Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

.:: Dilema Si Penunggang Motorsikal ::.

Thursday, September 30, 2010

Assalamualaikum sahabat2...
Tau knapa Ckin letak tajuk macam tu?haha 

DILEMA SI PENUNGGANG MOTORSIKAL...


Cam pasrah je..huhu Tau x, kelmarin ni, waktu pukul 5 petang, time nak balik umah la kan.. Pastu lak, hujan turun renyai2.. Tak lebat pun.. Tapi, bila dah tunggang motor tu komfem la air hujan tu rasa cm deras je kan.. huhu Sakit tangan kena hujan bab ianya mencucuk2 tangan Ckin... Bukan setakat tu je, kelmarin gak, Ckin bawak maintain je 60 km/j...hehe kalau pagi2, bawak 70 ke 80 km/j.. Sbbnya jalan yang Ckin lalu tu tak bnyak sangat kenderaan, so boleh la nak bawak laju2 kan...  

Tu pun rasa macam nak terbang dah.. Pagi kelmarin hampir2 nak langgar kereta Kancil.. Kancil tu brek mengejut sbbnya ada lori dari arah hadapan tu mcam nak rempuh Kancil ni... Tu yang dia berhenti mengejut.. haish.. Istighfar panjang tau..kalau x, tak tau la, Ckin maybe terpelanting ke depan...huhu Tak cukup ngan tu, ada pakcik yang naik motor jugak kat sbelah Ckin tu macam nak lawan race ngan Ckin je..hmm pakcik ni memang..sat ke kiri, sat ke kanan... 

Bersabarla...huhu 

Dah la dua2 brek mengejut... Mujur takde pasir halus kat jalan tu, kalau tak memang tergeleceh la Ckin ngan motor2 tu.. Alhamdulillah Allah masih berikan peluang kat Ckin untuk hidup..kan? Pastu bawa slow2 la pulak..serik maa.. Kalau jatuh btul la, Ckin memang tak ingat benda lain dh.. MATI je kot..


 Kelmarin, kat satu simpang tu, ada kereta Wira kot, lintas dpn Ckin... Dah la bawak laju, kebetulan pulak ada lopak kat situ.. haaa.. Faham? Memang terpercik la air kena btul2 kat muka and badan Ckin...hwaaaaa Walaupun pakai baju hujan, tp rasa cm kena simbah ngan sebaldi air tu... 


Istighfar panjang la Ckin.. 

Makcik kat sebelah tu pun terkejut dengar Ckin cam separuh menjerit...huhu Memang pengalaman la duk dlm hujan..dah la tak nampak jalan..pakai spek ni bila sejuk sgt, dia jadi kabur, nak buka penutup muka kat helmet tu tak bleh sbbnya nanti kena hujan kat muka kan sakit.... Cukup kat situ.. Tak mau dah citer pasal hujan..kalu ujan gak hari ni, ntah la..hujan2 pun kena gak balik. Bukannya nak menumpang kat bawah jambatan ye dak?

-- Dulu2 Ckin and Ckak macam ni la... Mak yang cakap..hehe --

Haa.. Kelmarin jugak Ckin baru tau, yang sepupu Ckin dah keguguran.. Anak kembar pulak tu..huhu Baru rasa nak bergembira sbb kembar baru akan lahir..Tp,Allah tak izinkan.. Nak buat macam mana kan? Hidup, mati, jodoh, pertemuan terletak di tangan Tuhan. Kita hanya perlu redha akan kehendakNya.. Kembar ni adalah anak ke 8 and 9. Anak ke 2 and 3 pun dah ada kembar dlm family spupu Ckin. Yang tu kembar lelaki and perempuan. 

Petang, suami sepupu Ckin mai rumah nak mintak kain tuala putih kecik je, pastu nampak la dia pegang benda yang berbalut dengan kertas hijau cm kat hospital tu.. Ckin tanya le, apa benda tu? Nampak cm ubat. Pastu teringat kata spupu mengandung, ingatkan dah lahir. Ckin fikir tu adalah uri. Dyorang nak tanam ke hapa ke.. Dia boleh offer lak, "Nak tengok?" Haish... Terus terang Ckin tolak.. Satgi kalau tengok jadi kot lain kan susah. Lagipun, kmbar Ckin ckap kalu tengok uri, nanti benak. Mujur tak tengok..hehe

-- My Handphone --

 Pastu pas Maghrib, Ckin dengan pantasnya menekan butang handphone and hantar mesej kat Ckak, Abg Hai, Abg Kri and Abg Kort maklumkan pasal benda ni. Ckak je yang respons. Yang lain dah tau kot.. Biar la..janji dah gtau kan... Ada hikmahnya kembar tu diambil semula olehNya... 

InsyaAllah... 

Anak kan anugerah Allah...
Semoga dengan kelahirannya akan menambahkan lagi bilangan khalifah Islam di muka Bumi ini.. Amin.

Ambil Iktibar Atas Apa Yang Berlaku

Read more...

.:: Indahnya Awan Yang Menggebu ::.

Wednesday, September 29, 2010

Assalamualaikum sahabt2..sihat?
Ckin alhamdulillah sihat.. Ckin tak boleh nak tinggal jejak kat shoutbox sahabat2 sbbnya Ckin punya tenet kena block..huhu insyaAllah hujung mnggu baru Ckin dpt tggl jejak ..heheActually, saja nak berkongsi tentang pemandangan. Sejak akhir2 ni, Ckn jadi minat and suka sangat tengok keindahan alam ciptaan Allah ni. Rasa tenang.



 Indah. Bahagia. 

Waktu bawa motor, Ckin siap boleh nampak matahari terbenam lagi. Fuh! Mujur tak ada kamera idaman Ckin tu, kalu tak, mesti Ckin dah snap tiap2 hari.. Tak jemu pun. Waktu atas jalan raya, siap boleh kalih  muka semaata2 nak tengok awan yang    menggebu. Kadang2 kalau Ckin rasa ada masalah, Ckin pun tengok kat langit. 

Nak cari ketenangan kan...


 Sahabat2 macam mana pulak? Kalau tension, ada yang dengar lagu, ada yang gi pantai, ada yang tidur, ada yang menyanyi kan?... Setiap orang ada cara sendiri nak lepaskan tension tu. Tak smua orang sama right? Tapi, biarlah tension kita tu dilepaskan dengan cara yang baik dan bukanlah dengan cara yang tidak baik. Contohnya remaja macam Ckin and ada juga yang macam sahabat2.. Tadi Ckin and kawan2 praktikal gi makan laksa kat BM ni. 

Sedap. 


Ckin makan 2 pinggan tu..hehe Banyak kan?... Sbbnya Ckin meamang nak makan banyak tu pun..bukan selalu kan..n_n Walaupun dah sedar muka dah makin bertambah ketembaman ni, tp tak salahkan?... Jangan sampai jadi cam ular sawa dah le, pas makan tidur pulak kan.. Haa..tak bagus tu.. Balik makan solat.. Yang terkejutnya abg yang jaga kedai laksa tu tau apa?... Haa... Yang datang nak makan laksa tu 8 orang, t api order tu sampai 11 pinggan..hehe bia la..rezki pakcik tu murah la hari ni kan.. Apa-apa pun yang penting happy naa... 

Chaiyok! Chaiyok!

Read more...

.:: Ketika Cinta Bertasbih - Tirulah Mana Yang Baik ::.

Monday, September 27, 2010

Assalamulaikum...
Sahabat2... Macam mana kehidupan hari ni?... 
Adakah baik perjalanannya atau sahabat2 sedih?.. Jangan sedih2 naa.. 
InsyaAllah ada something yang lebih baik menanti kita hari ni... 

Meh nak story-mory cket.. Haa.. Actually, cuti Sabtu Ahad baru2 ni, Ckin ada meng'explore'kan diri dalam bidang masakan... Saja nak masak2... hehe Tau napa?... Sebabnya salah satu azam Ckin tahun ni adalah nak mendalami ilmu masakan tau.. Sementara ada kat rumah kan... 

Ckin ada masuk ke laman web MyResipi ni.. 

Kalau nak tau, dalam ni memang ada banyak sangat resipi turun temurun and banyak lagi la.. Barat ke, Timur ke, Utara ke, Selatan ke... Boleh la search naa.. Bagi yang nak belajar or nak try or nak mantapkan ilmu memasak tu, kira boleh la.. Tak salahkan?... Ilmu ni lagi digilap,lagi kuat dlm ingatan kan... 

Haa.. Apa yang Ckin masak baru2 ni?... 

Jeng.. Jeng.. Jeng..

Ckin buat Makaroni Goreng Pedas

-- lebih kurang cam ni la --
Pergghhh... Memang pedas tahap gaban la...Berapi macam Mamee Slurrp tu..haha
Mm.. Yang penting, Ckin dah ada pengalaman nak buat..kan tak pernah buat kan benda tu..hehe Ckin ada gi wat masakan len, 2 lagi menu.. hehe
Stop di situ... 

Nak story benda lain pulak... n_n 

2 hari lepas jugak, sepanjang petang Ckin pegi Cyber Cafe sbb online.. 

Chup!Chup!

Bukan nak online saja2 naa.. Ckin gi sana sbb nak install antivirus Kaspersky. Tapi, dah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai jadi masam..
eh? 
Biar sampai ke pangkal lengan la.. ^_^v marah tok nenek kita nanti..hakhak


Ckin ada download cerita Ketika Cinta Bertasbih Spesial Ramadan.. Tapi sampai episod 6 je.. Sbbnya terlalu banyak la.. Sampai tak tau nak pilih yang mana..huhu Tapi, alhamdulillah, sahabat Ckin, nama dia Haryati Juning, orang Sabah, nak 'burn' cd story tu dari episod 1 till 59 and pos kat Ckin petang ni jugak.. 

Wah! 

Memang sahabat yang baik kan?... Apa yang Ckin nak kongsi adalah cara pengarah filem KCB tu... Cuba tengok balik. Walaupun berlakon, tapi dyorang ni ttp menjaga batas2 pergaulan kan?... Hatta di dalam bilik tidur, masih mengekalkan tudung, menunjukkan pengarah filem ni begitu prihatin dengan pelakon2nya yang memang menjaga aurat sebaik2nya. 

-- Sesuai kan?... Suka tengok.. ^_^v --

Filem Malaysia?...

Bukan nak mengata, cuma nak berkongsi apa yang Ckin rasa. Filem di Malaysia, tak semua la, luar rumah pakai tudung, tutup semua tempat, tp masuk je bahagian dalam bilik tidur, terus hilang tudung tu... Memang la berlakon, tp tak bolehkah tunjukkan sikap yang betul2 baik walaupun hakikatnya tidak?...kan? 
Pastu sepanjang Ckin tengok KCB 1 till KCB yang sekarang ni, Anna tu tak pernah sentuh kulit ke kulit dengan Azam. Pernah tengok?... Memang tak ada.. Dengan Furqan pun, walaupun ada part yang pegang tangan pergi ke hotel tu, dia memang pegang, tp berlapik kan?... Masih dibolehkan... Orang2 yang macam ni memang Ckin respect. Walaupun berlakon, tp still menjaga batas pergaulan. 

Contoh lain,

waktu Azzam terkenangkan balik kenangan Azzam dating dengan Anna di tepi tasik, ada nampak dyorang pegang tangan? Peluk? Tak ada. Filem Malaysia, selepas 'kahwin' dlm filem, boleh dah nak pegang2, salam2, cium dahi and nak tunjukkan kepada penonton yang 'hakikat kehidupan' dlm filem tu memang menjadi. Padahal ianya adalah lakonan semata-mata. 

-- Sejuk hati... --
Suka jugak tengok Azzam.. Sebab dia memang suami yang penyabar. Waktu Anna minta diceraikan oleh Azzam, muka Azzam memang nampak marah, tapi dia gtau pulak kat Anna bahawa mana-mana isteri  yang meminta cerai daripada suaminya tanpa sbb apa pun, tidak akan dpat mencium bau syurga. Muka dia time tu memang menunjukkan dia ni seorang yang penyayang. Kalaulah dapat lelaki yang macam tu kan.. Alangkah manisnya hubungan rumah tangga yang dibina. Tp, kita kenala jadi macam tu dulu baru layak kita dapat kan?..hehe kena kuat and tabah. Amik yang positif... Hindarkan yang negatif.

Ckin tak boleh tengok part2 yang berlebihan mengalahkan 'husband' and 'wife'. Moga dijauhkan dari kita... Geram je rasa. Kalau boleh, jangan la pakai 'tudung botol kicap'. Maksudnya, 'tudung buka tutup'. It's better berlakon dlm adegan yang tak pakai tudung trus kan.. 

Memang la, maybe ada yang kata, 
"Pengarah tu yang suruh"
"Ni lah satu-satunya periuk nasi dyorang"
"Dyorang hanya mengikut arahan lakonan"
"Penulis skrip yang nak macam tu"

Banyaknya alasan. Jangan jadi macam tu. Nanti siapa nak jawab di hadapan Allah s.w.t.? Kita? Waktu tu dah tak boleh nak lari lagi. Perasaan menyesal akan mula2 hadir dlm diri. Nak ke?... Tak mau kan?... Tak salah kalau kita nak tiru cara perfileman orang lain, asalkan benda tu ikut syariat. Tu berdasarkan episod 1 till episod 7. 


Ckin memang suka filem Ketika Cinta Bertasbih ni berbanding Ayat-Ayat Cinta. Tau knapa? Sbb pelakon KCB lebih bersopan. Cuba tengok cara pemakaian dyorang, walaupun ada yang tabarruj (berhias berlebih-lebihan), tp mesej yang nak disampaikan tu tetap ada. Tak semua orang perfect, namun takkanlah kita ttp tak mau mengharamkan perkara yang diharamkan oleh Allah dan Allah juga mengisytiharkna perang kepada golongan2 yang tidak mahu mengikutNya, 

sebagaimana dalam firmanNya dlm Surat Al-Haaj ayat ke 29, 
"Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian, mereka tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya dan mereka yang tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah)...

Tu baru episod 7, tak sampai lagi episod terakhir. Ckin cuma nak berkongsi apa yang Ckin rasa and apa yang terbaik untuk kita. Mungkin sifat Ckin yang lahir dalam bulan Januari iaitu suka mengkritik kot. Entah la. Yang terbaik, Ckin akan share, yang tak baik tu janganlah kita ikut, ye dak?...

Setiap perkara yang sahabat2 rasakan ianya bermanfaat dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan, lakukanlah dan ambillah. Sesungguhnya yang baik itu adalah daripada Allah dan yang buruk itu adalah disabitkan dengan kelemahan dan kekurangan Ckin sendiri. 

Proses Membaiki Diri Ini

p/s : Kalau dah sampai cd tu, memang Ckin tak lepas punya tengok..hehe Peace ^_^v

Read more...

.:: Rest Minda - Barah Otak ::.


Satu hari Pak Pandir mengalami sakit kepala yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor.

Doktor: Serba salah saya hendak memberitahu Pak Pandir nie..tapi saya mesti beritahu Pak Pandir bahawa Pak Pandir telah menghidapi Barah Otak.

Pak Pandir: Yaaaaaahoooooo!!! (melompat kegirangan)

Doktor: Pak Pandir fahamkan maksud saya? (kebingungan)

Pak Pandir: Tentu sekali saya faham, apa doktor fikir saya bodoh sangat ke?

Doktor: Habis tu..kenapa gembira sangat?

Pak Pandir: Sebelum ini isteri saya Mak Andir selalu marah saya dengan mengatakan saya "takde otak". Dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak.
 p/s : Senyum itu kan indah.. dan juga merupakan sedekah..jadi, senyumlah.. Ckin nampak ni... ^_^v

Read more...

.:: The Way To Install KISS 2011 ::.

Sunday, September 26, 2010

Assalamualaikum sahabat2...

Act, entri ni tak  da kena mengena pun dengan sahabt2..tp cuma nak gtau kat si junior Ckin ni cara nak install antivirus Kaspersky..sbbnya dia tak dpt nak buat... So, it's important for me to teach her right?... simple saja.. Mula2 tu Ckin pun tak bleh buat.. tapi bila dah explore sendiri baru tau... Ok, berbalik kepada tujuan asal Ckin ni... Tengok aja la visual ni..

1) First sekali, buka kat lama web ni.. Click sini. Then, akan kuar page Home nya..

-- Home Page --
2) Tengok kat Kak Ckin bulat ngan merah tu.. Pilih yang tu. Klik "English".
-- Amik Latest Version KISS 2011 --
3) Then akan kuar gambar cam kat bawah ni. Klik "Start Download".
-- Pilih Download tau --
4) Then dia akan start download.. Tunggu sampai habis. .
-- On the way nak download file --
5) Bila dah habis akan kuar Dialog Box ni. Klik "Open". Then akan kuar lagi "Run" kalau tak silap.


Kak Ckin tak boleh nak tunjuk step strusnya bab Kak Ckin dah install. Nanti terinstall 2 kali pulak.  Pastu ikut saja arahan dia. Lagi 1, kena buka Microsoft Internet Explorer k. Kalu buka Modzilla or Google Chrome nanti dia akan bagi warning.

 Pas dah siap, dia akan kuar Dialog Box gak, suruh masukkan Activation Key. Masukkan yang kak Ckin dah bagi tu.  Secara automatik, dia akan Install. Nanti kalau ada masalah jugak, gtau ok.

( Entri ni untuk Amalina, Junior Ckin. ^_^v )

Read more...

.:: Akhirnya! Dah Pandai Buat Header Sendiri ::.

Thursday, September 23, 2010

-- Cute x kartun tu?... n_n ... --
Assalamualaikum...sahabat2 sihat?...

Tadi Ckin sempat buat header dengan tunjuk ajar dari kawan2 praktikal Ckin tau...

Menggunakan Adobe CS3...

Then explore la sendiri kan?...hehe 
ALHAMDULILLAH...

Ilmu baru kat Ckin... 
Walaupun tak la secomey header buatan tangan Aiz Batu Campur, tapi sekurang-kurangnya Ckin dah pandai..ye dak?...hehe

Sapa nak belajar?... 

Eh.. Eh..

Sahabat2 mesti dah terror kan?... n_n...

Pengalaman tu penting naa... 

Peace! No war..


Read more...

Tabarruj Di Facebook

Wednesday, September 22, 2010


Assalamualaikum semua!
Ckin nak kongsikan sedikit maklumat berguna untuk kalian semua. Terutama kepada kaum Hawa. Mengenai Tabarruj di Facebook atau dalam erti kata lain berlebih-lebihan dalam facebook tidak mengira dari segi gaya senyum, gaya fizikal mahupun gaya mental. 
Selamat Membaca. ^_^

Facebook merupakan laman sosial kegilaan ramai buat masa kini. Cukup aneh untuk berjumpa dengan seseorang yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya sebuah akaun facebook. Namun di sebalik penggunaan facebook ini, tanpa kita sedari pelbagai dosa berlaku di kalangan pengguna. 

Ustaz Zaharudin ada mengulas mengenai dosa-dosa & facebook, bagaimanapun saya ingin menfokuskan pada salah satu point yang diberi beliau iaitu 'terlebih gambar'. Sikap suka menunjuk-nunjuk gambar boleh dikaitkan dengan tabarruj, iaitu suatu dosa yang dianggap remeh oleh masyarakat kita. Apakah itu tabarruj? Suatu persoalan yang perlu dihurai lanjut.

TABARRUJ ialah mendedahkan kecantikan rupa paras sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain.

Al-Bukhari rahmatullah 'alaihi ada berkata:
“Tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”.

Untuk menjaga masyarakat daripada bahaya pendedahan ‘aurat dan disamping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang berakal lagi telah baligh dari bertabarruj. Allah s.w.t telah berfirman dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud:


“Katakanlah kepada wanita yang beriman:
Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dari-NYA. Berikut pula mari kita renungi firman Allah khasnya yang ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Hai isteri-isteri Nabi(a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kau bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” 

(Al-ahzab: 32)

Daripada ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah lembut adalah sebahagian daripada ‘aurat wanita juga.Kembali lagi kita kepada jenis alat-alat make-up. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan”

Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis jenis bauan bagi kaum wanita diwaktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at Islam, apabila melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan cirri-ciri yang membawa kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.

Ummu salamah ada menceritakan, maksudnya begini:
“ Asma’ binti Abu Bakar telah menziarahi Rasulullah s.a.w pada suatu hari dengan pakaian yang nipis. Lantas Rasulullah.s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya :“ Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaidh (baligh), tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.”
Ketika itu, Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada muka dan kedua tapak tangan.

Sekarang kita khususkan konsep tabarruj ke dalam penggunaan facebook. Jenguklah sebentar ke laman facebook dan lihatlah bertapa ramai muslimah tanpa segan silu meletakkan gambar-gambar memperlihatkan kecantikan masing-masing dengan pelbagai aksi. 

Macam-macam gaya ditunjukkan, ada yang menunjukkan peace, ada yang membeliakkan mata, memuncungkan mulut dan sebagainya. Apabila bila ditanya apakah motif memperlihatkan gambar sedemikian rupa? Rata-rata akan menjawab sekadar berkongsi kegembiraan, pengalaman dan sebagainya. 

Namun tidakkah dapat kita berfikir sejenak, memperlihatkan gambar tersebut boleh mendatangkan pelbagai respon dan persepsi ramai. Terutamanya kepada kaum berlawanan, gambar tersebut dapat mendatangkan keghairahan. Jikalah kaum hawa mengetahui apakah kaum adam berkata sesama sendiri mengenai gambar tersebut, nescaya mereka tidak akan meletak gambar sedemikian rupa lagi.

Islam merupakan agama yang menghendaki kita bersederhana. Janganlah berlebih-lebihan meletak gambar, seolah-olah saling berlawan siapakah memiliki paling banyak gambar. Jika tersangat beringinan untuk menunjukkan wajah diri sebagai pengenalan diri, cukuplah sekadar meletak satu gambar dengan syarat gambar tersebut tanpa aksi-aksi tertentu yang mampu menarik perhatian orang luar. Mudah-mudahan kita mampu melawat sifat ingin menunjuk-nunjuk ini. 

Nah... mulalah berubah. Anda mampu untuk mengatasi penyakit ini!

Read more...

.:: Sapa Nak Tolong Ckin ni??? TOLONG!!! ::.

Monday, September 20, 2010

Assalamualaikum..

ada x siapa2 nak tolong cek ni???

Huhuhuhuhuhuhuhu

My blog dah kena serangan hacker....hukhuk

Ada cara x nak elak benda alah ni?....

Kalau ada, please help me ..... 

Need ur help!


HELP ME!

huhuhuhuhu

Read more...

.:: Rindu Tazkirah.. 10 Mati Husnul Khatimah ::.

Thursday, September 16, 2010

Assalamualaikum sahabat2...

Di pagi yang hening ni, Ckin ingat nak berkongsi la kan ilmu yang mungkin sahabat2 pernah tau or mungkin ada jugak sahabat2 yang masih belum mengetahui ilmu ni kan?... tak salahkan kalau kita saling memperingati agar ilmu tu lekat di dada, ye dak?

 Tujuan Ckin berblog pun sebab nak mantapkan ilmu and mencari ilmu jugak bukannya untuk diri sendiri saja bahkan untuk orang kain... Moga ia bermanfaat... InsyaAllah..
Kali ni Ckin nak berkongsi mengenai mati Husnul Khatimah. 

Chup! Chup!

Apa tu? 

Maksudnya adalah...

 Kematian Yang Baik.

 Nak? 

Kenalah malaksanakan suruhanNya dan tinggalkan laranganNya. Kerana apa? Kerana setiap manusia pasti akan menempuhi mati ni hatta di akhir zaman dah nak kiamat pun still akan rasa mati tu... 

Ya Allah.. Rasa kerdilnya hamba ni.. 

Hal ini dijelaskan dalam Al-Quran :
"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkankan barang sesaatpun dan tidak pula dapat mendahuluinya".

(Surah Yunus : 49)

Eh? Apa tanda-tandanya pulak?

Haa... It's the time to explain...n_n

Ada 10 Tanda-Tanda Mati Husnul Khatimah. Meh baca and hayati.

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika hampir mati. 
Sabda Rasulullah : "Sesiapa yang akhir kalimahnya , 'Laihaillallah' nescaya akan masuk syurga"

2. Mati dalam keadaan percikan peluh di dahi. 
Sabda Rasulullah : "Mati orang yang beriman itu dengan percikan peluh di dahi"

3. Mati di malam Jumaat atau harinya. 
Sabda Rasulullah : "Tiada seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau malamnya melainkan Allah peliharanya dari fitnah kubur"

4. Mati syahid di medan perang menegakkan agama Allah.

5. Mati kerana sakit taun, sakit perut, ditenggelami air atau ditimpa kemalangan.

6. Perempuan yang mati dalam keadaan hadas dengan sebab melahirkan anak, orang yang mati terbakar, mati kerana sakit paru-paru dan sakit cirit-birit.

7. Orang yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas.

8. Mati kerana mempertahankan agama dan nyawa.

9. Mati kerana bertugas di dalam perjuangan Islam.

10. Mati ketika beramal soleh, yakni ketika melakukan amal ibadat menyembah Allah seperti puasa, solat dan lain-lain.

Dah faham kan?... Berdoalah agar kita akan menjadi seperti salah seorang dari mereka yang beriman. Amin ya Rabbal 'alamin.

Anda Buat, Anda Dapat

Read more...

.:: Demam Rindu? ::.

Wednesday, September 15, 2010

Assalamualaikum sahabat2....

Ckin baru nak update blog nih... Kan cuti raya, mana la nak tengok internet kan?...hehe
Actually, hari ni tak sihat..demam cket..start semalam rasa nak muntah aja..huhu
Pastu time nak tidur pun jadi seram sejuk.. Allah nak tarik nikmat sihat kot...

Demam Rindu???

Tak dak aih... Just joking...ahakzz

Mujur ada broadband Kak Mustika sbb Abg Hai and Kak Mus baru sampai dari Kelantan semalam...  Plannya hari ni nak pi ke JPN sbb tak renew i/c lagi...

Ops! kan dah kantoi...

Umur dah mekonjak 19 nak masuk 20 dah ni...gagaga Sebab apa, dah alang-alang cuti panjang la katakan... Kena manfaatkan... Tapi, Ckak pulak kena gi ajar sepupu kami tu buat kerja sekolah... Biar la.. Dah la tak larat nih...hukhuk Nak tidur? Tak mau dah... Kepala ni dah pening tahap gaban lagi....hukhuk 

Apa-apa pun 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR DAN BATIN

<< Kullu 'amin wa aantum bikhoir >>

Read more...

.:: ...lebih gembira, lebih tahu, lebih khusyuk, lebih suka... ::.

Tuesday, September 7, 2010



...lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram !
 
...lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal !


...lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat !


...lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan !


...lebih suka lepak, tidur, tengok TV...dll daripada Solat dan mengaji !


...lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah !


...lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum !


...lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada      berwirid atau bertahmid !


...lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri !


...lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku      agama !


...lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama !


...lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka !

 
...lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah !


...lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan !


...lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita !


...lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat !


TETAPI 


bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab 

bahawa...


KITA SEBENARNYA..


lebih suka menuju ke Syurga 


daripada ke Neraka !


Layakkah kita dengan Syurga Milik Allah???


p/s : pesanan diri sendiri dan sahabat2...


        Bak kata sorang teman ni,

" pull ur throttle to d max power 4 d last ramadhan bcoz u'll miss it."

Read more...

.:: Rest Minda - BADAK DAN MONYET ::.

-- Gambar bukan sekadar hiasan..n_n.. --
Alhikayat, dalam sebuah hutan di negeri Pahang ada seekor badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni memang tak pernah baik, selalu jer bertengkar.

Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah digosok,keluarlah jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua-dua menatang itu.

Permintaan 1 Badak : Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya...hehe.
Permintaan 1 Monyet : Saya mau sebuah motor Harley Davidson

Jin tu kelip mata, bling... semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam

Permintaan 2 badak : Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya.. hehe
Permintaan 2 monyet : Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet Shoei

Jin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di Pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang-barang mat motornya tu..

Lepas tu jin tu kata "Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik-baik"

Badak tu pun pikir sejenak lepas tu kata " Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr... kecuali saya".

Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka tinggallah badak tu satu-satunya badak jantan satu Malaya nihh..

"Hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut boot kulit ke?" tanya jin.

Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebarr tu, "Saya mau badak tu jadi GAY"

Jin tu pun kelipkan mata, bling....

Maka meraunglah badak sumbu tu. sepuas-puasnya.. "Mana aku nak cari badak jantan ni nyah... ish.. tak kuaassa nyah...........

Read more...

.:: Pernah Buat Ketupat Jawi? Apa tu??? ::.

Friday, September 3, 2010

Assalamualaikum....
Rasa excited pulak bila nak taip entri ni..hehe 
Haa.. Pernah makan ketupat jawi x? Ckin mengaku la, tak pernah pun...hakhakz
Tapi Ckin tau buat sarung ketupat jawi tau.. Meh nak tunjuk bentuk2 ketupat jawi yang Ckin boleh buat..hehe

Untuk perkongsian je nih.. Waktu start Ramadhan, kakak Ckin cakap nak makan ketupat jawi.. Dia suh Ckin buat la..hehe 

Ops! 

Ckin mana tau  masak ketupat tu, tp pandai wat sarung saja k..(jujur nih..hehe)
Nak buat boleh je.. Tapi kena cari daun dia la.. Kena amik kat kelapa sawit nuu... Mana mau cari la?..n_n

Mak cakap senang saja... Bubuh beras separuh acuan tu, then rebus dalam air santan... Nanti masak la..Fuh! Telan air liur aja la kot...ahakz

KETUPAT BAWANG


KETUPAT SATE


Actually, Ckin duk try banyak kali dah nak buat ketupat yang kat bawah ni.. Tapi, selit punya selit, tetap tak jadi...

Eh!

Silap selit ke Ckin nih?...hahaha

KETUPAT JAWI 
(tak tau nama)


Bila Ckin belajar buat ketupat ni?... 

Kisahnya macam ni, waktu Ckin di Tingkatan 3, dah abis PMR la katakan, kat asrama ada buat Pertandingan Buat Ketupat Jawi ni.. Masa tu mmg zero la pengetahuan tentang ketupat ni... Iye la.. Tak pernah sentuh and buat... Pastu, Ckin tanya la kat cikgu-cikgu yang ada kat sana, cikgu mana yang pandai buat ketupat ni???

Ada sorang cikgu tu gtau kat Ckin yang Cikgu Nora(cikgu math Ckin) pandai buat.. Terus pi jumpa Cikgu Nora and tanya macam mana nak buat.. Time tu guna riben je.. Takkan nak pakai daun asli kan... Mana ada kat sekolah time tu...hehe
Orang baru belajar susah gak nak pakai riben.. Licin woo... Tapi, kena la pandai-pandaikan diri gak kan..
Dah beberapa kali buat, fuh! Menjadi! Memang syok sangat la time tu... Pastu sampai ke bilik kat asrama Ckin buat ketupat tu nak bagi mahir tau... Ajar adik-adik buat gak... 

-- Ketupat jawi guna riben --
Time hari pertandingan, tau kumpulan mana menang???

Kumpulan Ckin la menang... Ketupat paling banyak dihasilkan.. Haa.. Memang ketaq abis la tangan ni bab nak menang punya pasal kan...ahakz Mana tak ketaqnya, Ckin suh adik-adik buat rangka, then Ckin sempurnakan ketupat tu.. Time tu adik-adik ni tak berapa cekap ngat...hehe

Lawan buat Aspura vs Aspuri... Ingatkan Aspura menang, rupanya kumpulan Aspuri ni yg menang..hee 
Dapat la hadiah kan.. Kongsi ngan adik2 yang join ngan Ckin tu..

Bukan setakat tu ja, balik rumah sepupu suh buat gak.. Guna riben jugak... Dia nak buat hiasan kt umah dia.. Ckin on aja la.. Buat banyak gak.. Happy je rasa dlm hati...

Waktu Tingkatan 5 pun Ckin menang gak time kat SMKA Nibong Tebal... Waktu tu ngan geng Pengawas Pusat Sumber... Banyak gak ketupat yang dihasilkan... Seronok time tu bab memang pulun sangat-sangat la nak buat bagi habis..

Bila tau buat ketupat ni, ilmu yang tak ada kat semua orang kan?...

BAHAGIA BUAT KETUPAT

P/S : sahabat2 pernah buat ketupat ni?...n_n...

Read more...

.:: Kad Raya Pertama dari Hanna..hehe ::.

Assalamualaikum!

Dikisahkan bahawa pada 2 September 2010 yang lepas, Ckin dah dapat kad raya dari junior SMKANT...

Ini sebagai tanda penghargaan Ckin kat orang yang buat baik kat Ckin...

Siapakah gerangan orangnya?..

Tengok bawah ni.. namanya Hanna Syahira..

Siap letak gambar lagi kan?...


Yang penting, masih ada lagi yang ingat kat kita di sini..hee

Walaupun kecil, tapi cukup memberi seribu makna buat diri ini...

ATTENTION!

Siapa yang nak bagi kad raya kat Ckin?..n_n

Ops! Just joking naa.. Nak kad raya?..

Give me ur alamat naa... 

InsyaAllah ada rezeki, sampai la tu...hehe

"Kullu 'amin wa antum bikhoir"

Wassalam...


Read more...
Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP