Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Ini Baru Terserlahnya Keindahan Bumi. Syurga Pulak?

Tuesday, January 31, 2012

Assalamualaikum semua!
Jom cuci mata. Keindahan ciptaan Allah Yang Maha Agung.
Keindahan yang takkan mampu dilakukan oleh sesiapa pun melainkan Allah Yang Maha Esa. Sangat-sangat cantik.
Subhanallah! ^_^

Special thanks to our blogger friend:




Lagi gambar di bawah







































Hanya Allah Yang Maha Berkuasa 
membuat Bumi ini indah, cantik. 

Ini baru Bumi.
Syurga macam mana pulak? Allahurobbi.

Pasti lagi indah... Pasti...

Read more...

Tutorial Klik Link Terus Jadi New Tab

Monday, January 30, 2012

Assalamualaikum semua!

Memandangkan hari ni Ckin asyik post tentang tutorial je, jadinya Ckin nak ajak kalian semua singgah ke blog ini untuk sama-sama upgrade diri sekejap saja. Sekurang-kurangnya ada jugak yang boleh Ckin kongsikan. Nanti Ckin bawa ke blog Ckin pulak. Kita copy paste naa. ^_^


Bersambung pada tajuk hari ni. Nak buat lagi tutorial. ^_^ Sebelum tu, nak perkenalkan sahabat blogger kita yang memperkenalkan panduan ini di blog beliau. Nak ziarah boleh klik ke sini :


Karya Kartunis Ubi

Tajuk yang agak pening. Tak tau nak bagi tajuk apa. Ok kot tajuk tu. Tutorial ni adalah salah satu pemudahcara bagi kita untuk buka new tab tanpa perlu menekan right-click lagi. Maknanya, bila kita klik pada mana-mana link, automatik ia akan bawa ke new tab. Memudahkan bagi orang yang dah disable right clicknya. Jadi, kaedah-kaedahnya adalah seperti di bawah. Simple sangat. Nanti tak perlu dah nak right click lagi di sini. Just klik, dah dibawa ke tab yang seterusnya. ^_^

1. Buka dashboard > Templates > Edit Html

2. Then, search perkataan <head>

3. Kemudian, ambil kod di bawah ni dan pastekan dibawah kod yang dicari tadi.

<base target='_blank'/>

4. Klik preview, and kalu jadi, save naa. Siap.

Itu sahaja nak dikhaborkan. Harap-harap dengan tutorial yang mudah ni dapatlah bantu kalian dan jugak diri Ckin. ^_^ Sekian dulu.

Wassalam.

p/s : rajin pulak buat banyak-banyak tutorial...semangat punya pasal.. ^_^

Read more...

Tutorial Gambar Membesar Disentuh Cursor ^_^

Assalamualaikum semua!

Perasan tak, bila cursor menyentuh gambar-gambar dalam blog Ckin ni, then gambarnya jadi besar gedabak? ^_^ Menarik? Bagi Ckin menarik la. Sebab special punya version. Chewah! Act, ada masalah dengan tutorial kali ni. Bila Ckin taip balik kod-kod html kat sini, automatik tak kuar dah kat blog. I don't know why! So, Ckin bagi link sahabat blogger kita naa. Kalian boleh rujuk terus di sana. Tapi, ada sedikit yang boleh Ckin share. Harap dapat membantu. ^_^

1. Buka Dashboard > Template > Edit Html

2. Tick Expand Widget Templates.

3. Tekan F3 atau  Ctrl+F. Search <head> macam kat bawah ni. (ikut sebijik-bijik k)


4. Kemudian, copy kod di link ini. Pastekan di bawah perkataan head tadi.

<style>
.post img:hover {
-o-transition: all 0.3s;
-moz-transition: all 0.3s;
-webkit-transition: all 0.3s;
-moz-transform: scale(1.2);
-o-transform: scale(1.2);
-webkit-transform: scale(1.2); }
</style>

5. Kemudian, kita boleh edit nak bagi besar mengikut keinginan kita. Rujuk di bawah naa. Cuma perlu tukar scale di bawah. Makin besar nombor nisbahnya, makin besar gambar akan muncul. Ckin cuma ambil 1:5. Dah cukup besar. Kalu besar sangat nanti gambar lagi kabur. ^_^


6. Dah siap, preview. Kalu jadi, save naa.

Itu sahaja tutorial ringkas dan mudah. Selamat mencuba semua! Wassalam.

Kalau tak jadi, boleh tanya. Kalu Ckin boleh bantu, Ckin bantu.. ^_^

Thanks for sahabat baru Ckin ni iaitu Farah. Nak ziarah dia, boleh klik sini. 

Read more...

Memori Di Kem Paya Pahlawan. Comel Betul... ^_^

Sunday, January 29, 2012

Assalamualaikum semua!

Sekali lagi Ckin nak post entri. Harap-harap masalah Ckin tu dapatlah kalian bantu naa. Blur banyak ketika dah ni. ^_^ Tadi, sempat jugak blogwalking. Ckin nak upload dulu gambar-gambar di Kem Paya Pahlawan. Tapi, admin Rakan Pusat Islam dah buat dulu. So, Ckin copy-paste je la. Gambar-gambarnya adalah terdiri daripada kaum muslimin sahaja. Gambar-gambar muslimat bolehlah ambil dari Ckin naa. Tapi, setakat ni tak cukup lagi. Masih ada lagi. Tunggulah. Kalu ada, adalah. Kalu tak ada, redha je... ^_^ Jom tengok sikit riak-riak wajah mereka tu. Agak comellah... ^_^

Hasil copy paste... ^_^

Untuk pengetahuan anda semua, gambar-gambar bagi muslimat tidak akan disiarkan di sini melainkan gambar-gambar yang sopan sahaja. Jadi, mangsa untuk ditonjolkan gambar di sini ialah kaum muslimin. =) 

Untuk pengetahuan anda juga, semua gambar-gambar di sini diambil daripada Ckin Kembaq. Beliau turut memaklumkan bahawa semua gambar masih berada dalam simpanan beberapa individu. Oleh itu, setelah semua gambar sudah dikumpulkan, beliau akan maklumkan kepada anda semua dengnan segera. Antara punca kelewatan adalah disebabkan oleh kesibukan individu-individu yang memegang gambar-gambar ini. Jadi, maaf untuk itu. =) Penulis hanya menyampaikan. So, enjoy yourself..hihi


Beratur dan memakai jaket keselamatan. 


Inilah Ustaz Muhammad Azki Hafizi selaku orang penting dalam mengelolakan kem ini.


SEMANGAT WOHA!


Amboi... Sampai macam itu sekali yer?... =)


Senyuman paling mahal di alam semesta... =) Jangan marah bro...hehehehe


Skuad MERAH SAGA???


Sentiasa bersemangat walaupun muka dah macam askar! =)


Gaya apa tu???


Memang ganazz...


Ni fasi rasanya...sebab duduk atas bot je?... =)


Gayut.. Gayut.. 


Air dalam ke cetek? hahahaha


Yang ni pun fasi rasanya...sebab special je duduk... =)


Memang terbaik!



Wajah-wajah fasi muslimat dan Ustaz Azki Hafizi. =)

Setakat ini sahaja gambar-gambarnya... =) Ada lagi tau. Tunggu di episod seterusnya. =)

p/s : Dah nama pun copy paste, memang sebijik-bijik ambillah... ^_^

Read more...

Ada Masalah Lagi Dengan Blog. Anyone?

Assalamualaikum semua!

Ckin ada masalah lagi la dengan blog ni. Haih! Ckin tak pasti apa yang jadi, tapi harap dapat tengoklah visual-visual kat bawah. Susah jugaklah kalu jadi macam ni, sebab menyukarkan Ckin untuk tengok entri baru dari blog kalian. Why? I really don't know. =_= Kalu ada sesiapa yang tahu punca dan penawarnya, sila-silalah maklumkan kat Ckin naa. Important ni. My bloglist kan... ^_^

 1. Cuba tengok pada anak panah tu.. Terutama pada yang berbold. Start dari Cik Mary Mau Berblogger!!!!!!!!! sampailah bawah-bawah tu.


2. Bila klik saja kat link yang berbold tu, maka akan terhasillah seperti page di bawah ni. Why?


3. Dan seperti yang kalian boleh lihat, pada url websitenya tu ada bertulis "/feeds/posts/default".


4. Perbezaan antara link blog yang sempurna dan tak sempurna adalah seperti di bawah. Kalu link yang boleh dilawati, akan ada dua tajuk. Satu tajuk blog. Kedua, tajuk link new entry from them. Sebaliknya, link-link yang berbold ni, dia bold camtulah. Link new post tak ada la pulak untuk dilawati. Bila pada \feeds\posts\default tu, barulah boleh tengok blog berkenaan. 


5. Last one is.............................................................. ANY SUGGESTIONS? 
p/s : Jadi blur seketika..adeh

Read more...

‎50 Tanda-tanda Orang MunafiQ Menurut Al-Qur’an & Sunnah

Thursday, January 26, 2012

Assalamualaikum semua! 

Hari ni nak share lagi sedikit perkara dengan kalian semua. Perkara yang penting sangat-sangat supaya kita tidak tergolong dalam golongan-golongan di bawah. Na'uzubillahiminzalik! Lagi rajin, buat check-list dan berazamlah untuk meninggalkannya. InsyaAllah. Ini adalah panduan kita bersama.

Sebelum itu, jom pakat-pakat ziarah ke sini:


Dan ini entri lama yang diupdate oleh Ckin. 




Thanks to sahabat blogger kita iaitu Syafiq_Ahadi. Nak ziarah boleh klik:


Antara sifat-sifat itu adalah:

1.Malas Beribadah Kepada Allah s.w.t
2.Lupa Kepada Allah s.w.t
3.Melalaikan Solat Fardhu
4.Mempercepatkan Mengerjakan Solat
5.Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah
6.Meninggalkan Solat Jumaat
7.Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi
8.Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Makruf
9.Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan
10.Mengamalkan Riak
11.Hasad Dengki
12.Dusta
13.Mungkir Janji
14.Bakhil
15.Fitnah
16.Mencaci Maki
17.Mengumpat
18.Mengungkit Kembali Pemberian Kepada Seseorang dan Menyakiti Hatinya
19.Mengingkari Takdir Allah s.w.t
20.Mempersenda Kesucian Agama
21.Enggan Berjihad Di Jalan Allah s.w.t
22.Menghina Sahabat Rasulullah s.a.w
23.Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar
24.Menangguh Pembayaran Hutang
25.Menipu Dalam JualBeli
26.Ghasab(Mengambil Tanah Orang Lain Tanpa Hak)
27.Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al-Qur’an
28.Memakan Harta Anak Yatim
29.Membuka Rahsia Orang Lain
30.Berasa Aman Daripada Murka Allah s.w.t Apabila Melakukan Dosa
31Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai
32.Menghalang Orang Daripada Mengamalkan Ajaran Islam
33.Suka Kepada Kesesatan Dan Menyesatkan Orang
34.Bermuka Dua
35.Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenarnya
36.Sombong Di Antara Sesama Manusia
37.Suka Membantah Dan Bertengkar Sesama Muslim
38.Melampaui Batas Yang Digariskan Oleh Allah s.w.t
39.Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup
40.Membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah s.w.t
41.Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah
42.Mengkhianati Sesuatu Amanah
43.Memutuskan Silaturrahim
44.Memecahbelahkan Perpaduan Kaum Muslimin
45.Menghalalkan Perkara Yang Haram
46.Membuat Kerosakan DiMuka Bumi
47.Menuduh Orang Beriman cerdik sungguh
48.Mengubah Dan Menyalahgunakan Ayat-ayat Allah s.w.t
49.Bersumpah Dengan Selain Nama Allah s.w.t
50.berasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman.

Sekiranya ada sifat-sifat ini dalam diri kita yang telah bersemadi lama, sila-silalah lepaskannya dari membelenggu diri kita masing-masing. InsyaAllah. Niatlah agar Allah mudahkan untuk kita mengubah diri kita ke arah yang lebih baik naa. Pasti Allah akan tolong. Yang paling utama adalah kena yakin. Itu sahaja. Teringat pesanan ustaz semalam,

"Kalau nak buat sesuatu, nak berubah dari jadi buruk kepada baik, atau apa-apa sahaja, jaga niat terlebih dahulu".

Sekiranya niat itu tersasar, maka perbaharui ia. Jangan burukkan lagi ia. InsyaAllah. Moga-moga ada sesuatu yang dapat kalian fahami di sini. 


Bersemangat! Dan berazam untuk berubah! Takbir! Allahuakbar! Wassalam. ^_^

Read more...

FIRST GIVEAWAY BY ONITSUKAHANA

Assalamualaikum semua! 

Ckin nak join lagi GiveAway by Onitsukahana. Tadi ternampak ni di blog salah seorang sahabat blogger kita iaitu Zamani84. Nak ziarah boleh ke sini:



Nak join, klik JOIN

GA ini terbuka kepada sesiapa yang nak sertainya. Cuma perlu nyatakan warna yang kita suka. Warna yang Ckin suka adalah BIRU. ^_^ Favourite colour. Biru blog ni. Tenang mendamaikan jiwa.

 SYARAT PENYERTAAN   
   1. Buat 1 entry bertajuk 'FIRST GIVEAWAY BY  ONITSUKAHANA'
   2. Letak banner GA di dalam entry korang
   3. Nyatakan warna yang korang suka (wajib untuk hadiah nanti) 

   4. Tinggalkan link korang dalam entry ini.
   5. Penyertaan yang kurang dari 10 kebawah secara automatik akan ditutup
   6. Nak tag pun boleh (lagi banyak penyertaan lagi cerah peluang untuk menang)

   HADIAH
   Tudung bawal bersulam atas kepala ( bilangan mengikut penyertaan )
   Klik ice-cream  untuk  tengok hadiah

Giveaway akan  berlangsung dari 10 JAN 2012 hingga 10 MAC 2012 31 JAN 2012

Read more...

Alhamdulillah. Hadiah Dari Ckak ^_^

Wednesday, January 25, 2012

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah bersua lagi kita hari ini ye. ^_^ 

Sekadar ingin berkongsi sedikit kegembiraan pada hari ini. Act, semalam kembar Ckin iaitu Ckak ada mesej Ckin. Katanya nak datang ke rumah sewa Ckin. Then, dia cakap nak bagi hadiah. Wah! Ada hadiah gitu. Hadiah birthday dari My Beloved Twin. Semalam, selepas Isyak, Ckin cepat-cepat ke kedai buku untuk beli pembalut hadiah. Nak balut hadiah untuk Ckak. Sebabnya tak berbalut-balut lagi sebenarnya. Hadiah dah ada. ^_^ 

Hari ni, dapat berjumpa dengan dia. Dia nak pi ke Popular, nak beli buku katanya sebab dapat voucher kan. Untunglah. Rezeki masing-masing. hehe Sampai-sampai terus bagi hadiah. Thanks to her. ^_^

Teringat sabda Nabi,
"Memberi hadiahlah, nescaya menimbulkan kecintaan".
(Riwayat Thabrani)


Terkejut bila buka-buka je, nampaklah dompet yang sangat-sangat comel. Dompet Milk Teddy lagi. Siap warna pink lagi. Memang terbaik! ^_^ Tak cukup dengan tu, buka pulak dalam dompet. Terselit pulak jam tangan. Warna pink jugak. Memang cantik. Alhamdulillah.  
Thank you kak... 
Touching.....

Sekadar gambar hiasan. Dompet pink. hehe

 Satu set warna pink. Kena pakai. Hadiah dari yang tersayang. ^_^ Alhamdulillah...

Sekadar post pendek. Mencari-cari sesuatu sebenarnya ni. 
Banyak persoalan di minda. Banyak kenangan mengusik jiwa. 

Semalam, masa testing buat kad untuk Ckak, rasa nak menitis air mata. Sebab tersentuh hati. Inilah kembar yang tiada galang gantinya. Dunia dan Akhirat. 


Kalian tak ada kembar, pasti takkan mengerti.

p/s : Maaf naa.. Macam entri luahan perasaan pulak... Just for sharing... ^_^

Read more...

Yati Dah Mendirikan Baitul Muslim. TAHNIAH!

Sunday, January 22, 2012

Assalamualaikum semua! 

Apa habaq? Harap-harapnya sihat-sihat la naa. ^_^


Sukacita dimaklumkan bahawa pada hari ini, salah seorang daripada sahabat kita melangsungkan walimahnya pada hari ini. Alhamdulillah. 

Kita bila lagi? ^___^ 

Sabor je lah naa...hehe

Tahniah bagi Yati, iaitu sahabat maya Ckin. Orangnya dari Sabah. Berkahwin pun dengan orang Sabah. Untuk mengenali empunya blog, bolehlah ke sini naa... 


Tapi, AWAS! Beliau sudah bersuami bermula pada hari ini. ^_^ Alkisahnya, Ckin mula kenal Yati masa Ckin berjaya buat header menggunakan Adobe Photoshop tahun 2010. Waktu tu tengah praktikal di Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah. Tiba-tiba Yati bagi mesej di facebook untuk mintak Ckin buat header kat dia. Start dari situ, bermulalah perkenalan dengan Yati. Header yang Ckin buat ni simple-simple je sebab Ckin jarang sangat nak explore dalam-dalam. Buat yang bagi sedap mata memandang je pun. 

Lainlah time tu ada Aiz Batu Campur buat header. Memang cantik sangat. Jeles pun ada. Tapi, tu kan anugerah Allah kat Aiz en. Jadi tak perlu nak jeles-jeles. Siapa usaha, dia akan dapat. ^_^ Ada niat nak jumpa, tapi apakan daya, jauh nuh dari Penang ke Sabah. =_= Tapi tak apa, sebab Ckin pernah mimpi jumpa dengan Yati dalam mimpi siap peluk lagi sebab happy sangat-sangat. Alhamdulillah. Mungkin satu hari nanti kita akan berjumpa lagi naa Yati. Mana tau, jumpa tengah jalan dah ada baby di tangan. Ye dak? 


Rezeki Allah, who knows? ^_^ Banyak benda yang nak buat, tapi bila jumpa depan-depan mesti terdiam seketika sebab terkejut plus happy. That's me.hehe Yati siap hantar lagi kad undangan perkahwinan untuk Ckin, tapi apakan daya nak pergi tu 'dekat' sangat. 

Yati, cek akan simpan kad tu untuk kenangan cek naa.. ^_^ 
Memang cantik.

Apa yang penting, Yati dah berjaya mengharungi ujian-ujian sebelum perkahwinan beliau. Tidak bercinta sesuka hati sebelum kahwin. Alhamdulillah. Tak semua orang mampu untuk melepasi ujian ini. Mereka yang kuat sahaja boleh. Kepada kalian yang belum bercinta, jangan cuba-cuba bercinta semata-mata untuk mencari keseronokan duniawi naa. Bahaya! Kang tak kekal lama sehingga ke walimatul urus yang diidam-idamkan. Kalau suka pada seseorang lelaki mahupun perempuan, niatlah untuk menjadikannya sebagai pasangan hidup kelak dan jagalah diri masing-masing. 


Kalau takut terlepas ke tangan orang lain, pergilah jumpa dengan family insan-insan yang disukai tu. Cakap elok-elok, minta baik insyaAllah akan dimudahkan. ^_^ Tapi, jangan risau naa. Dah sampai masa untuk cari pasangan, carilah. Jodoh tu memang dari Allah dan ditetapkan oleh Allah, tapi kalau tak cari, tak boleh jugak. Banyak cara boleh dibuat. Guna orang tengah, cari sendiri, tengok dari jauh dan sebagainya. Sebab apa kena cari? Sebab calon lelaki dan perempuan bukan macam dulu dah. Takut banyak buruk dari baik. Baik  di luar, buruk di dalam. Sebab tu kena cari dah pilih. Dan jangan pulak terlalu memilih. Koreksi diri, kenali diri, barulah kita tahu di mana tahap kesempurnaan diri kita. InsyaAllah. Sedikit lagi tips di situ naa. 


Ckin cuma mampu berpesan dan mengingatkan. Ckin pun ada buat kesilapan. Tapi, jangan ikut yang tak baik tu. Yang baik tu, ambillah. Dan gunakan sebaik-baiknya. Tetapi, dalam masa yang sama ingin memperbaiki segala kesilapan itu. InsyaAllah. Lagipun, siapa yang nak jumpa Allah dalam keadaan yang membawa banyak buruk dari baik kan? Ckin tak mau. Oleh sebab itu Ckin nak cuba menerapkan sifat mahmudah berbanding sifat mazmumah ke dalam diri. Kalian pun boleh. Perkara baik, jadikan sebagai kebiasaan. Yang tak baik tu, belajarlah untuk tinggal-tinggalkan. Lagi elok, buang jauh-jauh. Jauh dari sudut hati yang paling dalam. Kalu kita mahu, insyaAllah kita akan dapat. Bergantung pada diri kita sendiri. Itu sahaja. Ada masa lagi ni sebelum kita dijemput oleh Allah. Ckin mengambil pengajaran daripada dua sahabat sekolah Ckin yang sudah dijemput mengadapNya. Sarhan dan Fazrul Afiq. Tak mustahil lepas ni akan ada lagi yang akan dijemput kelak. Tiada siapa mampu menghalang hatta 5 saat. Tak boleh nak berkata, 

"STOP", "STOP","STOP"

Nyawa tetap ditarik begitu sahaja. Bergantung kepada amalan yang dikerjakan. Allahurobbi... Takut rasanya bila memikirkan bab kematian ni. 

Cukuplah setakat itu. 

Doakan sahabat kita ini dirahmati dan diampunkan dosa-dosa mereka yang lalu serta dimudahkan urusan mereka di alam sana. InsyaAllah.

Suatu hari kita akan bertemu jua wahai bakal suamiku...

Doakan juga kebahagiaan baitul Muslim yang dibina oleh Yati dan suaminya naa. ^__^

Last but not least,

SELAMAT PENGANTIN BARU YATI, SAHABATKU... ^__^


^_^ DOA CEK SENTIASA MENGIRINGI KALIAN SEMUA. INSYAALLAH... ^_^

Wassalam.

p/s : Nak bagi semangat kat kalian untuk sama-sama bina Baitul Muslim kelak naa. InsyaAllah. 

Read more...
Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP