.:: Muslim! Jgn kahwini 6 pmpn ini ::.
Friday, July 2, 2010
Assalamualaikum semua.....
Hari ni cuma nak berkongsi sedikit ilmu yang aku rasa bermanfaat utk golongan muslim yg sejati di luar sana... Aku pun pelik, napa la aku nak post kan bnda ni..tapi, tak salahkan kalu kita berkongsi ilmu..? @__@
Buat muslim yang sejati,
Pesanan seorang muslimah buat dirimu yang bakal melalui bahtera kehidupan yang lebih mencabar...
Jadikan ini sebagai panduan...Wallahua'lam...
Jangan engkau kahwini wanita yang mempunyai 6 sifat ini :
ANANAH, MANANAH, HANANAH, HADAQAH, BARAQAH dan SYADAQAH.”
2- Wanita Mananah:-Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti ini: “Aku membuat itu keranamu”.
3- Wanita Hananah:-Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
4- Wanita Hadaqah:-Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
5- Wanita Baraqah: -1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6- Wanita Syadaqah:-Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha dan lagi membisingkan.
(Sumber rujukan TS : Imam Al Ghazali)
p/s : segalanya terpulang kepada setiap individu untuk memilih yang terbaik utk dirinya... Wassalam.
0 Comments:
Post a Comment