.:: Ketika Cinta Bertasbih - Tirulah Mana Yang Baik ::.
Monday, September 27, 2010
Assalamulaikum...
Sahabat2... Macam mana kehidupan hari ni?...
Adakah baik perjalanannya atau sahabat2 sedih?.. Jangan sedih2 naa..
InsyaAllah ada something yang lebih baik menanti kita hari ni...
Meh nak story-mory cket.. Haa.. Actually, cuti Sabtu Ahad baru2 ni, Ckin ada meng'explore'kan diri dalam bidang masakan... Saja nak masak2... hehe Tau napa?... Sebabnya salah satu azam Ckin tahun ni adalah nak mendalami ilmu masakan tau.. Sementara ada kat rumah kan...
Ckin ada masuk ke laman web MyResipi ni..
Kalau nak tau, dalam ni memang ada banyak sangat resipi turun temurun and banyak lagi la.. Barat ke, Timur ke, Utara ke, Selatan ke... Boleh la search naa.. Bagi yang nak belajar or nak try or nak mantapkan ilmu memasak tu, kira boleh la.. Tak salahkan?... Ilmu ni lagi digilap,lagi kuat dlm ingatan kan...
Haa.. Apa yang Ckin masak baru2 ni?...
Jeng.. Jeng.. Jeng..
Ckin buat Makaroni Goreng Pedas
-- lebih kurang cam ni la -- |
Pergghhh... Memang pedas tahap gaban la...Berapi macam Mamee Slurrp tu..haha
Mm.. Yang penting, Ckin dah ada pengalaman nak buat..kan tak pernah buat kan benda tu..hehe Ckin ada gi wat masakan len, 2 lagi menu.. hehe
Stop di situ...
Nak story benda lain pulak... n_n
2 hari lepas jugak, sepanjang petang Ckin pegi Cyber Cafe sbb online..
Chup!Chup!
Bukan nak online saja2 naa.. Ckin gi sana sbb nak install antivirus Kaspersky. Tapi, dah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai jadi masam..
eh?
Biar sampai ke pangkal lengan la.. ^_^v marah tok nenek kita nanti..hakhak
Ckin ada download cerita Ketika Cinta Bertasbih Spesial Ramadan.. Tapi sampai episod 6 je.. Sbbnya terlalu banyak la.. Sampai tak tau nak pilih yang mana..huhu Tapi, alhamdulillah, sahabat Ckin, nama dia Haryati Juning, orang Sabah, nak 'burn' cd story tu dari episod 1 till 59 and pos kat Ckin petang ni jugak..
Wah!
Memang sahabat yang baik kan?... Apa yang Ckin nak kongsi adalah cara pengarah filem KCB tu... Cuba tengok balik. Walaupun berlakon, tapi dyorang ni ttp menjaga batas2 pergaulan kan?... Hatta di dalam bilik tidur, masih mengekalkan tudung, menunjukkan pengarah filem ni begitu prihatin dengan pelakon2nya yang memang menjaga aurat sebaik2nya.
-- Sesuai kan?... Suka tengok.. ^_^v -- |
Filem Malaysia?...
Bukan nak mengata, cuma nak berkongsi apa yang Ckin rasa. Filem di Malaysia, tak semua la, luar rumah pakai tudung, tutup semua tempat, tp masuk je bahagian dalam bilik tidur, terus hilang tudung tu... Memang la berlakon, tp tak bolehkah tunjukkan sikap yang betul2 baik walaupun hakikatnya tidak?...kan?
Pastu sepanjang Ckin tengok KCB 1 till KCB yang sekarang ni, Anna tu tak pernah sentuh kulit ke kulit dengan Azam. Pernah tengok?... Memang tak ada.. Dengan Furqan pun, walaupun ada part yang pegang tangan pergi ke hotel tu, dia memang pegang, tp berlapik kan?... Masih dibolehkan... Orang2 yang macam ni memang Ckin respect. Walaupun berlakon, tp still menjaga batas pergaulan.
Contoh lain,
waktu Azzam terkenangkan balik kenangan Azzam dating dengan Anna di tepi tasik, ada nampak dyorang pegang tangan? Peluk? Tak ada. Filem Malaysia, selepas 'kahwin' dlm filem, boleh dah nak pegang2, salam2, cium dahi and nak tunjukkan kepada penonton yang 'hakikat kehidupan' dlm filem tu memang menjadi. Padahal ianya adalah lakonan semata-mata.
-- Sejuk hati... -- |
Suka jugak tengok Azzam.. Sebab dia memang suami yang penyabar. Waktu Anna minta diceraikan oleh Azzam, muka Azzam memang nampak marah, tapi dia gtau pulak kat Anna bahawa mana-mana isteri yang meminta cerai daripada suaminya tanpa sbb apa pun, tidak akan dpat mencium bau syurga. Muka dia time tu memang menunjukkan dia ni seorang yang penyayang. Kalaulah dapat lelaki yang macam tu kan.. Alangkah manisnya hubungan rumah tangga yang dibina. Tp, kita kenala jadi macam tu dulu baru layak kita dapat kan?..hehe kena kuat and tabah. Amik yang positif... Hindarkan yang negatif.
Ckin tak boleh tengok part2 yang berlebihan mengalahkan 'husband' and 'wife'. Moga dijauhkan dari kita... Geram je rasa. Kalau boleh, jangan la pakai 'tudung botol kicap'. Maksudnya, 'tudung buka tutup'. It's better berlakon dlm adegan yang tak pakai tudung trus kan..
Memang la, maybe ada yang kata,
"Pengarah tu yang suruh"
"Ni lah satu-satunya periuk nasi dyorang"
"Dyorang hanya mengikut arahan lakonan"
"Penulis skrip yang nak macam tu"
Banyaknya alasan. Jangan jadi macam tu. Nanti siapa nak jawab di hadapan Allah s.w.t.? Kita? Waktu tu dah tak boleh nak lari lagi. Perasaan menyesal akan mula2 hadir dlm diri. Nak ke?... Tak mau kan?... Tak salah kalau kita nak tiru cara perfileman orang lain, asalkan benda tu ikut syariat. Tu berdasarkan episod 1 till episod 7.
Ckin memang suka filem Ketika Cinta Bertasbih ni berbanding Ayat-Ayat Cinta. Tau knapa? Sbb pelakon KCB lebih bersopan. Cuba tengok cara pemakaian dyorang, walaupun ada yang tabarruj (berhias berlebih-lebihan), tp mesej yang nak disampaikan tu tetap ada. Tak semua orang perfect, namun takkanlah kita ttp tak mau mengharamkan perkara yang diharamkan oleh Allah dan Allah juga mengisytiharkna perang kepada golongan2 yang tidak mahu mengikutNya,
sebagaimana dalam firmanNya dlm Surat Al-Haaj ayat ke 29,
"Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian, mereka tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya dan mereka yang tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah)...
Tu baru episod 7, tak sampai lagi episod terakhir. Ckin cuma nak berkongsi apa yang Ckin rasa and apa yang terbaik untuk kita. Mungkin sifat Ckin yang lahir dalam bulan Januari iaitu suka mengkritik kot. Entah la. Yang terbaik, Ckin akan share, yang tak baik tu janganlah kita ikut, ye dak?...
Setiap perkara yang sahabat2 rasakan ianya bermanfaat dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan, lakukanlah dan ambillah. Sesungguhnya yang baik itu adalah daripada Allah dan yang buruk itu adalah disabitkan dengan kelemahan dan kekurangan Ckin sendiri.
Proses Membaiki Diri Ini
p/s : Kalau dah sampai cd tu, memang Ckin tak lepas punya tengok..hehe Peace ^_^v
11 Comments:
Saya setuju....dengan semua!!! :)
Entry Baru:
-Yelah,saya ni orang asing...
-Blog review:Langit Ilahi
sgt2 suke entry ini.. =)
dah tengok kcb sampai episod 53,..blik umah baru nak sambung lain cerita nie.mmg best la,.nk tnya ckin umor bape????
Mar - actually baru 19 tahun..hehe sweet nineteen agi..hehehe
ckin...terasa diri ni dihargai ^_^
sukenyeeee
sangat suka dengan cerita KCB (novel, filem dan drama). kalaulah filem/drama di Malaysia macam ni mesti best kan.. :)
NurHeart - n_n mmg dihargai..siapa sja penah menjadi shabat sy,akan ku syanginya..
Cik Kz - kalu ada,mmg Ckin sokong 100%
ckin,.kita lahir tahun yg sma,.sweet nineteen,k.he3,.
Mar - wah!sama la..hehe skang blajar lagi k?kat mana?...
sgt stuju dgn anda ckin...sgt respect kt pengarah kcb sbb menjage batas2 antara lelaki n perempuan even dlm cerita...entry yg sgt bgs...
Stakat ni tak sure lagi spe pengarahnya..hehe tp biar la org tak knl rupa tp bakatnya tu org knal..kan?.. Tak sptutnya ada lgi yang pertikai yang pegang2 dlm lakonan ni..Bukan tak boleh,cuma tak mau je.. n_n
Post a Comment