.:: Baru Lepas Kursus Integriti... Alhamdulillah! ::.
Wednesday, July 21, 2010
Assalamualaikum...
Alhamdulillah Ckin baru ja selesai menghadiri kursus Integriti di MPC Wilayah Utara pada hari Isnin and Selasa baru2 nih... Mm..first tu asa lemah ja bila nak pegi kursus ni.. Mind-setting dah salah kan kan...sepatutnya ckin and yang lain2 positifkan minda bila g kursus ni, sbb mungkin ada ilmu baru yang Allah nak bagi kat kami semua kan...
Memang pun... Ckin mmg rasa banyak sangat ilmu yang ckin dapat kat sini... Sebelum let me introduce the moderator that is Encik Rozaidi Razali yang merupakan seorang penjawat awam di sektor swasta... Beliau juga berpengalaman dalam menguruskan kursus motivasi and macam2 lagi... Pendek kata beliau ni ada gaya macam En Radhi, pensyarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin...Cuma ada la perbezaan kan...hehe
Okeh, berbalik pada ilmu yang disampaikan oleh En Rozaidi yang ckin rasa nak kongsi dalam blog ni. Bagi ckin, En Rozaidi pandai menarik minat semua orang yang hadir ke kursus ni dengan ilmu beliau..
Nabi (saw) pernah ditanya:
"Apakah ilmu?," baginda (saw) menjawab, "Diam,"
baginda (saw) ditanya lagi, "Kemudian?,"
baginda (saw) menjawab, "Mendengar dengan penuh perhatian,"
baginda (saw) ditanya lagi, "Lalu?,"
baginda (saw) menjawab, "Mengamalkan apa yang dipelajari,"
baginda (saw) ditanya lagi, "Setelah itu?,"
baginda (saw) menjawab, "Menyebarkannya."
(al-Majlisi,Bihar al-Anwar,Jilid:2,ms:28)
Begitulah yang dimaksudkan dengan ilmu... Setiap yang disampaikan ssebaiknya disebarkan melalui pelbagai cara kan..InsyaAllah..
Permulaannya ckin nak kongsi mengenai apa yang ckin blajar sepanjang 2 hari berkursus dengan En Rozaidi nih... Perkara pertama adalah mengenai Integriti... Hmm, tahu ke maksud integriti ni? Ok, secara simple ckin nak explain. Integriti ni melibatkan banyak perkara. Contohnya, adab dengan pelanggan iaitu senyum,bercakap degn sopan and bla..bla..bla.. ksimpulannya kat sini, integriti ni lebih kurang mcm 'manner' kita dengan orang lain and terhadap diri kita sendiri...haa..faham?hehe
En Rozaidi ni lebih suka mengaitkan apa yang dibincangkan dalam kursus atau kehidupannya dengan Al-Quran wa Sunnah... Tiap yang dicakap nya akan dikaitkan dengan apa yang dikajinya... menurut beliau, sebagai seorang muslim kita kena mengaji dan mengkaji...(bukan mengaji sahaja k..)
Beliau suka mengkaji dan mendapatkan bukti secara logik berdasarkan apa yang dilihat, dibaca, dilakukan...Contoh, beliau mengkaji ttg pemerintahan Khalifah di zaman dulu seprti Khalifah Umar Abd Aziz, sistem peperangan Khandak dan macam2 lagi...beliau lebih mengaitkan sirah Nabi dengan kehidupannya...
Berbalik pada tadi, ada 3 elemen yang perlu seseorang lakukan sama ada pemegang jawatan sebagai penjawat awam, ketua, suami, isteri, pelajar,bla..bla... and yang lain2 iaitu PENERAPAN, PENGHAYATAN dan PENGAMALAN.
Allah dah mengurniakan kita yakni manusia dengan pancaindera yang cukup sempurna dan adakah ianya akan digunakan secara yang tidak betul???
Allah telah menyebut mengenai pancaindera mata dan telinga sebanyak 167 kali dalam Kitab Suci Al-Quran...Perlukah ianya disangkal lagi?
Sangatlah benar di sini bahawa sebagai manusia, kita perlu and wajib menggunakan akal untuk berfikir. Malah, menurut kajian risiko orang yang malas berfikir untuk mendapat penyakit Stroke adalah sangat tinggi... Cuma, bila kita mahu, baru kita akan cuba mendapatkannya... Sesungguhnya ilmu itu ibarat kuda yang berlari, sekiranya kamu tidak mengejarnya pasti dia akan lari.
En Radhi pun pernah pesan kat ckin and kawan2 yang sebagai seorang student kita perlu sentiasa bawa 2 benda penting ni iaitu sehelai kertas dan sebatang pen. Tujuannya apa? Sebab ilmu ni akan datang pada bila-bila masa sahaja, jadi bila kita dah ada kertas dan pen tu, dengan cepat kita boleh menulis kan kan...
Wallahua'lam...
p/s : ckin nak post ilmu ni ckit2 tak mau bagi banyak sangat...hehe
0 Comments:
Post a Comment