Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

.:: Jangan Persoalkan Bila Qiamat tu, Tp Persoalkan Dah Readykah? ::.

Monday, October 11, 2010

Assalamualaikum sahabat2..
Rasa cm dah lama tak menaip in blog nih.. Kerinduan mula terasa... Sabtu and Ahad lepas Ckin tak gi cc sbbnya petang2 panas... 

So, tak leh la nak tinggalkan jejak di blog sahabat2 melainkan hanya blogwalking smbil mmbaca.. 
Actually, hari ni Ckin nak bangkitkan satu isu yang mmg dari dulu lagi orang suka sangat sembang and ambil tahu... 

Tau apa dia?...

Haa.. Tadi ni ada la dengar makcik kat sini sembang ngan staf lelaki kat pejabat... 
Ada cikgu di sebuah sekolah yang tidak boleh disebutkan namanya, gi citer kat student... Tau apa cikgu tu cakap? 


Cikgu tu gtau kat studentnya yang qiamat akan berlaku pada 2013!

 Haish... 

Cikgu ni... 

Apa yang mendorong si cikgu yang sepatutnya mendidik dengan baik student2 nya?... 
Kebetulan pulak, staf lelaki ni muallaf.. Orang India... Dia memang marah. Ckin diam aja la.. Tak mau cmpur cakap orang2 dewasa kan..hehe Biar and dengar apa yang dyorang sembang.. 

Uncle Meera cakap la, "Ada pulak orang yang bila cakap qiamat nak mai, trus dyorang stop kerja and dah tak mau buat kerja melainkan hanya duduk beribadat kpd Allah. Buat apa? Allah dah cakap akan tunjukkan hari qiamat tu pada seluruh pelusuk dunia. Biar ja la.. Teruskan dengan kehidupan harian dan buat suruhanNya serta tinggal laranganNya..Bukannya buat macam tu... " 

Perghh! Memang tepat pun... 

Kalau setakat duduk di tikar sejadah, tak ke mana la... 


Haa.. Bercakap tentang BILAKAH qiamat akan berlaku????

Sila rujuk Ayat Al-Quran di bawah :


[Al-A'araf:187]
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: “Bilakah masa datangnya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut”. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”


Namun begitu, kita tetap diberi hint menandakan akan datangnya qiamat yang dahsyat tu : 
  • Peperangan dan Kekacauan
  • Gempa bumi
  • Kemiskinan
  • Kehancuran moral
  • Pengingkaran terhadap agama dan ajaran al-Quran
  • Ilmu sains dan teknologi
  • dan berbagai lagi
Namun begitu, perkara di bawah meyakinkan lagi kedatangan qiamat adalah tidak mustahil :

  • Peperangan dan kekacauan – Uihh…satu dunia tengah kacau la ni. Sejak lahir, dah banyak peperangan dan pembunuhan berlaku. Perang Dingin la, perang kat Afghanistan la, perang kat Iraq la dan mungkin akan berlaku di Iran. Perang bunuh, bunuh perang. Nyawa, melayang begitu sahaja.
  • Gempa bumi – tahun ni sahaja, 2 gempa besar berlaku. Satu di Sichuan, senang kata di China, dan satu lagi di Iwate, Jepun.
  • Kemiskinan – Dimana- mana. Dari timur hinggalah ke barat.
  • Kehancuran moral – Seks bebas, homoseksual, lesbian dan bermacam-macam lagi keruntuhan akhlak di kalangan remaja yang kononnya ingin bebas dari sebarang ikatan. Mau ikut kata hati sendiri.
  • Ingkar terhadap ajaran agama – Halalkan yang haram. Hak tidak diletakkan pada tempatnya-ZALIM.
  • Ilmu sains dan teknologi – Jarak beribu-ribu kilometer. Naik kapal terbang amik masa beberapa jam je. Jarak beribu-ribu kilometer. Tekan satu butang je, boleh cakap, ” Hai di sana, saya di sini” dan sebagainya.
Walaupun dah banyak kali kita baca tentang ni, tp fikir balik, apakah persediaan kita nak menghadapinya???

Everyday, kita melayan facebook, melayan blog mengalahkan amal kita kepada Allah, merindui insan yang bukan halal bagi kita, pergaulan kita dengan insan yang berlainan jantina...... Astargfirullahalazim....

Ya Allah, berilah petunjuk dah hidayah kepada diriku dan seluruh ahli keluargaku, begitu juga sahabat2 ku dan juga orang2 yang kusayangi . 


Ya Allah Ya Tuhan Kami, Janganlah Kau pesongkan hati kami setelah Kau memberi petunjuk kepada Kami... Amin Ya Rabbal 'Alamin.


13 Comments:

SHM October 11, 2010 at 4:35 PM  

Salam,

Memang betul, kiamat akan berlaku. Tapi kita jangan tanya bila kiamat berlaku kerana Hari Kiamat ialah sesuatu yang dijanjikan-Nya. Pernahkah kita bertanya, sudah bersediakah kita untuk menghadapinya...

Unknown October 11, 2010 at 4:57 PM  

Allahu Allah...
usah ditanya kiamat itu bila..
pasti akan datang juga. Tunggu dan beramal lah.

cek ni pun selalu abeskan masa dgn blog dan FB..so, nak muhasabah diri ini untuk lebihkan ibadah dari semua hal yang lagha ni..^^,

Anonymous,  October 12, 2010 at 1:33 PM  

terima kasih ats peringatan.
kiamat bila2. tak kiamat pn ajal pasti tiba. cuma bersedia atau tidak bersedia~

Tieah Madian October 12, 2010 at 4:52 PM  

Huhu..
Teringat film 2012..
Manusia lari nak selmatkan diri..
Tp tu lakonan semata2 kan..

Ckin Kembaq October 12, 2010 at 4:57 PM  

-sds-,
Wkmslm w.b.t,

Yup..jangan mencetekkan minda dengan takut pada qiamat tp tak bersedia nk hadapinya kan..

Kalu stakat bckp,smua org bleh bckp..tp nak buat?fuh! Mengelat kan?..

Ckin Kembaq October 12, 2010 at 4:59 PM  

NurHeart,

Allahuakbar!

Soalan yang patut ditanya,
"Macam mana kehidupan aku di akhirat sana?"

"Baik atau Buruk?"

Tepat untuk semua manusia..n_n

Cek pun slalu gak ngn smua ni..kalu niat atas kebaikan,it's ok..maybe boleh jadi tauladan kpd yang lain..dan disamping dpt ubah diri kita..kan?

Ckin Kembaq October 12, 2010 at 4:59 PM  

NurHeart,

Allahuakbar!

Soalan yang patut ditanya,
"Macam mana kehidupan aku di akhirat sana?"

"Baik atau Buruk?"

Tepat untuk semua manusia..n_n

Cek pun slalu gak ngn smua ni..kalu niat atas kebaikan,it's ok..maybe boleh jadi tauladan kpd yang lain..dan disamping dpt ubah diri kita..kan?

Ckin Kembaq October 12, 2010 at 5:00 PM  

brutalsolo,

Moga dpt ibrah...n_n...

Ckin Kembaq October 12, 2010 at 5:01 PM  

maCy,

sama2..moga akan jadi iktibar pada kita semua..insyaAllah..

Yang pastinya ia akan datang jugak nanti..

Ckin Kembaq October 12, 2010 at 5:02 PM  

d_tieah,

Tak best pun film tu..huhu mcm ntah apa2..tu baru 'kiamat' ciptaan manusia..ciptaanNya?...

MasyaAllah..tak pernah tergambar oleh kita...huhu

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o October 12, 2010 at 10:02 PM  

macam dah baca dan comment..nampaknya kamu kena update cpt ni

.:: dieylah :: October 13, 2010 at 8:28 AM  

Hanya Mampu beringat...dan bersedia...

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP