Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

.:: Di Hadapan Allah, Nak Bagi Jugak Alasan? ::.

Tuesday, August 24, 2010




 Ustaz pun ada menggambarkan kepada semua jemaah bila terlalu banyak bagi alasan dan membandingkannya dengan Nabi-nabi yang terlebih dulu diuji daripada kita. Berikut adalah contoh yang digambarkan :

Saat di hadapan Allah, seorang lelaki menghadap Allah, lalu dia mengadu,

"Ya Allah, aku ni sakit banyak, sakit 3 serangkai (sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi), aku tak larat nak beribadah kepadaMu Ya Allah...."

Kemudian, Allah berkata, "Kamu kata kamu sakit kan? Terukkah?" 
Lalu Allah panggil Nabi Ayub.

"Wahai Ayyub, khabarkan kepada si fulan ini bagaimanakah kamu menghadapi ujian dulu?"

Jawab Nabi Ayyub, 
"Ya Allah, dulu aku ditimpa sakit selama 7 tahun. Aku mempunyai 12 orang anak, tetapi semuanya meninggal dunia. Penduduk kampungku menyisihkan aku dan isteriku juga lari dariku"

Ingat lagi kisah Nabi Ayyub? 
Haa.. Dulu Nabi Ayyub ditimpa dengan bermacam-macam penyakit yang teruk sperti kusta dan banyak lagi sehinggakan ada ulat yang memakan isi-isinya. Namun begitu, Nabi Ayyub tidak berdoa kepada Allah agar disembuhkan penyakitnya kerana merasakan dirinya tidak layak untuk memohon kepada Allah sebegitu rupa.

Ulat-ulat tu makan isi Nabi Ayyub sehingga tidak ada lagi isi yang boleh dimakan. Jibril meminta kepada Nabi Ayyub agar berdoa kepada Allah agar menyembuhkan penyakitnya, tetapi Nabi Ayyub tidak mahu. 
Nabi Ayyub hanya berdoa, 
" Ya Allah, jangan Kau biarkan ulat ini memakan lidahku kerana jika mereka memakan lidahku, aku tidak akan dapat berzikir lagi kepadaMu".


Begitu kuat Nabi Ayyub menghadapi dugaan. Kita? Subhanallah. Ternyata iman para Nabi sangat tinggi.

Di hadapan Allah juga, si fulan datang bertemu Allah dan berkata,

 "Ya Allah, aku mempunyai gedung perniagaan. Disebabkan itulah aku tidak sempat untuk beribadah kerana sibuk menguruskan hartaku.."

Lalu Allah memanggil Abdul Rahman bin Auf dan bertanya, 
"Wahai Abdul Rahman, ceritakan kepada si fulan mengenai kekayaanmu di dunia dulu".
Sewaktu Abdul Rahman bin Auf meninggal dunia, beliau telah meninggalkan 1000 ekor unta yang tiap seekor darinya adalah berharga RM3000. Beliau juga telah menyumbangkan hartanya ke jalan Islam. 

Imannya sudah tentulah iman yang tinggi. Ternyata tiada lagi alasan untuk dibandingkan dengan hamba Allah yang taat ini.

Datang pula si fulan yang mengaku dirinya sebagai penyanyi dan berkata,

"Ya Allah, dulu aku menjadi penyanyi. Aku sangat sibuk."
"Sedapkah suara kamu itu?"
"Sedap Ya Allah..."

Lalu Allah memanggil Nabi Daud dan bertanya, 
"Wahai Daud, adakah suara kamu merdu?"

Jawab Nabi Daud, "Ya, Ya Allah."
"Apa buktinya?..Khabarkan kepada si fulan ini"

"Ketika aku mengalunkan ayat dalam kitab Zabur, maka angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa itu akan berhenti, ombak yang menderu terus menjadi kecil di persisiran pantai dan benda yang terbang akan jatuh mendengarnya..."

Antara si fulan tadi dan Nabi Daud, siapa lebih hebat?... Nak bagi lagi alasan?...

Datang si fulan yang seterusnya, mengadu kepada Allah,

"Ya Allah, aku ini seorang pemimpin suatu ketika dulu. Aku sentiasa berada di dewan Parlimen bagi menguruskan urusan pentadbiran.."


"Betulkah kamu sibuk? 
Wahai Umar Al-Khattab, khabarkan keadaan kamu ketika kamu menjadi pemimpin dahulu kepada si fulan ini"

Umar, 
"Sewaktu aku menjadi pemimpin, aku hanya berteduh di bawah pohon kurma. Aku juga hanya menaiki keldai ketika itu. Pakaianku juga adalah seperti masyarakat yang lain."


Nampak?...Bertapa zuhudnya Umar Al-Khattab.

Diriwayatkan, pada suatu ketika dahulu, ketika Muawiyah menjadi pemimpin, beliau memakai pakaian besi yang cantik dan menaiki kenderaan yang diangkat oleh pengikut-pengikutnya. Tiba-tiba, beliau ternampak Umar Al-Khattab bersama-sama dengan rakyat biasa. Dia kenal dan meminta pengikutnya menurunkannya. Lalu, dia berlari pulang ke rumah dan menukar pakaiannya kepada baju biasa. Dia berjumpa dengan Umar Al-Khattab.

Muawiyah : Ya Umar, tadi kamu nampak aku kan? Aku sengaja memakai pakaian yang cantik-cantik itu agar pemimpin bukan Islam nampak pemimpin Islam juga hebat seperti mereka. 

Umar : Wahai Muawiyah, ingatlah, buatlah apa-apa saja di dunia ini, tetapi ingatlah juga yang kamu akan ditanya oleh Allah s.w.t. kelak apa yang kamu perbuat.

Muawiyah menangis mendengar kata-kata Umar tersebut dan dia mula insaf.

Begitu hebatnya pemimpin Islam yang sebenar-benarnya. Subhanallah... Terasa kerdil sangat diri ni...

0 Comments:

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP