Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

.:: Qunut Nazilah! Jom Hafal... ::.

Thursday, September 2, 2010

Assalamualaikum...
Sahabat2 yang amat dikasihi...
Untuk entri kali ni, Ckin nak kongsi apa yang Ckin dah dapat dalam Ramadhan nih... 

Apa tu???

-- Boleh la simpan dalam handphone untuk memudahkan nak hafal --

Haa.. Actually, Ckin baru je hafal Qunut Nazilah... Tau macam mana Ckin boleh tertarik ni?.. Bila ustaz baca dlm Solat Sunat Witir, teringin gak nak baca and nak tau...Pastu, kebetulan pulak Ckin memang ada simpan dalam handphone, so start kelmarin dulu Ckin hafal..Alhamdulillah berjaya..

Maksud ayat pun tak susah kot nak ingat, ingat Arab, ingat la Melayu.. Pelan-pelan naa... Sahabat2 boleh la simpan dalam handphone or laptop. Eh, handphone punya mahal, nak simpan satu doa ni pun susah?...ish2..ish2..

So, buat sahabat2 Ckin yang insyaAllah akan sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Allah, hafal la naa.. Untuk yang nak kahwin tu, mana tau, kot2 nanti Pak Mertua sruh baca Qunut Nazilah ni..ye dak?.. 

PREPARATION IS BETTER FROM NOW RIGHT?

 Hadis daripada Ibnu Abbas RA:
 Rasulullah berqunut sebulan terus menerus dalam solat zuhur, asar, magrib, isyak dan subuh di akhir tiap-tiap kali solat apabila ia berkata "sami'allahu liman hamidah" dari rakaat akhir, beliau mendoakan kehancuran ke atas penduduk kabilah Bani Salim, Kabilah Ra'lun, Zakwan dan 'Ushyayyah dan orang-orang yg dibelakang mengaminkannya. 

(Diriwayatkan oleh Abu Daud & Imam Ahmad)

Rasulullah berbuat demikian kerana kabilah-kabilah tersebut mengaku memeluk Islam dan meminta kpd Rasulullah SAW supaya menghantar kepada mereka guru-guru yang akan mengajar mereka. Rasulullah SAW lalu menghantar 70 orang guru tetapi mereka membunuhnya maka oleh kerana itulah Rasulullah SAW berqunut nazilah.

Abu hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah apabila hendak berdoa untuk kehancuran seseorang atau untuk kebaikan seseorang, beliau akan berqunut selepas rukuk.

Daripada hadis di atas juga bacaan doa Qunut sebenarnya tidak dihadkan kepada ketika solat subuh sahaja, sebagaimana hadis yang berikut:

Ertinya:  
“Bahawasanya Nabi SAW tidak berqunut di dalam solat subuh melainkan apabila ia mendoakan kebaikan kpd satu kaum ataupun kehancuran satu kaum.

(Diriwayatkan oleh Ibnu hibban, dan Ibnu Khuzaimah)

Imam asy-Syaukani pula mengatakan supaya jangan dikhususkan qunut itu di dalam satu solat sahaja tanpa dilakukan di dalam solat-solat (fardhu) yang lain.
Hadis lain :
“Adalah Rasulullah SAW tidak berqunut melainkan apabila beliau berdoa untukk kebaikan seseorangg atau mendoakan kehancuran seseorang.

(Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban daripada Abu Hurairah)

 p/s : Jom cepat hafal naa...




5 Comments:

Acik fosilmitra September 3, 2010 at 1:24 AM  

Salam,
jgn begitu.. Masih ada yg dok pakai enpon nokia sabun je nak tgk laman ni..
Camno nak save kat enpon ni? Hehehe..

Ckin Kembaq September 3, 2010 at 8:29 AM  

Acik - Wkmslm warahmatullah..hehe save kat laptop ..tak pun make it as hard copy right?..n_n..kalu dah hafal leh la save dlm memory fikiran kan?..

hamzah - amik la naa...

SHM November 19, 2010 at 8:00 PM  

means doa qunut boleh dbaca utk solat fardhu yg lain la ye? pd rakaat terakhir?

Ckin Kembaq December 7, 2010 at 3:50 PM  

SDS, maaf lmbat respons. Tak prasan... Yup.Macam hadis di atas.. n_n

p/s : Disebabkan kita tak penah buat,akan jadi pelik.. Tp sat je kot..

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP