Nak Akad Nikah Sebulan Sblum Kawin Ok?
Friday, October 22, 2010
Assalamualaikum...
Waktu ni kaum muslimin gi solat Jumaat di masjid, kaum muslimat pula, ada yang berusrah, ada yang singgah ke 'planet'2 dunia, ada yang pegi ke pusat beli-belah, ada yg window shopping, ada yg masih di depan blog. Semualah. Banyak ragam manusia... ^_^
Ckin?Semestinya di depan blog ni...hehe
Tadi berblogwalking... Mencari2 sesuatu yang boleh kujadikan sebagai panduan hidup...
Check blog sahabat2 yg smpat Ckin check, mengamati bait-bait kata yang sahabat-sahabat tulis...
"Hari ni si fulan ni update x blog dia?"
"Hari ni tajuk apa si fulan ni keluarkan?"
"Hari ni ada cerita menarik x yg ditonjolkan oleh si fulan?"
Biasa la tu. Setiap manusia ada ragamnya yang tersendiri..
Macam Ckin. ^_^
Baru sat dengan header maroon, sekarang dah tukar ke kaler biru sbbnya Ckin mmg minat dua kaler ni yg teramat sangat...
Biru + Maroon = Bimaroo
Haha.. Ok kan?...
Actually, tak ada la sangat isu yang Ckin nak bangkitkan. Cuma terkenang-kenang...
Hari ni 3 kengkawan yg sepraktikal dah tamat latihan industri depa kat sini.
So, tadi pihak pengurusan buat jamuan, and tiap orang yang nak keluar dpt hadiah cenderahati... Hok tu yg suka bangat tu...hehe
Tadi, depa ada ajak Ckin kluar gi jalan, Ckin tak mau ikut. Because ada keja cket duk wat. Keja apa? Mengadap blog je Ckin ni. Biasa la. Ni la satu-satunya tmpat Ckin... Lagipun, dah malas nak keluar.. Segan je. ^_^
Biarla depa keluar jalan-jalan sebab ni kan dah last depa kat sini. Semua dari UITM Arau. Lagi sebulan lebih, Ckin lak akan keluar dari sini. Tunggu aja la. Tak sabar nak balik Poli.. Rindukan 'student life'...
Boleh percaya ke ni? ^_^
Eh! Mestila. Jumpa kawan-kawan balik. Nak belajar lagi. Tak puas sbenarnya. Zaman remaja ni hanya datang sekali seumur hidup, ingat tu!
Kalau dah menginjak 20-an tahun depan, dah tak boleh la nak jadi hawaq-hawaq, nakal-nakal, budak-budak...hehe Semua la. Bila dah menginjak usia, pemikiran kena lebih matang, tahu tujuan hidup, dan fikirkan untuk masa hadapan. Kalau nak jadi budak-budak, kena gi kat tadika la. ^_^
Tadi ada sembang ngan kawan-kawan praktikal nih... Tau tentang apa?
Tentang tajuk hangat yg paling diminati ramai...ahakz
Bab Kahwin la... ^_^
Bukannya apa, saja-saja sembang, tapi ada seribu satu makna tau. Paper hari ni kan ada maklumkan yang seorang lagi bakal pengantin hilang. Baru-baru ni tentang Rozaliya tu. Macam-macam hal jadi. Lepas kes Jutawan tu kena bunuh, masuk lak kes hok camni... haish
Dunia... Dunia...
Ckin cakaplah,
"Aku nanti tak mau tunang la, nak akad nikah sebulan sebelum kahwin (kenduri)"...hehe
Pastu ada pulak yang menambah,
"Uih.. Tengok, Ckin mmg awal.. Baru 19 tuuu..haha Kita dah 22 nih.."
Kawan2 Ckin yang praktikal ni ada yang 20, 22 and 23. So, the youngest one is me..hehe
Actually, bila kita bertunang, ianya dah menelan belanja yang besar jugak kan? So, better kita akad nikah dulu sebulan sebelum kenduri, senang kita nak keluar berdua untuk beli barang kahwin, ye dak? Tak timblkan fitnah. InsyaAllah. Ni pendapat Ckin gitu. Mana tau masa depan kelak akan berubah pemikiran Ckin ni. ^_^
Ustazah Ckin kat Poli yang cadangkan macam ni sebab ustazah tu pun buat macam ni tau. Abg ustazah tak benarkan langsung ustazah keluar ngan lelaki.
Kalau nampak, penyepak (tampar) akan naik ke muka. Haa.. Ada berani?
Then abangnya cakap la, terserah nak buat macam mana pun, tetap tak boleh keluar selagi tak halal selagi tak ada ikatan yang sah. So, fikir punya fikir, husband ustazah pun cadangkan agar depa ni akad nikah sebulan sebelum kenduri. Then, semua dah setuju, on je la. Alhamdulillah. Pastu, dah dapat lesen untuk kluar sekali. Sahabat-sahabat rasa susahkah?... ^_^
Bagi Ckin la, it's simple.
Tapi, boleh jugak nak bertunang. Ada disebutkan dalam Kitab Sahih Bukhari yang Rasululullah pernah bertunang dengan 'Aisyah r.a. dan juga Hafsah. Sunnah Nabi, ikut dapat pahala tau.
Ckin ada jugak terbaca dalam satu sumber yang menyatakan bahawa bertunang ni hanyalah perkara harus. Buat pun boleh, tak buat pun boleh. Sebabnya adalah utk berkenalan dgn si pasangan. Nak nilai baik buruk akhlaknya...
Nanti nak bincang ngan Abg Hai and gitau kat dia camni...hehehe
Planning awal ni. Ckin mmg akan gitau dia pun. Then, Abg Hai akan proceed ke mak and abah. ^_^ Planning baik punya. Moga dimudahkan. Amin.
Lagipun, Ckin akan rasa tak tenang kalau keluar berdua ni. Tambah2 yang tak halal. Tak kisahlah kawan pun.. Dlm hati..
Dup Dap! Dup Dap!
Ada yang memerhatikan kita okeh! Ingat tu..
HE ALWAYS BE WITH US..
Nak jumpa ngan lelaki pun segan tahap gaban. Setakat alam maya, memang kurang rasa apa-apa kan sbb tak nampak muka. Cuba test depan-depan tengok, huish! Menunduk rasanya...haha Kawan Ckin pun penah cakap camtu, bila cakap tak tengok muka depa. Malu deh! Sorry bangat. That's myself... Pemalu lebih... ^_^
Ahad lak, kawan ajak pi beli barang-barang nak join trip guru PASTI. Ckin tak ikutla. Sebab dah tak terlibat dgn PASTI dah..hehe Nanti dia nak ajak tengok baju pengantin. Untuk dia naa. Ckin bila lagi? Ckin tunggu gi tengok ngan husband kot...hehe ^_^
-- Cheh! Gaya cam dah nak kawin..hehe --
Moga apa yang Ckin post hari ni ada manfaatnya untuk sahabat-sahabat Ckin nih..
Wassalam.
p/s : Masa depan punya plan kita tak tau. Ckin pun mungkin akan berubah. Mungkin akad nikah time hari kenduri atau tengoklah perbincangan antara dua pihak ni. Jauh-jauh kan... ^_^
11 Comments:
ckin...a'aa la..akad nikah dulu baru buat majlis kan...x timbul fitnah ^_^
tp ckin best la, family ckin alhamdulillah ada yg faham. cek ni?? oh...family tak faham..tp insyaAllah cek akan cuba fahamkan family..kalau pkara baik, pasti Allah bantu kan ^_^
x pernah jumpa entry mcm nih...
tp boleh je kot asal x langgar hukum syarak an?
NurHeart,
InsyaAllah kita try buat ok x?..hehe Lagi senang..
Bukn semua ahli fmly yg fhm..tiap fmily ada kelemahan and kelebihan tersendiri..moga Dia akan bantu kita..amin.
SDS,
Tak pernah jumpa? Haa.. Skang da jumpa kan..hehe
InsyaAllah boleh..sbb ianya tak langgar larangan Allah kan?..
Wah wah wah.. amboi~ nanti jemput ya :P
Mari menjadi manusia
BOLEH APA SALAHNYA ..ITU YANG PALING WAJIB
Nikah dulu tak apa..
Jangan 'kahwin' dulu sebelum akad nikah..
Itu yang banyak berlaku pada masa kini.
iqbalsyarie,
insyaAllah..skang ni muda lagi ye..blum bersedia..n_n cuma pasang angan2 dlm hati..
brutalsolo,
Yup..mmg nak membolehkan pun..n_n
Imddin,
Moga kita semua dijauhkan dari benda2 yg mcam tu.. Kat mana pun kita ada, yg penting iman tu msti kat hati..and pegang sebaik2nya... That's my motto.. n_n
Akad Nikah itu wajib dan walimah itu sunnah.
Kalau akad nikah saja dan tak buat walimah tu xpe,cuma risau jadi fitnah sebab keadaan di malaysia bila majlis akad nikah kena ada kenduri untuk war-warkan perkahwinan.
Kalau akad nikah dan walimah setahun lepastu pun xpe.Buat nikah khitbah.
Walimah di Malaysia dah dikira macam adat. Tu yang tak boleh nak tinggal. Lagipun memang tujuannya utk menguar-uarkan perkahwinan. Lagi baik dr diam and diundang fitnah.
p/s : Nikah khitbah sesuai utk student yg kawen time belajar.. n_n
ckin, tunang dan nikah serentak lg jimat ;)
FasiHah SupiaN,
hehe...boleh2...lagipun kalu tunang, tak leh nak buat apa2 g...huhu so nikah terus.. ^__^ dah ubah fikiran suda ni...hehehehe
Post a Comment