Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

.:: Maksud Bacaan al-Fatihah ::> Wajib Tengok...

Tuesday, July 6, 2010



Membaca Al-Fatihah merupakan salah satu dari rukun2 solat.
Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Tidak sah solat bagi yang tidak membaca al-Fatihah." Riwayat Bukhari dan Muslim Jika sesiapa meninggalkan bacaan al-Fatihah, maka solatnya batal yakni tidak sah.
Setiap kali membaca al-Fatihah dalam solat, kita sebagai hamba sebenarnya berkomunikasi dengan Allah.

Rasulullah s.a.w. meriwayatkakn bahawa Allah berfirman yang bermaksud : " Aku bahagikan solat antaraku dan hamba-Ku kepada separuh, dan bagi hamba-Ku apa yang dipintanya..."

Hamba : Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Khalik : Hamba-Ku telah mengingat-Ku.
Hamba : Maha Pemmurah lagi Maha Penyayang.
Khalik : Hamba-ku telah memuji-Ku.
Hamba : Yang menguasai pada hari pembalasan.
Khalik : Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.
Hamba : Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
Khalik :Hamba-Ku telah memuliakan-Ku.
Hamba : Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Khalik : Ayat ini antara Aku dan hamba-Ku, dan hamba-Ku berhak atas apa yang ia minta.
Hamba : (Iaitu) jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
Khalik : Ini semua untuk hamba-Ku dan hamba-Ku berhak atas apayang dia minta.

(Hadis Riwayat Muslim, al-Tirmizi dan al-Nasa'i)



p/s : kita dah hafal kah makna bacaan al-Fatihah??? kalau belum, cepat2 la yer...
Hayya2 ilannajah!

2 Comments:

W.HabibuRahman February 7, 2012 at 11:09 PM  

Makna alfatihah dalam solat kita perlu hayati,moga2 dengan cara sebegini solat kita akn lebih kyushuk dan diri kita akn rasa takot dan kasih pd Allah..

Ckin Kembaq February 8, 2012 at 7:57 AM  

W.HabiburRahman,

InsyaAllah..itu yg sebaiknya.. ^_^

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP