Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

.:: Malukah Anda Tu Dari Sekolah Agama?? ::.

Thursday, October 7, 2010

Assalamualaikum...sahabat2...
Sebelum itu, mari ikhlaskan hati untuk menelan kata-kata dibawah, jangan sahabat menilai entri ini sebelum habis sahabat baca. 

Ukeyh ? Ukeyh! 

By the way, mungkin entri ni khusus untuk pelajar sekolah agama, tapi yang bukan bersekolah agama pun silakan baca

 Don't worry be happy.


Sedih,, malu nak kata,, segan nak cakap. Kenapa yang sekarang bukan macam sebelum ini? Dulu, sekolah agama banyak melahirkan orang yang hebat-hebat. Tak nafikan, sekarang pun ada. Cuma jumlahnya sangat kurang berbanding yang dulu. Sekarang, ada pelajar malu nak mengaku dirinya bersekolah agama. 

Teruk sangat ke hah, kawan? Aib ke? Jadi mereka pun berlagak macam budak tak tahu apa-apa, yang macam jahil agamanya. Maaf cakap. Saya tau saya sendiri banyak lemahnya, banyak lagi yang saya tak tahu berbanding kalian yang sedang membaca ni, tapi saya taip entri ni bukan mahu mengkritik, saya cuma ada rasa bertanggungjawab untuk menegur. Belum dapat tegur depan-depan, tegur depan skrin monitor ni pun takpe la.

Berbalik kepada persoalan tadi, kenapa malu? 


Apa yang saya tengok, semuanya sebab pengaruh kawan-kawan luar. Suka ejek perli kutuk maki hamun la apa semua lagi tak nak taiplah menyedihkan jea tau dak.. Orang yang nak cari jalan pulang, yang sedang cuba meraih cahaya, dia akan tanya sapa sebagai rujukan selain alim ulama? 


Kita, budak SMKA! 
(baca:ni entri khas untuk menyedarkan budak sekolah agama yg belum sedar). 

Kita kena bangga jadi pelajar sekolah agama. Kalian tahu tak, yang mintak nak masuk sekolah agama, ramai. Contohnya salah sebuah sekolah ni. Jumlah yang memohon adalah seramai tiga-ribu-lima-ratus orang. Itu tahun bila tak tau. Tapi masih baru punya jumlah. Mungkin tahun lepas. Tapi yang diterima cuma lebih kurang 100 orang. 

Sekolah agama kalian macam mana? Kalian yang bersekolah agama, kalian berada dalam kalangan yang terbaik, maka kalian seharusnya bersyukur kerana Allah pilih saya dan kalian menjadi pelajar sekolah agama. Tapi.. layak ke aku ni? Layak ke aku menjadi pilihan Allah? Layak ke aku pegang title budak sekolah agama?

Kata Nabi, sapa-sapa yang Allah nak bagi kebaikan padanya, Allah akan letak dia dalam kalangan yang terbaik. Sekolah agama bukankah tempat yang baik?

 Wahai rakan-rakan, jangan sesiakan peluangmu.


Kisah betul ni, ada budak sekolah agama, nak ambil PMR, dia budak pandai, cerdik, tapi... dapat 8A1E. Apa yang E tu? Bahasa Arab! Katanya dia sengaja gagalkan diri dalam B.Arab. Kenapa? Supaya sekolah usir dia. Dia tak mahu bersekolah agama sebab tak tahan belajar B.Arab. Patutkah macam tu, kawan-kawan? Ilmu boleh dicari, kalau mahu. Hendak seribu daya, tak hendak mestilah seribu dalih, kan? Tapi dia sendiri nak keluar daripada sekolah agama, keluar la! 

Tapi kita bimbang kalau Allah keluarkan dia daripada rahmatNya. Bukan nak kata di sekolah harian biasa tu tak ada rahmat, bukan. Apa yang saya nak katakan ialah kenapa dia mahu lari daripada kalangan yang baik?
Allah letak kalian dalam kalangan yang terbaik, bersyukurlah!


Kawan-kawan, baik yang bersekolah agama mahupun tidak. Adakah kau lupa Islam pernah berjaya..? Adakah kau lupa Islam pernah berkuasa..? Agama Islam kita ini pernah menakluk 2/3 dunia, merentas benua melayar samudera! Cuba lihat di sekeliling kalian... alangkah memalukan umat Islam sekarang. 

Kita lupa... ibarat kita tidak berjaya. Jadi, khabarkan kepada mereka, agama kesayangan kita ini pernah berjaya.

Pada yang malu memegang title budak sekolah agama, banggalah kerana Allah memilihmu sebagai pelajar di mana sekolahnya ada perkataan 'agama'. 

AGAMA... 

Kenapa harus malu, tengking mak ayah sebab paksa masuk sekolah agama? Ulang sekali lagi..

Kata Nabi, sapa-sapa yang Allah nak bagi kebaikan padanya, Allah akan letak dia dalam kalangan yang terbaik.


Kawan-kawan, baik yang bersekolah agama mahupun tidak. Semua kita duta agama. Seco'et kita buat silap, satu dunia ketawakan Islam. Kita taknak sebab kita; Islam terfitnah. Fikir semula tindakan kita yang mungkin pernah merosakkan nama Islam.

Kawan-kawan, masih ramai yang terjenguk-jenguk, 
"Hurmm, bila la aku dapat masuk sekolah agama ni...'. 
Tapi kita dah berada di sekolah itu...

Ckin amik entri ni dari seorang sahabat yang juga ex-smka..

Ckin sejak Tingkatan 1 memang nak sangat masuk SMKA.. Tapi dah Allah tetapkan yang Ckin akan masuk SMKA waktu TIngkatan 4, takkan Ckin nak bantah kan?... Alhamdulillah akhirnya impian Ckin tu tercapai jugak... 


Perjalanan Ckin waktu di TIngkatan 1 hingga 3 di sekolah menengah biasa berjalan baik dan tidak ada perubahan sikap dari baik ke buruk.. Ini bermakna Allah melindungi Ckin... Alhamdulillah...

p/s : Moga dapat memberi ibrah dan pengajaran kpd ex-SMKA mahupun yang ex-SMK atau ex-SBP, ex-MRSM, ex-Kolej Islam dan lain2.. Kita adalah sama dari segi fitrah. Tapi, iman ttp membezakan kita...

 Wallauha'lam.

16 Comments:

ah Gee.!! October 7, 2010 at 10:01 AM  

skolah mane2 pun ... sebenar nyer same jer.. matlamat sama, memberi iLmu.. pendekatan masih sama... cuma konsep skit berbeza..

yg paLing mustahak.. dri sendiri.. dari kecik, didikan oleh mak ayah..
biler dah skit matang.. kiter tentukan ape yg kiter nak.. nak jadi org ker nak jadi babuN..kakaaka..

skolah agama , mestilah pendekatan yg lebih berkonsep isLamiah.. tapi xbawa beza pape pun.. kalu blajo pandai.. stiLL bleh masuk U... hehehe

macam kawe duLu dari skolah KwangHwa terengganu... tapi alhamduLillah.. berjaya sgt tuh xde lah..tapi dah jadi org berguna jugak.. aQidah pun xLari.. masih musLim yg masih mencari kesempurnaan...

aSmiDar October 7, 2010 at 10:05 AM  

kdg2 bukan malu sbb sekolah agama..
cuma perangai macam tak de agama walaupon sekolah agama...kan..

Unknown October 7, 2010 at 11:19 AM  

Subahanallah T__T

ckin, cek dulu teringin mau skolah agama. berkobar-kobar rasanya. bila dapat surat tawaran untuk ke smka, mak ngan ayah tak bagi sebab masalah kewangan. iya la, family kan hidup susah. bapa cek tukang kebun je dekat sekolah. mahu tidak mahu, terpaksa juga cek terima. menangis sangat2. tapi sekarang ni alhamdulillah, cek bersyukur..dimana2 pun Allah pasti melindungi kita walaupun hakikatnya dulu cek ni bukan seperti yang ckin nampak sekarang.

kadang2, bila cek pegi 1 tempat meka akan cakap "yati ni budak skolah agama?"

hehehe...

Ckin Kembaq October 7, 2010 at 12:38 PM  

mr Gee :

Yup..sama je..matlamat tu adalah untuk mencari ilmu..tp tak sama dari segi suasana pembelajaran..bukan di smka je,tp kat sbp lain pun lain.

sy ada pgmlan bersekolah di skolah biasa n skolah agama..mmg lain.peluang lebih luas..

bezanya budak smka yg hatinya mmg nak smthing lebih baik di smka tu lain ya..tak sama..jgn pula tengok pada ex-smka yg berubah bila kluar..

pandai?tak suma yg pandai..ada tahap masing2..sy tak ckp budak smka smua masuk u..tp bergantung pada diri jugak..

Ckin Kembaq October 7, 2010 at 12:38 PM  

kak ieda - mungkin tu faktor utama jgk..better tak mgaku langsung kan?..huhu supaya org tak merendah2kan smka yg lain...

Ckin Kembaq October 7, 2010 at 12:41 PM  

Yati - perasaan kita tu sama..semangat dari Tingkatan 1..alhamdulillah yati jadi mcam skarang kan?..terjaga dari segi akhlak,pakaian dan tingkah laku..

Pemakaian tu yang menampakkan yati from smka..hehe untung gak tu kan?..hehehehe

yg penting niat kita tu..

sbbnya cek pun jadi hormat pada org yang btudung labuh tmbah2 lagi from smka.. n_n

Aisyah Fiera :3 October 7, 2010 at 5:14 PM  

salam....
nak meyelit skit...
adus..bile ckin ckp psl skool agama...
kite mmg nak msok skool agama sngt2...
fom 1 x dpt.. klo mnx fom 4 ni pun x kn dpt pnye. coz PMR x amik arab..
agpown kat skool, x de bhsa arab pun..

sya pun owg mesty tnye sya ni skool agama ke?
tpi sya x skool agama pun.
ade agy satu...
sya terdengr perbualan bdak SBP dua owg ni..
die selambe je kutuk kwn die yg pkai tdung labuh tu dpn2 sya ni..
mane x sya terasa...
siap skool tu mcm pulaukan bdak2 yg pkai tdung labuh...
trok sngt ke???

tu je nk kongsi perbincangan...
salam..^^

Unknown October 7, 2010 at 5:47 PM  

Saya juga tak pernah bersekolah agama. Yang agama itu bukan sekolah, sebaliknya yang agama itu ialah ilmu. Jika masuk sekolah agama pun, tanpa dihayati islam itu, maka tiada apa- apa juga.

-Insaf sekejap

Ckin Kembaq October 8, 2010 at 11:52 AM  

Aisyah Humairak,

Wkmslm wbt...
ada sbbnya Allah tak letak kita kat smka..yg penting diri kita kan?..hatta di sekolah biasa pun kalu pandai jaga iman and diri,insyaAllah lebih bruntung sbbnya ada gak dak smka yg tak hargainya..

Mana tau nt dpt masuk ipt mcm insaniah ke kan?..Boleh jadi tu..yg penting usaha naa..

Ckin Kembaq October 8, 2010 at 11:54 AM  

Iqbalsyarie - setuju..namun,buruk baiknya sekolah tu adalah dari pelajar dan org yang ada di dlm nya right?..

Contoh,bila nak msuk satu2 skolah tu,msti kita akan tengok sahsiah pelajr2nya,guru2nya and suasana nya..kalu sebaliknya,kita msti tak mau masuk ke skolah tu kan?...

Nur Suaidah Bachok October 8, 2010 at 2:10 PM  

kite dulu sekolah agama. dan segan nk mengaku dak sekolah agama sebab kite sendiri tak seperti dak sekolah agama. dan dah terbiasa dengan kata2 orang, ko dak sekolah agama?? mcm tak percaya jee.. hahaha.. well, biarlah apa orang nak kata :)

Tieah Madian October 8, 2010 at 11:45 PM  

Tp kan, ade gak bdk sklh agama ni yg identiti dia x menunjukkan dia seorang pljr dr sklh agama..
X perlulah nak berlagak alim kan, tp sekurang2 nye jaga disiplin..
Ini x, dorang plak yg kdg2 over shadow..
Minum araklah..
Yg pompuan plak ble kuar x guna tdg..
Haish..
Bukan nak mengata, tapi kytaan lah..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o October 10, 2010 at 8:33 AM  

teringat dulu nak masuk sekolah agama tak dapat..sebab cikgu nak antar ke sains selangor..tak sampai dua bulan aku lari..sambung belajar di kampung bila lepas pmr aku masuk mrsm.. aku beruntung sebab atuk dan mak tak lepas tangan dalam bab agama

Ckin Kembaq October 11, 2010 at 9:24 AM  

Molmolla,

Akak,stakat yang ckin tgk akak ni,ok lagi..masih menjaga..akak ni macam kmbar ckin..dia dah tak pkai ngat tudung labuh mcm ckin..hehe tp ckin kdg tu paksa dia..n_n tp dia still berstokin and jga batasannya..

yang jadi tak ok tu bila dak smka yang terlebih over dari budak biasa.. ye la,berubah tu nampak sgt..and jadi lebih down dari yang dak biasa..

Ckin Kembaq October 11, 2010 at 9:27 AM  

d_tieah,

Yang tu mmg banyak..tu yang dinamakan culture shock..tau knapa?

Salah stunya adalah dyorg ni anggap dyorg dikongkong sejak form 1 lagi..bila makin menginjak usia,perasaan memberontak tu makin ada..That's my experience..hatta sy ni bersekolah agama sejak tingkatan 4 tp dah faham...

Nak kata cikgu salah? Ops!Bukan..sbbnya dah mmg peraturan..so,mmg kna trima..lagipun beribu yang nak masuk smka tp tak dpt..bila dh dpt,nak sia-siakan..sgt rugi tu..

Ckin Kembaq October 11, 2010 at 9:28 AM  

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o,

Bagusla..keinginan tu penting..yg penting 'baka' agama tu dpt diterap awal..baru tak timbul isu 'aku tak faham' kan?

p/s : msti parent nak yang terbaik buat kita kan?

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP