Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

.:: Dilema Si Penunggang Motorsikal ::.

Thursday, September 30, 2010

Assalamualaikum sahabat2...
Tau knapa Ckin letak tajuk macam tu?haha 

DILEMA SI PENUNGGANG MOTORSIKAL...


Cam pasrah je..huhu Tau x, kelmarin ni, waktu pukul 5 petang, time nak balik umah la kan.. Pastu lak, hujan turun renyai2.. Tak lebat pun.. Tapi, bila dah tunggang motor tu komfem la air hujan tu rasa cm deras je kan.. huhu Sakit tangan kena hujan bab ianya mencucuk2 tangan Ckin... Bukan setakat tu je, kelmarin gak, Ckin bawak maintain je 60 km/j...hehe kalau pagi2, bawak 70 ke 80 km/j.. Sbbnya jalan yang Ckin lalu tu tak bnyak sangat kenderaan, so boleh la nak bawak laju2 kan...  

Tu pun rasa macam nak terbang dah.. Pagi kelmarin hampir2 nak langgar kereta Kancil.. Kancil tu brek mengejut sbbnya ada lori dari arah hadapan tu mcam nak rempuh Kancil ni... Tu yang dia berhenti mengejut.. haish.. Istighfar panjang tau..kalau x, tak tau la, Ckin maybe terpelanting ke depan...huhu Tak cukup ngan tu, ada pakcik yang naik motor jugak kat sbelah Ckin tu macam nak lawan race ngan Ckin je..hmm pakcik ni memang..sat ke kiri, sat ke kanan... 

Bersabarla...huhu 

Dah la dua2 brek mengejut... Mujur takde pasir halus kat jalan tu, kalau tak memang tergeleceh la Ckin ngan motor2 tu.. Alhamdulillah Allah masih berikan peluang kat Ckin untuk hidup..kan? Pastu bawa slow2 la pulak..serik maa.. Kalau jatuh btul la, Ckin memang tak ingat benda lain dh.. MATI je kot..


 Kelmarin, kat satu simpang tu, ada kereta Wira kot, lintas dpn Ckin... Dah la bawak laju, kebetulan pulak ada lopak kat situ.. haaa.. Faham? Memang terpercik la air kena btul2 kat muka and badan Ckin...hwaaaaa Walaupun pakai baju hujan, tp rasa cm kena simbah ngan sebaldi air tu... 


Istighfar panjang la Ckin.. 

Makcik kat sebelah tu pun terkejut dengar Ckin cam separuh menjerit...huhu Memang pengalaman la duk dlm hujan..dah la tak nampak jalan..pakai spek ni bila sejuk sgt, dia jadi kabur, nak buka penutup muka kat helmet tu tak bleh sbbnya nanti kena hujan kat muka kan sakit.... Cukup kat situ.. Tak mau dah citer pasal hujan..kalu ujan gak hari ni, ntah la..hujan2 pun kena gak balik. Bukannya nak menumpang kat bawah jambatan ye dak?

-- Dulu2 Ckin and Ckak macam ni la... Mak yang cakap..hehe --

Haa.. Kelmarin jugak Ckin baru tau, yang sepupu Ckin dah keguguran.. Anak kembar pulak tu..huhu Baru rasa nak bergembira sbb kembar baru akan lahir..Tp,Allah tak izinkan.. Nak buat macam mana kan? Hidup, mati, jodoh, pertemuan terletak di tangan Tuhan. Kita hanya perlu redha akan kehendakNya.. Kembar ni adalah anak ke 8 and 9. Anak ke 2 and 3 pun dah ada kembar dlm family spupu Ckin. Yang tu kembar lelaki and perempuan. 

Petang, suami sepupu Ckin mai rumah nak mintak kain tuala putih kecik je, pastu nampak la dia pegang benda yang berbalut dengan kertas hijau cm kat hospital tu.. Ckin tanya le, apa benda tu? Nampak cm ubat. Pastu teringat kata spupu mengandung, ingatkan dah lahir. Ckin fikir tu adalah uri. Dyorang nak tanam ke hapa ke.. Dia boleh offer lak, "Nak tengok?" Haish... Terus terang Ckin tolak.. Satgi kalau tengok jadi kot lain kan susah. Lagipun, kmbar Ckin ckap kalu tengok uri, nanti benak. Mujur tak tengok..hehe

-- My Handphone --

 Pastu pas Maghrib, Ckin dengan pantasnya menekan butang handphone and hantar mesej kat Ckak, Abg Hai, Abg Kri and Abg Kort maklumkan pasal benda ni. Ckak je yang respons. Yang lain dah tau kot.. Biar la..janji dah gtau kan... Ada hikmahnya kembar tu diambil semula olehNya... 

InsyaAllah... 

Anak kan anugerah Allah...
Semoga dengan kelahirannya akan menambahkan lagi bilangan khalifah Islam di muka Bumi ini.. Amin.

Ambil Iktibar Atas Apa Yang Berlaku

3 Comments:

aSmiDar September 30, 2010 at 2:54 PM  

Nak tengok gambar korang berdua...:)

nama penuh ckak tu ape?

MrS ieyda♥♥♥ September 30, 2010 at 11:47 PM  

tu la kan..sedih lak baca last..awal2 tadi nak tergelak gak..maklumlah..kami suami isteri dulu..dua2 rider motosikal..huhu..tapi..pemandu kereta yang tak penah bawak motor dia xkan tau betapa siksanyer bwk motor..huhu..tetapi pemandu kereta yang da selalu bawak motor..dia akan tahu..macamana nak hormat penunggang motosikal bila dier drive kereta..bila nak kna bg laluan pada motor..dier akan tahu..huhu

Ckin Kembaq October 1, 2010 at 10:03 AM  

Boleh je akak..nanti akak pi tengok kat tab "Kisah Kami" kat blog Ckin. Ckin akan letak pic yang kami bergambar dua..hehe

ieda emiey - btul tu..org yang tak penah bawk motor takkan tau prasaan naik moto ni..kalu org yg mmg naik mto,insyaAllah dia akan faham...

Ckin takut excident je..tp alhamdulillah spnjang naik moto ni, hanya sekali excident..tu pun sbb diri sndiri..hehe nmpk polis,terbrek kecemasan,then terbalik and terjatuh..mujur tak de lori or kendraan lain kan..hehe

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP