusia ni takkan terlepas dari berbuat salah hatta sebesar zarah. Sama-sama kita muhasabah diri balik. Mungkin tu zaman Jahiliyyah. Pintu taubat masih terbuka. Carilah sebanyak mungkin bekal untuk menghadap Allah kelak. Ckin tau, ada ramai kat luar sana yang bersikap macam ni. Yang masih cakap,

"Hmm...  Nanti-nantilah taubat.  Biarlah enjoy habis-habisan dulu"
"Relax la.  Life begin at 40!"
"Tak sampai seru lagi dik..."

Terpulang pada kalian. Tapi, Ckin percaya, Allah masih sayangkan kita semua. Sebab tu kita dapat hidup lagi sampai saat ni. Kepada mereka yang nak berubah, kembalilah kepada Al-Quran dan Hadis. Ckin memetik ayat terakhir daripada surah Ibrahim yang menyatakan :


"Dan (Al-Quran) ini adalah penjelasan (yang sempurna) bagi manusia, agar mereka diberi peringatan dengannya, agar mereka mengetahui bahawa Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang yang berakal mengambil pelajaran".
(Surah Ibrahim : 52)

Carilah guru untuk membimbing diri kita. Jangan hanya keras membatu dan sentiasa rasa bahagia dengan kehidupan yang ada. Kalu bukan sekarang nak berubah, bila lagi? Esok? Lusa? Tahun depan? 2 tahun lagi? Last-last mengadap Allah dalam keadaan penuh dengan dosa. Ya Allah...  Na'uzubillahiminzalik.


Kepada sahabat-sahabat Ckin yang perempuan, please, please, please...  
Sekiranya didatangkan ujian dalam perhubungan dengan mana-mana lelaki tak kisah yang berserban, berjubah, berjanggut, berkopiah, tak pakai kopiah, PLEASE CHECK SEHABIS MUNGKIN MENGENAI LELAKI TERSEBUT. Jangan mudah terpedaya dengan kaum lelaki. Jangan mudah jatuh hati dengan insan-insan yang cuba merapati diri kalian. Mana tahu, mereka adalah Playboy Islamik? Itulah Ckin dah cakap, mereka ni cerdik. Cerdik dalam menipu. Ini adalah pengalaman sahabat Ckin. Ckin tak mau kalian jadi seperti beliau. Alhamdulillah dia terselamat dari jadi mangsa Playboy Islamik ni. Dan Ckin tak pasti bila si lelaki ni nak berubah? Hanya Allah yang tahu akan setiap kejadian yang berlaku.


Namun, buat mereka yang ingkar, Allah turut berfirman :

"Perumpamaan orang yang ingkar kepada Tuhannya, perbuatan mereka seperti abu yang ditiup angin keras pada suatu hari yang berangin kencang.  Mereka tidak kuasa (mendatangkan manfaat) sama sekali dari apa yang telah mereka usahakan (di dunia).  Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh".
(Surah Ibrahim : 18)

Sama-sama kita muhasabah diri kita balik. Supaya kita tidak menjadi mangsa  Playboy Islamik dan tidak menjadi Playboy Islamik itu sendiri.

Yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang tak baik itu datangnya daripada kelemahan diri Ckin sendiri.  InsyaAllah.  Ckin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kata-kata yang kurang sedap didengari mahupun dibaca.  Wallahua'lam.

Read more...

Macam-Macam Hal... ^_^

Thursday, November 10, 2011

Assalamualaikum.  
Apa khabar semua?  Diharapnya sahabat-sahabat sihat selalu naa...


Hari ni Ckin tak berniat nak pos apa-apa pun.  Ckin cuma nak tenangkan diri kat rumah sepanjang cuti ni.  Nak share, tak boleh la pulak.  Tapi Ckin tau, setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya dan membuatkan Ckin lebih berhati-hati dengan kehidupan yang Ckin ada sekarang ni.  

Ya Allah...
Sesungguhnya Kau mengetahui apa yang tidak aku ketahui, 
Engkau mengetahui isi hati hambaMu ini,
Hamba memohon kepadaMu ya Allah,
Pimpinlah kami muslimin dan muslimat yang sentiasa ingin berada di jalanMu ini,
Bimbinglah kami agar kami memperoleh redhaMu ya Allah,
Bantulah kami dalam setiap aspek kehidupan kami,
Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus,

Ya Allah...
Janganlah Kau pesongkan hati kami setelah Kau beri petunjuk kepada kami,
Jangan biarkan kami tersesat dengan jalan yang kami pilih,
Berkatilah kehidupan kami,
Tegurlah sahabat-sahabatku dengan caraMu ya Allah sekiranya mereka tersalah,
Aku bersyukur ya Allah kerana Kau masih memelihara diriku daripada perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaanMu ya Allah,
Aku bersyukur kerana Engkau telah menunjukkan kepadaKu hakikat kehidupan yang sebenar,
Aku bersyukur kerana doa-doaku dan hajat-hajatku didengari olehMu ya Allah,
Maka, peliharalah diriku ini ya Allah...

Ya Allah,
Kau bukakanlah pintu hidayah kepada insan-insan yang berbuat dosa ya Allah,
Jangan biarkan mereka tersesat dengan dunia mereka ya Allah,
Sesungguhnya ya Allah,
Kaulah sebaik-baik pelindung,
Kaulah sebaik-baik tempat untuk aku mengadu harap,
Kaulah sebaik-baik tempat untuk aku meminta pertolongan,
Bantulah hambaMu ini ya Allah.........

Layan Lagu UNIC - Mahligai Kasih


InsyaAllah Ckin akan bercakap isu "Playboy Islamik" minggu depan.  Jadi, sekarang kita layan lagu ni naa.  Untuk pengetahuan semua, lagu ni merupakan lagu favourite Ckin dari dulu-dulu lagi till now.  ^_^

Lirik dia best.  Impian Ckin.  Impian semua orang.

Jumpa lagi naa.  Jagalah diri sahabat-sahabat sebaik mungkin naa.  

Wassalam. =_=

Read more...

Hadiah Terbaik Untuk Yang Tersayang ^_^

Wednesday, November 9, 2011

Assalamualaikum.
Bertemu lagi sekali naa.  Ada benda penting yang nak dikongsikan dengan semua ni tau.  Tadi blogwalking ke ruangan sahabat baru dan lama.  Bak kata pepatah, jauh perjalanan, luas permandangan.  ^_^  

Sebelum tu mai nak perkenalkan sahabat blogger baru Ckin ni.  Ckin dapat ni dari blog dia lah.  Kalau nak melawat, boleh ke sini naa.  Sila klik :


Kepada mereka-mereka yang tak tau nak hadiahkan apa buat insan tersayang, bolehlah berikan hadiah-hadiah kat bawah ni naa.  InsyaAllah takkan rugi duit langsung.  ^_^  Tak percaya?  Try lah sendiri naa...  

TERBAIK DARI LADANG!  ^_^

♥ Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah doa. ✔
♥ Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah kemaafan. ✔
♥ Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah kejayaan. ✔
♥ Hadiah terbaik untuk murid adalah tauladan. ✔
♥ Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah kasih sayang. ✔
♥ Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah al-Fatihah. ✔
♥ Hadiah terbaik untuk ibubapa adalah kebaktian. ✔
♥ Hadiah terbaik untuk isteri adalah penghargaan. ✔
♥ Hadiah terbaik untuk suami adalah kesetiaan. ✔
♥ Hadiah terbaik untuk anak adalah pendidikan. ✔
♥ Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah kejujuran. ✔
♥ Hadiah terbaik untuk Rasulullah s.a.w. adalah selawat. ✔
♥ Hadiah terbaik untuk Allah s.w.t. adalah ketaqwaan. ✔

Yang terakhir sekali :

Hadiah yang terbaik buat sahabat-sahabat Ckin adalah 
SENYUMAN!  ^_^

Rasulullah SAW bersabda,
“Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.”

(HR Tirmizi dan Abu Dzar)

Dalam hadis lain juga ada disebutkan :
“Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah.”

(Hadis Riwayat Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi)


Comel kan? hahaha

Read more...

Dah Ikut 10 Pesanan Iman Hassan Al-Banna?

Assalamualaikum sahabat-sahabat Ckin?  
How's ur day?  So far so good right?  Alhamdulillah if so.  ^_^
 

Haa...  Hari ni apa pulak yang Ckin nak bawakan untuk diri Ckin dan sahabat-sahabat semua?  Tadi ada perkhabaran gembira daripada kawan Ckin iaitu Yati.  Dia dah bertunang rupanya.  Ckin baru tau selepas tengok fb nya tadi.  Bukan tu saja, dia pun bakal membina mahligai baitul muslimnya pada 22.01.2012 yang akan datang.  Pasangannya juga orang Sabah.  Alhamdulillah dia sudah bertemu dengan jodoh pilihan yang beriman and mampu untuk membimbing dirinya kelak.  Sama-sama kita doakan kebahagiaan dia naa...  Dia jemput Ckin pi kendurinya...  Tapi, Sabah tu...hehe  Tersangatlah dekat tempatnya.  ^_^ InsyaAllah kalu ada rezeki kita akan berjumpa naa Yati.  ^_^

Berbalik kepada topik kita hari ni.  Ckin nak share 10 Pesanan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna.  Mungkin ramai yang dah baca tentang ni, tapi ingat x kandungannya?  Kalu ada sahabat-sahabat yang dah mengamalkan pesanan-pesanan ni, alhamdulillah.  Bagi yang belum, meh kita sama-sama laksanakannya.  Nak lagi berkesan, boleh copy and print.  Kemudian, lekatlah di bilik mahupun depan cermin supaya bila hari-hari baca, nanti lekat dalam minda dan jadi habit.  InsyaAllah.  ^_^


1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah Al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam Bahasa Arab kerana Bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah pelaksanaannya.

InsyaAllah sama-samalah kita mengikuti pesanan-pesanan ini demi mencapai redha daripada-Nya naa...  ^_^

p/s : Sebar-sebarkan dan amal-amalkanlah naa...  ^_^

Sumber : Anak Keningau

Read more...

Kelebihan Ayat Kursi - Selamat Beramal ^_^

Tuesday, November 8, 2011

Assalamualaikum.
Bertemu kembali dalam blog yang serba kebiruan nih.hehe 

Jangan risau, bila mai singgah ke sini, insyaAllah sahabat-sahabat takkan rugi.  Mana tau, kot2 ada ilmu baru yang boleh diambil kan?  ^_^

Act, tak mau nak bercakap panjang sebabnya Ckin nak share kelebihan-kelebihan ayat kursi ni pada kalian semua.  Cakap banyak pun tak ada guna jugak kadang-kadang tu en...  

Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan siapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya." 
(Diriwayatkan oleh Baihaqi)


1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari s...emua sisi
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu
3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ...
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian. 

Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat....

Kalu tak boleh buat semua, cuba buat satu.  Then, istiqamah dengan amalan yang kita buat.  Amalan yang kita buat secara istiqamah lebih Allah sukai dari kita beribadah banyak-banyak tp tak maintain.  ^_^

Jumpa lagi naa...  Wassalam.


Read more...

Sekali Lagi Bab Aurat Dihuraikan. Langkah Kita?

Assalamualaikum.  
Sekali lagi kita dpertemukan di alam maya ni.  InsyaAllah Ckin nak share lagi sumber rujukan bagi permasalah bab aurat ni.  Kepada adik-adik, kakak-kakak, maklong-maklong, dato'-dato',datin-datin, puan-puan sri dan juga muslimat yang mengikuti perkembangan medan ilmu ni.  Yang mana masih terkapai-kapai, mencari sumber rujukan mengenai bab aurat.  Alhamdulillah atas teguran seorang sahabat ni, Ckin cuba mencari lagi sumber mana yang Ckin boleh gunakan untuk digunakan dalam hidup ni.  Katanya kena ceritakan hal sebenar mengenai aurat ni.  Barulah insan-insan di luar sana iaitu sahabat-sahabat Ckin faham akan tuntutan menjaga aurat ni.  InsyaAllah.  Nak download boleh, nak share pun boleh.  

Pesanan Ckin :
Yang baik tu kita jadikan panduan hidup, yang tak baik tu sila-silalah tinggalkan di blog ni.

Ma'as salamah.  ^_^










Read more...

Fesyen Muslimah : Antara Trend dan Syariah

Assalamualaikum.  
Selamat Hari Raya Aidiladha buat sahabat-sahabat Ckin sekalian.  Alhamdulillah hari ni Ckin kembali bertugas di pejabat.  Tapi, bos masih bercuti rehat minggu ni.  

Tadi ada jenguk-jenguk internet, Ckin terjumpa slot Assalamualaikum dari siaran TV Alhijrah.  Tajuknya adalah Hukum Fesyen Muslimah.  Tak salah Ckin nak berkongsi dengan semua tentang isu hangat ni en.  Yang mana baik tu, sila-silalah amik jadikan pengajaran.  Yang tak baik tu, sila-silalah tinggalkan di sini.  Semoga apa yang disampaikan oleh ustaz Zaharuddin ni dapat dijadikan panduan hidup.  InsyaAllah.  Sama-sama kita saksikan.  ^_^


Part 2 :



Read more...

Setiap Kali - Devotees ^_^

Thursday, November 3, 2011

Assalamualaikum sahabat-sahabat...
Hari ni nak balik rumah.  Balik dengan Hani bersama mak ciknya.  Alhamdulillah.  Murah rezeki.  
Hari ni jugak Ckin nak berkongsi sebuah lagi lagu dari Kumpulan Devotees yang mana petang kelmarin baru dapat menghayati lirik lagunya.  Aduh...  Touching...  Touching...
Kepada sahabat-sahabat yang rasa dia down, ada masalah, hayatilah lirik dan lagu ni naa...

Ckin rasa terubat sikit perasaan pas dengar and hayati betul-betul lirik lagu ni... =_=

So, tak mau sedih-sedih lagi and be happy always naa...  The most important is....
THINK POSITIVELY! ^_^

Meh hayati...  and... layan...hehe


Setiap kali mendapat nikmat
jarang kusedari itu pemberian-Mu
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja

setiap kali ditimpa musibah
kumengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah

oh Tuhan Yang Maha Penyayang (...maha penyayang..)
leraikanlah aku dari keluh kesah (..uuu..)
yang membelenggu jiwa dan fikiran (..dan fikiran...)
ditambah dengan hasutan syaitan (..uuu..., haaa)

kurniakanlah kepadaku ketabahan (..ketabahan..)
singkapkanku hikmah segala ketentuan (..uu…)
Moga sinar-Mu berikanku pedoman (…pedoman..)
Hanya pada-Mu segala ketetapan (…haa…)

(backup)
oh tuhan yang maha penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
durjana yang sentiasa mengarahku
kepada kemurkaanmu
kurniakanlah kepadaku ketabahan
tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini

seandainya diri ini
mampu meraih cinta keredhaan-Mu
seandainya akulah insan yang terpilih
pimpini hidupku

Sesungguhnya Allah tidak datangkan ujian yang tidak dapat diterima oleh hamba-Nya.  InsyaAllah.

Sehingga berjumpa lagi naa...  
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA... ^_^

Read more...

Berjalan Tanpa Henti - Devotees

Wednesday, November 2, 2011

Assalamualaikum.
Dengan hati  yang berbunga-bunga, Ckin nak share lagu yang dinyanyikan oleh lagu Kumpulan Devotees dengan kalian semua.  Asal masuk pejabat, lagu pertama akan Ckin buka adalah lagu ni.  Balik kerja pun buka laptop semata-mata nak dengar lagu ni tau.hehe

Bagi Ckin, lagu ni pengubat minda.  Pemberi semangat.  Hati yang resah, gundah gulana pun akan tenang.  Liriknya tu berkesan untuk Ckin la.  ^_^

Tanpa bercakap banyak, jom layan! 
Sebelum tu rehat-rehatkan diri naa.  Tak mau tension-tension.  Lemparkan seketika segala masalah yang datang.  ^_^

Kat bawah pun Ckin ada sertakan lirik lagunya.  Dalam video pun ada.


Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu

Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah

Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia

Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia

Sekian dahulu penenang jiwa untuk hari ni.  Wassalam. ^_^

Read more...
Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP